Drama Korea Voice 3 City Of Accomplices





Voice 3 : City of Accomplices - Korean Drama Review
Aku baru habis menonton drama Korea Voice 3 ini, agak susah nak move on dari drama ni lepas tengok episode akhirnya. Tak pasti sama ada diorang akan buat drama Voice season 4 pula. Korean Drama Voice, Voice 2 dan Voice 3 ini semuanya best, setiap season ada tarikannya dan aku makin suka dengan hero drama ini iaitu Lee Jin Wook lepas dia berlakon dalam Voice 2 hingga Voice 3, wataknya sebagai Do Kang Woo yang paling kesian sekali dan menyayat hati.  Berbanding season kedua yang hanya mempunyai  12 episod, Korean drama Voice 3 mempunyai 16 episod dan mula disiarkan di channel OCN pada 11 Mei 2019 dan tamat episodnya pada 30 Jun 2019 yang lalu. Voice 3 ini masih mengekalkan semua pelakon asal dari season kedua, lagi pun jalan cerita dari musim lalu disambung ke musim ketiga ini, plus orang jahat atau mastermind utama pula masih belum dapat ditangkap lagi. Antara pelakon drama Korea Voice 3 : City of Accomplices ini adalah Lee Ha Na, Lee Jin Wook, Park Byung Eun, Kwon Yool, Son Eun Soo, Yoo Seung Mok, Kim Woo Seok, Kim Joong Ki, Song Boo Gun, Kim Ki Nam, Han Gab Soo dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Kill It dan kemudian akan digantikan dengan drama Watcher.Dari segi penampilan, Lee Ha Na yang memegang watak sebagai Kang Kwon Joo yang merupakan ketua pada Golden Time Team masih mengekalkan imej berambut pendek untuk ketiga - ketiga musim. Manakala Lee Jin Wook pula yang membawa watak sebagai Do Kang Woo kelihatan agak messy dan tidak terurus dalam Voice 3 ini, maybe untuk menunjukkan yang wataknya lebih complicated dan berdepan dugaan berat dalam hidupnya kerana perlu berperang dengan diri sendiri. Kebiasaannya aku memang tak suka kalau diselitkan scene - scene percintaan dalam drama - drama yang bergenre crime, suspen thriller ni. Namun disebabkan keserasian Lee Ha Na dan Lee Jin Wook yang luar biasa dari drama Voice 2 hingga ke Voice 3 ini membuatkan aku berharap yang watak mereka iaitu Kang Kwon Joo dan Do Kang Woo akan bercinta hehehe. Malangnya diorang tak bercinta juga, walaupun nampak diorang sweet je bila together. Tapi korang akan faham kenapa agak mustahil untuk diorang bercinta kerana untuk musim ketiga ini, Do Kang Woo lebih dingin, lebih suka sendirian dan ingin menjauhkan diri dari semua orang kerana bimbang dirinya akan hilang pertimbangan dan mencederakan mereka yang dekat dengannya.




Rasanya scene paling sweet antara Do Kang Woo dan Kang Kwon Joo ini adalah ketika Do Kang Woo perasan yang tangan Kang Kwon Joo terluka dan dia meletakkan bandage pada tangan Kang Kwon Joo tu. Dalam scene lain nampak Kang Kwon Joo yang selalu ambil berat, prihatin dan memberikan kata - kata semangat pada Do Kang Woo. Selain Kang Kwon Joo yang kelihatan care dan ambil berat pada Do Kang Woo, Chief Na Hong Soo (Yoo Seung Mok) yang merupakan musuh ketat Do Kang Woo pada musim kedua telah sedar yang dia salah faham pada Do Kang Woo selama ini dan mula melayan Do Kang Woo seperti adiknya sendiri dan berusaha untuk protect dan melindungi Do Kang Woo itu. Aku suka betul tengok layanan semua golden time team member terhadap Do Kang Woo tu, diorang happy betul bila dapat tahu yang Do Kang Woo akan berkhidmat semula dalam Golden Time Team tu. Sayangnya Do Kang Woo melayan diorang semua dengan dingin sekali, tapi nasib diorang faham yang perangai Do Kang Woo memang macam tu. Namun kalau korang tengok drama ini, korang akan faham kenapa Do Kang Woo cuba menjauhkan diri dari semua orang tu kerana ianya disebabkan situasi dan penyakit yang dialaminya itu.
Watak Kwon Yool sebagai Bang Je Soo tak begitu banyak dalam musim ini, dia ada muncul di awal cerita dan di penghujung cerita (di bahagian epilog) membuatkan penonton berteka - teki yang kemungkinan besar dia ada kena mengena dengan tragedi yang berlaku di kemuncak cerita. Dalam 3 episod terakhir drama Korea Voice 3 : City of Accomplices ini akan menjawab semua persoalan penonton mengenai masa silam Do Kang Woo ketika dia dan keluarganya tinggal di Jepun. Persoalan mengenai siapa kanak- kanak perempuan bernama Miho yang sering muncul dalam mimpi Do Kang Woo dan siapa pembunuh sebenar Miho turut terjawab di penghujung cerita. Memang sedih giler tengok Do Kang Woo berjuang dalam melawan penyakitnya itu. Apa pun jom tengok serba sedikit sinopsis drama Korea Voice 3 : City of Accomplices ini di bawah ye -
Mengisahkan Golden Time Team yang masih cuba menyelesaikan kes yang berkaitan internet's dark web iaitu Auction Fabre dan Doctor Fabre serta mencari mastermind utama yang bertanggungjawab mewujudkan satu kumpulan untuk membunuh dengan kejam dan kemudian anggota badan mangsa dikerat dan kemudian dijual secara online.
Selepas Insiden yang berlaku di penghujung cerita Voice 2 itu, Do Kang Woo tiba- tiba hilang manakala Kang Kwon Joo pula menghadapi masalah pendengaran. Golden Time Team member syak yang Do Kang Woo telah diculik dan mereka cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkannya. Rupa - rupanya Do Kang Woo tidak diculik, dia sendiri yang menghilangkan diri dan cuba masuk secara haram ke negara Jepun untuk menyiasat sendiri siapa mastermind sebenar dan mencari jawapan tentang kenapa orang jahat tersebut sangat obses dengannya. Selepas dapat tahu yang Do Kang Woo telah ditangkap oleh polis Jepun, Kang Kwon Joo dan teamnya bergegas ke Jepun untuk menyelamatkan Do Kang Woo. Setelah semuanya selesai Do Kang Woo bersetuju untuk terus bertugas dalam Golden Time Team untuk tempoh masa sebulan saja. Do Kang Woo sebenarnya merahsiakan tentang penyakitnya yang semakin serius dari pengetahuan Kang Kwon Joo, Do Kang Woo sebenarnya di diagnosis mempunyai Anti Social Personality Disorder dan boleh dikatakan sebagai psychopath. Do Kang Woo berusaha keras untuk menghalang dirinya dari menjadi pembunuh.
Chief Na Hong Soo menjadi orang pertama yang mengetahui mengenai penyakit mentalnya itu dan Na Hong Soo cuba untuk membantu dan melindungi Do Kang Woo. Keadaan makin tidak terkawal bila Do Kang Woo hampir - hampir membunuh Kang Kwon Joo, tapi nasib baik chief Na Hong Soo berjaya menghentikannya. Selepas itu Kang Kwon Joo mahukan Do Kang Woo letak jawatan dan pergi berubat, namun Do Kang Woo tak mahu berbuat demikian kerana dia mahukan orang jahat tersebut ditangkap terlebih dahulu. Akhirnya Do Kang Woo meletak jawatan juga bila dia hampir - hampir membunuh orang yang tidak bersalah dan dia kemudian membuat keputusan untuk meneruskan siasatannya dengan caranya sendiri. Do Kang Woo cuba menyiasat secara bersendirian walaupun kini dia bukan lagi polis, akhirnya Do Kang Woo dapat tahu yang orang jahat tersebut sebenarnya berhubung rapat dengan masa silamnya. Apa yang berlaku seterusnya?Dalam Korean Drama Voice 3 ini banyak kali juga Kang Kwon Joo keluar bersama - sama detektif lain untuk menangkap orang jahat berbanding hanya berada di pusat kawalan (Call Center) sahaja. Manakala ending drama Korea Voice 3 ini memang sad ending, tragic ending gitu yang buat ramai penonton tak puas hati. Secara keseluruhannya Voice 3 memang best kecuali endingnya saja yang tak best dan aku bagi 8.8/10 bintang untuk drama ini.

Quote From Voice 3 (Korean Drama)"He's fighting with all his might not to turn into a monster. Let's not be the ones to give up on him"

I saw the well inside of me, i remember father’s words about how clear or dirty water may come out, depending on how you take care of it. I rather die as a human, than live as a monster like you. – Do Kang Woo

Jom Baca ini juga ➔ Sinopsis Filem Motif Lakonan Rosyam Nor dan Sharifah Amani

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://darihatimissmulan.blogspot.com/2019/11/review-drama-korea-voice-3-city-of-accomplices.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dia Baling Remote Tv Kata Saya Pemalas Suami Halau Isteri Keluar Dari Rumah Kerana Terlalu Obses Dengan Drama Korea

Dia Baling Remote Tv Kata Saya Pemalas Suami Halau Isteri Keluar Dari Rumah Kerana Terlalu Obses Dengan Drama Korea

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 357 hits
Salam admin Aku pinjam FB kawan aku Tak tahu nak cerita dengan siapa Segan memang segan tapi tak apalah Aku trust dengan kawan aku ni nbsp Macam ni min Aku baru kena halau dengan laki aku Laki aku ni memang baik dan rajin pula tu Aku dah ka...
Drama Korea Sky Castle

Drama Korea Sky Castle

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 599 hits
Sky Castle Korean Drama ReviewDrama Korea Sky Castle ini mempunyai 20 episod dan disiarkan di channel JTBC bermula 23 November 2018 dan tamat episodnya pada 1 Februari 2019 yang lalu Korean Drama Sky Castle is the highest rated drama in Kor...
Penangan Jennie Amp Jisoo Blackpink Super Ring Kini Laris Di Korea

Penangan Jennie Amp Jisoo Blackpink Super Ring Kini Laris Di Korea

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 319 hits
Super Ring adalah snek kegemaran ramai orang terutama sekali rakyat Malaysia Adakah anda bersetuju Percayakah anda jika keropok Super Ring merupakan antara snek kegemaran Jennie dan Jisoo dari Blackpink Terbaharu kecoh di media sosial apabi...
Model Korea Bawah Umur Tidak Berpakaian Cetus Kontroversi

Model Korea Bawah Umur Tidak Berpakaian Cetus Kontroversi

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 535 hits
MODEL KOREA BAWAH UMUR TIDAK BERPAKAIAN CETUS KONTROVERSI Gadis Korea berumur 15 tahun ini sedang mengundang kontroversi atas beberapa gambar dirinya yang dinilai tidak sepatutnya untuk model yang berumur sepertinya oleh masyarakat Korea Ag...
Nyanyi Lagu Dangdut Di Korea Sarah Suhairi Buat Ramai Terpukau

Nyanyi Lagu Dangdut Di Korea Sarah Suhairi Buat Ramai Terpukau

papar berkaitan - pada 4/11/2019 - jumlah : 288 hits
Sarah Suhairi sememangnya dikenali sebagai artis yang berkebolehan menyanyikan lagu lagu Korea Perkara ini dilihat menerusi laman Instagram dan juga persembahannya yang menyanyikan lagu daripada Blackpink di dalam satu pertandingan realiti ...
Misi Cari Mangsa Helikopter Terhempas Di Korea Selatan Diteruskan

Misi Cari Mangsa Helikopter Terhempas Di Korea Selatan Diteruskan

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 168 hits
Misi cari mangsa helikopter terhempas di Korea Selatan diteruskan Dikemas kini 2 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Nov 2019
Kehidupan Malam Gadis Liar Di Korea

Kehidupan Malam Gadis Liar Di Korea

papar berkaitan - pada 31/10/2019 - jumlah : 611 hits
KEHIDUPAN MALAM GADIS LIAR DI KOREA Sosial betul awek awek korea ni seksi seksi bila da mabuk langsung tak sedar diri remaja kat malaysia tolong jgn terikut2 budaya orang kore ni bahaya
Indonesia Korea Terus Perkuat Perlindungan Bagi Pekerja Migran

Indonesia Korea Terus Perkuat Perlindungan Bagi Pekerja Migran

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 214 hits
Melalui skema sistem izin kerja EPS PMI yang bekerja di Korea akan memperoleh perlakuan dan hak yang sama sebagaimana tenaga kerja Korea sesuai dengan Undang Undang Ketenagakerjaan yang berlaku di Korea
Pengalaman Menarik Menaiki Langkawi Skycab Menuju Ke Langkawi Skybridge

A Triple Somersault Wearing A Sarong In C Wealth Games 2026

Pembangkang Perlu Ketepi Ego Contohi Langkah Ph Meterai Mou Bersama Kabinet Ismail Sabri

Perunding Berdaftar Harta Pusaka Islam Hans Legacy Sdn Bhd

Ibis Styles Iskandar Puteri Buffet Berbuka Puasa

Rawatan Urutan Badan Chiropractic Dan Acupressure Dari Tukang Urut Skudai

Penurunan Wall Street Didorong Oleh Sektor Teknologi Dan Kadar Fed

Indonesia Perkenal Insentif Tingkat Jualan Kereta Elektrik



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Hero Seorang Cinderella Musim 2 Astro Ria

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 Mesti Tonton

5 Budaya Barat Yang Dah Jadi Ikutan Pasangan Melayu

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Syurga Slot Akasia TV3

5 Fakta Tentang Dragonball Mutiara Naga Yang Anda Perlu Tahu


Resepi Sambal Terung

Naik Lrt Mrt Kl Central Ke Star Hill Pavilion 2024

Jangan Pernah Berhenti

Resepi Kfc Double Down

Lokasi Tapak Bazar Ramadan Sekitar Shah Alam 2024

Ains Nilam Kpm Advance Integrated Nilam System