Banyak Benda Boleh Belajar Dari Drama 7 Hari Mencintaiku 2


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Banyak Benda Boleh Belajar Dari Drama 7 Hari Mencintaiku 2 | Drama 7 Hari Mencintaiku 2 kini menjadi trending dan sebutan ramai. Dengan kejayaan semasa siri yang pertama… sekali lagi drama yang diadaptasi dari novel ini mencipta kejayaan kerana trending di media sosial.

MF dan suami bukanlah peminat drama Melayu, tapi jika ada drama-drama yang menjurus kepada tema kekeluargaan dan keinsafan MF akan tonton.

7 Hari Mencintaiku pernah MF tonton dulu… kini bila ditayangkan drama siri yang kedua, pastinya MF dan suami tak lepaskan peluang untuk kami tonton bersama suami isteri.

Walaupun ada yang kata, drama ni tak bagus…  ada unsur negatif (MF tak pasti kat mana negatif nya citer Ni). Tapi sebenarnya banyak benda kita boleh belajar dari drama 7 Hari Mencintaiku 2 ini.

Mungkin ada yang tak berapa jelas apa mesej yang penulis drama ni nak sampaikan. Tapi sebenarnya, banyak pengajaran yang kita boleh belajar dari drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni.

Banyak benda boleh belajar dari drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Ibu bapa jangan masuk campur hal rumahtangga anak yang dah berkahwin. Isu ini bukan isu baru, tapi bila sesuatu perkahwinan ada percampuran tangan dengan mentua, mentua tak suka menantu perempuan memang satu cabaran.

Suami perlu tegas dan pertahanan isteri Watak Khuzairi dalam citer ni menunjukkan suami Mia tak tegas mempertahankan isterinya bila dicaci dan dimaki oleh ibunya.

Memang wajib seorang anak menghormati ibu tetapi wajib juga bagi seorang suami melindungi isterinya.

Memang sesiapa akan tersepit melalui kisah begini… tersepit antara isteri dan ibu.
Helmi tunjuk cara nasihat seorang ibu Dalam episod 28 kalau tak silap MF, ada satu babak memaparkan Sofi juga disindir Mak Leha kerana tiada anak.

Akibat terasa dengan mentua, dia turut meluahkan pada suaminya. Dan dengan penuh hikmah, Helmi menasihati ibunya. Penuh hikmah dan lemah lembut.

Jadi, sebagai anak tak salah kita nasihat ibu kalau kita tau benda ibu buat tu tak betul. Tak semua perkara anak perlu taat. Kalau benda yang salah dan dilarang agama tak wajib kita taat.
Kesetiaan Pak Andak melayan Mak Andak.
Walaupun watak Pak andak dan mak andak hanya watak pembantu, tapi mesej dari 2 watak ini sangat menyentuh hati.

Betapa hebat mereka diuji dengan kemiskinan… anak yang meninggal, mak andak yang sakit… tapi pak andak tetap tabah dan sabar menghadapi ujian dengan redha.

Redha dengan ujian Allah menjadikan kita orang yang tenang dan jiwa lapang walaupun tak mewah dan senang dengan harta.
Bila Syakila tersalah pilih suami Pernah dulu satu kata-kata dari pakar motivasi… "Wanita yang malang, ialah wanita yang tersalah pilih suami".

Bagaimana Syakila yang kerana menurut nafsu, akhirnya terpaksa berkahwin dengan lelaki yang menodainya.

Bila dah kahwin… lelaki itu terus tak membela nasibnya sebagai isteri. Dan akibat tertekan, adik sendiri menjadi mangsa dera. Kesian Kenit.
Harta tak menjamin kebahagiaan Point utama dalam drama ini . Ditonjolkan dalam watak ibu Mia Adriana dan juga bapa Sofi…

Kerana duit sanggup buat apa saja termasuk jual anak dan buang anak.

Dan akhirnya, baru sedar yang duit tak menjamin kebahagiaan.
Kenit semangat nak tuntut ilmu Watak cilik yang ditonjolkan iaitu Kenit dalam drama ini menunjukkan betapa semangat dia untuk menuntut ilmu.

Walaupun kakaknya tak menyokong dia untuk bersekolah tapi semangat dia kuat.. usaha sendiri untuk kesekolah. Semangat Kenit ni sepatutnya jadi tauladan kepada pelajar dan remaja lain.

Kenit tahu nak senang kemudian hari kena ada ilmu. Jadi, watak ni sepatutnya kita belajar dari watak kenit ni.
Elakkan anak kecil lihat pergaduhan Kalau perasan, walaupun Mia dan suami bergaduh, dan bila ada pergaduhan dalam rumah Pak Samad, sebolehnya Alisa akan dialihkan dari salah seorang ahli keluarga mereka untuk melihat pergaduhan orang dewasa.

Jadi, kita boleh belajar sesuatu dari drama 7 hari mencintaiku 2 ini… jika ada pergaduhan antara suami isteri jangan sesekali libatkan anak.
Manusia berpegang pada janji Itu yang ditonjolkan dalam watak Mia. Ramai pertikai kenapa dia turut juga kata mak Leha… walaupun mak Leha dah berubah dan insaf… sebenarnya bukan Mia ego, tapi lebih kepada berpegang kepada janji.

Jangan ambil kesempatan atas kelemahan orang lain Ini juga satu pengajaran buat watak Nurul yang ambil kesempatan atas apa yang berlaku dalam rumahtangga Mia dan Khuzairi.

Restu ibu menjamin kebahagiaan rumahtangga Doa dan restu ibu menjamin kebahagiaan rumahtangga dan kehidupan seorang anak.
Ini dapat dilihat dari watak Khuzairi dan Mia serta watak Nurul. Dan akhirnya mereka bahagia kerana Mak Leha terima dia sebagai menantu.
Sabar dan tabah menerima ujian tiada anak Ujian tiada dikurniai cahaya mata sangat kuat bagi mereka yang melaluinya. Bukan sahaja menepis mulut orang, tapi juga kata-kata dari ahli keluarga sendiri.

Cukuplah itu yang MF senaraikan … sebenarnya banyak lagi yang boleh dipelajari dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni..

Tak salah pun nak tonton drama macam ni… boleh ambil pengajaran… dan apa yang dipaparkan dalam drama ini memang realitinya terjadi.

Penulis skrip a.k.a penulis novel 7 Hari Mencintaiku 2 ini bukan calang orang.. Siti Rosmizah ni merupakan seorang peguam yang berpengalaman. Jadi, semestinya novel yang beliau hasilkan lebih berhasilkan kekeluargaan daripada cinta biasa.

Drama ni 13 tahun ke atas… jadi takde unsur terpengaruh sebab penonton mestilah yang lebih matang untuk nilaikan baik buruk. Tapi kalau mudah terpengaruh dengan unsur negatif, takpe lah… Tak payah tonton.

Apa pun… MF dan suami memang tonton bersama drama ni… dan kami sama-sama ulas untuk ambil pengajaran bersama.

Teguran  Apa pun, kurang gemar aksi-aksi romantik keterlaluan dalam drama ini… sebab status pelakon suami dan isteri orang. Sebaiknya perlu juga ada batas tertentu…  Mungkin untuk nampakkan romantik… tapi tak semestinya romantik tu aksi di dalam bilik dan atas katil sahaja kan…  Kat sini peranan drama atau filem untuk tunjukkan romantik tu luas konsepnya sebenarnya….

Sekian, ulasan dari penonton 7 Hari Mencintaiku 2… MUngkin ada yang setuju, ada juga yang tak setujukan dengan apa yang disenaraikan penulis di sini… apa pun terpulang kepada pandangan masing-masing… Jangan gaduh-gaduh ya… #staysafe



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mariafirdz.com/2020/08/banyak-benda-boleh-belajar-dari-drama-7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Serba Boleh Ardell Aryana Tukar Cat Kereta Suami Dalam Masa 5 Hari

Wanita Serba Boleh Ardell Aryana Tukar Cat Kereta Suami Dalam Masa 5 Hari

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 392 hits
Isu diskriminasi jantina semakin jauh dipersoalkan Kejutan yang dilakukan pelakon Ardell Aryana buat suami tersayang dengan menukar warna cat kereta sendiri benar benar menunjukkan wanita juga boleh melakukan kerja kerja lelaki Terpana juga...
Biodata Siti Rosmizah Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku Rupanya Seorang Peguam

Biodata Siti Rosmizah Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku Rupanya Seorang Peguam

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 1622 hits
Biodata Siti Rosmizah Penulis Novel 7 Hari Mencintaiku Rupanya Seorang Peguam Drama 7 Hari Mencintaiku sudah pernah menjadi sebutan ramai hingga tahap trending selepas ditayangkan di kaca TV beberapa tahun yang lalu Dan kini sekali lagi 7 H...
Siapa Nurul 7 Hari Mencintaiku 2 Biodata Wafariena Roslan Watak Nurul

Siapa Nurul 7 Hari Mencintaiku 2 Biodata Wafariena Roslan Watak Nurul

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 2732 hits
Siapa Nurul 7 hari Mencintaiku 2 Biodata Wafariena Roslan Watak Nurul Antara watak yang membuat penonton Drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 berang Daripada riak wajah yang lembut mungkin kita tidak mengenali siapa sebenarnya pelakon yang me...
Kepimpinan Negeri Pun Tak Boleh Kawal Ada Hati Nak Minta Kerusi Banyak

Kepimpinan Negeri Pun Tak Boleh Kawal Ada Hati Nak Minta Kerusi Banyak

papar berkaitan - pada 6/8/2020 - jumlah : 329 hits
Timbalan Ketua Umno Johor Nur Jazlan Mohamed mengulangi pendirian parti itu untuk tidak menyerahkan kerusi tradisi parti mereka kepada Bersatu pada pilihan raya umum akan datang Nur Jazlan menyindir Bersatu yang menurutnya lesu di peringkat...
Sudah Banyak Makan Korban Ini Alasan Bayi Dan Balita Tak Boleh Gunakan Perhiasan

Sudah Banyak Makan Korban Ini Alasan Bayi Dan Balita Tak Boleh Gunakan Perhiasan

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 382 hits
Sebagai orangtua pastinya Mama menginginkan penampilan si Kecil menarik dan menggemaskan Salah satu cara yang ditempuh oleh sebagian orangtua adalah dengan memakaikan bayi perhiasan terutama pada bayi perempuan Kadang hal ini juga dilakukan...
Banyak Keluhan Soal Belajar Online Dari Orang Tua Siswa Dan Guru Nadiem Makariem Berani Pertaruhkan Ini

Banyak Keluhan Soal Belajar Online Dari Orang Tua Siswa Dan Guru Nadiem Makariem Berani Pertaruhkan Ini

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 275 hits
Mendikbud Nadiem Makarim menanggapi serangkaian keluhan dari orangtua siswa dan guru terkait belajar online atau pembelajaran jarak jauh Serangkaian keluhan itu disampaikan di tayangan Mata Najwa yang dipandu Najwa Shihab Rabu malam Gak bis...
4 Pelajaran Berharga Soal Pasangan Dan Belajar Jadi Orang Tua Dari K Drama Was It Love

4 Pelajaran Berharga Soal Pasangan Dan Belajar Jadi Orang Tua Dari K Drama Was It Love

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 235 hits
Drama ini emang bisa bikin emak emak halu Gimana rasanya coba udah punya anak gede tapi masih direbutin cowok cowok uwu
Sukan Apa Boleh Buat Banyak Duit

Sukan Apa Boleh Buat Banyak Duit

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 396 hits
Sukan apa yang paling banyak boleh buat duit pada masa ini a Berlari b Berenang c Melompat d Boling e Memanah f Tinju Saya jawab c
Hiburan Pergh Selepas Update Terkini Applikasi Ini Makin Meletup Semua Benda Boleh Buat

Hiburan Pergh Selepas Update Terkini Applikasi Ini Makin Meletup Semua Benda Boleh Buat

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 438 hits
Wow Terkejut Abang Nara apabila mengetahui salah satu applikasi kegemaran diri ini menjadi semakin awesome fantastik dan power selepas mendapat update terkini Ha inilah yang kini mampu melakukan apa sahaja perkara yang anda fikirkan Tak per...
Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Perak Cops Raid Job Scam Call Centre In Pangkor 15 Arrested

Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

6 Fakta Mengejutkan Pada Zaman Pertengahan

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Tips Kotak Magnetik Penyelesaian Pembungkusan Premium Untuk Produk Anda

Modul Kaedah Strategi Pengajaran Pembelajaran Bahan Sokongan Pdp Siri Bsbpk 2022

Rumpai Laut Potensi Dan Aplikasi

13 Lagu Raya Evergreen Yang Wajib Didengar Setiap Kali Aidilfitri

Cara Mudah Menjaga Mata Agar Sentiasa Cerah Dan Sihat

The 11 Best Pet Fish To Start Your Freshwater Aquarium Purewow