5 Tahun Tunggu Nak Dapat Anak Sanggup Cucuk Perut Hari Hari Sampai Lebam


Selama lima tahun usia perkahwinan, pasangan ini tidak henti-henti diajukan soalan bila mahu menimang cahaya mata. Bahkan pada setahun pertama, Izyan Syamimi Izman sering menangis apabila sering ditanya tentang anak. Masuk usia perkahwinan mereka tiga tahun Mimi dan suaminya Muhammad Izzam Kayat mula berbincang untuk mencari solusi kepada masalah mereka.
Sesungguhnya Allah SWT itu Maha Adil. Penantian selama lima tahun dikurniakan dengan dua cahaya mata sekaligus berkat kesabaran dan usaha gigi pasangan ini. Inara Zaina Muhammad Izzam dan Idlan Zahin Muhammad Izzam kini menjadi penyeri rumah tangga Mimi dan Izzam.

 
Buat IUI Gagal, Berehat Setahun Dari Percubaan Untuk Hamil “Masuk tahun ketiga perkahwinan kami, saya dan suami berbincang untuk mendapatkan anak. Kami ke klinik pakar untuk mendapatkan nasihat doktor. Hasil ujian yang dibuat menunjukkan kami berdua mempunyai masalah kesuburan. Ketika itu sekitar tahun 2016, doktor cadangkan agar kami buat rawatan IUI. Terbuka dengan sebarang cadangan, kami pun cuba tetapi gagal,” kata Mimi memulakan bicara.
Sedih dan kecewa dengan keputusan ujian IUI, pasangan ini memutuskan untuk berehat selama setahun sebelum mencuba untuk hamil semula. Dalam usahanya untuk mengandung, Mimi mengikuti sebuah grup sokongan IVF dan suatu hari ada iklan tentang seminar kesuburan akan diadakan. Mimi kemudiannya mengajak suaminya untuk mengikuti seminar ini kerana merasa sudah bersedia untuk cuba mengandung sekali lagi.

Ketika seminar tersebut diadakan adalah pada bulan November. Mengikuti seminar tersebut banyak memberi pendedahan kepada pasangan ini dan mereka terus membuat temu janji untuk membuat ujian kesuburan sekali lagi pada bulan Disember.
 
Tak Kisah Kena Inject Setiap Hari Demi Zuriat Memandangkan kedua-dua mereka mempunyai masalah kesuburan, doktor memulakan rawatan dengan pengambilan ubat selama tiga bulan. Apabila keadaan mereka berdua sudah cukup bersedia, Mimi memulakan rawatan dengan suntikan selama sebulan. Mimi memerlukan dua jenis suntikan iaitu suntikan di perut dan di punggung kerana masalah PCOS yang dihidapinya.
Memandangkan Mimi seorang juru rawat ketika itu, mengambil suntikan tidak menjadi masalah kepadanya. Dua jenis suntikan ini bermula Mac 2018 sehingga April 2018. Suntikan di perut perlu dibuat sekali sehari memberi kesan lebam di bahagian itu. Bahagian punggung pula perlu disuntik sebanyak sekali seminggu, Mimi kuatkan semangat demi mendapatkan anaknya sendiri.
Ketika membuat rawatan, doktor mengesahkan ada lima telurnya yang matang. Semasa proses percantuman dibuat, empat sahaja yang elok. Kemudian tinggal tiga telur yang sihat. Mimi dan Izzam ketika itu bersedia dengan kemungkinan sama ada akan mengandung kembar tiga, dua atau anak seorang.

Pada awal waktu rawatan, Mimi dan Izzam ada temu janji bersama doktor setiap dua minggu. Selepas sebulan, jelas kelihatan Mimi hamil anak kembar. Pada usia kandungan 15 minggu ketika mereka membuat ujian imbasan terperinci, pasangan ini dikejutkan dengan berita kembar lelaki dan perempuan.
Mabuk Teruk Pada Enam Minggu Pertama Kehamilan “Saya mengalami mabuk teruk sehingga lebih kurang enam minggu usia kehamilan. Teruk sangat waktu itu. Makanlah apa pun, akan keluar semula. Saya tetap makan untuk dapatkan tenaga kerana saya masih perlu ambil ubat dan disuntik pada punggung. Waktu itu, berat badan saya turun sehingga 10 kg. Badan pun nampak susut. Masuk trimester kedua baharulah elok sikit dan boleh makan,” cerita Mimi.

 
Pun begitu, sebaik usia kandungan enam bulan, Mimi mengalami masalah bengkak yang serius. Bahagian kaki, tangan dan wajahnya mulai membengkak dan menyukarkan Mimi untuk bergerak. Ketika kehamilannya masuk lapan bulan, Mimi pun mengambil cuti tanpa gaji.
Suami Jaga Dengan Baik Ketika Berpantang Ketika mahu melahirkan, didapati air kencing Mimi mengandungi jumlah protein yang tinggi. Ketika melahirkan Inara tiada sebarang masalah. Tidak sempat Idlan keluar, tekanan darah Mimi naik mendadak sehingga bacaan mencecah 200. Mimi kemudiannya tidak sedarkan diri dan hanya berjumpa dengan kedua-dua bayinya selepas sehari melahirkan.
 
“Saya bersyukur kerana sepanjang tempoh berpantang, suami banyak membantu. Dia ambil cuti seminggu. Habis cuti, sebelum ke pejabat dia akan pastikan anak-anak sudah dimandikan dan makanan untuk saya sudah tersedia. Memandangkan emak dan ibu mertua saya duduk berhampiran dengan kami, mereka bergilir-gilir datang untuk menjaga saya. Yang selebihnya, semuanya suami akan buat untuk saya,” cerita Mimi.
Inara dan Idlan masih menyusu badan sehingga sekarang. Rezeki kembar ini kerana susu badan Mimi banyak dan mencukupi untuk kedua-duanya. Sepanjang proses rawatan untuk mendapatkan kembarnya itu, pasangan ini berhabis sekitar RM15,000. Kata Mimi, dia nekad berbuat apa sahaja asalkan dapat melahirkan zuriatnya sendiri dan kini mereka bersyukur dikurniakan dua orang anak yang comel dan sihat.
Perkembangan Si Kembar Bercerita tentang perkembangan anak kembarnya pada usia setahun tiga bulan sekarang, mereka sudah boleh berdiri tanpa bantuan, respon jika sesiapa bercakap dengan mereka, menari apabila mendengar muzik, sudah mampu menerima arahan, suka mengemas (dan buat sepah juga!), suka bermain blok, pandai makan sendiri dan banyak lagi. Selain itu, anak-anaknya juga suka menconteng. Apabila dibawa berjalan, Mimi akan pastikan board mereka dibawa bersama.

Masih BF, Tak Guna Botol Langsung Di Rumah Sehingga sekarang anak-anak kembarnya masih menyusu badan dan di rumah tiada sebarang botol atau puting digunakan di rumah. Penyusuan diberi terus dari badan. Memandangkan mereka kembar, kadang-kadang ada juga menyusu serentak. Tetapi ada masanya, mereka akan ikut giliran.
Hanya ketika dihantar ke rumah pengasuh sahaja, Mimi akan bekalkan susu badan lebih kurang 7oz untuk setiap satu anaknya. Mimi akan pastikan makanan anak-anaknya dimasak sendiri tanpa tambahan gula dan garam.
Terima kasih: Izyan Syamimi
The post 5 Tahun Tunggu Nak Dapat Anak, Sanggup Cucuk Perut Hari-Hari Sampai Lebam appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/5-tahun-tunggu-nak-dapat-anak-sanggup-cucuk-perut-hari-hari-sampai-lebam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiada Kubur Tiada Pesan 6 Tahun Berlalu Sampai Hari Ini Anak Sebut Papa Papa

Tiada Kubur Tiada Pesan 6 Tahun Berlalu Sampai Hari Ini Anak Sebut Papa Papa

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 286 hits
Tahun 2014 merupakan tahun yang meninggalkan kesan mendalam buat rakyat Malaysia terutama ahli keluarga dan krew kabin Malaysia Airlines MH370 Pesawat yang membawa 239 orang itu dipercayai terputus hubungan ketika berada 120 batu nautika di...
Tiap Petang Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja Jangan Kecewakan Hati Mereka Beringatlah

Tiap Petang Tiap Hari Anak Akan Tunggu Kita Pulang Dari Kerja Jangan Kecewakan Hati Mereka Beringatlah

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 219 hits
Banyak kemalangan jalan raya berlaku sejak akhir akhir ini ada yang melibatkan kematian ibu bapa kematian anak dan juga kecederaan teruk Yang paling sedih berlaku apabila kemalangan melibatkan ibu bapa dan tinggalah si anak sebatang kara An...
Anak Bawah 3 Tahun Mengamuk Hempas Badan Tu Ada Sesuatu Dia Nak Beritahu

Anak Bawah 3 Tahun Mengamuk Hempas Badan Tu Ada Sesuatu Dia Nak Beritahu

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 287 hits
Kenapalah anak saya ni buat perangai gini Selalu sangat mengamuk Aduhai stress saya dibuatnya Dulu asal tak nampak saya melalak kemain sekarang macam macam perangai yang menggeramkan saya Mana taknya mainan orang dia rebut kongsi emm jangan...
Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

Baru 37 Hari Jadi Ayah Selepas 3 Tahun Tunggu Adik Yana Samsudin Meninggal Dalam Tidur

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 1727 hits
Adik lelaki pelakon Yana Samsudin yang baru bergelar bapa 37 hari lalu meninggal dunia dalam tidur Yana berkongsi berita pemergian Allahyarham Muhammad Fahmi Harith di Instagram Yana meluahkan kesedihan kehilangan Muhammad Fahmi yang baru m...
Risau Suhu Naik Mencanak Mak Ayah Sanggup Tak Tidur Kalau Anak Demam

Risau Suhu Naik Mencanak Mak Ayah Sanggup Tak Tidur Kalau Anak Demam

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 305 hits
Ibu ayah mana yang tidak risau jika anak diserang demam Kemudian demamnya itu berpanjangan dan suhu badan pun panas Sudah dua tiga klinik dikunjungi dan ambil ubat tetap tidak sembuh Selera makan anak pun semakin berkurangan dan tidak aktif...
Dalam Perut Baby Suka Dengar Suara Ayah Bersembang Dengan Dia Anak Akan Jadi Bijak

Dalam Perut Baby Suka Dengar Suara Ayah Bersembang Dengan Dia Anak Akan Jadi Bijak

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 333 hits
Setiap ibu ayah menginginkan anak yang bijak dan sihat baik ketika di dalam kandungan ataupun semasa tempoh tumbesarannya Amalan oleh ibu ketika sedang hamil boleh mempengaruhi anak di dalam kandungan Mendidik anak sedari dalam rahim bukan ...
Biasakan Anak Tulis Bentuk Asas Seawal 2 Tahun Baru Rangsang Koordinasi Tangan Mata

Biasakan Anak Tulis Bentuk Asas Seawal 2 Tahun Baru Rangsang Koordinasi Tangan Mata

papar berkaitan - pada 7/3/2020 - jumlah : 378 hits
Ramai ibu ayah dan pendidik mahu anak anak didik segera kenal huruf dan dapat tulis huruf huruf tersebut Tapi adakah kita terfikir kenapa sebenarnya anak kita masih belum boleh menulis dengan baik walaupun dah masuk tadika Berikut perkongsi...
Kalau Abang Takda Sayang Jaga Diri Anak Pesanan Arwah 2 Hari Sebelum Pergi

Kalau Abang Takda Sayang Jaga Diri Anak Pesanan Arwah 2 Hari Sebelum Pergi

papar berkaitan - pada 25/2/2020 - jumlah : 377 hits
Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan 32 menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin akibat demam panas Walaupun pemergian arwah Abam dah dua minggu masih ramai lagi yang nak mengetahui kisah isteri d...
Rakyat Malaysia Dapat Cuti Hari Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Setiap Tahun

Rakyat Malaysia Dapat Cuti Hari Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 746 hits
Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan media telah memaklumkan tentang pindaan tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI Pindaan tarikh ini tentu memberikan berita gembira dan teruja buat seluruh warga Malay...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game