16 Mitos Sebab Apa Anda Tak Ada Duit Mencukupi Dari Dulu Sampai Sekarang Sila Semak




Bertambah lagi naik satu tahun. Tak terasa sungguh! 
1 haribulan Jun 2022 baru-baru ni, meningkat umur saya naik setahun lagi. Dah masuk 5 series. Kalau ada rezki panjang umur, mungkin sempat sampai 7 series. Insyaallah!.
Macam tulah setiap tahun umur digunakan dengan begitu pantas. Kejar sana-kejar sini, sedar-sedar dah pakai habis satu tahun.
Paling teruk kalau relaks sana, relaks ini, tangguh itu tangguh ini, habis setahun berlalu secara sia-sia.
Peningkatan umur dah tentu berlaku pada semua orang. Termasuk kepada diri anda juga setap tahun. Setiap kali masuk umur baru, apa agaknya perubahan yang anda buat?
Kalau tak pernah terfikir sebelum ini, mari saya nak berikan cadangan khasnya pada anda yang dah lama rasa nak ubah diri, dari tak ada duit kepada ada duit.
Maksudnya, ada duit yang mencukupi untuk anda gunakan buat apa yang dirasakan bermanfaat. 
Bukan bermaksud yang selama ini, dalam keadaan tak ada duit, anda tak buat apa-apa yang bermanfaat. Tapi, jika ada duit yang lebih dari mencukupi, anda boleh gandakan lagi manfaat tu. begitulah hasratnya.
Azam masuk umur baru2 tahun sebelum ini, sebelum dunia dikejutkan dengan wabak Covid-19, iaitu tahun 2020, ada makna yang besar kepada mereka yang lahir sebelum era tahun 1991.
Jika dalam tahun 1991 tu anda dah celik dan sedar apa yang berlaku di sekeliling, bermakna anda juga ada kenangan terhadap tahun 2020.
Pada tahun itu Perdana Menteri masa itu, (Tun) Mahathir Mohamad melancarkan Wawasan 2020. Diumumkan dalam perbentangan Rancangan Malaysia ke-6 ketika itu.
Wawasan 2020 menyentuh kemakmuran dari segi ekonomi, sosial, pendidikan, keseimbangan jiwa dan kestabilan politik. 
Dalam kesemua itu, bab ekonomi paling paling besar kesannya pada saya sendiri.
Kalau saya nak kaitkan wawasan 2020 dengan satu perkataan, saya akan sebut “makmur”. 
Perkataan makmur itu lebih kepada memberikan makna maju dan berjaya. Ekonomi yang baik dan lebih kuat masuk ke dalam benak ingatan saya.
GDP negara masa tu (tahun 1990) adalah bernilai RM115 billion. Tun M sasarkan ianya akan meningkat kepada RM920 billion menjelang tahun 2020, berdasarkan nilai ringgit pada tahun 1990.
Kalau lihat laporan statistik negara untuk ekonomi Malaysia tahun 2020, nilai GDP negara kita dan sampai RM1.48 trillion !
Itu berdasarkan nilai ringgit untuk tahun 2020. Untuk mudahkan pemahaman, kita tengok nombor sajalah. Tak perlu lihat nilai duit yang berbeza antara tahun 1990 dengan 2020 lagi.
Memang ada satu lonjakan yang sangat besar pada kenaikan nilai GDP tu. Perubahan besar betul-betul berlaku sejak wawasan 2020 diumumkan.
Soalan yang perlu ditanya, adakah anda sendiri ada lonjakan diri dari segi ekonomi?
Rata-rata ramai yang akan mengeluh yang dia sentiasa tak ada duit. Tak ada simpanan, tak ada aset, tak ada banyak sangat perubahan dari segi duit.
Lebih teruk lagi kalau ada yang jumlah hutangnya dengan orang lain mengatasi kesemua aset dan duit yang dia ada.
Sangat meletih dan mengecewakan kalau sebahagian besar duit yang anda cari hanya digunakan untuk bayar hutang!
Dan lebih teruk lagi kalau hutang pun tak mampu nak bayar sebab duit yang ada hanya mencukupi untuk teruskan hidup saja!
Orang yang berikan hutang pada anda dulu teraniaya sebab nampaknya tak ada harapan untuk dia mendapatkan balik wang yang dia beri pada anda dulu. Anda memang tak mampu bayar semula dalam masa terdekat ni.
Jadi, saya cadangkan untuk perubahan umur yang meningkat ni apa kata jika anda buat perubahan. Buat lonjakan dari segi ekonomi.
Bagi ada duit yang lebih dari mencukupi berbanding tahun-tahun sebelum ini yang tak berapa menyeronokkan.
