Dulu Membusuk Kali Ini Popeye Rusia Pecah Lengan
Popeye Rusia Pecah Lengan
Moscow: Ahli bina badan Rusia yang digelar Popeye kerana memiliki bisep palsu terpaksa berundur keluar daripada gelanggang selepas asetnya itu pecah ketika beraksi dengan lawan dalam satu perlawanan.
Daily Star melaporkan Kirill Tereshin, 25, dari Pyatigorsk memuat naik klip kecederaan yang mengerikan itu di YouTube pada Sabtu lalu.
KIRILL digelar Popeye kerana saiz bisep palsunya.
Dia sebelum ini sering menggunakan nama Bazooka Hands bagi merujuk kepada bisepnya.
“Bisep saya cedera semasa pertarungan dan begini akhirnya,” tulis bekas tentera itu di ruangan komen bagi memberitahu keadaannya.
Populariti Kirill di media sosial memuncak sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas memuat naik gambar bisepnya dan kelihatan sama sekali tidak sesuai dengan fizikalnya yang kurus.
Disebabkan itu juga, Kirill disamakan dengan Arnold Schwarzenegger ketika muda.
Bagaimanapun, Kirill tidak mendapatkan bentuk badannya itu di gimnasium kerana pada usia 20 tahun, ahli bina badan yang bercita-cita tinggi itu mula menyuntik bisepnya dengan minyak Synthol.
Minyak Synthol adalah bahan kimia yang dikenali dalam komuniti bina badan sebagai bahan yang mampu membesarkan saiz otot dengan cepat.
Meskipun begitu, bahan itu sangat berbahaya dan sering menyebabkan kecacatan otot serta fibrosis otot.
Difahamkan, Kirill pernah menjalani dua pembedahan untuk membuang otot dan kulit mati selepas doktor memberi amaran dia mungkin kehilangan tangan.
Dia bagaimanapun mengakui apa berlaku disebabkan kebodohan sendiri.
Namun, bisep itu ternyata tidak menambah kekuatan atau memberi kelebihan ketika menyertai perlawanan seni bela diri campuran (MMA).
Pada 2019, Kirill bertarung dengan rakan blogger dalam talian Rusia Oleg Mongol di gelanggang.
Kirill dan bisepnya dicederakan lawannya yang berukuran normal, hingga dia terpaksa keluar gelanggang.
Pada tahun sama dia memutuskan berdepan juara bertahan Russia, Vasiliy The Dumpling Kamotskiy dan sekali lagi keluar daripada gelanggang, malah hampir tidak dapat bertahan.
Dia kini memiliki bisep lebih kecil berikutan pembedahan dan berjaya dalam pertarungan dengan lawannya bernama Rashad.
Popeye Rusia Pecah Lengan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Baca Artikel Menarik :
Animasi kisah Nabi Nurflix mendapat sambutan baik
Rasuah lebih teruk dari daging babi – Ayob Khan
Ajaran sesat PMYT, Sittah Annur disoal siasat disoal
Wanita bersalin sendirian tidak patut berulang – TMJ
Tangguh pemilihan Umno: SPRM terima aduan pegawai kanan RoS salah guna kuasa, rasuah
Bekas timbalan menteri kesihatan kini penasihat khas Khairy
Netizen korek identiti ‘amoi’ piza
7 Presiden Ini Dikatakan Paling Termiskin Dalam Dunia Serta Hidup Dalam Sederhana
Pengacara televisyen dikecam minta tetamu tunjuk cara perkosa wanita [VIDEO]
Lebih setahun tinggal dalam kereta, akhirnya lelaki dapat rumah
Mengapa QARIN Mengajak Manusia Melakukan Kemungkaran
Layari Laman Facebook MYKMU
Taksub Punya Pasal..Lengan Membusuk
Lupa kunci rumah, lelaki panjat pangsapuri 14 tingkat [VIDEO]
The post Dulu Membusuk, Kali Ini Popeye Rusia Pecah Lengan appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/04/dulu-membusuk-kali-ini-popeye-rusia-pecah-lengan/