Dua Anggota Maritim Malaysia Cedera Dirempuh Gagalkan Cubaan Mendaratkan Pati


𝗗𝗨𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗖𝗘𝗗𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗘𝗠𝗣𝗨𝗛 , 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟𝗞𝗔𝗡 𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗥𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗧𝗜
𝗦𝗘𝗣𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟳 𝗦𝗲𝗽𝘁𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Dua anggota Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan cedera dirempuh dalam satu aksi kejar mengejar bot pancung yang disyaki membawa sekumpulan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) berhampiran sempadan perairan Negeri Sembilan malam tadi.
Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia[/caption]
 
Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Salehuddin bin Zakaria berkata, Sistem Pengawasan Laut (SWASLA) Lumut telah mengesan sebuah bot mencurigakan pada pukul 8.00 malam semalam di kawasan Skim Pemisahan Trafik (TSS) disyaki menuju masuk ke perairan Tanjung Rhu, Sepang.
 
Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia  
Susulan itu, aset Bot Ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan Op Patkor Optima telah diatur gerak bagi memintas bot berkenaan.
Jelas beliau, menyedari kehadiran aset penguat kuasa, bot pancung yang dilengkapi tiga enjin berkuasa tinggi itu bertindak agresif apabila dikejar, malah merempuh sisi kiri bot operasi sehingga mengalami kerosakan teruk sebelum berjaya meloloskan diri.
 
 
Dalam kejadian tersebut, seorang anggota cedera di bahagian atas hidung, manakala seorang lagi mengalami kecederaan di kaki dan tangan akibat hentakan. Kedua-dua anggota telah dihantar ke Hospital Port Dickson untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil.
 
Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Gambar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
 
Bot yang membawa PATI itu dipercayai berpatah keluar dari perairan Malaysia selepas gagal melakukan pendaratan. Operasi pengesanan serta tindakan khas kini sedang giat dilaksanakan bagi menjejaki suspek dan rangkaian penyeludupan yang terlibat.
 
 
Maritim Malaysia memandang serius cubaan penyeludupan manusia melalui laluan laut kerana ia bukan sahaja mengancam keselamatan negara, malah turut membahayakan nyawa PATI serta anggota penguat kuasa.
 
 
Insiden ini sekali lagi membuktikan bahawa tugas sebagai anggota penguat kuasa maritim berisiko tinggi, kerana sentiasa berhadapan ancaman secara langsung di laut termasuk dirempuh, malah berdepan kemungkinan kehilangan nyawa ketika menjalankan amanah negara.
 
 
Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia BACA: Zara Tidak Pernah Mengadu Masalah di Asrama – Ketua Warden BACA: Banjir Di Perak Pulih, Lebih 3,000 Mangsa Terjejas Di Sabah & Kelantan The post Dua Anggota Maritim Malaysia Cedera Dirempuh, Gagalkan Cubaan Mendaratkan Pati appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/17/dua-anggota-maritim-malaysia-cedera-dirempuh-gagalkan-cubaan-mendaratkan-pati/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pempengaruh Ditahan Platform Dua Tingkat Atas Laut Disita Maritim Malaysia

Pempengaruh Ditahan Platform Dua Tingkat Atas Laut Disita Maritim Malaysia

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 3093 hits
KUALA TERENGGANU Seorang pempengaruh media sosial kembali menjadi bualan apabila sebuah rumah dua tingkat atas laut yang dibinanya di perairan Pulau Bidong diserbu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia semalam Dalam operasi sekitar jam 6 p...
Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450 000 Pil Yaba Ke Malaysia

Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450 000 Pil Yaba Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 568 hits
Thailand Gagalkan Cubaan Seludup 450 000 Pil Yaba Ke Malaysia KOTA BHARU 20 Sept Pihak berkuasa Thailand berjaya mematahkan cubaan menyeludup 450 000 biji pil yaba bernilai 13 5 juta baht ke Malaysia melalui perkhidmatan kurier semalam Peng...
Perlis Dua Anggota Polis Didenda Rm10 400 Kerana Berkhalwat

Perlis Dua Anggota Polis Didenda Rm10 400 Kerana Berkhalwat

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 972 hits
SYED AZLAN SAYED HIZARKANGAR Dua anggota polis didenda RM10 400 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas empat pertuduhan berkhalwat pada Jun lalu Tertuduh Lans Koperal Muhammad Zulhafiz Hairo Azaman 25 dan Konstabel Nurul Amila Z...
Pulau Tengkorak Laluan Panas Aktiviti Penyeludupan Maritim Malaysia

Pulau Tengkorak Laluan Panas Aktiviti Penyeludupan Maritim Malaysia

papar berkaitan - pada 10/9/2025 - jumlah : 2175 hits
Pulau Tengkorak laluan panas aktiviti penyeludupan Maritim Malaysia Foto hiasan BERNAMA KOTA BHARU Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Kelantan mengenal pasti kawasan Pulau Tengkorak dekat Pengkalan Kubor di Tumpat sebagai hotspot jenaya...
Kelantan Terjun Tingkat Dua Ppr 3 Penagih Cedera Cuba Melarikan Diri Dari Serbuan Polis

Kelantan Terjun Tingkat Dua Ppr 3 Penagih Cedera Cuba Melarikan Diri Dari Serbuan Polis

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 1523 hits
AIMUNI TUAN LAHGUA MUSANG Dua daripada tiga penagih dadah cedera selepas mereka terjun dari tingkat dua bangunan Program Perumahan Rakyat Gua Musang di sini semalam semasa melarikan diri daripada serbuan polis Kejadian berlaku kira kira puk...
Empat Nelayan Positif Dadah Ditahan Maritim Malaysia Aadk Di Perairan Muar

Empat Nelayan Positif Dadah Ditahan Maritim Malaysia Aadk Di Perairan Muar

papar berkaitan - pada 21/9/2025 - jumlah : 283 hits
Empat Nelayan Positif Dadah Ditahan Maritim Malaysia AADK Di Perairan Muar MUAR 21 Sept Empat nelayan tempatan ditahan selepas didapati positif dadah jenis methamphetamine dalam operasi bersepadu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersa...
Maritim Tahan Dua Bot Digunakan Untuk Penggambaran Di Laut

Maritim Tahan Dua Bot Digunakan Untuk Penggambaran Di Laut

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 1073 hits
Maritim Tahan Dua Bot Digunakan Untuk Penggambaran Di Laut KUALA TERENGGANU 4 Sept Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Terengganu menahan dua bot bersama sebuah platform terapung yang digunakan untuk aktiviti penggambaran berhampiran Pul...
Wanita Maut Dua Cedera Dihempap Pokok Ketika Berkhemah

Wanita Maut Dua Cedera Dihempap Pokok Ketika Berkhemah

papar berkaitan - pada 20/9/2025 - jumlah : 955 hits
Wanita Maut Dua Cedera Dihempap Pokok Ketika Berkhemah KUANTAN 19 Sept Seorang wanita maut manakala dua lelaki termasuk kanak kanak cedera selepas khemah mereka di kawasan perkhemahan Pulau Santap Janda Baik Bentong dihempap pokok tumbang h...
Vape Ban Doesn T Work Malaysia Should Follow Global Evidence It Drives Black Mkt Harm Public Health

Vape Ban Doesn T Work Malaysia Should Follow Global Evidence It Drives Black Mkt Harm Public Health

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2729 hits
AS Malaysia considers further restrictions on reduced risk smoking alternatives such as vapour products at both Federal and state levels new evidence compiled by Prohibition Does Not Work findings conclusively show that prohibitionist measu...
Aku Jeje Lihat Kebunku Chord

Penjual Buah Bebas Tuduhan Miliki Senjata Api Dan Peluru Tanpa Lesen Sah

Speed Read A Honda Cbx 1000 Restomod And More

Ecobrown S Riceberry Rice

Ron95 Jpj Tambah Waktu Operasi Untuk Individu Perbaharui Lesen

Budi95 Cara Beli Petrol Ron95 Harga Subsidi Rm1 99 Guna Ic

9 Cara Nak Buat Bateri Laptop Anda Tahan Lama

Buffet Breakfast Di Sovq Garden Restoran Hotel Raia Sebelahan Lobi Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Dapatkan Minyak Ron95 Bersubsidi Rm1 99 Melalui Program Budi95

Beyond Lucky The Invisible Walls Malay Professionals Face In Chinese Majority Workplaces

Itu Bukan Anak Saya Eira Syazira Nafi Anak Pembuli Tular Tempoh Hari

Mamat Sepah Umum Pencen Dunia Komedi Banyak Kemenangan Dah Perolehi Masa Untuk Bidang Perniagaan

Minggu Penulis Remaja

Dua Budak Lelaki Curi Bungkusan Tular Selepas Dirakam Cctv