Dulu Nak Beli Seluar Dlm Pun Berk Ra Sekarang Iqbal Beli Banglo Rm5 Juta Di Kawasan Elit
MAHU memiliki kehidupan yang lebih selesa, usahawan Iqbal Zulkefli sanggup berhabisan dengan membeli sebuah banglo mewah berharga RM5 juta yang terleak di Bangsar, Kuala Lumpur.
Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli, 28, berkata, selain keluasan rumah yang lebih besar, dia memilih Bangsar kerana lokasinya berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur dan memudahkan urusan hariannya.
“Sebelum ini rumah saya di Kajang, lokasinya agak jauh dengan Kuala Lumpur. Jadi apabila ada urusan di luar, memakan masa lama untuk sampai ke sesuatu lokasi.
“Sekarang ini rasanya lebih mudah tinggal di tengah-tengah bandar. Rumah ini bukan sahaja untuk tempat tinggal tetapi boleh dijadikan pejabat untuk saya bekerja,” katanya.
Iqbal memberitahu urusan jual beli daripada pemilik asal memakan masa tempoh sebulan dan bakal berpindah ke kediaman itu pada Ogos ini.
Sebelum berpindah kata Iqbal, dia ingin melakukan beberapa pengubahsuaian pada kediaman itu mengikut citarasanya sendiri.
“Sebenarnya rumah tersebut baru sahaja diubah suai oleh pemilik sebelum ini, jadi memang nampak macam baharu.
“Saya juga akan lakukan sedikit kerja-kerja pengubahsuaian, menukar hiasan dalamannya mengikut citarasa tersendiri,” katanya kepada mStar.
Tidak hanya melakukan pengubahsuaian, Iqbal juga akan membeli perabot baharu untuk kediamannya itu dan tidak membawa semua barang-barang dari rumah lama.
Rasanya jumlah keseluruhan untuk pindah rumah ini tidak kurang daripada RM7 juta
IQBAL ZULKEFLI USAHAWAN
“Dapat rumah baharu mestilah saya juga mahu perabot baharu. Perabot lama ada yang akan saya bagi kepada orang lain dan jual semula dengan harga lebih murah.
“Selain siapkan bilik untuk anak, saya juga akan buat rumah untuk kucing-kucing saya nanti. Rasanya jumlah keseluruhan untuk pindah rumah ini tidak kurang daripada RM7 juta,” ujarnya.
Bukan sahaja untuk diri sendiri, bekas peserta Big Stage 2022 ini juga berharap kediaman baharu ini dapat dimanfaatkan kepada orang lain.
“Selepas ini mudahlah untuk saya adakan majlis kerana boleh jemput ramai orang. Saya juga boleh adakan majlis agama dengan menjemput anak pelajar tahfiz atau anak yatim.
“Memiliki rumah yang lebih besar dan selesa ini, saya boleh berkongsi rezeki dengan ramai orang,” jelasnya.
Iqbal sebelum itu berkongsi kepada Kosmo! Onlinemengenai tip menjaga seluar dlm.
“Minta maaf saya nak jaw4b soalan ini dengan serius. Saya beli banyak supaya boleh tukar dua hingga tiga helai sehari.
Kredit foto: IG
“Dahulu sewaktu tidak mampu, saya sangat berkira dan fikir ‘sudahlah mahal, bukannya orang nampak’. Sedangkan seluar dlm lebih penting daripada paka!an lain.
“Jaga kebersihan, jangan pakai yang sudah k0yak. Seolah-olah kita t4k jaga kebersihan,” kongsinya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Sinar Viral Network
Sumber; Mstar / https://b.cari.com.my/
via Sinar Viral NetworkBaju Kurung Edisi 2016 ni terlajak laris.
Baju Kanak-Kanak Harga Murah
Jubah raya cantik dan murah !!
Green Hijab memang Ohsem memang cair.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kotakkopek.blogspot.com/2022/07/dulu-nak-beli-seluar-dlm-pun-berkra.html