Drama Lantik Pm Jelas Umno Gila Kuasa Bukan Anwar



Retorik Bersatu dan Pas mengecam kluster mahkamah di dalam Umno yang terlibat merancang dan melaksanakan penarikan sokongan ke atas kerajaan Perikatan Nasional, bertahan hanya 3 hari.
Bekas Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin dalam ucapan peletakkan jawatannya pada 16 Ogos berikrar tidak akan tunduk kepada kluster mahkamah di dalam Umno, namun pada 19 Ogos gembira dengan calon PM baharu dari parti itu dan kluster mahkamah kembali duduk di sebelah beliau.
Begitu juga Pas yang mencaci puak kleptokrat Umno kerana menumbangkan kerajaan PN tetapi pada 19 Ogos bersorak riang bila puak kluster mahkamah kembali bersekutu dan membentuk kerajaan.
Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulai, Johor, Faezuddin Puad, drama pelantikan PM ke 9 telah mendedahkan kepada dunia betapa hipokrit dan rendahnya maruah para pemimpin Bersatu dan Pas.
“Tahniah saya ucapkan kepada Pas – Bersatu kerana akhirnya mereka berbesar hati, rela hati dan ikhlas untuk sebumbung dengan kleptokrat atau kluster mahkamah di bawah kerajaan BN. Sekaligus menafikan dakwaan sesetengah pihak selama ini Anwar Ibrahim menjalin kerjasama dengan Zahid Hamidi mahupun Najib Razak.
“Dengan pelantikan ini bererti akan bermula semula era pemerintahan BN dan terkuburlah kerajaan PN. Setelah Bersatu hilang jawatan MB Johor, MB Perak dan kini kehilangan jawatan Perdana Menteri. Tak mustahil Pas juga akan kembali membodek Umno dan keluar PN untuk tubuhkan Muafakat Nasional secara rasmi. Terbukti hari ini, Bersatu naik dengan pengkhianatan, turun juga dengan pengkhianatan,” katanya.
Menurut Faezuddin lagi, masa hadapan Bersatu tidak akan secerah ketika PM Mahiaddin berkuasa, selepas ini.
Beliau mengjangkakan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, Bersatu akan menerima ‘cakaran maut’ Umno dalam pembahagian kerusi kerana mereka akan bertanding di kubu-kubu Umno.
“Dengan pelantikan ini bererti tempoh hayat Bersatu bakal menjadi pendek, boleh jadi parti ini terhapus sebelum PRU 15 atau tewas besar selepas PRU15.
“Semua sedia maklum kerusi yang Umno tandingi adalah kerusi yang sama Bersatu akan tanding. Dua parti ini berkongsi matlamat dan tujuan yang sama. Untuk menjadi payung kepada bangsa Melayu. Sudah tentu Umno mahu dilihat sebagai jaguh orang Melayu berbanding Bersatu. Jadi Bersatu perlu dilemahkan seberapa segera yang mungkin,” katanya.
Selain itu, menurut beliau, perebutan untuk mengembalikan kuasa kepada Umno ini juga membuktikan Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak gila kuasa sebagaimana yang dituduh musuh politiknya sebelum ini, kerana yang menjatuhkan pentadbiran Mahiaddin adalah pemimpin Umno tanpa campurtangan Anwar mahu pun Pakatan Harapan (PH).
“Dengan pelantikan ini membuktikan bahawa Datuk Seri Anwar bukan gila kuasa, kerana yang menarik sokongan terhadap Mahiaddin adalah Umno, buat mesyuarat bersemuka waktu PKP dan yang sibuk ke sana sini kumpul SD untuk Ismail Sabri adalah Umno. Abang Johari Pengerusi GPS juga membenarkan hal ini apabila berkata Datuk Seri Anwar tidak menghubunginya untuk mendapatkan sokongan.
“Segala usaha yang dilakukan Datuk Seri Anwar dan PH adalah semata-mata mendapatkan semula mandat rakyat di tengah-tengah kecamukan Umno-Bersatu merebut jawatan PM.
“Kritikan PH terhadap tindak tanduk kerajaan gagal selama ini juga bukan petanda Datuk Seri Anwar gila kuasa sebaliknya dilakukan semata-mata atas rasa cinta kepada tanah air. Siapa sanggup lihat rakyat menderita dengan Covid-19, kehilangan kerja, kehilangan orang tersayang, ekonomi negara merudum? Melainkan pemimpin tertentu yang mempunyai agenda peribadi merancang dengan sengaja melengahkan proses pemulihan negara supaya boleh terus kekal berkuasa,” katanya.
Manakala kepada penyokong PH, Faezuddin berharap agar mereka berlapang dada. Tidak bermakna kalah dalam pertempuran akan kalah selamanya.
Sebaliknya pertempuran besar yang menanti adalah dalam PRU ke 15 yang dijangka pada Mei 2023.
“La Tahzan, kita move on. Kita terima pelantikan ini. Saya percaya anggota dan pimpinan PH tidak akan sama sekali berputus asa dan bersedih, khidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing tetap berjalan, kritikan dan idea penambahbaikan serta menjadi agen semak dan imbang kepada kerajaan Ismail Sabri akan tetap diteruskan.
“Bukan apa, bimbang menjadi kerajaan Gagal 2.0 kerana dalam kerajaan Ismail Sabri hari ini masih terdapat muka-muka yang sama dalam kerajaan Gagal 1.0.
“Dalam keadaan begini diharapkan KEADILAN, Amanah dan DAP akan istiqamah kekal utuh dalam PH, bersama perkemaskan jentera untuk hadapi PRU15 sebaik sahaja negara pulih daripada Covid-19.
“Kita percaya apa yang berlaku pasti ada hikmah. Pada PRU15 nanti PH akan bangkit tewaskan para pengkhianat, kleptokrat dan penjual agama,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32883

