Lan Siro Dah Dua Bulan Bawa Grab Food






Pelakon Lan Siro yang sudah lapan bulan tidak mendapat tawaran berlakon berkongsi kini menjadi penunggang Grab Food di sekitar Lembah Klang.

Lan atau nama sebenarnya Azlan Mokhtar yang juga pelakon filem Malay Regiment berkata, dia turut menjadi jurulatih peribadi selain berniaga di bazar Ramadan Putrajaya sepanjang Ramadan lalu.

Katanya, sejak Oktober tahun lalu dia tidak mendapat sebarang tawaran berlakon. Disebabkan itu, dia membuat apa saja jenis pekerjaan demi kelangsungan hidup di ibu kota.

"Sebelum bawa Grab Food sejak dua bulan lalu, saya menjadi jurulatih peribadi kepada Izara Aishah, Mimi Lana dan beberapa pelakon lain serta menjual makanan kesihatan. Malah, sepanjang Ramadan saya berniaga di Bazar Ramadan Putrajaya bersama pelakon, Afzan Rahman.

"Saya tak malu untuk berkongsi perkara ini di laman sosial kerana berasakan orang lain pun buat. Kalau tidak bekerja, saya dan keluarga nak makan apa?

“Nak mencari pekerjaan lain, saya bukannya ada kelulusan tinggi. Jadi, saya gunakan kemahiran yang ada untuk mencari duit. Alhamdulillah rezeki akan sentiasa ada," katanya.

Lan yang sering berlakon di bawah produksi A Aida Production Sdn Bhd tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak atas apa yang terjadi.



Lan menjadi jurulatih peribadi kepada Izara.

"Saya tidak mahu salahkan syarikat produksi. Mungkin sebab atas permintaan stesen televisyen yang inginkan pelakon muda dan baru. Atau juga tidak ada watak yang sesuai dengan saya.

“Alhamdulillah, baru-baru ini saya mendapat tawaran berlakon drama 13 episod, Perempuan Tepi Jalan terbitan A Aida Production.

"Bagi saya, menjadi anak seni kena kental. Kalau dilanda kesusahan dan kurang tawaran berlakon, diri sendiri kena menjadi kreatif," katanya.

Lan berkata, seperkara yang dia belajar adalah apabila susah dia menjadi kreatif dengan membuat perkara lain untuk dijadikan sumber pendapatan seperti berniaga dan sebagainya.

Dalam masa sama, Lan yang membaca kisah pelakon Reza Hasbi sengkek hingga terfikir mahu meminta zakat kerana tiada tawaran berlakon mengakui memahami situasi dilalui pelakon itu.

"Dua bulan lalu, agak pelik juga apabila lapan syarikat produksi yang menghantar nama saya ke stesen televisyen, satu pun tak lekat. Apa pun, saya tetap bersangka baik yang mana mungkin mereka ada pilihan pelakon lain.

"Ini bukan kali pertama saya tak ada tawaran berlakon. Pada 2013 saya pernah tak berlakon selama 10 bulan. Tapi, saya belajar buat benda lain. Alhamdulillah, saya masih berada dalam industri dan boleh bertahan," katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://artismeletop.blogspot.com/2019/06/lan-siro-dah-dua-bulan-bawa-grab-food.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buku Pink Vitamin Mesti Bawa Dua Kali Raya Travel Masa Hamil Ibu Kongsi Tip Dalam Pa Ma Tv

Buku Pink Vitamin Mesti Bawa Dua Kali Raya Travel Masa Hamil Ibu Kongsi Tip Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 5/6/2019 - jumlah : 548 hits
Beraya ketika berbadan dua tentunya lain dari biasa Ibu kini mempunyai seseorang di dalam rahim yang perlu dijaga selain daripada diri sendiri Perkongsian daripada Puan Atiqah Ali yang muncul dalam rancangan TV Pa Ma Musim Ke 4 episod 13 Be...
Akhirnya Kami Bawa Ayra Ke Tempat Awam Selepas Dapat 9 Bulan Vaksin Ummi Baru Berani Bawa Anak Keluar

Akhirnya Kami Bawa Ayra Ke Tempat Awam Selepas Dapat 9 Bulan Vaksin Ummi Baru Berani Bawa Anak Keluar

