Dua Cara Nak Daftar Anak Tahun 1 Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan
Dua Cara Nak Daftar Anak Tahun 1 Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan | Tahun ini anak dah berumur 5 atau 6 tahun. Boleh lah daftar tahun 1 untuk sesi persekolahan Tahun 2021 dan 2022.
Pendaftaran Tahun 1 2021/2022 telah dibuka sejak 01.03.2020 lepas. Tarikh tutup permohonan adalah pada hari terakhir pada bulan April. Bermakna tarikh akhir permohonan pada 30.04.2020.
Ada masa dua bulan penuh untuk ibu bapa mendaftarkan anak ke sekolah yang berhampiran dengan tempat tinggal.
Nak daftar anak..tapi tak tahu bagaimana cara?
Di sini cik akak terangkan, hanya dua langkah diperlukan. Tak payah risau kedua-dua langkah ini amat mudah dan tidak memakan masa yang lama.
Memandangkan di sekolah, cik akak yang uruskan pendaftaran tahun 1.
Langkah pertama boleh buat secara manual.
Langkah ini mudah bagi ibu bapa yang tak pandai nak guna online sistem. Bawa salinan sijil lahir anak yang berumur antara 5 hingga 6 tahun ke sekolah yang hendak didaftarkan. Dapatkan borang pendaftaran tahun 1 di pejabat am.
Kemudian lengkapkan borang. Hantar balik ke sekolah tersebut. Borang yang lengkap perlu di sertakan berapa dokumen.
Langkah kedua - Daftar secara online
Langkah ini sesuai bagi ibu bapa yang bekerja dan tidak buta it. Guna sahaja langkah kedua ini. Untuk mendaftar anda perlu klik link di bawah.
Klik Link ini «« https://public.moe.gov.my/
Dah isi secara online jangan lupa pula cetak. Borang yang dicetak perlukan disertakan dengan dokumen yang lengkap.
Borang permohonan yang lengkap wajib dihantar ke sekolah yang dimohon, untuk tindakan seterus oleh pihak kerani sekolah.
Jangan pula tidak menghantar sesalinan ke sekolah yang didaftar. Ini kerana ia akan membuatkan kerja perakuan di peringkat sekolah tidak boleh dijalankan sekiranya tiada rekod borang yang lengkap.
Borang Lengkap Perlu Disertakan Dengan Dokumen Seperti Berikut :
Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa / PenjagaSalinan Sijil Lahir AnakSalinan Bil Air atau Elektrik dan SebagainyaSalinan Pengesahan TadikaSalinan Kad Imunisasi (Kad Bayi)Salinan Sijil Perakuan Perkahwinan
Lengkap dengan 6 dokumen tersebut. Boleh hantar terus ke sekolah yang didaftar.
Mudah sahaja kan. Nak lagi mudah. Guna secara manual. Nanti kerani sekolah bantu korang daftar secara online menggunakan sistem edaftar pada Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid.
Syarat Kemasukan Tahun 1 2021 /2020
Tahun 1/2021 - Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2014 hingga 01.01.2015.
Tahun 1/2022 - Kanak-kanak yang lahir pada 02.01.2015 hingga 01.01.2016.
Sharing untuk bantu ibu bapa daftar anak. Moga manfaat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2020/03/dua-cara-nak-daftar-anak-tahun-1-di.html