Untuk permulaan, anda tak perlu fikirkan jalan nak buat duit lagi. Sebab ada punca utama yang menyebabkan anda jadi sentiasa tak ada duit. Punca itu perlu dikenal pasti terlebih dahulu untuk dihapuskan supaya anda bebas jadi insan yang baru.
Ia sama seperti satu usaha untuk ubah software yang tertanam melekat dalam diri sendiri. Yang selama ini beroperasi secara senyap men-sabotaj usaha anda untuk cari dan buat duit.
16 mitos tak ada duitDi bawah ni, saya akan berikan 16 sebab yang mungkin, anda tanam dalam diri selama ini. 
Kesemua sebab ini mampu mengarahkan segala tindakan anda samada secara sedar atau tidak, supaya anda kekal tak ada duit.
Anda boleh salin semula semua 16 perkara kat bawah ni dan buat refleksi secara jujur.
Ingat betul-betul. Rasa betul-betul. Hayati betul-betul samada, wujud atau tidak pegangan berikut selama ini. 
Kesemuanya adalah MITOS, pegangan salah yang menghalang anda cari dan berusaha buat duit.
Saya tak belajar tinggi, tak bagus pencapaian pendidikanKeluarga saya miskin atau tidak beradaKos hidup sangat tinggi. Asyik naik dan saya tak boleh nak kejarSaya tak boleh simpan duitSaya tak bersedia untuk kerja dalam tempoh yang panjang dari biasaHanya duit yang boleh buat duitSaya malas dan tak sanggup nak bermain politikOrang yang berusaha buat duit tu tamakSaya tidak dilahirkan di tempat atau persekitaran yang betulSaya tak dilahirkan dalam dulang emasOrang kaya sombong berlagak. Saya tak nak jadi macam tu!Kalau saya buat duitpun, tak lama lepas tu habis jugakSaya akan hilang kawan-kawan kalau kejar kekayaanKalau memang ditakdirkan saya nak kaya, tentu akan dapat duit runtuh tiba-tibaMalas nak cuba, takkan berjayapunBukan semua orang biasa boleh kaya, orang kaya dah belasah habis semuaMana satu yang betul untuk andaCuba renung secara jujur kesemua 16 perkara yang saya berikan kat atas tu. Mana satu yang memang ada dalam diri anda selama ini.
Kalau ada, perkara pertama yang anda perlu buat adalah ubah kepercayaan itu.
Anda sendiri boleh buat untuk ubahnya. Saya berikan jaminan bahawa semua perkara itu tidak betul untuk dijadikan alasan yang anda tak boleh buat duit dan jadi kaya lebih dari mencukupi.
Tengok saja sekeliling anda.
Tengok contoh-contoh yang membuktikan kepercayaan itu salah. Ianya adalah alasan saja. Mungkin anda kerap dengar masa kecil dulu. Mungkin anda terpengaruh dengan kawan-kawan yang ada kepercayaan macam itu. Lalu tertanam dalam diri tanpa sedar.
Pastikan tak ada satupun perkara tersebut dalam senarai kepercayaan anda bermula tahun 2020 ini. Jadikan tahun 2020 sebagai permulaan untuk mula bangun dari tidur dan mula buat duit. Anda boleh buat dengan mudah jika semua kepercayaan di atas tidak ada.
Ada kawan yang kaya dari segi ekonomi pernah beritahu saya. Kalau anda lihat macam mana mudahnya orang miskin jadi miskin, macam itulah juga yang berlaku pada orang kaya.
Bagi orang kaya, mereka nampak dan rasa mudah sangat jadi kaya.
Hakikatnya, kata kawan saya tu. Memang begitulah yang terjadi. Macam mana mudahnya orang miskin kekal miskin, macam itulah juga mudahnya orang kaya kekal kaya.
Ertinya jika anda ubah sikap dan kepercayaan yang membantutkan diri selama ini, anda juga akan dapati betapa jadi kaya itu memang boleh sangat.
Semua berantung kepada diri anda sendiri. Pilih satu antara dua di bawah:
Kalau anda rasa nak kaya tu susah dan lebih mudah untuk jadi miskin, anda betul.Kalau anda rasa nak jadi kaya itu mudah dan jadi miskin itu lebih susah, anda betul.Saya harap anda pilih yang nombor 2 tu bermula dari sekarang.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2022/06/16-mitos-sebab-apa-anda-tak-ada-duit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rafizi Ramli Buat Ramai Yang Kepanasan Dari Dulu Sampai Sekarang

