Masih Wujudkah Ijma Pada Zaman Hari Ini Menurut Takrifan Ulama Mu Tabar Klasik


 




MASIH WUJUDKAH  IJMA’  PADA ZAMAN HARI INI MENURUT TAKRIFAN ULAMA MU’TABAR KLASIK?

Muhammad Nuruddin Bashah

Apabila kerajaan, atau media massa mahupun cendiakawan Islam menggunakan kalimah ijma’ dalam sesuatu keputusan bermakna kesannya besar kepada pematuhan keputusan tersebut. Ijma’ membawa natijah wajib dipatuhi secara syarak dan ianya berstatus qat’i. Kedudukan ijma’ dalam usul fiqh adalah salah satu sumber dalil syara’ yang disepakati oleh para ulama. Ijma’ merupakan dalil yang qat’i dan berada pada tahap ke tiga dalam pengambilan hukum syara’. Walaupun dianggap sebagai sumber ke tiga tetapi terdapat golongan yang menolak kehujahan ijma’ seperti golongan Nizamiah, Syiah, Imamiyyah dan khawarij.

Selepas meneliti bahan edaran Fiqh Covid-19 yang dikeluar oleh Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri penulis dapati pematuhan  lock down, pelitup muka dan cara saf solat tidak dinyatakan sebagai ijma’ sebaliknya seolah-oleh ‘seperti ijma’. Ini menunjukkan ketelitian YB Menteri Hal Ehwal Agama ketika itu iaitu YB Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri dalam hal hukum. Penulis bersetuju rakyat wajib mematuhi arahan ulil amri terutama melibatkan hal nyawa dan sebagainya. Penulis juga berpandangan rakyat mesti percaya dan akur dengan keputusan fatwa kebangsaan namun bukanlah keputusan itu setaraf ijma’ ulama’ sepertimana yang dinyatakan dalam kitab-kitab usul fiqh muktabar. Ia boleh dianggap ijtihad jama’iy yang berperanan menggantikan ketidakmampuan kita melaksanakan ijma’ pada zaman moden hari ini.

Sebelum pergi lanjut kepada persoalan wujudkah ijma’ di zaman sekarang mari kita perhatikan takrifan klasik berkenaan istila ijma’ ulama’.

Menurut pengarang kitab Mabadi Awwaliyyah : kalima ijma’ الاجماع  menurut etimologi (bahasa) ialah menyepakati الاتفاق .

Menurut terminologi pula:

: اتفاق امة محمد صلى الله عليه وسلم بعد وفاته فى عصر من الاعصار على امر من الامور

“Kesepakatan para umat nabi Saw setelah wafat beliau pada suatu masa dalam menentukan suatu masalah”

Ijma’  menurut ulama adalah Hujjah (dalil) sesuai dengan Hadits nabi Saw yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi :

 

عن ابن عمر عن النبى صلى الله عليه وسلم ” إِنَّ اللَّهَ لاَ يَجْمَعُ أُمَّتِي - أَوْ قَالَ أُمَّةَ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم - عَلَى ضَلاَلَةٍ وَيَدُ اللَّهِ مَعَ الْجَمَاعَةِ وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ

“Dari Ibnu „Umar ra. dari nabi Saw sesungguhnya beliau berkata : “'Sesungguhnya Allah tidak akan mengumpulkan umatku " - atau dia berkata: "Umat [Muhammad] di atas kesesatan, dan yad Allah (kuasa)  di atas Jama'ah, dan sesiapa yang menyimpang, dia menyeleweng ke Neraka."

Ijma’  dianggap sah secara hukum dengan ucapan dan perbuatan para ulama, bahkan walaupun (pengakuan) hanya dilakukan oleh sebahagian para ulama, dan juga atas persetujuan (diamnya) para ulama yang masih ada, hal itu disebut ijma’ sukuti.

 

Menurut kitab a Luma’

Ijma’ merupakan hujah dalam semua hukum hukum  syari‟at seperti ibadah, muamalah, pada hukum-hukum jenayah dan  pernikahan dan sebagainya meliputi hal halal, haram, fatwa dan  pelbagai jenis hukum. (Al Syairazi, 2013)

Menurut Imam Al Syairazi pengarang Al Luma’, Ijma’ tidak dapat menjadi hujah dari beberapa urusan dunia seperti menyiapkan tentara perang, strategi perang, pembangunan, pertanian dan lain-lain dari setiap kemaslahatan dunia kerana  ijma’ dalam permasalahan tersebut bukan sumber dari  majoriti sabda nabi Muhammad SAW.

Telah ditetapkan bahawa Hadis Rasulullah hanya boleh  menjadi hujah dalam ijma‟ syari‟at bukan terhadap kemaslahatan dunia (Al Syairazi, 2013)

 

Menurut waraqat

Menurut Imam Al Mahalli  dalam syarah kitab al Waraqat:

وأما الإجماع فهو اتفاق علماء أهل العصر على حكم الحادثة، ونعني بالعلماء الفقهاء، ونعني بالحادثة الحادثة الشرعية

Adapun ijma’ adalah kesepakatan ulama’ suatu masa atas hukum dari suatu masalah baru yang terjadi. Yang kami maksud dengan ulama’ adalah ahli-ahli fiqh, dan yang kami maksud dengan masalah baru yang terjadi adalah masalah syar’iyyah (cabang agama). (Al Mahalli, 2011)

Ini di sokong melalui kitab al Mustasfa telah dinyatakan  takrifan Imam Al Ghazali: Kesepakatan umat Nabi Muhammad Saw. secara khusus mengenai suatu permasalahan agama.

Takrif Imam al-Zarkasyi

Al-Zarkasyi membuat kesimpulan tentang ijma’ sebagai  “Persetujuan para imam mujtahid umat Nabi Muhammad Saw  sesudah wafat Baginda, mengenai suatu perkara hukum yang berlaku pada suatu masa”. Terminologi ini menggambarkan bahawa ijma’ mesti melibatkan  kesepakatan para imam mujtahid secara total, tidak termasuk kesepakatan orang biasa dan sebahagian mujtahid. Ijma’ mesti terdapat kesepakatan baik dalam perkara hukum syara’ (asy-syar’iyyat), hukum rasional (al-’aqliyyat), analisis linguistik (al-lugawiyyat), dan termasuk tradisi atau adat  yang berkembang dalam masyarakat (al-'urfiyyat), dan tidak hanya berlaku pada masa tertentu tetapi berlaku sepanjang zaman sehingga kiamat. (Dinata,2021).

Berdasarkan definisi yang disebutkan oleh Imam al-Zarkasyi di atas, terdapat beberapa perkara  penting yang boleh dikeluarkan seperti berikut: (Rusli, 2017)

Kesepakatan orang awam di dalam sesuatu isu tidak dianggap sebagai ijma’ kerana mereka bukan mujtahid fiqh.
Demikian juga kesepakatan sebahagian sahaja  para mujtahid tidak dikira sebagai ijma’.
Kesepakatan umat sebelum Nabi Muhammad S.A.W tidak termasuk dalam ijma’ kerana ia berlaku sebelum baginda wafat.
Ijma’ berlaku meliputi perkara-perkara syarak, ‘aqliyyat, ‘uruf, dan juga bahasa.
Kesepakatan para mujtahid itu berlaku di dalam satu zaman yang sama.
Yang dimaksudkan dengan ‘zaman’ adalah sesiapa yang ada kelayakan berijtihad di dalam masa berlakunya sesuatu kejadian, maka dia merupakan ahli pada zaman tersebut.
 



Majoriti sahaja bukanlah satu Ijma.

Ramai menyangka jika majoriti ulama’ berkata sesuatu pandangan maka ia pandangan qat’i yang tidak boleh digugat seperti ijma’. Menurut Abd al-Wahab Khalaf dalam kitab ‘Ilm Ushȗl al-Fiqh  jika majoriti mujtahid bersetuju, maka majoriti yang bersetuju itu belum menjadi ijmâ', walaupun hanya sedikit mujtahid yang menentangnya dan banyaknya mujtahid yang bersetuju. Hal ini  kerana selagi ada perbezaan pendapat, maka masih ada kemungkinan betul atau salah satu pihak dan kekeliruan di pihak yang lain. Oleh itu, bilangan yang menyokong  tertinggi tidak menjadi bukti syar'iyyah yang qat’i dan mengikat umat Islam. (Putra, 2021)

Ijma sukuti mungkin zhonni

Jika kita mampu menghimpun seluruh mujtahid serata dunia dalam satu perbincangan isu hukum dan ada yang mendiamkan diri (sukuti) dalam himpunan berkenaan,  adakah sukuti itu dianggap menyokong? Para ulama berselisih pendapat tentang kesahihan ijmak Sukuti (Diam). Sebahagian ulama’   menganggapnya sebagai hujah yang qat’ie  dan sebahagian daripada mereka tidak menganggapnya sebagai hujah sama sekali, malah ada yang menjadikannya hujah zhonniyah (tidak putus). Hal ini kerana, adalah kemungkinan ulama’ yang sukut (diam) itu redho (setuju) atau boleh jadi juga mereka tidak redho. (Khumaini, 2018)

Adakah masih wujud ijma’ isu agama hari ini?

Menurut Prof Dr. Amin Butush persidangan ulama sedunia yang diadakan di Jeddah setiap tahun boleh dianggap  mencapai tahap ijma' ulama’. Misalnya perbincangan  resolusi yang dihasilkan oleh ulama yang bersidang seperti pengharaman rokok dan pengharaman insuran konvensional. (Ishak, 2008)

Namun, bagi majoriti ulama’  lain, mereka  tidak menganggapnya sebagai ijma' kerana bukan semua ulama bertaraf mujtahid yang terlibat dalam fatwa di Jeddah. Ijma’ bermaksud himpunan semua mujtahid selepas zaman kewafatan Rasulullah dalam membincangkan hukum-hakam agama. Untuk menghimpunkan semua muajtahid seluruh dunia adalah tugas yang agak mustahil.

Menurut pandangan ulama terkemudian seperti Muhammad Abu Zahrah, Muhammad Hudri Bek dan Fath ad Duraini (profesor fiqh dan Usul Fiqh dari Universiti Syria, Damsyik, dan Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili, mereka semua berpendapat adalah mustahil berlakunya ijma' seperti semasa zaman Sahabat Rasulullah SAW. (Dinata,2021).

Menurut Prof. Dr. Wahbah az Zuhaili, syarat-syarat ijma' ialah  orang yang berijma' mestilah  orang yang memenuhi syarat ijtihad, mujtahid yang adil (tegas pendapat agamanya). Mujtahid yang terlibat juga mestilah  mereka yang cuba mengelak daripada bercakap seperti ajaran bidaah. Ketiga-tiga syarat ini telah disepakati oleh semua ulama.  Manakala dalam pada masa kini amat sukar menemui  sejumlah mujtahid. (Dinata,2021)

Manakala menurut pendapat Abdul Wahab Khallaf, ijma’ akan mungkin boleh  terjadi apabila  urusan ijma’ diserahkan kepada pemerintah, kerana para  pemerintah sebagai ulil Amri dapat mengetahui bilangan mujtahid-mujtahidnya, dan membawa pandangan untuk disepakati juga oleh mujtahid seluruh dunia Islam”. (Dinata,2021)

Ijtihad Jama’i sebagai alternatif ijma’.

Menurut Khalid Husein al-Khalid,  Ijtihad Jama’i (Ijtihad Jama’i) adalah usaha pengerahan ijtihad sekumpulan  ulama dalam pembahasan dan musyawarah  untuk menistinbathkan (mengeluar) hukum syari’at di dalam permasalahan dzonni atau usaha pengerahan ijtihad sekumpulan dari para Fuqaha’  yang ‘adil dalam pembahasan dan pandangan mereka sesuai dengan metod ilmu Ushul fiqh. Kemudian mereka bermusyawarah di dalam satu majlis khusus untuk istinbath atau mengambil kesimpulan hukum syari’at dalam permasalahan syari’at yang dzonni (al Munawar, 2020).

Bagi Prof Dr. Wahbah Zuhaili, Ijtihad Jama’i berbeza dengan ijma' ulama kerana:-

1. Bukan semua mujtahid serata dunia  yang terlibat dalam Ijtihad Jama’i.

2. Keputusan ijma adalah bersifat Qat’iyah dari sudut hujjah namun ijtihad Jama’i bersifat zhonniyah sahaja.

3. Ijma disertai oleh semua mujtahid mutlak, manakala ijtihad Jama’i disertai oleh mujtahid dari sudut pengkhususan sesuatu bidang sahaja. Kadang-kadang ia  turut melibatkan pakar-pakar dalam bidang professional misalnya dalam bidang kimia dan sebagainya.

Walaupun tidak mampu untuk mencapai taraf ijma’ namun  usaha menghimpunkan para ulama seluruh dunia dapat menyelesaikan banyak masalah kontemporari seperti fatwa-fatwa sepanjang Covid-19 melanda. (Ishak, 2008)

Menurut Taufiq al-Syawi, Ijtihad Jama’i adalah proses pembahasan dan istinbath hukum oleh sekumpulan ulama, para pakar, baik dengan jalan perundingan jarak jauh (talian) atau dalam satu majlis di mana mereka bermuzakarah dan saling tukar fikiran  hingga mencapai pendapat yang mereka sepakati, atau majoriti  dari kalangan mereka memilihnya. Keputusan mereka dihasilkan  selepas selesai muzakarah dan  dipersembahkan kepada awam dalam bentuk fatwa (al Munawwar, 2020).

Ijtihad Jama'i ini  ialah alternatif kontemporari dalam usaha untuk menjawab cabaran semasa selain sukar untuk mencari seseorang mujtahid mutlak dan menghimpun ulama secara ijma’ pada masa kini. Sekali lagi diingatkan, bahawa Ijtihad Jama’i dapat menggantikan  Ijma’ sahaja (walaupun taraf lebih rendah) kerana  melalui Ijtihad Jama’i  hanya ada kesepakatan majoriti ulama, sedangkan  Ijma’ merupakan kesepakatan seluruh ulama mujtahid. (al Munawwar, 2020).

Bagaimana pula dengan Malaysia? Malaysia juga sebenarnya mempraktikkan amalan ijtihad jama’i.

1- Ijtihad jama’i di peringkat daerah atau wilayah seperti institusi penyelidikan negeri, atau institusi fatwa bagi setiap negeri)

2- Ijtihad jama’i di peringkat negara seperti mana dalam Dar al-Ifta’ di Mesir  dan Dairah al-Ifta’ di Jordan atau di malaysia Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

3- Ijtihad jama’i di tingkat dunia Islam  seperti al-Majma’ al-Fiqh Rabitah al-‘Alam al-Islami di Makkah.

Sebenarnya  bentuk pertama dan kedua bagi ijtihad jama’i ini didapati telah lama wujud di Malaysia.

Kewujudan unit penyelidikan fatwa di universiti dan peringkat negeri-negeri  jelas membawa semangat ijtihad jama’i di Malaysia, selain muzakarah yang dijalankan di peringkat kebangsaan. Antara kelebihan ijtihad jama’i berbanding ijtihad individu adalah:

1- Ijtihad jama’i diyakini lebih teliti dengan tingkat kesahihan yang tinggi.

2- Ijtihad jama’i lebih efektif untuk memberikan ketenangan dan keyakinan kepada masyarakat akan kesahihan hukum dan bebas daripada kepentingan peribadi dan sentiment kelompok, kelas, politik  dan sebagainya.

3- Kualiti hukum ijtihad jama’i melebihi hasil ijtihad individu, dan boleh mendekati ijma’.

4- Wujudnya ijtihad jama’i boleh menjadi kawalan dan dasar metodologi pembinaan hukum, sehingga ijithad tidak menjadi suatu perkara murahan di mana semua orang  kononnya dianggap boleh melakukan ijtihad.

5- Ijtihad jama’i boleh menjadi suatu wadah penyatuan umat Islam.

Alternatif lain mencipta ijma’

Dr `Abd al-Karim Zaydan berpendapat bahawa Akademi Fiqh pusat perlu ditubuhkan untuk menjalankan ijma` pada zaman kontemporari. Semua ulama fuqaha yang mampu berijtihad hendaklah menjadi ahli dalam  akademi berkenaan. Manakala Sheikh  `Abd al-Wahhab Khallaf berpendapat bahawa persatuan perundangan pusat  atau jam`iyyah tashri`iyyah perlu ditubuhkan untuk menjalankan ijma`. Semua mujtahid mesti menjadi ahli persatuan berkenan. Kesimpulan dua pandangan ini adalah kaedah yang sesuai untuk melakukan ini ijma` ialah menubuhkan sebuah akademi atau persatuan fiqh pusat yang  neutral serta berkecuali, di mana semua para mujtahid semua negara Islam dunia tanpa pengecualian harus digabungkan sebagai ahlinya. Mereka akan berkumpul bersama dalam ibu pejabat dan membincangkan secara menyeluruh dan bebas keputusan isu-isu yang memerlukan  keputusan kolektif, dan mereka akan mencapai pandangan tuntas dalam membuat ketetapan. Ketetapan  mesti dianggap sebagai ijma` (konsensus) yang sah, yang mesti diikuti dan dilaksanakan oleh semua individu Muslim dan kerajaan mereka di seluruh dunia. (Amanullah, 2010)

Apabila Felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr Afifi al-Akiti, berkata ulama seluruh dunia Islam termasuk ulama Al-Azhar, Jeddah (Arab Saudi) boleh dikatakan sudah sepakat, malah telah ijma’ mengenai keharusan hukum mengambil vaksin, penulis menganggap ungkapan ijma’ itu lebih sesuai ditakrif sebagai ijma’ ulama’ setempat sahaja bukanlah ijma’ dalam erti kata qat’i yang dibahaskan di atas. Jika ia ijma’ ulama’ sedunia maka haram bagi mana- mana insan menolak ijma’ berkenaan vaksin berkenaan. (Zulsyamini, 2021)

 

Rujukan:

Hakim,  Abdul H. (n.d.). Mabadi’ Awaliyah fi Ushul al Fiqh wa Al Qawaid Al Fiqhiyah (Vol. 1). Maktabah Saudiyah Jakarta.

Al Mahalli (2011). Terjemahan Syarah Al-Waraqāt . Libroyo Press .

Al Syairazi, A. I. (2013). Terjemahan Al Luma’ fi Ushuli Fiqh . Pondok Pasantren Langitan

Rusli, M. F. (2017, November 3). Irsyad Usul al-fiqh siri Ke-13: Apakah Itu Ijma’ ? Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-usul-fiqh/1390-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-13-apakah-itu-ijma

Ishak, M. S. I. (2008, October 6). Ijma’ ulama di zaman moden? Bayu Timur. http://muhammadshahrulifwat.blogspot.com/2008/10/ijma-ulama-di-zaman-moden.html

Al Munawar, F. A., & Mirwan, M. (2020). Ijtihad jama’i (ijtihad jama’i) perspektif ulama kontemporer. Istidlal: Jurnal Ekonomi Dan Hukum Islam, 4(2), 127-137.

Dinata, M. F. (2021). Konsep Ijma’Dalam Ushul Fikih Di Era Modern. Al-Ilmu, 6(1), 37-52.

Putra, P. A. A. (2021). Konsep Ijmâ’Dan Aplikasinya Dalam Mu’âmalah Mâliyyah (Hukum Ekonomi Syariah). Islamic Banking: Jurnal Pemikiran Dan Pengembangan Perbankan Syariah, 7(1), 149-178.

Khumaini, S. (2018). Ijma’Dalam Persepsi Ulama Ushul Fiqh. Rausyan Fikr: Jurnal Pemikiran dan Pencerahan, 14(02).

Amanullah, M. (2010). POSSIBILITY OF CONDUCTING IJMAIN THE CONTEMPORARY WORLD.

Kohari, K. (2021). Ijma'about Prayer Wearing Mask During the Covid-19 Pandemic. Spektra: Jurnal ilmu-ilmu sosial, 3(1), 11-22.

Zulsyamini , M. (2021, May 6). Pengambilan Vaksin capai ijmak Ulama, Fardu Kifayah - Berita Harian. Pengambilan vaksin capai ijmak ulama, fardu kifayah. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/814445/pengambilan-vaksin-capai-ijmak-ulama-fardu-kifayah

Goodreads. (n.d.). Soal Jawab Fiqh COVID-19: Edisi Kemas Kini. Goodreads. https://www.goodreads.com/book/show/56212066-soal-jawab-fiqh-covid-19

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://laman-munawwarah.blogspot.com/2023/06/masih-wujudkah-ijma-pada-zaman-hari-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akar Umbi Masih Kekok Dengan Dap Rindu Zaman Najib

Akar Umbi Masih Kekok Dengan Dap Rindu Zaman Najib

papar berkaitan - pada 10/6/2023 - jumlah : 203 hits
freemalaysiatoday com10 Jun 2023Ahli Umno yang ditemui mengakui rasa janggal ketika menyesuaikan diri dengan parti komponen PH Ahli Umno bahagian akui besar harapan akar umbi untuk melihat parti kembali mentadbir tanpa perlu bersama PH KUAL...
Ramai Ahli Umno Masih Tidak Faham Kedudukan Parti Umno Hari Ini

Ramai Ahli Umno Masih Tidak Faham Kedudukan Parti Umno Hari Ini

papar berkaitan - pada 23/5/2023 - jumlah : 229 hits
Oleh Adam MalikSehingga waktu ditulis rencana ini boleh lah kita buat rumusan masih ramai ahli UMNO masih tidak faham kenapa UMNO ambil Tindakan tertentu Atas sebab tidak faham maka ramai ahli UMNO terikut ikut Hasutan pihak lawan yang ambi...
Ilmu Yang Berfaedah Menurut Al Zarnuji Pesanan Untuk Masyarakat Akhir Zaman

Ilmu Yang Berfaedah Menurut Al Zarnuji Pesanan Untuk Masyarakat Akhir Zaman

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 462 hits
ILMU YANG BERFAEDAH MENURUT AL ZARNUJI PESANAN UNTUK MASYARAKAT AKHIR ZAMAN Muhammad Nuruddin Bashah Akhir zaman baik di Malaysia atau luar negara sana simptom zaman fitnah semakin memuncak Pasca wabak seluruh dunia kini Malaysia menerima b...
Embelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya

Embelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 205 hits
Sembelihan Korban Selepas Solat Sunat Hari Raya Daripada Anas bin Malik RA dia berkata Nabi SAW bersabda Barang siapa menyembelih sebelum solat maka ia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barang siapa menyembelih setelah solat maka ibadah...
Rindunya Selepas 49 Hari Pemergian Moonbin Moon Sua Titip Surat Buat Abangnya

Rindunya Selepas 49 Hari Pemergian Moonbin Moon Sua Titip Surat Buat Abangnya

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 167 hits
Sedar tak sedar sudah 49 hari berlalu sejak Moonbin ASTRO meninggalkan kita buat selamanya ARTIKEL BERKAITAN Kini tempat peringatan buat mendiang telah dipindahkan ke bumbung bangunan Fantagio Entertainment Malah staf di situ turut mereka b...
Hiburan Ada La Nangis Sikit Qistina Raisha Tak Tengok Media Sosial 4 Hari Sedih Disindir Rakan Industri

Hiburan Ada La Nangis Sikit Qistina Raisha Tak Tengok Media Sosial 4 Hari Sedih Disindir Rakan Industri

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 204 hits
Pelakon remaja yang menjadi mangsa sindiran rakan industri tampil memberi respon mengenai isu dan kontroversi yang melanda dirinya itu Maklum Qistina dia sememangnya tidak mempunyai masalah dengan pelakon Puteri Balqis yang didakwa telah me...
Hiburan Kutip Rm16 Juta Hanya Dalam Masa 4 Hari Polis Evo 3 Kalahkan Rekod Mat Kilau

Hiburan Kutip Rm16 Juta Hanya Dalam Masa 4 Hari Polis Evo 3 Kalahkan Rekod Mat Kilau

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 172 hits
Filem Polis Evo 3 arah Syafiq Yusof yang kini sedang ditayangkan memecah rekod filem diarahkan oleh abangnya Syamsul Yusof Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan Polis Evo 3 yang menampilkan Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai teraju utama itu tel...
Satira Hari Minggu

Satira Hari Minggu

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 190 hits
Sejak jadi barua macai Aljub dan DAPig ni bukan sahaja lupa perjuangan malah lupa diri Dulu tu kerajaan parti mana yang berkuasa sejak merdeka Yang mencipta segala macam kebaikan dan nikmat kepada hidup rakyat sehingga anak penoreh getah bo...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp