Drebar Lori Sayur Hari Hari Ke S Pura Pun Tak Dikuarantin Tuan Ibrahim


Pemandu lori yang berulang-alik menghantar sayur ke Singapura pun tidak perlu kuarantin diri, kata Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai hujahnya mempertahankan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dr Khairuddin Aman Razali.
Timbalan Presiden PAS itu berkata, apa yang paling penting, meskipun Khairuddin tidak melakukan kuarantin wajib selama 14 hari selepas pulang dari Turki, namun dia bebas daripada Covid-19 dan tidak menyebarkan wabak berkenaan.
“Tiap-tiap hari lori bawa sayur masuk Singapura, kena kuarantin ke tak? Tak kena kuarantin. Balik Singapura masuk Malaysia kena kuarantin ke tak? Tak kena.
“Pilot (juruterbang) kena kuarantin ke tak? Pilot hak (yang) bawa kapal terbang, masuk negara ‘nun‘ 14 hari masuk negara ini 14 hari tidak kena kuarantin,” katanya dalam satu kuliah subuh yang disiarkan secara langsung di Facebooknya semalam.
Ia diadakan di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka, Kota Bharu.
Kelmarin Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan Khairuddin dikompaun maksimum sebanyak RM1,000 kerana tidak melakukan kuarantin kendiri selepas pulang dari luar negara.
Kerajaan sebelum ini mewajibkan semua individu dari luar negara menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari, yang merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan Covid-19.
Tak kurung tapi negatif
Khairuddin pulang dari Turki pada 7 Julai lalu dan hadir ke parlimen enam hari kemudian iaitu pada 13 Julai.
Setakat ini tidak ada kenyataan jelas mengenai lawatan berkenaan, sama ada atas kapasiti rasmi atau peribadi.
Kuarantin di pusat kuarantin dikuatkuasakan semula pada 24 Julai, namun sebelum itu mereka yang pulang dari luar negara masih perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah selama 14 hari.
Ulama kanan PAS yang menjadi anggota parlimen Kuala Nerus itu berkata ketiga-tiga ujian saringan menunjukkan dia negatif daripada wabak berkenaan.
Selain itu, Khairuddin juga turut memohon maaf dan mengumumkan untuk menyumbangkan gajinya dari Mei hingga Ogos kepada Tabung Bantuan Bencana Negara (Covid-19) atas rasa tanggungjawab.
Khairuddin Aman Razali
 
Pun begitu ramai orang – termasuk dalam kalangan pemimpin politik – berpendapat tindakan yang dikenakan ke atas Khairuddin sangat ringan dan dia sepatutnya didakwa di mahkamah.
Untuk rekod, kompaun RM1,000 adalah had tertinggi yang diperuntukkan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.
Anggota Majlis Tertinggi Umno, Dr Puad Zarkashi, misalnya beberapa kali mendesak agar Khairuddin didakwa di mahkamah.
Bagaimanapun langkah itu dianggap membuka risiko kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana kelayakan seseorang anggota parlimen akan tergugur jika dikenakan denda RM2,000 atau lebih serta penjara ke atas.
Ia dirasakan perlu dielakkan oleh PN ketika sokongan yang diberikan kepada Muhyiddin Yassin dianggap sangat longgar ketika ini.
Kes membabitkan Khairuddin itu juga mendorong ada pihak tertentu memulakan petisyen dalam talian untuk mendesak dia meletak jawatan.
Sementara itu Tuan Ibrahim bagaimana pun meminta orang ramai mematuhi peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi mengekang penularan wabak berkenaan.
“Dia (Khairuddin) balik tak kuarantin, tak kurung diri di rumah tapi dia test (ujian saringan Covid-19) tiga kali, tak ada (negatif Covid-19),” katanya lagi.
The post Drebar lori sayur hari-hari ke S’pura pun tak dikuarantin – Tuan Ibrahim appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/24/drebar-lori-sayur-hari-hari-ke-spura-pun-tak-dikuarantin-tuan-ibrahim/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tuan Ibrahim Wajar Desak Khairuddin Takiri Letak Jawatan Menteri Dan Jadi Driver Lori Sayur Sahaja

Tuan Ibrahim Wajar Desak Khairuddin Takiri Letak Jawatan Menteri Dan Jadi Driver Lori Sayur Sahaja

papar berkaitan - pada 25/8/2020 - jumlah : 817 hits
Adakah Timb Presiden Pas yang juga Menteri Mewa ini faham apa kepentingan dan beza tugas pemandu lori sayur yang membekalkan makanan dan pilot kapalterbang berbanding dengan seorang menteri yang ke luar negara untuk bercuti dan makan angin ...
Tuan Ibrahim Tuan Man Di Sekolahkan Pemandu Lori

Tuan Ibrahim Tuan Man Di Sekolahkan Pemandu Lori

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 388 hits
Persatuan Pengusaha Lori Johor terkilan dengan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man selepas menteri alam sekitar dan air itu menyamakan keadaan pekerjaan pemandu lori dengan pelanggaran SOP kuarantin oleh menteri perladangan Khairudd...
Seorang Lelaki Warga S 039 Pura Yang Pulang Dari Indonesia Antara 6 Kes Import Hari Ini

Seorang Lelaki Warga S 039 Pura Yang Pulang Dari Indonesia Antara 6 Kes Import Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 319 hits
SINGAPURA Seorang lelaki warga Singapura adalah antara enam kes import COVID 19 yang dilaporkan pada Ahad menurut kemas kini Kementerian Kesihatan pada sebelah malam MOH sebelum itu menyatakan Singapura melaporkan 86 kes baru virus k
Ada Pihak Cuba Hancurkan Muafakat Nasional Tuan Ibrahim

Ada Pihak Cuba Hancurkan Muafakat Nasional Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 274 hits
SLIM RIVER PAS mendakwa ada pihak sedang mencari jalan untuk menghancurkan Muafakat Nasional yang dibentuk hasil usaha parti itu dan UMNO yang bermatlamat untuk melihat ummah bersatu Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata...
Tuan Ibrahim Pas Alu Alukan Bersatu Untuk Sertai Muafakat Nasional

Tuan Ibrahim Pas Alu Alukan Bersatu Untuk Sertai Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 323 hits
nbsp KUALA LUMPUR PAS mengalu alukan dan menyambut baik pengumuman Majlis Pimpinan Tetinggi BERSATU yang telah bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional Timbalan Presiden PAS Dato Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berkata penyertaan BERSATU...
Telefilem Tuan Petri Saadong Lakonan Oktovia Manrose Pekin Ibrahim

Telefilem Tuan Petri Saadong Lakonan Oktovia Manrose Pekin Ibrahim

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 1087 hits
TELEFILEM TUAN PETRI SAADONG Mengisahkan Kisah dan Perjalanan Tuan Petri Saadong telah menyerahkan diri kepada Raja Narai Raja Siam demi kepentingan rakyat Berikutan penangkapan Tuan Petri Saadong Raja Abdullah mengambil pendirian untuk men...
Mengapa Perlu Dikuarantin Selama 14 Hari

Mengapa Perlu Dikuarantin Selama 14 Hari

papar berkaitan - pada 21/8/2020 - jumlah : 289 hits
Sains Disebalik Kuarantin 14 Hari Semua individu yang disyaki telah terdedah dengan virus covid 19 kini diwajibkan menjalani tempoh kuarantin 14 hari Mereka adalah kontak rapat kepada kes Covid 19 dan juga Individu yang baru pulang dari neg...
Penangan 7 Hari Mencintaikui Pemuda Ajak Satu Family Buat Parodi Bikin Ramai Berdekah

Penangan 7 Hari Mencintaikui Pemuda Ajak Satu Family Buat Parodi Bikin Ramai Berdekah

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 480 hits
Berbaki dua episod sahaja lagi drama viral 7 Hari Mencintaiku bakal berakhir sudah penamat itulah yang dinanti nanti oleh para peminat setiannya Tidak boleh dinafikan lagi penangan nbsp 7 Hari Mencintaiku telah memberi impak yang besar kepa...
Banyak Benda Boleh Belajar Dari Drama 7 Hari Mencintaiku 2

Banyak Benda Boleh Belajar Dari Drama 7 Hari Mencintaiku 2

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 2029 hits
Banyak Benda Boleh Belajar Dari Drama 7 Hari Mencintaiku 2 Drama 7 Hari Mencintaiku 2 kini menjadi trending dan sebutan ramai Dengan kejayaan semasa siri yang pertama sekali lagi drama yang diadaptasi dari novel ini mencipta kejayaan kerana...
Kek Lapis Penganan Pilah

Hudsons Eumenthol Jujubes Membantu Melegakan Tekak Dan Batuk

Polis Halang Penjawat Awam Di Raub Lima Individu Termasuk Ahli Parlimen Raub Akan Diambil Keterangan

Flood Situation In Sabah Worsens

Lintah Berkepala Manusia By Rakib Jamari Riau

Misi Mencari Siput Sedut Masak Lemak Cili Api Tercapai

Asean All Star Vs Mu Jadual Pemain Pembelian Tiket Online

St99 Wtf 3 April 2025 Sretthi99 24 Top 93 By Carmella


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terima Dua Parcel

Gigi Susu

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Warga Malaysia Rompak Emas Di Thailand Ada Rekod Bunuh

Video Gelagat Sheila Rusly Sharifah Shahora Maria Tunku Sabri Cetus Reaksi Netizen Cute La Bertiga Ni

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E Hailing Marah Kerana Book Ride Untuk Pekerja Warga Asing Dia Rampas Phone Saya