Rafizi Ramli Buat Ramai Yang Kepanasan Dari Dulu Sampai Sekarang

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 167 hits
RAFIZI RAMLI DARI DAHULU SAMPAI KEMBALINYA BELIAU SEMULA DALAM ARENA POLITIK MLAYSIA MEMBUATKAN RAMAI YANG MULA KEPANASAN DANTIDAK SENANG DUDUK MARI TONTON HUJAH INI PASTI TERKEJUT SETALAH SEMUANYA TERBUKTI PADA MASA KINI
Beli Kereta Kena Semak Kemampuan Diri Dulu

Beli Kereta Kena Semak Kemampuan Diri Dulu

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 226 hits
Assalamualaikum Selamat Petang Beli kereta kena semak kemampuan diri dulu Sejak pandemik melanda dunia semua orang mengalami perubahan yang amat drastik Tak kiralah perubahan tersebut membawa ke arah kebaikan mahupun keburukan Contohnya kal...
Tak Sampai 24 Jam 3 Kes Pemandu Mabuk Langgar Mangsa Mana Pak Lebai Yang Meraung Dulu

Tak Sampai 24 Jam 3 Kes Pemandu Mabuk Langgar Mangsa Mana Pak Lebai Yang Meraung Dulu

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 164 hits
MMMSPencarian lebai yang hilang Lepas dapat jawatan terus macam lembu kenyang Innalillahiwainnalillahirajiun untuk mangsa kemalangan
Pas Dulu Dulu

Pas Dulu Dulu

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 157 hits
Muhaimin SulamPola kepimpinan PAS Hilir Perak di peringkat awal lebih didominasi oleh golongan agamawan seperti para ustaz yang mengajar agama di kampung kampung Antara tokoh calon dan pemimpin PAS Hilir Perak Pasir Salak ialah Ustaz Rais K...
Restoran Mee Tarik Warisan Asli Sekarang Hand Pulled Noodle Ali Mee

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Sekarang Hand Pulled Noodle Ali Mee

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 889 hits
Dua tiga kali kak ana ke Aeon Mall Anggun Rawang terperasan yang outlet restoran Mee Tarik Warisan kat hujung telah bertukar nama kepada Hand Pulled Noodle Ali Mee Kak ana tak pasti tukar kedai ke atau tukar nama dari dekorasi dan menu namp...
Cadangan Untuk Pm Apa Kata Gaji Menteri2 Dipotong 50 Peratus Ketika Rakyat Susah Sekarang Ini

Cadangan Untuk Pm Apa Kata Gaji Menteri2 Dipotong 50 Peratus Ketika Rakyat Susah Sekarang Ini

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 181 hits
Di mana mana ketika ini kedengaran rakyat sedang merungut dan marah berikutan beban kenaikan kos sara hidup yang diakibatkan oleh meningkatkan harga barang barang keperluan seharian Ditambah dengan pemansuhan subsidi minyak sawit berbotol d...
Buat Masa Sekarang Kurang Sesuai Untuk Beli Kad Grafik

Buat Masa Sekarang Kurang Sesuai Untuk Beli Kad Grafik

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 169 hits
Dengan berita krisis matawang kripto paling teruk sejak Disember 2020 yang berlaku pada bulan Jun ini banyak pihak dan entiti yang terkesan akan krisis kripto ini Terutamanya adalah pelombong kripto dek kerana kerugian pelaburan mereka dala...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator