Dulu Labuan Beribu Kes Kini 8 Contohilah Labuan


DR. NOOR HISHAM ABDULLAH


PUTRAJAYA: Tindakan kesihatan awam serta pemberian vaksin Covid-19 kepada penduduk adalah langkah terbaik dalam membendung penularan jangkitan Covid-19 di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memberi contoh situasi jangkitan dilaporkan di Labuan sebelum ini di mana kes positif Covid-19 di wilayah itu pernah mencecah 1,340 kes hanya dalam tempoh seminggu.

“Kita melaksanakan tindakan kesihatan awam dan pemberian vaksin malah, kita kenal pasti jangkitan yang dilaporkan ini melibatkan varian Delta iaitu terdiri daripada pekerja industri perkapalan.

“Dalam masa dua minggu kita melaksanakan tindakan awam dan pemberian vaksin dos pertama (87 peratus) serta dos kedua (52 peratus), dan ia dapat dikawal dalam tempoh dua minggu lebih selain menyaksikan kes menurun.

“Ini menunjukkan walaupun varian Delta dikesan di sana, apa yang penting ialah meningkatkan pemberian vaksin berjaya membendung penularan Covid-19 dalam masa kurang tiga minggu dan hari ini Labuan mencatatkan 6 kes baharu,” katanya.

Hanya mereka yang terlibat khususnya petugas barisan hadapan, tahu dan memahami keperitan membendung penularan wabak Covid-19. Beliau berkata, justeru kaedah itu perlu diguna pakai di Lembah Klang bagi membendung penularan jangkitan selain meningkatkan pemberian vaksin Covid-19 dalam masa terdekat.

“Kita dimaklumkan sebanyak 5 juta dos akan diberikan kepada Lembah Klang dan setakat ini sebanyak 3.1 juta penduduk di Lembah Klang telah mendapat satu dos.

“Jadi kita akan pertingkatkan 5 juta dos vaksin untuk diberikan dalam tempoh terdekat bagi mencapai vaksinasi semua penduduk Lembah Klang menjelang 1 Ogos depan dengan sekurang-kurangnya satu dos,” katanya.

Noor Hisham menambah, sekiranya pemberian vaksin tersebut dipertingkatkan, kemasukan pesakit positif Covid-19 ke hospital boleh dikurangkan.

“Kita lihat di Labuan, penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) di sana pernah melebihi 120 peratus dan kita tambah 22 katil selain hospital medan serta pusat kuarantin.

“Sehingga kini, kita lihat penurunan kes di ICU di Labuan sebanyak 55 peratus iaitu hanya ada 9 pesakit selain pesakit di wad juga berkurangan,” katanya.

Katanya, pertambahan katil hanyalah sementara susulan kes yang meningkat namun, penyelesaian bagi mengurangkan kes tersebut adalah dengan meningkatkan pemberian vaksin.

Peningkatan kes di wilayah persekutuan itu adalah disebabkan serangan varian Delta yang mula dikesan di Labuan pada 23 April lalu.

Ini adalah 8 tindakan diambil Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan dan Jabatan Peneraju serta Jabatan Kesihatan Labuan bagi mengekang penularan COVID-19 di Labuan dengan lebih berkesan:
i.​Menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dengan syarat kemasukan tambahan termasuk mewajibkan RT-PCR, kuarantin dan kawalan program-program ekonomi termasuk perkapalan.
ii.​Program sanitasi COVID-19 terancang di kawasan bersasar yang melibatkan saringan bersasar (active case detection).
iii.​Program pemantauan khas melibatkan kawasan-kawasan yang telah menjalani PKPD bagi memastikan kes terkawal.
iv.​Program pemantauan yang meneliti varian VOC Delta B.1.617.2, corak jangkitan, epidemiologi COVID-19 dan perancangan kawalan COVID-19 di WP Labuan.
v.​Program promosi dan pendidikan kesihatan termasuk program khas “Rumah Bebas COVID-19”.
vi.​Program penguatkuasaan bersepadu diketuai oleh pihak PDRM.
vii.​Program 'risk communication' untuk mengawal penyebaran maklumat yang boleh membawa kepada situasi panik dalam kalangan orang ramai.
viii.​Pembangunan Hospital Medan bagi menyokong perkhidmatan Hospital Labuan sedia ada.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/dulu-labuan-beribu-kes-kini-8.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Contohilah Labuan Kini 26 Kes Dulu Beribu Ribu

Contohilah Labuan Kini 26 Kes Dulu Beribu Ribu

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 216 hits
Contohilah Labuan kini 26 kes dulu beribu ribu Tindakan kesihatan awam serta pemberian vaksin Covid 19 kepada penduduk adalah langkah terbaik dalam membendung penularan jangkitan Covid 19 di Lembah Klang Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr ...
Hancur Hancur Hancur Umno Doa 22 Tahun Dulu Kini Makin Menjadi Kenyataan

Hancur Hancur Hancur Umno Doa 22 Tahun Dulu Kini Makin Menjadi Kenyataan

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 258 hits
Dalam mesyuarat MT menteri2 UMNO setuju tarik sokongan terhadap Mahiaddin tapi dalam mesyuarat kabinet mereka setuju pula terus sokong Mahiaddin kekal sebagai PM Apa patut kita gelar mereka itu JAGA PERUT DAN BAWAH PERUT
Kes Ni Tak Selesai Lagi

Kes Ni Tak Selesai Lagi

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 267 hits
SAMAN PASAI KES MEMALUKAN SAMAN BARU TERHADAP NUAR BRAHIM OLEH YUSUFF RAWTHER DI MAHKAMAH TINGGI HARI INI
Kes Gaduh Tepi Jalan Tujuh Ditahan Lima Positif Dadah

Kes Gaduh Tepi Jalan Tujuh Ditahan Lima Positif Dadah

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 372 hits
Polis menahan tujuh individu berusia 19 hingga 46 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan dipercayai bermula daripada kejadian ejek mengejek dan pertengkaran sebelum membawa kepada aksi menendang kereta di Jalan Pasir Tum...
Pakar Jelaskan Bagaimana 20 000 Kes Covid 19 Sehari Diramalkan

Pakar Jelaskan Bagaimana 20 000 Kes Covid 19 Sehari Diramalkan

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 258 hits
Predeep NambiarGEORGE TOWN Tiga faktor R0 varian Delta dan kadar vaksinasi semuanya menjadi petunjuk lonjakan jangkitan Covid 19 kepada 20 000 kes dalam dua minggu lagi kata seorang pakar virologi yang membuat ramalan itu Dr Kumitaa Theva D...
Covid 19 Lonjakan Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan 13 215 Kes Di Lapor Hari Ini

Covid 19 Lonjakan Kes Baharu Harian Makin Membimbangkan 13 215 Kes Di Lapor Hari Ini

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 337 hits
PUTRAJAYA Lonjakan kes baharu harian COVID 19 di negara ini terus membimbangkan dengan pertambahan 13 215 kes dilaporkan hari ini Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor menjadi penyumbang tertinggi kes COV...
Kes Hon Dan Pukul Pejalan Kaki 5 Daripada Tujuh Suspek Positif Dadah

Kes Hon Dan Pukul Pejalan Kaki 5 Daripada Tujuh Suspek Positif Dadah

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 282 hits
Lima daripada tujuh individu termasuk tiga wanita yang ditahan susulan pergaduhan dekat di Kubang Kerian Kelantan kelmarin dikesan positif dadahKesemua mereka ditahan polis dalam tangkapan berasingan pada petang semalam dan malam tadi Ketua...
Kes Baru Jangkau 13 000 Jangkitan 46 Dicatat Di Selangor

Kes Baru Jangkau 13 000 Jangkitan 46 Dicatat Di Selangor

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 286 hits
MALAYSIA NOW Selangor kekal catat kes harian tertinggi sebanyak 6 120 Malaysia merekodkan kes baru sebanyak 13 215 menjadikan kes keseluruhan Covid 19 meningkat sebanyak 880 782 Selangor kekal mencatat kes harian tertinggi sebanyak 6 120 di...
Sop Ketat Untuk Sidang Dewan Kata Speaker Selepas Kes Covid 19 Di Parlimen

Sop Ketat Untuk Sidang Dewan Kata Speaker Selepas Kes Covid 19 Di Parlimen

papar berkaitan - pada 16/7/2021 - jumlah : 288 hits
MALAYSIA NOW Beberapa kes Covid 19 melibatkan kakitangan Parlimen tidak menjejaskan persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 26 Julai depan Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun berkata persidangan yang akan diadakan 26 Julai depan akan dilaksa...
20 Hotel Murah Kuala Lumpur Bawah Rm100 Semalam

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Drama Jutawan Ekspres


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kisah Membeli Barang Kemas Yang Tak Berapa Mahal

Perkhidmatan Pindah Pengangkutan Barang Seluruh Malaysia Ekotransport Sedia 24 Jam

Carian Popular Motosikal 2025

Alamak

How Thoughtful Labeling Can Promote Responsibility In Young Children

Spinning Gripping Painting The Creative Versatility Of Robotic Arms