Dun Sabah Bubar Secara Rasmi Hari Ini


DUN Sabah Bubar Secara Rasmi Hari Ini
KOTA KINABALU, 6 Okt (Bernama) — Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan hari ini, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor membuat pengumuman pembubaran berkenaan pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu, yang merupakan pusat pentadbiran negeri, pada 2.54 petang ini.
Beliau berkata pengumuman berkenaan dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
Terdahulu, Hajiji menghadap Tun Musa di Istana Seri Kinabalu dan kenderaan yang membawa ketua menteri itu dilihat memasuki pekarangan istana pada 8.51 pagi.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) serta anggota Kabinet Negeri.
Presiden parti komponen GRS turut hadir ialah Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Su Phin, Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) Tan Sri Liew Yun Fa dan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Tan Sri Anifah Aman.
Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah Datuk Ewon Benedick yang juga Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), serta pemimpin PH Sabah lain antaranya Pengerusi DAP Sabah Datuk Phoong Jin Zhe.
BACA: Empat Kenderaan Terlibat Kemalangan Di Plaza Tol Bukit Kajang DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli DUN yang dilantik.
PRN Sabah Ke-16 pada 2020 menyaksikan GRS yang ketika itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional (BN) dan PBS serta sokongan Ahli DUN bebas, berjaya membentuk kerajaan Sabah dengan memperoleh 41 daripada 73 kerusi dipertandingkan.
Parti Warisan pula meraih 23 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi sembilan kerusi.
GRS didaftarkan secara rasmi pada Mac 2022 dianggotai Bersatu, PBS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP), tanpa penyertaan BN dan PAS.
Bagaimanapun, pada November tahun sama, Hajiji dan pemimpin Bersatu telah bertindak keluar daripada parti tersebut seterusnya menubuhkan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), sebelum Bersatu kemudiannya digugurkan daripada GRS.
BACA: Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Plaza Tol Bukit Kajang Meninggal Dunia – Polis Pada Januari 2023, BN telah menarik balik sokongan terhadap kerajaan Sabah yang ketika itu dipimpin GRS namun PH mengambil keputusan untuk menyokong kerajaan negeri seterusnya mengekalkan kerajaan Sabah sedia ada dan Hajiji sebagai Ketua Menteri.
Khamis lepas Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun menyatakanmemaklumkan STAR serta SAPP akan bertanding secara berasingan pada PRN Sabah ke-17, dengan menggunakan logo parti masing-masing.
Tindakan itu menyebabkan kedua-dua parti terbabit tidak lagi dianggap sebahagian daripada GRS, berikutan keputusan Majlis Tertinggi yang menetapkan bahawa mana-mana parti komponen bertanding menggunakan logo sendiri akan terkeluar daripada gabungan.
Kini, GRS dianggotai Gagasan Rakyat, PBS, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) serta Parti Cinta Sabah (PCS) dan gabungan itu mempunyai 42 kerusi DUN.
Sementara itu, Parti Warisan (14), BN (12), PH (7), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (2) dan PAS (1).
Kerusi DUN Sungai Sibuga kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain daripada BN pada Januari lepas.
Sumber: BERNAMA
The post DUN Sabah Bubar Secara Rasmi Hari Ini appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/10/06/dun-sabah-bubar-secara-rasmi-hari-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Storm Brewing In Sabah Pkr Over Parachute Candidates

Storm Brewing In Sabah Pkr Over Parachute Candidates

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 168 hits
A revolt may be brewing in Sabah PKR with more than half of the state divisional chiefs accusing party bigwigs from Kuala Lumpur of hijacking their election campaign and imposing handpicked candidates ahead of the state polls According to t...
Terkini Hajiji Umum Pembubaran Dun Sabah Ke 16

Terkini Hajiji Umum Pembubaran Dun Sabah Ke 16

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 123 hits
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sabah ke 16 dibubarkan secara rasmi pada 6 Oktober 2025 KOTA KINABALU 6 Okt Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sabah ke 1...
Dun Sabah Dibubarkan

Dun Sabah Dibubarkan

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 112 hits
JA EdgarKetua Menteri Sabah Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah membuka laluan untuk pilihan raya negeri ke 17 Pengumuman dibuat semasa majlis bersama wakil rakyat Gabungan Rakyat Sabah di Menara Kinabalu pusat pe...
Pembubaran Dun Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baharu

Pembubaran Dun Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 7/10/2025 - jumlah : 140 hits
Pembubaran DUN Sabah Buka Ruang Rakyat Beri Mandat Kepada Kerajaan Baharu KOTA KINABALU 6 Okt Pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke 17 membuka peluang kepada rakyat neg...
Daging Berlengas Ala Khairul Aming Menu Lunch Hari Ini

Daging Berlengas Ala Khairul Aming Menu Lunch Hari Ini

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 111 hits
Assalamualaikum Permintaan Dania hari ni nak SA masak sayang anak punya pasal so SA masak kan untuk Nia sambil dibantu oleh dia sendiri la SA beli daging kat Family Store dan bahagian daging tu yang lembut rupanya SA potong sehabis nipis un...
Dapat Ucapan Hari Lahir Dalam Flight Reaksi Atuk Buat Ramai Tersenyum

Dapat Ucapan Hari Lahir Dalam Flight Reaksi Atuk Buat Ramai Tersenyum

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 108 hits
Dapat Ucapan Hari Lahir Dalam Flight Reaksi Atuk Buat Ramai Tersenyum Setiap kali tibanya hari ulang tahun kelahiran kita semua pasti menanti nantikan ucapan serta kejutan istimewa dari orang tersayang Lebih bermakna apabila dapat menyambut...
Xiaomi Pad Mini Rasmi Dengan Skrin 8 8 Inci 3k Dimensity 9400 Bateri 7500mah

Xiaomi Pad Mini Rasmi Dengan Skrin 8 8 Inci 3k Dimensity 9400 Bateri 7500mah

papar berkaitan - pada 25/9/2025 - jumlah : 1119 hits
Xiaomi melancarkan Xiaomi Pad Mini sebuah tablet kompak dengan rekaan nipis 6 46mm dan berat hanya 326g Peranti ini hadir dengan spesifikasi premium walaupun dalam saiz kecil menjadikannya sesuai untuk hiburan produktiviti mahupun gaming Xi...
Hiburan Artis Umur 30 An Minta Sponsor Kek Sempena Hari Jadi Usahawan Kritik Tak Malu Sungguh

Hiburan Artis Umur 30 An Minta Sponsor Kek Sempena Hari Jadi Usahawan Kritik Tak Malu Sungguh

papar berkaitan - pada 11/10/2025 - jumlah : 144 hits
Seorang usahawan kek tampil mendedahkan bahawa seorang selebriti terkenal didakwa telah menghubunginya bagi tujuan menaja makanan sempena sambutan hari lahirnya yang ke 38 Menerusi satu hantaran di usahawan berkenaan turut berkongsi tangkap...
Kaedah Baharu Membantu Penyembuhan Luka Kronik Dengan Lebih Cepat

Kenapa Israel Menggali Bawah Masjid Al Aqsa

Keadilan Kuantan Sokong Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia Perkukuh Keselamatan Dan Disiplin Pelajar

Pelajar Lihat Individu Berbaju Hanafi Dalam Tandas Sebelum Kematian Zara Inkues

Scoot Touches Down In Kota Bharu Malaysia

Azmin Trade Deal May Force Malaysia To Side With Us Against China

M Venpick Hotel Convention Centre Klia Fires Up Monthly Bbq Dinner Buffet

Saifuddin Digugur Ketua Pn Pahang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Di Restoran Ori Ayam Kampung Shah Alam Betul Ke Sedap Macam Orang Cakap

I Asked Chatgpt What My Life Goal Is

Kalendar Akademik Tahun 2026 Takwim Persekolahan

Miniatur Bus Sky Liner Rahayu Santosa

Takwim Persekolahan Sesi 2026 2027

Rindu Kawan Kawan Lama