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 413 hits
Pelakon Ummi Nazeera melalui instagramnya memaklumkan bahawa dia dan suami Dr Izzar akhirnya membawa anak sulungnya Ayra 9 bulan keluar ke tempat awam setelah mengambil vaksin yang dijadualkan kepada anaknya Baca Selanjutnya Finally we brin...
Pria Yang Pengantar Grab Food Ini Membuat Netizen Terinspirasi Saat Menyadari Dia Memakai Kaki Palsu Untuk Bekerja

Pria Yang Pengantar Grab Food Ini Membuat Netizen Terinspirasi Saat Menyadari Dia Memakai Kaki Palsu Untuk Bekerja

papar berkaitan - pada 12/6/2019 - jumlah : 225 hits
Seorang pria yang bekerja di Grab Food ini telah menginspirasi banyak orang Baru baru ini foto pria yang bekerja di Grab Food telah viral di media sosial Sepintas foto tersebut mungkin terlihat seperti foto biasa dari seorang pengantar Grab...
Menyusul Dua Rekannya Satu Muncikari Vanessa Angel Juga Dituntut 7 Bulan Penjara

Menyusul Dua Rekannya Satu Muncikari Vanessa Angel Juga Dituntut 7 Bulan Penjara

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 273 hits
Jaksa penuntut umum menuntut Endang Suhartini alias Siska muncikari Vanessa Angel dengan hukuman 7 bulan penjara Tidak hanya itu ia juga dituntut untuk dihukum membayar denda sebesar Rp 10 juta subsider 3 bulan kurungan Tuntutan ini sama se...
Solat Sunat Tasbih Di Bulan Ramadhan Bersama Penghayatan Asmaul Husna

Solat Sunat Tasbih Di Bulan Ramadhan Bersama Penghayatan Asmaul Husna

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 869 hits
Solat Sunat Tasbih di Bulan Ramadhan Allhamdulillah Ramadhan kali ni baru saya berpeluang menghadirkan diri untuk solat sunat tasbih menerusi penghayatan Asmaul Husna Susah nak meloloskan diri dari ofis so kali ni dengan izin Allah dan Alla...
Tak Kesampaian Jadi Ibu Wanita Hamil 5 Bulan Maut Kemalangan Sempat Jamah Hidangan Diidam

Tak Kesampaian Jadi Ibu Wanita Hamil 5 Bulan Maut Kemalangan Sempat Jamah Hidangan Diidam

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 496 hits
Tidak kesampian menjadi ibu wanita hamil maut dalam kemalangan Lebih memilukan perginya ibu ini tidak hanya bersama bayi dalam kandungan malah suaminya juga turut maut Dalam kemalangan di Kilometer 31 Jalan Kuala Terengganu Setiu berhampira...
Wanita Hamil Lima Bulan Antara Yang Maut Dalam Nahas Di Kuala Nerus

Wanita Hamil Lima Bulan Antara Yang Maut Dalam Nahas Di Kuala Nerus

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 441 hits
KUALA NERUS Perjalanan pulang seorang wanita yang sedang hamil lima bulan bersama suaminya dari kampung halaman berakhir dengan tragedi selepas pasangan itu maut dalam kemalangan di Jalan Kuala Terengganu Kota Bahru berhampiran Tapak Perlup...
Tak Sangka Ia Pertemuan Terakhir Ibu Hamil 5 Bulan Antara 4 Maut Seorang Cedera Dalam Kemalangan Di Kuala Nerus

Tak Sangka Ia Pertemuan Terakhir Ibu Hamil 5 Bulan Antara 4 Maut Seorang Cedera Dalam Kemalangan Di Kuala Nerus

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 686 hits
Empat maut seorang cedera dalam kemalangan yang melibatkan dua buah kereta berhampiran tempat pembuangan sampah di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus hari ini Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9 20 pagi tadi di Kilometer 31 Jalan Kuala Tere...
Main Judi Di Bulan Ramadan Empat Orang Warga Aceh Barat Diciduk

Main Judi Di Bulan Ramadan Empat Orang Warga Aceh Barat Diciduk

papar berkaitan - pada 26/5/2019 - jumlah : 350 hits
Bobby menjelaskan dalam perkara ini pemilik rumah mendapat fee sebesar Rp 25 ribu dalam satu kali permainan judi dan tentunya pemain dan pemilik tempat diancam dengan pasal berbeda
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti