Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Nantikan kesinambungan drama adaptasi novel ‘7 Hari Mencintaiku’ karya Siti Rosmizah bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Menemukan kembali gandingan Shukri Yahaya dan Siti Siti Saleha. Drama terbitan SR One Sdn Bhd, arahan Jamal Khan. Akan menemui bermula 2 Julai 2020, setiap Isnin sehingga Jumaat jam 7 malam di TV3
TAJUK : 7 HARI MENCINTAIKU 2
EPISODE : 33 episod
MULA SIARAN : 2 Julai 020
WAKTU TAYANGAN : Isnin-Jumaat, 7 malam
SALURAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENULIS SKRIP : PGRs Team – Chinta Nadessha & Ainaa Hanez
PENGARAH : Jamal Khan
TERBITAN : SR One Sdn Bhd
BARISAN PELAKON : Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Hariesa, Razzuan, Syaffiq Sahli
WATAK BARISAN PELAKON
Shukri Yahaya sbg Khuzairi
Siti Saleha sbg Mia Adriana
Kazar Saisi sbg Pak Samad
Liza Abdullah sbg Mak Leha
Jasmin Hamid sbg Hayati
Shaharuddin Tambi sbg Dato Johari
Wan Sharmila sbg Sofi
Syazwan Zulkifli sbg Helmi
Jaja Iliyes sbg Nadia
Bil Azali sbg Zaidi
Dhia Irdina sbg Alisa
Puteri Rafasya sbg Kenit
Faye Kusairi sbg Syakila
Idris Mat Diah sbg Pak Andak
Anne Abdullah sbg Mak Andak
Hariesa sbg Nurul Ain
Razzuan sbg Fariz
Syaffiq Sahli sbg Jali
SINOPSIS 7 HARI MENCINTAIKU 2
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dgn kehadiran cahaya mata kedua.
“Kebahagiaan abang bila sayang dan anak-anak ada di sisi.” Itulah kata-kata yg sering diucap Khuzairi pd isterinya. Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dgn dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dgn kata-katanya. Syakila tak kurang hebatnya.
“Dosa tu bukan datang dr mama! Dosa tu datang dr suami mak! Abah yg tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yg akan terpalit dlm rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pd Pak Samad. Seorang lelaki yg dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dpt restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dpt restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dgn Zaidi. Helmi bercerai dgn Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dlm hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lps tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lg.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yg awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lg. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yg diucap dlm hati bersama deraian air mata.
FOTO BARISAN PELAKON
Pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alamaya.info/drama-7-hari-mencintaiku-2-tv3/