Dulu Dihalau Kini Jadi Tauke Nasi Lemak
Dulu dihalau, kini jadi tauke nasi lemak
CYBERJAYA – Biarpun pernah ditimpa pelbagai dugaan sehingga terpaksa mendiami ruang basement sebuah pangsapuri di sini selama lebih sebulan, Rahashidan Harun, 50 dan isteri, Azlin Abdullah, 50, bangkit kembali dengan mengusahakan gerai nasi lemak di Cyber 6, di sini.
Sebelum ini, kisah Rahashidan sekeluarga termasuk enam orang anak yang terpaksa berpindah ke basement pangsapuri selepas dikatakan dihalau bekas majikan, tular di media sosial sehingga mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Rahashidan berkata, sejak kejadian itu, dia dan isteri tidak menoleh ke belakang kerana hilang tempat berteduh selain tiada pekerjaan.
“Berbekalkan pengalaman sebagai cef dan sedikit modal yang dikumpul, saya dan isteri memulakan perniagaan gerai nasi lemak berhampiran Shaftsbury Residences dan bangunan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di Jalan Impak, Cyber 6.
“Alhamdulillah, kami mampu meraih keuntungan kira-kira RM200 sehari bergantung kepada jumlah pelanggan dan tempahan yang diterima,” katanya yang kini menetap di pangsapuri MasReca, Cyber 10 di sini.
Tinjauan Kosmo! di gerainya mendapati orang ramai mula beratur seawal pukul 7.30 pagi untuk membeli nasi lemak jualan pasangan itu.
Menceritakan detik malang yang menimpanya, Rahashidan berkata, dia dan keluarganya diarahkan keluar dari rumah sewa bekas majikan itu selepas berlaku salah faham.
“Majikan menuduh saya membuka gerai jualan nasi lemak tanpa kebenaran.
“Gerai yang dibuka di hadapan restoran bekas majikan itu sebenarnya beroperasi di luar waktu operasi restoran demi mendapatkan pendapatan sampingan berikutan gaji dipotong ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.
Ujarnya, akibat salah faham, bekas majikan menganggap saya memperolehi keuntungan banyak berbanding restorannya.
“Dia terus bertindak menghalau kami sekeluarga serta-merta walaupun sebahagian bayaran sewa rumah itu dibayar sendiri.
“Memang sedih sebab anak-anak terpaksa menanggung nasib sama, namun mujurlah ada pihak sudi membantu antaranya Lembaga Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), NGO dan komuniti Cyberjaya,” katanya. K Online
Dulu dihalau, kini jadi tauke nasi lemak
Baca Artikel Menarik :
Pemilihan semula lebih baik berbanding undang-undang anti lompat
Ayda Jebat berang netizen persoal alat sulit suami
Siapa Menteri Kanan Akan Dipecat Selepas 100 hari Angkat Sumpah
Pawagam Altitud Paling Tinggi Di Dunia
Selangor lulus 54% hutan simpanan KLNFR dinyahwarta untuk pembangunan
PKR, DAP terima dana asing NED?
ROS kini benarkan penangguhan Pemilihan UMNO
Resepi Udang Goreng Butter Tanpa Susu
Nabila tapis dahulu siapa jadi mak tiri Jebat
Lelaki maut ‘diserang’ ayam sabung sendiri
Kelas Silat Online Malaysia yang pertama
Layari Laman Facebook MYKMU
Najib tawar bantuan guaman kepada gadis hilang tangan akibat disamun
The post Dulu dihalau, kini jadi tauke nasi lemak appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/09/01/dulu-dihalau-kini-jadi-tauke-nasi-lemak/