Cerpen Dato Sri Sanusi Md Nor Yang Viral Bertajuk Diterima Dan Diusir


Cerpen Dato' Sri Sanusi Md Nor yang viral, bertajuk diterima dan diusir... Mari kita hayati cerpen beliau. Ternyata beliau berbakat.

Diterima dan diusir...21 April 1990, sewaktu aku di tingkatan empat, Sekolah Sultan Mohamad Jiwa (SSMJ) memberikan aku surat supaya aku melapor diri di Sekolah Men Sik (SMS) kalau aku berhasrat untuk terus bersekolah. Ada banyak perasaan sewaktu membacanya, tapi aku akur, huru hara yang ditimbulkan di situ sudah tak dapat ditangani oleh pihak sekolah. Aku sudah tidak diterima dalam kerangka yang diaplikasi oleh sistem pendidikan dengan segala kekurangan diri dan usaha penyesuaian yang tidak difahami
Bukan salah sesiapa..
Sekolah itu membentuk ramai cerdik pandai, ilmuan dan tokoh yang kembali menyumbang kepada pembinaan negara-bangsa. Sebahagian kapasiti diri aku, anak miskin dari kampung terpencil terbina dalam acuan SSMJ. Acuan SSMJ terbina dalam sistem dan sejarahnya yang telah diterima dan dipatuhi. Guru-guru, lingkungan persekitaran sekolah, rakan taulan, senior junior, peraturan, asrama, pergaulan, ragam latar belakang - terangkum dan terbentuk dibalut menjadi acuan. Ada yang dibentuk cuma zahirnya , ada yang terbentuk bersekali dengan jiwanya, ada yang gagal melepasinya, akademik maupun personaliti
Diterima MasukAku diterima masuk pada Januari 1987, tingkatan satu setelah disaring, aku di kelas 1 Sains 3. Kelas di tingkat 2 Blok D. Tak salah ingatan, Mohd Idrus Ahmad, Salwana Othman, Fakharuddin, Ruvida Khaikar, Zamri Mansor, Murtaza Mansor, Norshafiza Shafie, Norlaili Ishak, Thanom Ekling, adalah antara rakan-rakan sekelas
Di asrama, aku di Blok A, Tingkat 3 Kamar A10, sebelah setor dan bilik air. Winston Bujang, Awang Erawan Zawawi, Nuradzri Ahmad, Azman Md Daud, Roslan Wahab, Rusdi Said, Rusdi Bakar, Ilyasak, Ibrahim, Zulkifli Bahadon, Majidi dan Mokhtar 'Arab' ramai lagi menghuni kamar itu
Aku seorang anak kecil, seperti yang lain menjalani kehidupan baru itu dengan seadanya. Rutin harian seperti biasa bertahun lamanya, sama seperti orang lain, kecuali yang terpaksa menggunakan wang, kami berbeza. Seluar baju hilang, keinginan menukar selera ke kantin, keluar pekan (outing) hari sabtu, nasi lemak tengah malam, dobi, yuran itu dan ini, memisahkan aku dengan yang lain. Sukarnya Kerana Tidak MemilikiJumaat, Sabtu dan Ahad adalah hari hari yang tak mahu aku lalui. Jumaat aku tak punya kain sampin, sabtu aku tak punya tali leher untuk di susun atas katil untuk diperiksa, Ahad juga budak- budak pakai tali leher ke kelas, aku akan ditulis nama dan didenda. Aku hanya terselamat kalau ada yang sakit dan balik kampung, aku akan bertanya-tanya setiap minggu kalau-kalau ada balik, bolehlah aku meminjam. Aku meraba-raba bertahun- tahun untuk memilikinya, walaupun sekadar untuk dipamer. Kalau bergambar untuk majalah sekolah itu adalah talileher rakan yang memahami. Setiap kali didenda kerana tidak memiliki, setiap kali diulang minta kerana tidak mampu membayar yuran atau apa-apa ketetapan, ingatan akan melayang ke kampung, kepada adik-adik yang dapat makan atau sedang berlapar, atau punya duit syiling ke sekolah. Terbayang baju seluar mereka yang compang camping dengan getah pisang, cenerai dan selut, seluar pendek merah Pijah yang koyak, baju sekolah Adi yang kusut, skirt sekolah Siti yang bergulung ke atas, kasut sekolah Ajik yang berlubang
Bahang panas terik yang membakar ubun-ubun Mak dalam kepulan asap reba kayu dan batang ubi yang terbakar. Wajah Mak disimbah peluh. Terhidu bau tengik peluh di baju Pak yang basah. Di belakang dan leher Pak ada tompokan daun petai yang melekat berbintik bintik hijau. Tali ropia merah yang membelit seluar di pinggangnya. Biarlah aku tanggung semua kekurangan dan tebal muka dari meminta (merampas) hak mereka untuk diriku, dan merayu untuk meraih simpati. "Bapa saya belum ada duit lagi cikgu, balik kampung nanti saya akan cuba mintak, kalau dapat saya akan segera bayar. Maaf bang! Necktie saya kena curi. Maaf bang! Saya memang tak mampu beli sampin bang, bulan depan saya akan cuba bagi ada!" Itu saja alasan dan jalan melepas diri. Sehingga hari terakhir aku di SSMJ, aku tak punya tali leher, butang baju melayu dan sampin sendiri
Berdiri Sama Tinggi, Duduk Sama RendahPersaingan dikalangan pelajar mencipta nama dan kecemerlangan adalah sebahagian daripada intipati sistem pendidikan. Berdiri biar sama tinggi, duduk biarlah sama rendah. Ada kurang di sini, biar ada lebih di mana-mana. Berkejar dan berlumbalah aku untuk "mematuhi" tuntutan tak tertulis itu. Demikian persekitaran yang terbina dikalangan pelajar di asrama penuh. Atas segala yang aku tidak mampu dan terkurang, aku seperti terpaksa mencipta namaku sendiri
Untuk berdiri di kalangan pelajar baik-baik, alhamdulillah aku boleh azan dan menjadi imam di surau, aku boleh mengaji Quran dan menjadi tekong nasyid untuk kamar, kelas ataupun mewakili sekolah. Suara yang Allah anugerahkan kepada aku mersik sampai sekarang (hahahaha). Antara azan yang ditunggu-tunggu ialah suara belum baligh aku. Suara paling sedap lunak waktu itu milik Abang Solehuddin Shuib, suara merdu Abang Amir dan suara mersik halus Abang Asri Salleh. Aku berserban dan awal ke surau. Aku tidak pernah solat di kamar
Untuk tidak dipandang rendah di kalangan pelajar "superstar", yang memiliki boot dan stoking bolasepak, aku bermain kriket yang hanya perlukan seluar puteh ke prep, baju sekolah dan kasut sukan foong keong. Aku juga boleh naik bas sekolah ke sana sini berlawan sukan
Untuk diterima bersembang dalam kalangan budak nakal, aku mula melompat pagar sekolah waktu malam mengambil upah membeli rokok dan makanan untuk kawan-kawan. Siapa yang nak keluar malam ni? "Sanusi laaa siapa lagii"! Waktu tingkatan 3 , Taman Ria belum ada. Ada sebuah restoren yang sering dikunjungi untuk rokok dan air- D' New Eva Pub- dipinggir jalan, kemudiannya di bina Supermarket Yawata (sekarang menjadi kedai sari India). Kadai Mak Long di hadapan pusat pengumpulan susu menjadi tempat membeli mee dan nasi goreng. Melompat pagar kemudiannya menjadi tabiat dan sumber duit semasa di tingkatan empat. Sewaktu ditangkap kali pertama dan terakhir oleh warden -Cikgu Hasnol (Pak Non) dan Cikgu Ibrahim- , aku ditemani Shabanor (Banot a.k.a lembu - sorry Banot!)
Merokok? Ya aku mula merokok di tingkatan 3, ketagih setahun kemudian. Nasyid, musabaqah dan menjadi imam sejak tingkatan 1 dan kekal hingga aku terusir
Bukankah dua watak yang saling kontra dalam satu tubuh ini sesuatu yang ganjil? Ada sesiapa yang perasan? Adakah guru-guru dan pihak sekolah dapat mengesannya
Bersambung...
All reactions:1.9K1.9K67515LikeShare67 commentsView 16 previous commentsShukri Zakariam enarik......teruskan
Like10ySaya SafirolTerujaLike10ySuriati JohariSSMJ...meningatkan aku pada seseorang. Seseorang yg turut terusir dari SSMJ sehingga berkelana ke SMD. Menjadi penghuni tetap di 5SS1. Seseorang yang meninggalkan banyak kenangan yg tak terbeli. Seseorang yg pernah menghuni hati ini. Seseorang yg perna… See more12Like10yMuhammad Sanusi Md NorAllayarham Amir Rizal ... Kelas 1 sains 1 tahun 87, terusir bulan Julai 1990 bersama 6 yang lain. Amir dan 2 lagi dipersalahkan atas tuduhan memecah masuk bilik AVA menghilangkan pemain kaset video, tp benda yg hilang itu ditemui di rumah seorang bekas… See more151Like10yMuhammad Sanusi Md NorAzzhar Ahmad, senior aku yang main kreket sampai la ni... Ada cerita pasai kasut sport Nike yang hang beli di langkawi...aku bukan berniat mencurinya. Aku hanya melayan keinginan yang meluap-luap pada kasut sukan bila Fakha yang meminjam kasut hg memb… See more191Like10yMajmin Desa MJDaya igtan abg Muhammad Sanusi Md Nor mmg kuat la..tahniah...anda layak menjadi pemimpin kerana anda pernah diuji.
104Like10ySaya MuzsleemTeringat cikgu mat din...SSMJ6Like10yMuhammad Sanusi Md NorHahahaha...ingatan terakam dgn baik, alhamdulillah... cgu Mat Din, seluaq pendek, baju t puteh boh dalam, kereta kura volkswagen... Mcm mandor pulak...
39Like10yMuhammad Sanusi Md NorTempat jatuh lagikan dikenang.."inikan tempat bangun
42Like10yNasir Noordinsalam Muhammad Sanusi Md Nor,...adik saya senior awak 1 tahun...kala sama ngan Sanusi juga, ok tu..
3Like10yYuri Yati Rahim Al-faqihAlfatihah untuk Allahyarham Amir Rizal......isterinya junior aku di uum..
Like10yNidurrahs FirahsSusah senang mengajar kita jadi manusia yg tau menghargai. PakDinCina
4Like10yNasir Noordinhebat terowong hang Muhammad Sanusi Md Nor,...semoga menjadi panduan dimasa mendatang, saya dapat menghayati ujian yang saudara lalui,...
2Like10yMuhammad Sanusi Md NorSemua budak2 mat jiwa hebat2 belaka... Sekolah terbaik dulu dan laa niii39Like10yMuhammad Sanusi Md NorNasir...subky Noordin ka
8Like10yMuhammad Sanusi Md NorKuat buli aku tuuu...hahaha...badan dia keraih berminyak. Suara dia kuat, dagu dia panjang...Dulu laaa..lani boroi dah la kott.
26Like10yMuhammad Sanusi Md NorRasanya ada parut kucing ghengau di pipi dia...dkt idung
14Like10yMuhammad Sanusi Md NorPasai pa tulih nama terbalik pak din cina?..aku , pak din cina, pak at congo dan zaki alang ahmad adalah tukang gunting rambut.... Siong hg ada lg ka pak din? Hehehe..
15Like10yHasnul ZamaniSubky Nordin....ha ha...hang tengok dia la ni lagi seghiau Muhammad Sanusi Md Nor!!
Like10yAmzar RahmanSubky Nordin la ni dah pandai cakap org putih dah ... Terbang merata? ... Hasil didikan NorhamiahLike10yKhairudin ZainolSheikh Muhammad Sanusi Md Nor : Masa di sekolah dulu, kadang2 aku marah kat tuhan sebab aku dilahirkan sbg anak org susah ... rupa2nya hang pon susah mcm aku jgk, malah jauh lebih susah dari aku ... kalau aku tau tobat aku jadi best fren hang masa tu ..
