Klia Isu Perlu Disiasat Henti Buat Andaian Loke


THE MALAYSIAN TIMES 

PUTRAJAYA: Insiden gangguan sistem di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah isu besar yang perlu disiasat dan semua pihak termasuk pengendali lapangan terbang diminta tidak membuat apa-apa andaian, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Beliau meminta semua pihak agar memberi ruang kepada pihak polis dan Jawatankuasa Siasatan Isu Kegagalan Total Airport Management System (TAMS) KLIA menjalankan siasatan terhadap insiden itu.

“Kita tak mahu membuat apa-apa spekulasi kerana ini isu besar. Perkara ini kita tidak boleh buat andaian sahaja sebab ini melibatkan pintu masuk utama negara, ikon dan satu tempat yang sangat strategik untuk negara.

“Jadi apa-apa yang berlaku di sana patut disiasat dengan terperinci dan saya tidak mahu mana-mana pihak, termasuk pengendali lapangan terbang, membuat apa-apa andaian,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Loke mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Siasatan Isu Kegagalan TAMS KLIA pada 26 Ogos lepas susulan gangguan sistem di lapangan terbang itu sejak 21 Ogos sehingga menyebabkan pembatalan dan kelewatan penerbangan serta ketidakselesaan kepada penumpang selama beberapa hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports Raja Azmi Raja Nazuddin dalam kenyataannya pada Isnin lepas dilaporkan tidak menolak kemungkinan kegagalan rangkaian di KLIA disebabkan perbuatan berniat jahat.

Malaysia Airports juga dilaporkan telah membuat laporan polis susulan insiden gangguan sistem itu pada Selasa lepas.

Loke berkata jawatankuasa itu diberi tempoh sebulan bagi menjalankan siasatan termasuk memanggil saksi-saksi untuk memberi keterangan.

“Mereka bekerja sepanjang masa, setiap hari ada meeting (mesyuarat), ada siasatan,” katanya.

Katanya jawatankuasa itu menjalankan siasatan dari sudut mengenal pasti punca sebenar insiden dan mencadangkan langkah penambahbaikan bagi mengelak insiden itu berulang pada masa depan.

Menurut Loke, pihak polis pula menjalankan siasatan berasingan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur-unsur jenayah dalam insiden itu dan mengambil tindakan selanjutnya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/klia-isu-perlu-disiasat-henti-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
E Hailing Motosikal Dilihat Dari Isu Keselamatan Lebih Luas Anthony Loke

E Hailing Motosikal Dilihat Dari Isu Keselamatan Lebih Luas Anthony Loke

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 329 hits
Bernama Walaupun ada pihak yang menyuarakan rasa bimbang dan membantah keputusan itu tetapi pihaknya melihat ia dari sudut bahawa ini merupakan satu peluang untuk membuat satu kerangka keselamatan yang dapat mengubah cara menunggang motosik...
Isu Klia Polis Akan Panggil Lagi Individu Beri Keterangan

Isu Klia Polis Akan Panggil Lagi Individu Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 2/9/2019 - jumlah : 325 hits
BANGI 1 Muharram 1441H Ahad Polis akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan kes gangguan rangkaian operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlaku minggu lalu Ketua Polis Daerah KLIA Asisten Komisioner
Isu Zakir Penganjur Juga Perlu Disiasat

Isu Zakir Penganjur Juga Perlu Disiasat

papar berkaitan - pada 20/8/2019 - jumlah : 395 hits
SUSUPAN MALAMZakir terperangkap dalammainan politik pandir KENYATAAN Dr Mahathir Mohamad mengenai Zakir Naik yang memberi gambaran pendakwah itu tidak boleh bercakap soal politik dan menyerahkan kedudukannya kepada siasatan polis menunjukka...
Lepas Anwar Telefon Penganjur Batal Himpunan Isu Zakir Naik Esok

Lepas Anwar Telefon Penganjur Batal Himpunan Isu Zakir Naik Esok

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 389 hits
Beliau telah memberikan kami temu janji untuk bertemu dengannya pada minggu depan bagi membincangkan isu isu ini kata Shankar Ganesh
Isu Zakir Naik Pendirian K Jaan Tak Jejas Sokongan Bukan Melayu

Isu Zakir Naik Pendirian K Jaan Tak Jejas Sokongan Bukan Melayu

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 362 hits
Diterbitkan Hari ini 9 52 pagiKeputusan kerajaan untuk membenarkan pendakwah Dr Zakir Naik terus bermastautin di negara ini dilihat tidak akan menjejaskan sokongan bukan Melayu terhadap PH Penganalisis politik berpendapat masyarakat itu aka...
Isu Dr Zakir Naik Penceramah Itu Tidak Akan Dihantar Pulang

Isu Dr Zakir Naik Penceramah Itu Tidak Akan Dihantar Pulang

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 343 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Dikecam Kerana Isu Salib Azan Akhirnya Anggun Buka Mulut

Dikecam Kerana Isu Salib Azan Akhirnya Anggun Buka Mulut

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 1055 hits
Penyanyi popular Indonesia Anggun baru baru ini mengundang kontroversi apabila penyanyi berusia 45 tahun itu mengulas mengenai isu kes ceramah seorang pendakwah Ustaz Abdul Somad yang yang didakwa menghina agama kristian dengan membincangka...
Isu Nur Fitri Azmeer Nordin Ini Luahan Syed Azmi

Isu Nur Fitri Azmeer Nordin Ini Luahan Syed Azmi

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 428 hits
Oleh Syed AzmiSaya tahu dia kembali lebih 3 tahun lepas Saya perlu terima kenyataan yang dia akan kembali Saya sudah memohon kepada SKMM untuk dia mencari orang orang yang sama dengannya tetapi permohonan saya ditolak Saya akur Sekarang ber...
15 Bulan Dibazirkan Bertelagah Mengenai Isu Perkauman Kata Patriot

15 Bulan Dibazirkan Bertelagah Mengenai Isu Perkauman Kata Patriot

papar berkaitan - pada 25/8/2019 - jumlah : 256 hits
15 bulan dibazirkan bertelagah mengenai isu perkauman kata Patriot Dikemas kini 19 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Aug 2
Masak Sup Gearbox Siakap Goreng Ala Hong Kong

Umno Youth Should Lead With Reason Not Ultimatums

Naratif Baru Pn Ydp Agong Lantik Orang Tidak Sah Jadi Pm

Umno To Send Protest Note To Unity Govt Parties Accepting Its Members

Polis Tahan Wanita Asing Pandu Berbahaya Acu Pisau Kepada Orang Awam

Buli Di Sekolah Apa Ibu Bapa Perlu Tahu Dan Saluran Aduan Kpm

11 Petua Cantikkan Dan Serikan Kulit Wajah

Mcmc Probes Duo Over Viral Video Allegedly Mocking National Anthem


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Setup Docker Container Untuk Codeigniter 4 Mysql Dan Phpmyadmin

Printing Business Card Panduan Lengkap Dari Design Hingga Hasil Cetakan

Managing Stress For Entrepreneurs

Keluarga Wanita Rentung Rumah Dibakar Tuntut Keadilan Berita Harian

Agong Kurnia Dmij Kepada Panglima 21 Gerup Gerak Khas Juruiring Pemangku Sultan Johor Berita Harian

4 Lelaki Dikenakan Bon Berkelakuan Baik Kes Gaduh Perlawanan Bola Sepak