Tun M Patut Letak Jawatan Sekiranya Beliau Sendiri Tidak Percaya Kepada Kabinet Yang Beliau Bentuk



Jangkaan saya tepat, apabila Tun M sendiri mengakui bahawa perlantikan Lateefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tidak dibincangkan di dalam Majlis Presiden jauh sekali melalui Kabinet.
Kenyataan PM itu disahkan sendiri oleh Dato' Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung KEADILAN. Ini juga bermakna KEADILAN sendiri tidak dimaklumkan tentang perlantikan mengejut menjelang Aidil Fitri.
Tun M dengan selamba menyatakan bahawa beliau sendiri perlu buat keputusan tanpa rundingan dengan Kabinet bagi mengelakkan beliau terikat dengan keputusan yang beliau hajati. Apakah Tun M mahu mencorakkan kerajaan PH ini sama seperti kerajaan Umno/Bn yang beliau pernah terajui? Apakah Tun M telah bersedia untuk menjadi diktator kembali? Mengapa Tun M berfikir bahawa keputusan melalui perbincangan sesama rakan komponen PH akan menyusahkan beliau?
Tun M seharusnya menghargai kepercayaan rakan-rakan di dalam PH yang mengharapkan beliau berubah dan mampu melaksanakan reform di dalam negara ini apabila PH sebulat suara mengangkat beliau sebagai PM sejurus PH berjaya menumbangkan rejim Umno/Bn. Jangan menghilangkan kepercayaan rakyat kepada beliau. Negara tidak perlu kepada rejim Umno/Bn 2.0.
Apa hebatnya Lateefa Koya sehingga beliau dilantik secara bersendirian oleh Tun M? Wanita yang terkenal dengan sikap emosi dan sering berbicara kasar dan celupar itu dianggap layak mengetuai SPRM? Kita tidak nampak hebatnya Lateefa Koya ini, bahkan sepanjang beliau di dalam parti pun beliau tidak pernah dipilih oleh ahli-ahli parti untuk sebarang jawatan kecuali melalui lantikan. Beliau dikenali di dalam parti hanya kerana "mulut besar'nya itu sahaja.
Ini bukan soal peribadi. Ini bukan soal Lateefa Koya mampu menyelesaikan kes RM90 juta yang dibabitkan dengan Pas atau mampu mencari salah laku pemimpin Umno/Bn. Ini soal ketelusan dan integriti serta maruah PH. Di mana maruah kerajaan PH sekiranya keputusan yang penting ini dibuat secara mengejut oleh satu kepala iaitu Tun M? Apakah Tun M sudah tidak yakin dengan kabinet atau Majlis Presiden?Kalau Tun M merasa beliau sering ditekan atau diikat di dalam perbincangan di dalam Kabinet mahupun Majlis Presiden, beliau tidak seharusnya malu untuk mengumumkan meletak jawatan sebagai PM dan menyerahkan kepada Anwar.
Kita menerima Tun M sebagai PM kerana kita yakin Tun M akan bekerjasama dengan PH bagi merealisasikan reform ke atas negara ini. Malangnya, sedikit demi sedikit Tun M mahu mengheret PH ke arah cara Umno/Bn.
Tun M dipilih sebagai PM atas perbincangan sesama PH. Susah senang kita tanggung bersama sebelum ini. Mengapa setelah berada di kedudukan PM, Tun M tidak lagi mahu mendengar pandangan rakan-rakan di dalam PH bahkan Kabinet sendiri? Kita beri masa kepada Tun M mengikut masa yang beliau sendiri tetapkan iaitu lebih kurang dua tahun untuk melaksanakan tugas sebagai PM bukannya untuk dia membuat keputusan ikut kepalanya sendiri. Jika beliau beranggapan sedemikian, beliau ternyata silap. PH bukan tempatnya.
Saya mengharapkan Tun M masih waras untuk memikirkan semula keputusan yang telah beliau buat. Tolong hormati pimpinan-pimpinan PH, Majlis Presiden dan Kabinet yang beliau bentuk sendiri. Kalau dengan Kabinet yang beliau bentuk itu pun beliau tidak percaya untuk dibawa berbincang, eloklah beliau letak jawatan.
WFAUZDIN NS


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/06/tun-m-patut-letak-jawatan-sekiranya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Pilih Sendiri Latheefa Tanpa Perlu Kelulusan Kabinet Mahathir

Saya Pilih Sendiri Latheefa Tanpa Perlu Kelulusan Kabinet Mahathir

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 321 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelantikan Latheefa Beebi Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia yang baharu dibuat atas keputusannya sendiri Perdana Menteri berkata pelantikan berkenaan tidak dibincan...
Dua Ketua Wanita Cabang Pkr Melaka Letak Jawatan

Dua Ketua Wanita Cabang Pkr Melaka Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 2/6/2019 - jumlah : 271 hits
Diterbitkan Hari ini 8 33 malamDua ketua wanita cabang PKR Melaka meletakkan jawatan yang mendorong spekulasi berlaku pergolakan dalam PKR di negeri itu Berdasarkan satu mesej yang tular di media sosial menyatakan kedua dua mereka ialah Ket...
Cadangan Jawatan Tetap Guru Kafa Akan Dibentang Ke Kabinet

Cadangan Jawatan Tetap Guru Kafa Akan Dibentang Ke Kabinet

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 286 hits
Cadangan lantikan guru Kelas Al Quran dan Fardu Ain ke dalam skim perjawatan tetap dijangka akan dibentangkan ke Kabinet sebelum Julai ini kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh Semalam saya telah meneliti perkembang...
Syukri Abdull Kena Dedahkan Kenapa Dia Terpaksa Letak Jawatan

Syukri Abdull Kena Dedahkan Kenapa Dia Terpaksa Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 394 hits
oleh Ab Jalil Backer Sebelum menang janji semua badan GLC bebas lantikan politik Bila menang ketua penguatkuasa SPRM pun lantikan politik Lateefah Koya dilantik KP SPRM yang baharu Apa macam Shukri Abdul Kamu buat perjanjian dengan syaitan ...
Dr M Saya Sendiri Pilih Latheefa Tak Bincang Dengan Kabinet

Dr M Saya Sendiri Pilih Latheefa Tak Bincang Dengan Kabinet

papar berkaitan - pada 6/6/2019 - jumlah : 379 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan bahawa beliau sendiri yang memilih Latheefa Koya untuk dilantik sebagai ketua pesuruhjaya SPRM Pengerusi PH itu juga berkata bahawa keputusan itu dibuatnya tanpa berbincang dengan kabinet Saya...
Tolong Ingatkan Tun M Akan Janji Ph Dan Janji Beliau Sendiri

Tolong Ingatkan Tun M Akan Janji Ph Dan Janji Beliau Sendiri

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 227 hits
OLEH W FAIDZIN NSSaya ulang kembali apa yang Tun M pernah katakan Semoga Tun M mengingatinya kembali PUTRAJAYA 13 Ogos Kuasa kerajaan dan Perdana Menteri dalam urusan pelantikan beberapa jawatan penting akan dikurangkan melalui penubuhan Ja...
Pm Britain Letak Jawatan Siapa Penggantinya Klon Trump

Pm Britain Letak Jawatan Siapa Penggantinya Klon Trump

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 417 hits
Perdana Menteri Britain Theresa May mengumumkan akan meletakkan jawatannya pada 7 Jun ini selepas gagal memujuk ahli Parlimen untuk menyokong usul perjanjian Brexit May akan kekal sebagai Perdana Menteri sementara menantikan penggantinya Me...
Bila Tarikh Sebenar Dr M Akan Letak Jawatan Tanya Pemimpin Pkr

Bila Tarikh Sebenar Dr M Akan Letak Jawatan Tanya Pemimpin Pkr

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 280 hits
May 31 2019 8 09 AMAhli Parlimen Kapar dari PKR Abdullah Sani Abdul Hamid berkata ekonomi adalah masalah yang berterusan PETALING JAYA Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid meminta Dr Mahathir Mohamad memberitahu dengan jelas bilaka...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis