Pertama Kali Pelanggan Belanja Makanan Rider Ini Tak Henti Ucap Terima Kasih Buat Ramai Tersentuh
Rezeki dapat Customer yg sempoi...👍
Mencari rezeki di waktu yang sukar tatkala pandemik COVID-19 masih lagi ‘mengganas’ ini ternyata sangat mencabar buat kebanyakan daripada kita.
Ramai yang terkesan setelah kehilangan pekerjaan dan terpaksa melakukan apa sahaja kerja yang ada bagi meneruskan kehidupan.
Lebih memeritkan, ramai juga di antara kita yang melakukan lebih daripada satu kerja bagi mencari sesuap nasi. Begitulah realiti pada hari ini..
Suara Marhaen/Facebook Memahami betapa peritnya realiti, seorang pemuda bernama Bryan difahamkan telah melakukan sesuatu yang mampu membawa senyuman kepada kita semua.
Bryan difahamkan telah memesan makanan menerusi khidmat Grab Food dan setelah penghantar tersebut tiba di rumahnya, Bryan tiba-tiba bertanya sesuatu.
“You dah makan dah?”, tanya Bryan kepada ‘rider’ yang bernama Fahmi terbabit. Pada ketika itu, Fahmi berterus terang bahawa dirinya masih belum makan tengah hari.
Suara Marhaen/Facebook “Saya bagi satu (set makanan). Saya beli untuk you”, tambah Bryan. Fahmi pada ketika itu menolak. “I memang beli untuk you”, kata Bryan lagi.
Ujar Fahmi, sudah 2 tahun dia melakukan kerja sebagai penghantar makanan tersebut selepas diberhentikan kerja kerana syarikatnya mahu menjimatkan kos operasi.
Bryan juga sempat meminta Fahmi memilih jenis burger yang diinginkannya, sama ada ayam mahupun daging namun Fahmi tidak dapat membuat pilihan.
Terukir senyuman di wajah Fahmi..
Suara Marhaen/Facebook “I think special (is) ayam”, kata Bryan lalu memberikan bungkusan burger ayam kepada Fahmi. Terharu Fahmi dibuatnya sehingga dia berkali-kali mengucapkan terima kasih.
Fahmi juga sempat mendoakan agar Bryan dimurahkan rezeki selepas ini. Begitulah kisah yang sangat memberikan inspirasi tatkala Hari Kebangsaan bakal menjelma.
Semoga keluarga Malaysia yang kita cintai ini akan sentiasa saling sayang menyayangi antara satu sama lain dan sama-sama membantu tatkala kesusahan.
Saksikan video tersebut di sini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/pertama-kali-pelanggan-belanja-makanan.html