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Gps Sahkan Anwar Tidak Gila Kuasa Semua Hubungi Minta Kuasa Kecuali Anwar

Terkini Gps Sahkan Anwar Tidak Gila Kuasa Semua Hubungi Minta Kuasa Kecuali Anwar

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 184 hits
August 19 2021 Pengerusi Gabungan Parti Sarawak hari ini mengesahkan ada dihubungi oleh pemimpin politik bagi mendapatkan sokongan GPS membentuk kerajaan baharu Bagaimanapun Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menjelaskan beliau tidak dih...
Umno Tarik Sokongan Bukan Mahu Anwar Jadi Pm Mereka Mahu Kuasa

Umno Tarik Sokongan Bukan Mahu Anwar Jadi Pm Mereka Mahu Kuasa

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 237 hits
Langkah Umno menarik sokongan dari kerajaan Perikatan Nasional seperti dijangka hanya mahu memastikan parti itu kembali berkuasa dan menjadi Perdana Menteri Pengarah Komunikasi AMANAH Nasional Khalid Samad berkata mustahil Umno mahu menyoko...
Anwar Bukan Jenis Gila Kuasa

Anwar Bukan Jenis Gila Kuasa

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 434 hits
Baginya lebih PENTING angkat sampah di pantai port dickson bagi kebersihatan pantai hati dan JIWA untuk hadapi PRU15 daripada angkat sumpah mewarisi kerajaan gagal yang banyak tinggalkan taik UMNO sudah terperangkap mewarisi kerajaan gagal ...
Ph Gets Support Of Umno Klepto Group To Push Anwar As Pm

Ph Gets Support Of Umno Klepto Group To Push Anwar As Pm

papar berkaitan - pada 15/8/2021 - jumlah : 278 hits
Some 15 MPs aligned with Umno president Ahmad Zahid Hamidi including those facing multiple corruption charges will be backing PKR s Anwar Ibrahim to be appointed as prime minister in the event of a government collapse MalaysiaNow can confir...
Rumah Hadi Jauh Lebih Tersergam Rumah Presiden Umno Najib Anwar Ibrahim

Rumah Hadi Jauh Lebih Tersergam Rumah Presiden Umno Najib Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 387 hits
INI lah rumah Presiden Pas Haji Hadi Awang Jauh bezanya dengan rumah rumah Presiden parti parti politik lain baik Presiden Umno Zahid Hamidi Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden presiden parti komponen BN Rumah rumah Menteri Menteri Umno...
Jika Umno Minoriti Dalam Kerajaan Anwar Berapa Jawatan Menteri Akan Diberi

Jika Umno Minoriti Dalam Kerajaan Anwar Berapa Jawatan Menteri Akan Diberi

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 362 hits
agendadaily com9 8 2021Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi senada dengan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahli Ahli Parlimen UMNO yang berada dalam kem Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu berfikir dan membuat pertimbangan ...
Adakah Agenda Untuk Mengharamkan Umno Sebagaimana Yang Pernah Dihalang Anwar Akan Tetap Diteruskan Oleh Muyyiddin

Adakah Agenda Untuk Mengharamkan Umno Sebagaimana Yang Pernah Dihalang Anwar Akan Tetap Diteruskan Oleh Muyyiddin

papar berkaitan - pada 8/8/2021 - jumlah : 313 hits
Berdasarkan penjelasan Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan yang berlandaskan kronologi mesyuarat dan surat menyurat kepada Pendaftar Pertubuhan atau RoS tidak diragui bahawa UMNO telah mengikuti segala peraturan dengan sebaiknya dalam keputu...
Lapan Anggota Fru Maut Trak Bertembung Lori Muatan Batu Di Teluk Intan

Israel Bunuh Wartawan Palestin Ketika Dirawat Di Hospital

Legendary Malaysian Jazz Family The Solianos Performed At Hard Rock Hotel Desaru Coast For Jazz Blues Tribute Series

10 Essential Roles Of An Insurance Agent

Saifuddin Bidas Kenyataan Rafizi Pkr Wujud Disebabkan Insiden Terhadap Anwar

Resepi Talapia Masak Pedas Ala Thai

Hard Rock Cafe Genting Highlands Opens Its Doors On 30th April

Betulkah Perawat Boleh Tahu Segalanya Menyingkap Realiti Syariat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Court Of Appeal Must Decide On Io S Presence At Remand Hearings Says Ex Bar Chief

Trump Us Used Trade Pressure To Broker India Pakistan Ceasefire

Rm1m Fine Mandatory Jail Time Selangor To Toughen Water Pollution Law Empower Enforcers To Snare Culprits Quickly

Nasi Kerabu Lemak Bakar

Cikbunga Menunaikan Umrah

Kotak Pizza Custom Solusi Ideal Untuk Bisnes Makanan Anda