Due Date Bersalin Makin Dekat Bolehkah Ibu Hamil Puasa


Islam memberikan kelonggaran kepada ibu hamil untuk tidak berpuasa sekiranya ia boleh memudaratkan diri atau bayi.
Namun dari sudut perubatan, ibu hamil boleh berpuasa sekiranya mereka berada dalam keadaan sihat, tidak mengalami komplikasi dan mendapat nasihat doktor bahawa puasa tidak akan menjejaskan kandungan.

Namun, jika ibu hamil mengalami masalah seperti tekanan darah rendah, anemia atau dehidrasi, berpuasa boleh memburukkan keadaan dan memberi risiko kepada bayi.
Oleh itu, sebelum membuat keputusan, ibu hamil perlu memahami keadaan tubuh sendiri dan mendapatkan pandangan pakar perubatan.

Puasa bila dekat ‘due date’
Bagaimana pula dengan ibu hamil yang sihat tetapi semakin hampir tarikh untuk bersalin? Apabila semakin hampir dengan ‘due date’ hamil, badan ibu hamil memerlukan tenaga dan hidrasi yang mencukupi untuk persediaan bersalin.
Berpuasa dalam tempoh ini boleh menyebabkan badan lebih cepat letih, kurang bertenaga, dan meningkatkan risiko dehidrasi.
Oleh itu, ibu hamil yang hampir bersalin perlu mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membuat keputusan untuk berpuasa:
Keadaan kesihatan terkini:
Jika ibu berada dalam keadaan sihat dan mampu bertahan tanpa kesan negatif, berpuasa mungkin tidak menjadi masalah
Keperluan nutrisi untuk persediaan bersalin:
Badan memerlukan tenaga tambahan untuk menghadapi proses kelahiran. Oleh itu, jika ibu merasakan tenaga berkurang dengan ketara semasa berpuasa, lebih baik terus berbuka
Nasihat doktor:
Sentiasa dapatkan pandangan doktor mengenai kesesuaian untuk berpuasa berdasarkan keadaan kesihatan ibu dan bayi
Untuk berpuasa ketika hamil, terutama apabila hampir dengan ‘due date’ mengandung, bergantung kepada keadaan kesihatan ibu dan bayi.

Ibu hamil tidak digalakkan puasa
Terdapat beberapa situasi di mana ibu hamil tidak digalakkan berpuasa, antaranya:
1. Mengalami masalah kesihatan
Jika ibu hamil menghadapi tekanan darah rendah, diabetes kehamilan, atau mengalami muntah yang teruk (hyperemesis gravidarum), mereka sebaiknya tidak berpuasa kerana boleh menyebabkan dehidrasi dan kekurangan nutrien.
2. Berat badan tidak meningkat dengan baik
Semasa kehamilan, ibu perlu memastikan berat badan bertambah mengikut kadar yang sepatutnya. Jika ibu tidak mendapat cukup kalori atau nutrien kerana berpuasa, ini boleh menjejaskan perkembangan bayi.
3. Pergerakan bayi berkurangan
Jika bayi dalam kandungan kurang bergerak daripada biasa, ia mungkin petanda bahawa bayi tidak mendapat oksigen atau nutrisi yang mencukupi.
Dalam keadaan ini, ibu hamil dinasihatkan untuk berbuka dan mendapatkan pemeriksaan segera.
4. Mengalami kontraksi awal
Jika ibu hamil mula mengalami kontraksi lebih awal daripada tarikh due date mengandung, ia boleh menjadi tanda bahawa badan sedang bersedia untuk bersalin.
Berpuasa mungkin menyebabkan keletihan dan menjadikan proses kelahiran lebih sukar.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Main Taman Jumpa Kawan Buat Anak Rasa Tak Menarik, Rangsangan Dopamin Gajet Lagi Kuat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
The post ‘Due Date’ Bersalin Makin Dekat, Bolehkah Ibu Hamil Puasa? appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/due-date-bersalin-makin-dekat-bolehkah-ibu-hamil-puasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Jangan Sedih Tak Boleh Puasa Susukan Anak Jihad Besarkan Anak

Ibu Jangan Sedih Tak Boleh Puasa Susukan Anak Jihad Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 303 hits
Bulan puasa merupakan antara bulan yang paling mencabar untuk ibu yang sedang menyusukan anak Keletihan kurang zat dan nutrisi antara isu yang dihadapi sekiranya diet yang diamalkan sepanjang bulan puasa ini tidak betul Jika perlu berbuka p...
Puasa Tanpa Ibu Zarina Zainuddin Bantu Sediakan Sahur Makanan Jepun Buat Sky Ramai Sayu Hati

Puasa Tanpa Ibu Zarina Zainuddin Bantu Sediakan Sahur Makanan Jepun Buat Sky Ramai Sayu Hati

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 270 hits
Kehilangan ibu Akiko Okumura yang meninggal dunia pada Jumaat lalu meninggalkan kesan yang begitu besar buat anaknya Sky Taizo Okumura dan suami Ridzuan Menerusi sepotong video yang dikongsi Sky dan bapanya dilihat bersahur buat pertama kal...
Hari Ini Disahkan Hamil Esok Bersalin

Hari Ini Disahkan Hamil Esok Bersalin

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 261 hits
AgensiWANITA itu berkongsi kisah melahirkan anaknya di media sosial Beijing Pelik tapi benar namun itu terjadi kepada wanita juga blogger solekan yang berkongsi pengalamannya melahirkan bayi sehari selepas mengetahui dirinya hamil South Chi...
Netizen Pertikai Hamil Jarak Dekat Isteri Fizo Omar Tampil Beri Respon Berdosa Ke Saya Yang Dah Bersuami Ni Mengandung

Netizen Pertikai Hamil Jarak Dekat Isteri Fizo Omar Tampil Beri Respon Berdosa Ke Saya Yang Dah Bersuami Ni Mengandung

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 228 hits
Isteri kepada pelakon Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri telah meluahkan rasa kurang senang apabila terdapat seorang wanita yang mempersoalkan dirinya hamil dalam jarak yang dekat Menerusi hantaran di Instagram Story Fazeera memuat naik tangkap ...
Persiapan Bersalin Normal Atau C Section Ini Bakal Ibu Perlu Tahu

Persiapan Bersalin Normal Atau C Section Ini Bakal Ibu Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 336 hits
Sebaik memasuki tempoh trimester ketiga hamil ibu dinasihatkan untuk mula bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersalin Apa persediaan yang mama boleh lakukan Kenali tanda tanda bersalin dan buat persediaan supaya anda lebih bersedia...
Puasa Ni Menakjubkan Hari Biasa Baru Pukul 10 Pagi Perut Dah Berbunyi Macam Orkestra

Puasa Ni Menakjubkan Hari Biasa Baru Pukul 10 Pagi Perut Dah Berbunyi Macam Orkestra

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 185 hits
PUASA NI AJAIB Hari biasa baru pukul 10 pagi perut dah berbunyi macam orkestra tangan gigil macam paras level hypo Tengah hari pula sibuk fikir nak makan apa ayam gepuk ke nasi campur ke atau makan nasi kandar Petang Mesti ada sesi bancuh k...
Healthcare Experts Warn That Ultra Sweet Buka Puasa Thirst Quenchers Are Diabetes Threat

Healthcare Experts Warn That Ultra Sweet Buka Puasa Thirst Quenchers Are Diabetes Threat

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 326 hits
SUGAR and spice and everything nice goes the nursery rhyme Alas it makes no mention of diabetes and its dire consequences A suggestion from social media influencer and food entrepreneur Khairulaming on X on beverages and desserts to break f...
Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

Berbuka 3 Puasa Asam Pedas Ayam Daun Kesom

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 328 hits
Assalamualaikum WBT SEMALAM hari ketiga berpuasa dan semalam juga hari pertama bekerja dalam bulan puasa tahun ini Mulai 1 Mac tahun ini juga pejabat Sk telah memulakan jadual waktu kerja anjal Lama mengidam jadual waktu kerja anjal ni akhi...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi