Dugaan Ramadhan 25 27
Hi korang.
Memang betul- betul dugaan travel ulang alik Seremban- KL , KL- Seremban di mana SA akhirnya demam panas. Cuak jugak la tetiba boleh demam plak lepas dh pelbagai kaedah SA guna untuk sentiasa sihat tanpa sebarang penyakit di musim-musim Covid 19 ni. Tewas jugak akhirnya bila tonsil SA perit dan merah menjadi asbab kepada demam panas ni..ikutkan memang dh kantoi pada petang Isnin tu dimana SA x dibenarkan masuk KL Sentral sebab suhu tinggi. Tapi SA x rasa demam pun..puas gak la SA yakinkan polis tu yg SA x demam dan sebab cuaca panas masa jalan dari office ke KL Sentral. Yakin dengan alasan SA terus dapat masuk KL Sentral. Disebab kan tu jugak la SA kena berdiri dari KL ke Seremban..Allah je yg tau macam mana penatnya SA...Rasa nak tercabut semua tulang
Sebaliknya lepas mandi kat rumah SA menggigil kesejukkan...pelik plak masa tu..nak buka puasa dah ni..dh kenapa menggigil kan..sudahnya check suhu...terus 37.6°c. Hurm..memang ada potential demam dan confirm kalau pi kerja Selasa tu mmg tak lepas especially naik naik bas
Tak nampak macam demam kan? nampak macam muka penat
Pagi Selasa terus pi jumpa doctor family kami...masa tu x demam dh cuma dedar je skit..
Hasilnya dapat la ubat sebeban. bertabahlah SA di kuarantin selama 2 hari bermula Selasa oleh adik SA, mommy si Dida tu. Bukan apa cuma sebagai langkah pencegahan agar demam SA x berjangkit pada mak yang x sihat tu..kisahnya plak Mak SA risau sampai nangis-nangis ingat SA kena covid 19 sebab SA ada bagi tau pasal sebab SA demam ni satu team boss suruh work from home sebagai langkah berjaga-jaga. Kecoh jugak la masa tu...satu department kecoh rasanya. Padahal SA demam biasa je..alhamdulillah semalam diorang dh start kerja semula la lepas SA bagi clearance yang SA hanya demam biasa . Dalam musim-musim Covid 19 ni..memang bahaya kalau rasa x sihat waima hanya demam biasa aje pun. Penyakit ni silent killer kan...kita kita x nampak kumannya tapi ianya sangat bahaya..
Korang kat luar sana tu..keep on jaga diri. Stay health, Stay at home dan kita jaga kita. Kita belum menang lagi ye... Masih panjang lagi perjalanan kita...sama-sama kita kita berjuang memutuskan rantaian Covid 19 ni...duduk rumah..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.suriaamanda.com/2020/05/dugaan-ramadhan-25-27.html