Zahid Akui Beli 2 Banglo Pada Harga Diskaun Sebab Owner Sengkek Perlukan Duit Cepat





Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua unit banglo di Country Heights, Kajang dibeli pada harga diskaun iaitu RM5.9 juta kerana pemiliknya, taikun pemaju perumahan Tan Sri Lee Kim Yew memerlukan wang segera.

Ahmad Zahid, 69, berkata Lee yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Country Heights Holdings Berhad menawarkan penjualan banglo berkenaan di bawah harga pasaran kerana menghadapi masalah untuk membayar cukai pendapatannya.


“Tawaran ini (harga) daripada Tan Sri Lee Kim Yew iaitu pemilik Country Heights. Dia sangat memerlukan wang, sebab itu dia menjualnya di bawah harga pasaran.


“Dia menghadapi masalah untuk membayar cukai pendapatan, sebab itu masa yang diberikan kepada kami sangat singkat dan harga diskaun diberikan kepada Yayasan Akalbudi (YAB),” katanya.


Bekas timbalan perdana menteri itu berkata demikian semasa dirujuk Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong berhubung buku lejar pemegang amanah YAB iaitu Tetuan Lewis & Co yang merekodkan firma guaman itu memasukkan RM2 juta ke dalam akaun simpanan tetap pada 30 Nov 2016 dan RM5 juta pada 9 Dis tahun sama.


Menurut Ahmad Zahid, Lewis & Co tidak menunggu akaun simpanan tetap itu mencapai tempoh matang sama ada enam bulan atau setahun sebelum mengeluarkan wang RM5.9 juta kerana Lee memberi tempoh masa yang singkat untuk membuat keputusan dalam pembelian banglo berkenaan.


Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak bersetuju dengan cadangan Harris Ong bahawa pembelian banglo berkenaan bukan atas dasar kebajikan tetapi untuk menolong pemiliknya semata-mata.


Sebelum ini, Lee yang merupakan saksi pendakwaan ke-57 memberitahu mahkamah bahawa adik Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi membeli dua banglo berkenaan menerusi cek Lewis & Co.


Menurut Lee, cek tersebut untuk pembayaran penyelesaian jualan bagi dua buah banglo setingkat milik syarikatnya itu yang dijual kepada Yayasan Al-Falah yang Mohamad Nasaee adalah Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah yayasan tersebut.


Sementara itu, peguam Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju untuk melawat dua banglo berkenaan seperti yang dipersetujui oleh Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah semalam, pada 1 Ogos ini.


“Saya juga menjemput Yang Arif ke Bagan Datuk untuk melawat Masjid Tuminah Hamidi bagi memberikan gambaran yang jelas keadaan masjid berkenaan,” kata Hisyam.


Hakim Sequerah kemudian berkata keadaan masjid berkenaan boleh ditunjukkan di mahkamah menerusi gambar atau video kerana perjalanan ke Bagan Datuk mengambil masa.


Semalam, Hakim Sequerah bersetuju dengan permintaan pihak pembelaan untuk melawat banglo berkenaan demi keadilan dalam perbicaraan kes itu.


Pada 24 Jan lepas, mahkamah memerintahkan bekas Ahmad Zahid membela diri atas 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik YAB.


Perbicaraan di hadapan Hakim Sequerah bersambung 5 Ogos ini.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2022/07/zahid-akui-beli-2-banglo-pada-harga.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/07/zahid-akui-beli-2-banglo-pada-harga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Usaha Kumpul Duit Kita Nak Belikan Dia Taknak Ajak Shiro Bangga Anak Cari Duit Sendiri Beli Iphone

Dia Usaha Kumpul Duit Kita Nak Belikan Dia Taknak Ajak Shiro Bangga Anak Cari Duit Sendiri Beli Iphone

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 275 hits
Setiap orang mesti ada sesuatu yang mereka inginkan dalam hidup kan tak kira la apapun benda tu kalau hati memang nekad mahukannya pasti akan tunaikan Mungkin bagi kita yang dah bekerja mudah untuk dapatkannya tetapi bagi anak anak sama ada...
Netflix Tawar Beli Mat Kilau Dengan Harga Rm7 Juta Syamsul Yusof

Netflix Tawar Beli Mat Kilau Dengan Harga Rm7 Juta Syamsul Yusof

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 556 hits
Belum pun reda demam Mat Kilau di pawagam desas desus filem Mat Kilau ke Netflix pula berdendang Walaupun dikhabarkan bahawa ada perbincangan antara pihak penerbit dan juga Netflix untuk menghadirkan Mat Kilau dalam katalog mereka ianya mas...
Kita Nak Belikan Dia Tak Nak Anak Beli Iphone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri Ajak Shiro Bangga

Kita Nak Belikan Dia Tak Nak Anak Beli Iphone Dengan Hasil Duit Kumpul Sendiri Ajak Shiro Bangga

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 241 hits
Pelawak Ajak Shiro meluahkan rasa bangga apabila anak sulungnya Mohamad Jad Thaqif 10 membeli sebuah telefon pintar dengan hasil wang yang dikumpulnya selama ini Menurut Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak 36 dia pernah berhasra...
Dulu Nak Beli Seluar Dlm Pun Berk Ra Sekarang Iqbal Beli Banglo Rm5 Juta Di Kawasan Elit

Dulu Nak Beli Seluar Dlm Pun Berk Ra Sekarang Iqbal Beli Banglo Rm5 Juta Di Kawasan Elit

papar berkaitan - pada 2/7/2022 - jumlah : 137 hits
MAHU memiliki kehidupan yang lebih selesa usahawan Iqbal Zulkefli sanggup berhabisan dengan membeli sebuah banglo mewah berharga RM5 juta yang terleak di Bangsar Kuala Lumpur Iqbal atau Ahmad Iqbal Zulkefli 28 berkata selain keluasan rumah ...
Kenaikan Harga B40 M40 Akui Tertekan

Kenaikan Harga B40 M40 Akui Tertekan

papar berkaitan - pada 4/7/2022 - jumlah : 159 hits
Kenaikan harga barangan memberi tekanan terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan B40 dan M40 Situasi itu lebih dirasai bagi mereka dengan tanggungan atau bilangan ahli keluarga yang ramai SUBSCRIBE now Astro Awani https www yo...
Terkedu Wanita Ni Beli Burger Tepi Jalan Harga Sampai Rm23 Bila Tgk Isi Dalam Memang Special

Terkedu Wanita Ni Beli Burger Tepi Jalan Harga Sampai Rm23 Bila Tgk Isi Dalam Memang Special

papar berkaitan - pada 30/6/2022 - jumlah : 186 hits
BURGER sememangnya merupakan salah satu menu popular yang digemari ramai tanpa mengira usia Apabila bercakap mengenai menu ini boleh dikatakan ramai yang bersetuju bahawa burger jalanan adalah yang terbaik kerana cara penyediaannya yang ter...
Zahid Bungalows Bought At Discount As Owner Needed Money Urgently

Zahid Bungalows Bought At Discount As Owner Needed Money Urgently

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 149 hits
Ahmad Zahid Hamidi told the High Court today that two bungalow units in Country Heights Kajang were bought at a discount of RM5 9 million because the owner housing developer tycoon Lee Kim Yew needed money urgently The former deputy prime m...
Minyak Masak Naik Harga Ini Cara Penjimatannya

Minyak Masak Naik Harga Ini Cara Penjimatannya

papar berkaitan - pada 3/7/2022 - jumlah : 435 hits
Assalamualaikum dan Selamat Pagi Selamat berhujung minggu semua Semua kaum wanita okay This is a content summary only Visit my website for full links other content and more
Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Allah Membuka Aib Kepada Pembuka Aib



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Normani S Legs And Feet In Tights 5

Jadwal Puasa Sunnah Mei 2024

Wanita Maut Ditikam 30 Kali Di Sepanyol

Tawas Hilangkan Masalah Air Telaga Berbau

Anda Diintai Tanpa Sedar Di Internet

Miniatur Bis Kalebas Legacy Sr3