8Like10yKidin Rebit Moshawoi sanusi...aku kidin pun tukang guntin jugak...tapi dah x buat dah keja tu....pelanngan tetap aku zdin.....kakakaka..
Like10yNasir NoordinTn.Muhammad Sanusi Md Nor...azmi din..
2Like10yShabanor Shaariewoi...cerita tu cerita jugak...yg aku ni jadi pelakon tambahan jugak pasai apa...
4Like10yShabanor Shaarietu aku tak cerita yg Li Pin tuduh aku pecah dewan makan curi beras yg dlm guni 50kg angkat ikut siling lagi...masa tu berat aku tak sampai 45kg...hehehehe..
2Like10yMuhammad Sanusi Md NorHehehe... Kudih ataih kora kaki hang tinggai parut dak
12Like10yShabanor Shaarietu bukan kudih...yg tu bisul...bekas ada sampai la ni...sbb tu tak boleh wakil sekolah pi lompat kijang..kalau tidak aku dah wakil daerah dah..mesti pingat emas punya...berkat buat latihan malam2...
2Like10yMuhammad Sanusi Md NorHahaha...bisoi noo.. Hg pakai sandle ja pi kelas... Sandle hang warna biru
7Like10yShabanor Shaariehang ingat lagi no...tu pun sandle cilok...seluar sekolah...baju sekolah..semua yg senior2 matrik pass punya..
3Like10yZulkarnain HassanDulu klu susah boleh masuk sek sains lg sbb yuran kita murah dan subsidi..kontra ngan duit biasiswa lg kot atas...lanie tn masuk sek sains yuran cam masuk universiti..RM1.8k tn...sbb tu la kita kena perjuangkn pendidikan secara percuma supaya anak2 ban… See more13Like10yMuhammad Sanusi Md NorMenteri2 yg jadi menteri, jadi perdana menteri, adalah anak2 menteri...anak2 perdana menteri jugak. Fahamkah depa bahasa bahasa kita ini???..
57Like10yShabanor Shaariepara pemimpin kena faham...la ni ada lagi satu lagi kategori OKU....social disability...terlalu byk jurang antara org2 yg kaya dan senang dengan org2 hidup kais pagi makan petang...kais ptg makan pagi esok..
8Like10yFairuz Othmansedap ! melekat dan disitu ada aku
2Like10yMuhammad Sanusi Md NorKais kais org balaih pun ada...org curi sekerap! Dajeyy sungguh
16Like10yMuhammad Sanusi Md NorMat pai masa kecik muka dkt2 sama dgn zaidi... Rambut mcm beruih sabut, tapi Malaih cuci baju...hehe..
16Like10yFairuz Othmanahhahahah3Like10yPakngah MerbokSekolah Sains spt Mat Jiwa dimonopoli golongan kaya dan ada-ada.
2Like10yХасмади Хамданtu dulu Muhammad Sanusi Md Nor. sekarang kalau ada murid yg takdak serba serbi, saya sbg guru akan membantu utk penuhkan keperluan dia. murid tk hadir kelas, saya pergi jemput di rumah dia. dia tk bw buku, saya tolong beli buku. dia tk buat homework, s… See more8Like10yMuhammad Sanusi Md NorBaiknya cikgu2 laa ni...bini aku pun cikgu.
21Like10yХасмади Хамданhebat cerita ni. patut dibukukan konflik ni sbg teladan. pengalaman yg paling mahal. berharga utk pedoman kami sbg guru ni. supaya sentiasa beringat apabila berhadapan dgn murid
5Like10yХасмади ХамданMuhammad Sanusi Md Nor, minta izin copy utk diletak di blog saya, boleh tak
2Like10yNorizan Matnoqbro Muhammad Sanusi Md Nor; gua sudah tangkap leleh baca ini cerita ..
4Like10yMuhammad Sanusi Md NorSalin ka copy ka tulih balik ka...semua buleh... Moga ada manfaatnya memory lama yg tetiba seminggu dua ni datang menerjah... Puncanya aku bersiap hantaq anak masuk asrama..
37Like10yJamil JaffarTu dia catatan coretan yg baguih boleh jadi teladan dan sempadan4Like10yMuhammad Sanusi Md NorJamil jaffar ni pun mat jiwang jg niii....hg dok mana la niii7Like10yRukaime Rahimha..ha..ha.... kita ingat ke mu.... tq for protecting me...
