Dugaan Belum Berakhir
(Isnin = 23/9/2019)...satu-satunya kereta yang kami ada, dilanggar dari belakang 😣
(Mangsa) Terperosok hingga menyebabkan beberapa sistem elektroniknya tidak berfungsi...
(Pemangsa) Hanya patah nombor plet
Berbincang
Laporan susulan di IPD Petaling Jaya pada waktu malam
Ini kisah yang kukongsikan di facebookku...
PERMUDAHKAN URUSAN ORANG, ALLAH PERMUDAHKAN URUSAN KITA.
Susulan kemalangan yang kami alami semalam :
Sebaik sahaja menyedari kereta kami dihentam dengan kuat dari belakang, kami terpinga-pinga seketika. Aku pandang ke depan, tiada apa-apa pun. Rupa-rupanya belakang yang kena.
Kereta memang sedang berhenti kerana kesesakan jalanraya. Suami turun dari kereta sambil buat isyarat tangan 'apa dah jadi?'. Tengok gayanya yang hanya berbaju 'pagoda' ketika itu, sekilas pandang orang akan fikir dia seorang 'apek'.
Apek kereta yang melanggar kereta kami datang menjenguk ke dalam kereta kami. Sebaik dia melihat aku, itulah yang terpacul dari mulutnya ' eh...you Melayu ka? '.
Selepas beberapa ketika berbincang dan untuk mengelakkan kesesakan berlarutan, kami bergerak ke destinasi masing-masing. Kereta Mr Lim (Apek itu) hanya pecah nombor plet sedangkan kereta kami terperosok bahagian belakang hingga menyebabkan sensor yang berkaitan sistem elektronik kereta seperti sistem kuncinya tidak berfungsi.
Mr Lim setuju agar suami membuat tuntutan insurans dan sama-sama membuat laporan polis.
Cerita Mr Lim pada mulanya dia sangat risau sekiranya berlaku pergaduhan. Tapi bila dia melihat suami datang kepadanya dengan tenang dan senyum sebaik berlaku kemalangan, ' saya rasa sangat lega dan hilang takut' katanya.
Petang semalam, suami membuat laporan di Balai Polis Trafik Pandan Indah tetapi diminta pula ke Balai Polis IPD Petaling Jaya. Sampai di sana, polis yang bertugas di pintu masuk memberitahu 'sistem offline'.
Mendengar itu, suami menelefon Sarjan wanita yang telah menetapkan temujanji pada jam 9 malam. Sarjan itu memberitahu, boleh berjumpa. Disebabkan masih awal, suami solat Isyak dulu di surau IPD tersebut.
Urusan seterusnya berjalan lancar dan Mr Lim pun datang sama membuat laporan. Alhamdulillah.
Cuma sekarang, bila kereta masuk bengkel, apa kenderaan yang kami ada? 😢.
Mungkin beberapa jemputan kenduri hujung minggu ini pun tidak dapat dihadiri. Untuk ke pejabat, suami mungkin boleh menumpang kereta anak kami...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://kakciknurseroja.blogspot.com/2019/09/dugaan-belum-berakhir.html