Dulu Di Kokpit Pesawat Kini Demi Kelangsungan Hidup Sibuk Di Gerai Makan
Jika anda ke Boom Town Cafe di USJ 11, Subang Jaya, Selangor anda pasti akan ternampak kelibat peniaga gerai lengkap berpakaian seragam Juruterbang di gerai Kapten Corner sedang sibuk menguruskan makanan pelanggan.
Iya, itulah bekas pilot Malindo Air Kapten Azrin Mohamad Zawawi. Demi kelangsungan hidup dia kini tidak mahu menoleh ke belakang lagi malah bertukar haluan karier apabila kini sibuk mengendalikan perniagaan makanannya.
Umum mengetahui industri penerbangan adalah lapangan kerja yang terjejas teruk rentetan pandemik covid 19 ini. Ramai pekerja dan tenaga mahir terpaksa diberhentikan, namun kehidupan perlu diteruskan.
Dalam face book yang dikongsikan oleh bapanya ,Mohamad Zawawi Ahmad, katanya, "Tidak tahu bila lagi anak saya dapat menyarung kembali uniform juruterbang lagi kerana tiada sesiapa mengetahui bagaimana masa hadapan industri penerbangan."
Namun Kapten Azrin menolak tepi rasa duka malah terus menyarung pakaian seragamnya, mengorak langkah ke hadapan memasak sajian lazat seperti Mi Karim, Bihun Sup, Laksa Utara dan Rojak Buah di gerai Kapten Corner di Boom Town Cafe. Malah dia turut membuka tempahan melalui talian 6019-3199935 dan Yanie 6019-3549935
Malah dalam pos terbaru Mohamad Zawawi turut berkongsi rasa syukur kerana perniagaan anaknya laris, kongsinya,"Kerana sambutan yang luar biasa, semua makanan di Kapten Corner dah habis di jual. Kami mohon maaf kepada semua pelanggan yang tak sempat membeli. Terima kasih kepada semua pelanggan. Harap datang lagi besok."
Malah Kapten Azrin turut menerima sokongan padu daripada netizen yang mengikuti kisahnya di laman FB .Ramai yang memujinya dan memberi kata-kata semangat.
Di antara komen yang diterima, adalah dari Alan Khoo, "Syabas kepada ayah ini yang sangat menyokong anaknya (kapten). Cuba lakukan perkara lain jadi skil berbeza dapat diasah.. Nanti bila tiba masa yang lebih baik, anda boleh terbang dan juga boleh menjadi tukang masak yang baik."
Komen dari Rachel Thomas pula, "Truly a Go Getter, Azrin and Spouse. Very enterprising. You have an encouraging story to encourage many out there affected by retrenchment…showing there is always a way but only with sheer determination and effort. We are proud of you both. May God continue to Bless abundantly all your hardwork,it is truly hardwork.
**media[300735]**
Moga kegigihan Kapten Azrin dan isteri terus memberi inspirasi kepada ramai lagi pekerja di luar sama yang turut mengalami pemberhentian kerja. Terus melangkah ke hadapan kerana rezeki Allah itu tetap terbentang luas untuk mereka yang gigih berusaha.
Sumber : FB Mohamad Zawawi Ahmad
Kredit foto : Latun Noralyani
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://rasanakmasak.blogspot.com/2020/11/dulu-di-kokpit-pesawat-kini-demi.html