4Like10yJamil JaffarTak jauh kat sungai buloh ja2Like10yWan A RahmanMat Jem jiwang sampai la ni x habih2 lagi...hehehe!!
2Like10yAinol Zamani Bin AhmadMohon cerita ini saya tunjukkan pd anak2 sbg contoh ketabahan. Budak2 skrg ni lemak sgt. Hrp kita dpt berjumpa nanti
7Like10yNoor Haslina RozaliSedih, terharu dn pelbagai rasa. Awat la masa tu Kak Ina tak tau masalah ni.... Klu la ni murid yg ada masalah pasti dpt dibantu. Pelbagai sumber kewangan dicari agar murid ini tidak tercicir
7Like10yEvendi DiPengalaman hidup yg penuh bermakna dan perluh di hayati,,,,subahanallah4Like10yJamaliah IbrahimIna Noor Haslina Rozali...dulu Ina pun pelajar juga...kalaulah semua guru mcm pendirian Ina ....pelajar suka pi sekolah...hihi4Like10yNoor Haslina RozaliJadi apa pun kena ada nilai Kemanusiaan dan Kasih Sayang.... sayangi dan didik mereka seperti anak sendiri Insyaallah mereka akan ingat dan menghargai...
6Like10yNoor Haslina RozaliMenghargai diri sendiri dan berusaha utk memperbaiki diri ke arah kebaikkan....
8Like10yJamaliah IbrahimBetul tu Ina...Yang selalu meletakkan diri sendiri di tempat org..sebab tu air mata keluar x terasa bila baca kisah ni...ingat masa dok SSMJ dulu...anak org kampung yang sederhana ..tidak terlalu susah sbb mak & arwah ayah masih boleh mai melawat naik … See more8Like10yAyu StewartYa mama selalu masak lebih, suruh ajak kawan2 makan. Ayu prihatin la jugak dgn kawan2 tapi kebanyakan kawan sekamar tak dak yg susah teruk sangat kecuali sorang adik junior 1thn. Pernah sekamar masa kita form 2 n 4. Ayu agak ja dia org susah coz sel… See more7Like10yJamila SaadJamaliah...rupanya kita kategori anak kg golongan sederhana...ingatkan kita yg susah time tu...rupanya tidak terlalu susah...ada orng lagi susah..
9Like10yMajmin Desa MJMohd Ajmal Ali nukilan bos…9Like3dYusrillhaffiz HamzahTak pernah jumpa dengan aku...serban hijau4Like3dHasnul Mohd DaliNusi ni selalu jadi imam..pernah jadi makmum Nusi semasa sembahyang terawih..itu la agaknya dia jadi org hebat dgn basic agama yg kuat mcm ayah dia..ingat lagi ayah Nusi masa pendaftaran..berserban dan tenang wajah dia dan semasa membayar wang pendafta… See more137Like3dHabshah BakarAdakah masalah Sukar kerana Tidak Memiliki masih ada di sekolah Asrama Penuh? Bagus juga kalau anak² yg akn meninggalkan sekolah bersedekah uniform, baju asrama, sampin, tie, kain tudung atau kasut sekolah ...buat bilik untuk baju free atau sekolah ga… See more197Like1dMohd Zahir GhazaliLike2Like1dAbdul Aziz Abdul RahmanDSS Muhammad Sanusi Md Nor , nampak gaya kena buat novel lagu ni..insyaAllah meletupp45Like1dAmiruddin Abd Azizterbaik boss3Like20hMohd ZamriZaman ni PMX Menteri Pelajaran ...kami kalau tingkatan 3 tak lulus SRP memang tak boleh naik tingkatan 4..Sbb tu lapis kami mmg yg naik tingkatan4. power2
11Like20hEditedMohd ShahrinSapa sangka jadi mb,terbaik boss8Like11h
Terima kasih singgah sini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sha-myheart.blogspot.com/2023/08/cerpen-dato-sri-sanusi-md-nor-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ds Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah

Ds Muhammad Sanusi Md Nor Menteri Besar Kedah

papar berkaitan - pada 16/8/2023 - jumlah : 500 hits
Biodata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Mantan Menteri Besar Kedah Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor dipilih sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah buat kali kedua selepas parti Perikatan Nasional di bawah pimpinan bel...
Lirik Lagu Romansa Kita Dato Sri Siti Nurhaliza

Lirik Lagu Romansa Kita Dato Sri Siti Nurhaliza

papar berkaitan - pada 24/8/2023 - jumlah : 177 hits
Kamu yang dulu mengejar mimpi Kini menakluki hati Tercipta romansa kita bertulis puisi Ku terpanah dengan cinta Pre chorus Di siniku berlagu dan bahasa sukmaku Mengharap nanti kau fahami Semestakan menjawabnya Kau jalan pulangku Chorus Pela...
Alahai Yang Nak Lawan Sanusi Jadi Mb Tu Pun Cokia Saja

Alahai Yang Nak Lawan Sanusi Jadi Mb Tu Pun Cokia Saja

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 266 hits
HANYA berbaki beberapa hari lagi sebelum pilihan raya negeri 12 Ogos ini gabungan Pakatan Harapan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mula melakukan pecutan akhir kempen termasuk menonjolkan poster boy masing masing Di Kedah persaingan ...
Huhu Sanusi Cing Kah

Huhu Sanusi Cing Kah

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 169 hits
Ibrahim Mat Isa Hari tu walaun backup konon Sanusi dikutip polis Bukit Aman sampai riuh di medsos tujuannya hanya nak meraih simpati Kesian panglima kena naya Kini Sanusi yang dah kantoi play victim bila kena asak tak reti nak muhong apa da...
Amirudin Beritahu Sanusi Jangan Lari Surat Saman Sampai Khamis Ini

Amirudin Beritahu Sanusi Jangan Lari Surat Saman Sampai Khamis Ini

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 260 hits
Anne MuhammadGOMBAK Menteri Besar Selangor Amirudin Shari akan memulakan tindakan undang undang terhadap Sanusi Nor berhubung kenyataan fitnah mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor bernilai RM700 juta Amirudin berkata surat saman akan di...
Isu Ree Marris Gagal Mohon Maaf Sanusi Saman Saifuddin

Isu Ree Marris Gagal Mohon Maaf Sanusi Saman Saifuddin

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 231 hits
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memfailkan saman terhadap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas Menteri Dalam Negeri itu gagal memohon maaf dan membayar pampasan kepadanya kerana didakwa memfitnahnya dalam dua p...
Sanusi Hang Duk Buat Apa La Ni

Sanusi Hang Duk Buat Apa La Ni

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 143 hits
Adakala dalam persaingan politik seseorang pemimpin dinasihati oleh pimpinan tertinggi untuk menghilangkan diri buat seketika jika dianggap sudah mula menyulit atau menyusahkan parti Mohsin AbdullahSaya perlu tanya dengan terus apa sebenarn...
Dakwaan Keselamatan Sanusi Terancam Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Pas

Dakwaan Keselamatan Sanusi Terancam Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Pas

papar berkaitan - pada 9/8/2023 - jumlah : 268 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang Ahli Parlimen Kedah akan dipanggil memberi keterangan berhubung dakwaan keselamatan Menteri Besar Sanusi Nor terancam kata ketua polis negeri Fisol Salleh Fisol berkata empat laporan sudah dibuat setakat i...
Don T Get Overwhelmed By Stupid Things Sanusi Tells Voters

Don T Get Overwhelmed By Stupid Things Sanusi Tells Voters

papar berkaitan - pada 8/8/2023 - jumlah : 146 hits
Caretaker Kedah menteri besar Sanusi Nor said many promises had been made in the last 25 years but none had been kept SIK Caretaker Kedah menteri besar Sanusi Nor told the voters in Sik not to get overwhelmed by stupid things in the next fe...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization