Dalam drama ni memang ada ramai pelakon okey dan semua watak pun penting dan saling melengkapi. Drama Korea Sky Castle mengisahkan tentang kehidupan 4 keluarga yang tinggal di kediaman mewah bernama Sky Castle. Kebanyakan isteri - isteri di situ adalah suri rumah sepenuh masa dan satu persamaan di antara mereka semua adalah mereka sangat obses dengan pendidikan anak - anak mereka kerana semakin pandai anak mereka di sekolah, semakin mereka dihormati oleh jiran - jiran yang lain. Hal tersebut membuatkan anak - anak mereka menjadi tertekan kerana perlu memenuhi expectation dan harapan ibu bapa mereka. Lee Myung Joo (Kim Jung Nan) dan suaminya Park Soo Chang (Yu Seong Ju) diraikan secara besar - besaran dalam satu jamuan khas yang dianjurkan oleh jirannya Han Seo Jin (Yum Jung Ah) kerana anak lelaki Lee Myung Joo iaitu Park Young Jae (Song Geon Hoo) berjaya diterima masuk ke Seoul National University dalam bidang perubatan. Ramai jiran - jiran yang lain cuba membodek dan memujuk Lee Myung Joo untuk berkongsi tips dan caranya mengajar anaknya hingga berjaya. Namun Lee Myung Joo hanya mendedahkan nama tutor yang mengajar anaknya itu serta cara untuk mendapatkan khidmat tutor itu pada Han Seo Jin dan No Seung Hye (Yoon Se Ah) saja. Hal tersebut membuatkan Han Seo Jin dan No Seung Hye berebut - rebut untuk mendapatkan khidmat tutor tersebut yang bernama Kim Joo Young (Kim Seo Hyung).
Akhirnya disebabkan desakan anaknya, Han Seo Jin terpaksa merayu Kim Joo Young untuk mengajar anaknya kembali. Hal makin menarik bila Kim Hye Na (Kim Bo Ra) yang merupakan rival anak Han Seo Jin di sekolah, rupa - rupanya adalah anak kandung Kang Jo Sang. Selepas kematian ibunya, Kim Hye Na cuba masuk dalam keluarga Han Seo Jin untuk mengenali ayahnya dengan lebih dekat. Namun disebabkan sikapnya yang terlampau berani akhirnya mengundang padah bila dia mati dibunuh. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey itu adalah serba sedikit Sinopsis Drama Korea Sky Castle ini. Sinopsis diatas banyak pasal kisah keluarga Han Seo Jin saja, ikutkan kisah keluarga lain juga menarik misalnya kisah tentang keluarga No Seung Hye dan suaminya Cha Min Hyuk (Kim Byung Chul). Tak leh blah betul dengan sikap dan personaliti Cha Min Hyuk yang merasakan dirinya paling hebat sekali. Kelakar juga tengok Cha Min Hyuk yang lebih obses dengan pendidikan anak - anaknya berbanding isterinya No Seung Hye yang lebih cool dan memahami perasaan anak - anaknya itu. Selain itu drama ini ada banyak pengajaran okey, jadi penonton dapat belajar something bila tengok drama ini. Antara scene paling sedih dalam drama Sky Castle ini adalah ketika scene Kim Hye Na mati tu.
Drama ini turut menceritakan tentang kisah hidup Kim Joo Young, jadi penonton dapat memahami sebab dia bertindak seperti itu. Scene ketika anak kedua Han Seo Jin memberontak tu pun best gak. Ramai betul yang nak lari dari rumah dalam cerita ni okey hahaha jadi memang nampak sangatlah yang anak - anak diorang tu stress dan tertekan dengan sikap ibu bapa mereka tu. Aku paling suka cara Lee Soo Im dan suaminya Hwang Chi Young (Choi Won Young) mendidik anak mereka iaitu Hwang Woo Joo (Kang Chan Hee). Diorang langsung tak memaksa Woo Joo untuk mengikut kehendak mereka, tapi Woo Joo ni memang budak baik pun dan dia antara top student juga. Cuma agak kesian dengan Woo Joo ni sebab menjadi mangsa dan terpaksa melalui satu fasa sukar dalam hidupnya lepas kematian Kim Hye Na itu. Antara scene paling best bila Park Soo Chang sedar akan kesilapannya dan berbaik semula dengan anaknya itu. Malah hubungan mereka berdua lebih rapat berbanding dulu. Lagu tema / OST Sky Castle ini juga best terutamanya lagu bertajuk We All Lie nyanyian Ha Jin. Tak silap aku lagu ni pun ada menang anugerah juga kot, tapi tak pasti anugerah apa. Apa pun drama ni best untuk ditonton dan aku bagi 9/10 bintang untuk drama ini.
|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |