Persiapan Bersalin Normal Atau C Section Ini Bakal Ibu Perlu Tahu


Sebaik memasuki tempoh trimester ketiga hamil, ibu dinasihatkan untuk mula bersedia dari segi mental dan fizikal untuk bersalin.
Apa persediaan yang mama boleh lakukan? Kenali tanda-tanda bersalin dan buat persediaan supaya anda lebih bersedia.

Perlu diingat, ada wanita hamil yang mengalami tanda bersalin sebelum minggu ke-40 dan ada juga yang lebih awal iaitu dalam kalangan ibu yang melahirkan bayi pramatang.
Secara amnya, tiada perbezaan yang ketara antara tanda bersalin untuk kehamilan pramatang dengan tanda bersalin untuk kandungan yang cukup bulan.

Tanda-tanda bersalin lazim 
* Rasa sakit belakang, selalunya pada bahagian bawah belakang (pinggang).
Tanda bersalin ini mungkin berlaku sekejap-sekejap atau berterusan, tetapi ia tidak akan lega sehingga anda menukar posisi atau melakukan sesuatu yang menyelesakan anda.
* Kontraksi setiap 10 minit atau lebih kerap.
Tanda bersalin ini berlaku akibat rahim anda yang mengeras kemudiannya regang secara berselang-seli. Untuk sesetengah wanita, mereka mengatakan rasa sakit kontraksi mirip sakit akibat datang bulan yang teruk.
* Kejang pada bawah abdomen atau seperti sakit senggugut.
Rasa sakit untuk tanda bersalin ini persis rasa sakit angin yang boleh berlaku akibat cirit-birit.
* Keluar cecair dari faraj (pecahnya air ketuban).
Rasa ingin ke tandas atau kerap ke tandas untuk membuang air besar (kesan tekanan kepala bayi pada bahagian usus).
* Simptom seperti flu, contohnya loya, muntah, atau cirit-birit.
Hubungi doktor anda walaupun anda mengalami kes ringan. Jika simptom berlanjutan selama lebih 8 jam, anda mesti berjumpa dengan doktor.
* Tekanan dalam pelvis atau faraj meningkat.
* Pengeluaran lendir faraj meningkat.
* Pendarahan faraj, termasuklah pendarahan ringan.

Persediaan sebelum bersalin normal
1. Persediaan sebelum bersalin bagi mengurangkan risiko koyakan perineum darjah tinggi:
* Amalkan diet yang sihat demi memastikan bekalan mineral dan vitamin yang mencukupi untuk tisu kulit anda menjadi kuat dan fleksibel.
* Bersenam secara konsisten untuk membina dan mengekalkan kesihatan sistem kardiovaskular dan otot yang kuat bagi membolehkan anda mempunyai kekuatan dan stamina semasa meneran. Senaman pranatal yang disyorkan termasuk Yoga, senaman Kegel, dan berjalan kaki.
* Belajar teknik pernafasan untuk mencegah tekanan semasa bersalin.
* Kekalkan berat yang sihat sebelum dan semasa hamil kerana berat badan berlebihan boleh meningkatkan risiko berlakunya koyakan vagina.
* Lakukan urutan perineum (kawasan faraj/vagina hingga dubur) sekali atau dua kali sehari dari minggu ke-34 kehamilan dan seterusnya. Gunakan pelincir kulit seperti minyak mineral, vitamin E atau minyak kelapa. Urutan perineum adalah cara yang cepat dan mudah untuk meningkatkan fleksibiliti lantai pinggul anda bagi mengurangkan risiko berlaku koyakan teruk.

2. Bergerak
Kerap lakukan aktiviti fizikal ringan seperti berjalan untuk memudahkan anda bersalin. Jika larat, anda juga boleh lakukan aktiviti naik turun tangga, namun perlu berhati-hati.
Uruskan bulu ari-ari anda
Kawasan ari-ari yang bersih dan kemas akan membantu anda serta doktor menjalankan sebarang prosedur yang diperlukan ketika proses kelahiran sekaligus mengurangkan risiko infeksi yang mungkin berlaku.
3. Hadiri kelas pranatal
Selain mendapatkan nasihat daripada ibu atau saudara-mara, anda juga boleh menghadiri kelas-kelas melahirkan bayi supaya menyediakan informasi yang diperlukan ketika bersalin.
Persediaan bersalin yang khusus untuk pembedahan C-section
Pembedahan C-section atau cesarean melibatkan kelahiran bayi melalui potongan surgeri pada abdomen dan uterus wanita.
Pembedahan C-section ini boleh dilakukan secara sukarela (elective) atau berdasarkan indikasi kesihatan yang mendesak seperti keadaan kehamilan yang berpotensi untuk mengakibatkan komplikasi.
Kebanyakan daripada persediaan sebelum bersalin untuk pembedahan C-section akan diberitahu oleh doktor anda terlebih dahulu khususnya jika ia adalah pembedahan yang sukarela.

Persediaan Sebelum Bersalin C-Section:
1. Beberapa minggu sebelum tarikh kelahiran, anda perlu pergi ke hospital untuk menghantar borang pra pendaftaran dan dokumen untuk bersalin anda.
2. Malam sebelum tarikh kelahiran, anda perlu menyiapkan prosedur pra pembedahan.
* Jalani anesthesia epidural, yang melibatkan suntikan di belakang badan anda untuk membuatkan anda kebas semasa menjalani pembedahan.
* Diberikan sejenis ubat yang digunakan untuk mengosongkan asid cecair perut.
* Dibenarkan untuk meminta ubat antiloya, dan berbuat demikian sebelum epidural untuk mengelakkan rasa tidak selesa.
Semoga bermanfaat!
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Main Taman Jumpa Kawan Buat Anak Rasa Tak Menarik, Rangsangan Dopamin Gajet Lagi Kuat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Hello Doktor
The post Persiapan Bersalin Normal Atau C-Section, Ini Bakal Ibu Perlu Tahu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/persiapan-bersalin-normal-atau-c-section-ini-bakal-ibu-perlu-tahu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Asas Persiapan Membolosi Sbp Dan Mrsm Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

Asas Persiapan Membolosi Sbp Dan Mrsm Yang Ibu Ayah Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 151 hits
Asas Persiapan Membolosi SBP Dan MRSM Yang Ibu Ayah Perlu Tahu Mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh atau Maktab Rendah Sains MARA adalah impian ramai ibu ayah dan pelajar Namun persaingan yang sengit memerlukan persediaan awal dan str...
Due Date Bersalin Makin Dekat Bolehkah Ibu Hamil Puasa

Due Date Bersalin Makin Dekat Bolehkah Ibu Hamil Puasa

papar berkaitan - pada 11/3/2025 - jumlah : 116 hits
Islam memberikan kelonggaran kepada ibu hamil untuk tidak berpuasa sekiranya ia boleh memudaratkan diri atau bayi Namun dari sudut perubatan ibu hamil boleh berpuasa sekiranya mereka berada dalam keadaan sihat tidak mengalami komplikasi dan...
Ibu Kecewa Tiada Perkembangan Kes Pengantunan Seksual Anak

Ibu Kecewa Tiada Perkembangan Kes Pengantunan Seksual Anak

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 126 hits
Kirthana ArumugamPETALING JAYA Seorang ibu kecewa berikutan kurangnya perkembangan siasatan kes pengantunan seksual didakwa melibatkan bekas pemain bola keranjang kebangsaan yang menjadi jurulatih di sekolah anaknya di Lembah Klang Wanita i...
Remaja Miliki Wajah Iras Dato Siti Ramai Puji Cantik Macam Anak Ibu

Remaja Miliki Wajah Iras Dato Siti Ramai Puji Cantik Macam Anak Ibu

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 111 hits
Seorang remaja perempuan menarik perhatian netizen apabila dikatakan memiliki rupa paras sama seperti Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok kanak kanak perempuan yang dikenali sebagai Fif...
Anak Lambat Pickup Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Anak Lambat Pickup Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

papar berkaitan - pada 17/3/2025 - jumlah : 83 hits
Setiap anak berbeza ada yang cepat pickup ada yang perlukan lebih masa untuk memahami sesuatu Sebagai ibu bapa penting untuk kita mengenali corak pemprosesan maklumat anak supaya kita dapat menyesuaikan kaedah pembelajaran yang terbaik untu...
Takut Dia Risau Akan Kesihatan Mental Kim Soohyun Ibu Kim Saeron Enggan Dedah Banyak Lagi Foto Lain

Takut Dia Risau Akan Kesihatan Mental Kim Soohyun Ibu Kim Saeron Enggan Dedah Banyak Lagi Foto Lain

papar berkaitan - pada 15/3/2025 - jumlah : 155 hits
Sebelum ini saluran YouTube Garo Sero Institute Research telah mengugut untuk mendedahkan foto Kim Soo hyun yang lain bukti hubungannya dengan mendiang Kim Sae ron Artikel Berkaitan Bagaimanapun selepas kenyataan agensi mengenai keadaan men...
Ibu Cemas Anak Perempuan 6 Tahun Dilarikan Pencuri Kereta

Ibu Cemas Anak Perempuan 6 Tahun Dilarikan Pencuri Kereta

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 105 hits
Seorang guru tadika berdepan detik cemas apabila anak perempuannya yang tidur di dalam kereta turut dilarikan pencuri dalam kejadian di Setia Alam di sini semalam Kanak kanak perempuan bersama kereta jenis Toyota Vios bagaimanapun telah dij...
Ramai Persoal Kenapa Baru Nak Dedah Cerita Sebenar Sekarang Luahan Ibu Kim Saeron Buat Netizen Luluh Hati

Ramai Persoal Kenapa Baru Nak Dedah Cerita Sebenar Sekarang Luahan Ibu Kim Saeron Buat Netizen Luluh Hati

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 191 hits
Siapa sangka kan banyak yang Kim Sae ron pendam sendiri selama ni Artikel Berkaitan Pasti ramai yang dah tahu kan tentang pendedahan yang dibuat tentang Kim Soo hyun mengenai hubungannya bersama Kim Sae ron selama enam tahun sejak mendiang ...
Ibu Zayn Rayyan Buat Laporan Polis Lepas Terima Video Pimpin 2 Anak

Ibu Zayn Rayyan Buat Laporan Polis Lepas Terima Video Pimpin 2 Anak

papar berkaitan - pada 12/3/2025 - jumlah : 182 hits
Polis menerima maklumat terbaru berhubung kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin membabitkan satu pautan rakaman video Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata pihaknya menerima satu laporan ...
Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


World S First Tri Fold The Huawei Mate Xt Ultimate Design Was Gifted For Official State Visit To Malaysia

Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada