Dua Beradik Dijemput Ilahi Selang Sejam


SELANG satu jam selepas abang meninggal dunia adik pula menghembus nafas terakhir pada Rabu, 8 Syawal lalu.
Yahya Amat, 84, dan Samsiah Bais, 79, masing-masing merupakan anak kedua serta ketiga daripada lima beradik.
Mereka tinggal di rumah berasingan secara bersebelahan di Kampung Sejantung, Sungai Choh, Hulu Selangor dengan penjagaan harian diuruskan oleh dua anak perempuan kepada Allahyarham Samsiah.
Nooraini Mohd Said, 55, berkata, bapa saudaranya (Yahya) yang dipanggil dengan gelaran Pak Andak meninggal dunia pada jam 6.40 petang akibat sakit tua.
Katanya, ketika arwah bapa saudaranya itu dalam keadaan nazak, ibunya berada di sisi sehingga Pak Andak menghembuskan nafas terakhir.
“Pak Andak dan ibu tak ada sakit apa-apa cuma tahap ketahanan diri mereka berdua semakin menyusut sejak sebulan lalu.
“Pak Andak terlantar di katil dan walaupun ibu bergerak menggunakan kerusi roda tapi dia akan menjenguk Pak Andak setiap hari.
“Pada petang itu, bila saya beritahu ibu mengenai keadaan Pak Andak dan ibu segera meminta saya bawa dia untuk tengok Pak Andak,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, sementara ahli keluarga lain membacakan surah Yasin, ibunya berada di sisi Pak Andak sehingga lelaki itu menghembuskan nafas terakhir.
Nooraini berkata, sebaik dimaklumkan abang kandung sudah tiada, ibunya membalas dengan kata ‘sudah sampai masanya dia pergilah’.
Katanya, keadaan Samsiah ketika itu seperti gelisah dan dia beranggapan ibunya itu terlalu sedih.
Justeru katanya, dia meminta anak saudara membawa ibunya balik ke rumah untuk berehat.

“Tiba-tiba dengan panggilan kuat daripada anak saudara yang saya ingatkan ibu terjatuh tetapi rupa-rupanya keadaan ibu semakin lemah.
“Kami angkat ibu dari kerusi roda untuk dibaringkan atas katil dan tak lama kemudian, ibu menghembuskan nafas terakhir jam 7.45 malam,” katanya.
Noraini berkata, dia tergamam seketika kerana baru memaklumkan pemergian Pak Andak kepada ahli keluarga menerusi WhatsApp.
Menurutnya, dia seakan-akan tidak percaya perlu menghantar satu lagi mesej memberitahu bahawa ibunya pula menyusul pergi buat selama-lamanya.
Sementara itu anak sulung Allahyarham Samsiah, Suhaimi, 59, berkata, hubungan ibunya dengan Pak Andak sangat rapat memandangkan tiga adik-beradik lain sudah meninggal dunia.
Katanya, adik bongsu kepada kedua-dua Allahyarham meninggal dunia tahun lepas.
“Pak Andak tak pernah berkahwin dan selepas pencen Risda, makan minum dia dijaga oleh anak saudara bersama arwah ibu di sini.
“Dengan anak-anak saudara, Pak Andak tak pernah berkira dan sentiasa mengambil berat maka sebab itu dia sangat disayangi kami.
“Tak ada sakit apa-apa sebab dah bawa ke hospital buat pemeriksaan tapi disebabkan faktor usia, tenaga pun makin berkurangan,” katanya.
Suhaimi berkata, kebiasaan ibunya akan meminta dia mengurut belakang badannya namun sejak sebulan lalu Samsiah mengadu sakit walaupun diurut dengan perlahan.
Menurutnya, sambutan Aidilfitri lalu menjadi kenangan terakhir namun bermakna apabila ibunya kelihatan gembira dan berselera untuk merasai beberapa jenis kuih.
“Arwah ibu dijaga dua adik saya iaitu Nooraini dan Noorzilah serta setiap hari sebelum makan dia akan tanya Pak Andak dah makan ke belum.
“Ada hikmah ALLAH SWT nak tunjuk mengenai betapa besarnya kasih sayang antara adik-beradik sehingga mereka ‘pergi’ pun bersama,” katanya.
Suhaimi berkata, pemergian dua beradik yang meninggal dunia pada hari sama dan dalam tempoh selang satu jam itu dikatakan kali pertama berlaku di kampung berkenaan.
Allahyarham Yahya dan Samsiah selamat dikebumikan secara bersebelahan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Choh Khamis lalu.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/dua-beradik-dijemput-ilahi-selang-sejam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kematian Yang Dicemburui Ayah Dijemput Ilahi Ketika Bibir Sedang Dibasahi Zikir

Kematian Yang Dicemburui Ayah Dijemput Ilahi Ketika Bibir Sedang Dibasahi Zikir

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 423 hits
SETIAP yang hidup pasti akan merasai mati Apa yang membezakan hanyalah bila dan bagaimana pengakhiran hidup kita di dunia ini Malam tadi Harian Metro melaporkan kejadian seorang lelaki yang juga anggota polis meninggal dunia ketika berada d...
Dua Beradik Antara Yang Ditahan Disyaki Miliki Dadah

Dua Beradik Antara Yang Ditahan Disyaki Miliki Dadah

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 282 hits
JOHORTIMES MY hubungi kami dengan KLIK LOGO WHATSAPP DI PENJURU KANAN SEMASA MELAYARI DI JOHORTIMES MY DI TELEFON BIMBIT ANDA TERIMA KASIH Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Faceboo...
Dua Beradik Selamat Dikebumi Ibu Terlelap Ketika Pandu Kereta

Dua Beradik Selamat Dikebumi Ibu Terlelap Ketika Pandu Kereta

papar berkaitan - pada 15/6/2019 - jumlah : 279 hits
DUA kanak kanak perempuan yang maut selepas kereta dinaiki bersama keluarga terbabas dan terjunam ke dalam gaung pada Rabu selamat dikebumikan semalam Ibu saudara mereka Noorhayati Md Said sempat memuat naik beberapa gambar sekitar majlis p...
Dua Adik Beradik Ditemui Mati Lemas Dalam Peti Sejuk Lepas Main Sorok Sorok

Dua Adik Beradik Ditemui Mati Lemas Dalam Peti Sejuk Lepas Main Sorok Sorok

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 507 hits
Memang susah nak jangka benda yang kita buat hari hari boleh undang bahaya Macam dua adik beradik ini yang mati lemas lepas secara tak sengaja terkurung diri sendiri dalam peti ais lama berhampiran rumah mereka di Kyrgyzstan Menurut dua adi...
Khatib Dijemput Ilahi Selepas Rebah Di Mimbar Ketika Khutbah Jumaat

Khatib Dijemput Ilahi Selepas Rebah Di Mimbar Ketika Khutbah Jumaat

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 364 hits
Khatib dijemput Ilahi selepas rebah di mimbar ketika khutbah Jumaat Sebuah video yang menunjukkan seorang khatib tiba tiba rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat menjadi tular di media sosial Khatib Masjid Al Bukhary Alor Malai Jalan Lang...
Dua Beradik Maut Kereta Dinaiki Jatuh Gaung

Dua Beradik Maut Kereta Dinaiki Jatuh Gaung

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 278 hits
TAWAU Dua beradik perempuan maut selepas kereta dipandu ibu mereka hilang kawalan dan terbabas ke dalam gaung di Kilometer 56 Jalan Kalabakan Sapulut dekat sini pagi tadi Dalam insiden 8 pagi itu Nur Halisa Sufiyya Resmanshah 7 dan l Nur Sy...
Dua Beradik Dicekup Cetak Wang Rm100 Palsu

Dua Beradik Dicekup Cetak Wang Rm100 Palsu

papar berkaitan - pada 16/6/2019 - jumlah : 293 hits
KEMAMAN Polis menahan dua beradik kerana dipercayai terlibat dengan kes penggunaan wang palsu RM100 di daerah ini baru baru ini Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Mohd Haki Hasbullah berkata kakak dan adik lelakinya masing masing berus...
Lan Siro Dah Dua Bulan Bawa Grab Food

Lan Siro Dah Dua Bulan Bawa Grab Food

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 715 hits
Pelakon Lan Siro yang sudah lapan bulan tidak mendapat tawaran berlakon berkongsi kini menjadi penunggang Grab Food di sekitar Lembah Klang Lan atau nama sebenarnya Azlan Mokhtar yang juga pelakon filem Malay Regiment berkata dia turut menj...
Dua Sahabat Maut Motosikal Bergesel

Dua Sahabat Maut Motosikal Bergesel

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 341 hits
KUANTAN Perjalanan pulang dua rakan selepas berhari raya secara berkonvoi berakhir tragedi selepas motosikal bergesel sesama sendiri di jalan besar Jengka 23 Maran dekat sini semalam Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superintendan Norzamri Ab...
Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Bheart Feat Waris Bila Tiba Hari Seterusnya Chord

Elderly Woman Killed In Hit And Run Accident At Traffic Light

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Madani Wins Ayer Kuning But Psm Makes Waves While Pn S Pig Agenda Fails

The Evolution Of Gaming Technology How Video Games Have Transformed Over The Years

Rena Monrovia When You Transport Something By Car Definitive Guide


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart

Ministry To Support Digitalisation Efforts At Temples Nationwide

Pastor Koh S Wife Hopes Court Judgment Will Bring Some Closure

T25d24 Aina Buat Hal Di Sekolah Kebangsaan

10 Tahun Di Alam Maya Akhirnya Bertemu Juga

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord