Dua Tuntutan Bn Dalam Belanjawan 2021 Untuk Rakyat Noor Hariri


 
Dua tuBy Manzaidi Mohd Amin - 12 November 2020Noor Hariri Mohamed NoorKUALA LUMPUR – Belanjawan tahun ini jelas berbeza daripada bajet sebelumnya, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor.
Beliau berkata, sebagaimana dibahaskan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak kelmarin, sekarang masa luar biasa memerlukan langkah yang luar biasa.
Ini bermakna, maksud yang dibawa oleh Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Backbenchers Barisan Nasional (BNBBC) itu ialah Belanjawan 2021 ini perlu ditambah lagi untuk lebih memberi makna kepada rakyat.
Sebab itulah, kata Nor Hariri, BN konsisten memperjuangkan pengeluaran secara one-off RM10,000 dari akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan meminta kerajaan melanjutkan moratorium.
“Najib selaku mantan Menteri Kewangan berpengalaman selama sembilan tahun membentangkan bajet negara sepanjang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sebelum ini.
“Beliau tahu rakyat amat memerlukan joran berbanding ikan untuk survival diri dalam berdepan dengan cabaran hidup di era pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Noor Hariri berkata, cadangan pengeluaran akaun 1 KWSP adalah joran terbaik kepada rakyat untuk mereka berusaha pelbagai kaedah mencari rezeki melalui berniaga sendiri serta menyara tanggungan dengan wang itu.
Jelas beliau, BN turut konsisten membela golongan golongan B40 dan M40 melalui cadangan melanjutkan moratorium pinjaman sehingga Jun 2021, kerana dalam tempoh itu rakyat dapat menggunakan punca pendapatan untuk perbelanjaan isi rumah yang lebih mendesak.
Katanya, kesan serampang dua mata itu dapat dilihat apabila pusingan modal ekonomi berlaku dan peminjam dapat diselamatkan daripada rekod buruk disenaraihitamkan untuk tindakan bankrup.
“Oleh itu, amat tidak kena pada tempatnya apabila Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadli Shaari menuduh BN seolah mahu menolak Belanjawan 2021.
“Beliau membuat perumpamaan ibarat Hikayat Puteri Gunung Ledang yang sengaja membuat permintaan pelik, sedangkan semua tuntutan BN itu dibuat melalui kajian yang terperinci oleh pakar ekonomi berpengalaman, bukan cadangan yang boleh menganiaya bank dengan menghapuskan hutang pinjaman.
“BN menggunakan platform yang tepat dengan membahas di Parlimen kerana rakyat tiada lagi tempat bergantung melainkan kita sebagai wakil dipilih mereka untuk menyuarakan hasrat dan kehendak yang mendesak,” katanya.
Beliau yakin, kerajaan yang prihatin itu akan mempertimbangkan tuntutan berkenaan dengan memasukkan bajet tambahan dalam Belanjawan 2021.
Apatah lagi, katanya, cadangan itu datangnya daripada wakil rakyat yang menyokong kerajaan. – MalaysiaGazette






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/dua-tuntutan-bn-dalam-belanjawan-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 489 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Belanjawan 2021 Rakyat Sabah Menderita Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan Najib

Belanjawan 2021 Rakyat Sabah Menderita Tidak Boleh Tunggu Tahun Hadapan Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 525 hits
Najib berkata Sabah perlu diberi perhatian khusus kerana catat kadar kemiskinan tertinggi dan kadar pertumbuhan terendah dalam Malaysia Belanjawan 2021 Rakyat Sabah menderita tidak boleh tunggu tahun hadapan Najib Bekas Perdana Menteri Datu...
Bn Kena Guna Parlimen Pastikan Belanjawan 2021 Ikut Kehendak Rakyat Najib

Bn Kena Guna Parlimen Pastikan Belanjawan 2021 Ikut Kehendak Rakyat Najib

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 450 hits
KUALA LUMPUR Barisan Nasional terpaksa menggunakan perbahasan dalam Dewan Rakyat untuk memastikan Belanjawan 2021 adalah selari dengan kehendak dan keperluan rakyat Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ini kerana mereka tida...
Anwar Beri Bayangan Belanjawan 2021 Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

Anwar Beri Bayangan Belanjawan 2021 Tidak Mendapat Sokongan Majoriti Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 255 hits
nbsp KUALA LUMPUR Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal awal lagi sudah memberi bayangan Belanjawan 2021 yang telah dibenatngkan Jumaat lepas tidak akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen Beliau beberapa kali menyifatkan bajet...
Rakyat Teraniaya Jika Belanjawan 2021 Tidak Diluluskan

Rakyat Teraniaya Jika Belanjawan 2021 Tidak Diluluskan

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 308 hits
Oleh KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat akan teraniaya jika Belanjawan 2021 yang dibentangkan semalam gagal meraih sokongan majoriti untuk diluluskan di Parlimen Perdana Menteri yang menzahirkan kebimbangan itu berkata per...
Tolak Belanjawan 2021 Demi Selamatkan Rakyat

Tolak Belanjawan 2021 Demi Selamatkan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 297 hits
SHAHBUDIN HUSIN Majoriti rakyat secara umumnya menolak tiga perkara berikut sebagaimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 6 November lalu Pertama rakyat menolak dan tidak gembira dengan keputusan kerajaan tidak membenarkan penca...
Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

Belanjawan 2021 Demi Kelangsungan Hidup Rakyat

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 295 hits
November 10 2020DEWAN Muslimat PAS Malaysia ingin turut sama sama mengetengahkan tema Teguh Kita Menang Bersama yang digunakan dalam Rang Undang Undang Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021 Ia menegaskan kebersamaan rakyat dan kerajaan dalam...
Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

Belanjawan 2021 Kerajaan Perlu Berjiwa Besar Bantu Semua Lapisan Rakyat Tajuddin

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 306 hits
UMNO ONLINE KUALA LUMPUR Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kerajaan hari ini perlu berjiwa besar untuk membantu semua lapisan masyarakat agar dapat meneruskan kesinambungan hidup dalam berdepan dengan...
Belanjawan 2021 Pn Bertarung Nyawa Rakyat Diketepikan Faizah

Belanjawan 2021 Pn Bertarung Nyawa Rakyat Diketepikan Faizah

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 251 hits
Belanjawan 2021 tidak lebih daripada perjuangan hidup mati bertarung nyawa kerajaan Perikatan Nasional dan bukannya belanjawan melawan pandemik Covid 19 sebagaimana diwar warkan oleh media arus perdana Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia Da...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pantai Lagenda

Arenaa Batik Boutique Hotel

Happy Birthday Adik Mijan

Gambar Raya 2025 Di Melaka

Lirik Lagu Kekasih Bayangan Cakra Khan

Growth Mindset In Startups