Dr Zakir Tak Sepatutnya Timbulkan Masalah Anwar


Oleh Ahmad Suhael Adnan
[email protected]
PRESIDEN PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada program Jelajah Presiden PKR ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Eizairi Shamsudin
KUALA LUMPUR: Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik, sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana mengekalkan status penduduk tetap (PR) miliknya yang diberikan oleh pentadbiran lalu.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Dr Zakir sewajarnya menghargai usaha kerajaan yang melindunginya daripada Kerajaan India, bukan menimbulkan masalah kepada Pakatan Harapan (PH) dan rakyat Malaysia.

“Patut dia berterima kasih (pada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad). Bagi sepatah dua kata, ‘Tun saya berterima kasih kerana beri perlindungan dan jaminan keselamatan dan minta maaf tak akan ulangi’.

“Ini tidak, dia jadi masalah pada kita. Kita dah tolong, tapi dia bagi masalah pula pada kita,” katanya ketika berucap pada program Jelajah Presiden PKR ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan hadirin yang bertanyakan mengenai pendiriannya serta parti berhubung kontroversi melanda pendakwa dari India itu.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan tidak bersetuju dengan sebahagian kandungan ceramah Dr Zakir di Kelantan baru-baru ini, yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum India dan Cina di negara ini.

“Soal beliau mencerca kaum India atau Cina, walaupun dia kata tak maksudkan begitu dan minta maaf, saya tak setuju. Dalam dakwah mestilah ‘bil hikmah’ (secara berhikmah), tarik orang ramai.

“Saya tak nafikan mengenali Dr Zakir secara peribadi, ada baiknya dan bukan seperti yang ditohmah, tetapi (ucapannya tidak wajar),” katanya.

Anwar bagaimanapun tidak bersetuju dengan pandangan pihak tertentu yang mahu Dr Zakir dihukum segera, sebaliknya sebarang tindakan kepada penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah 2013 itu perlu berlandaskan kedaulatan undang-undang.

“Sekarang siasatan awal polis putuskan beliau tak boleh ceramah. Oklah buat masa ini, selebihnya (pendirian PKR) saya nyatakan esok,” katanya.

Beberapa portal berita baru-baru ini melaporkan Dr Zakir, ketika berceramah di Kelantan pada 9 Ogos lalu, mendakwa masyarakat Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri di India berbanding Dr Mahathir.

Pendakwah itu turut didakwa meminta ‘tetamu lama’ yang ditujukan kepada masyarakat Cina di Malaysia, untuk pulang terlebih dulu bagi menjawab desakan beberapa pihak yang mahukannya keluar dari Malaysia.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, dilaporkan berkata Dr Zakir tidak dibenarkan memberi ceramah, termasuk dalam media sosial dan larangan memberi ceramah di seluruh negara itu terpakai sehingga siasatan polis selesai.

Sementara itu, menjawab soalan hadirin mengenai dakwaan Kerajaan Selangor mengurangkan bantuan kepada golongan B40, Anwar berkata beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

“Ada ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) dan Ahli Parlimen bangkitkan perkara ini dan Menteri Besar mungkin ada penjelasan mengenai kewangan yang dulu digembar gembur banyak, tapi bila dikaji tak sebanyak itu.

“Saya akan dapatkan penjelasan dan minta kalau boleh dikaji semula apa yang boleh diberikan balik supaya jangan beri gambaran negatif kepada kerajaan PH,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/08/dr-zakir-tak-sepatutnya-timbulkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Anggap Zakir Naik Bawa Masalah Pada Malaysia

Anwar Anggap Zakir Naik Bawa Masalah Pada Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 358 hits
Ketika ditanya pendiriannya mengenai kontroversi yang membabitkan pendakwah dari India Dr Zakir Naik Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan cara dan tindakan Zakir mencerca kaum tertentu di negara ini Je...
Tak Puas Hati Isu Zakir Pemimpin Pas Doa Anwar Kekal Bakal Pm

Tak Puas Hati Isu Zakir Pemimpin Pas Doa Anwar Kekal Bakal Pm

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 363 hits
Ia susulan kenyataan Anwar yang tidak bersetuju dengan pendekatan dakwah Zakir yang dilihat menyentuh perkauman di negara ini
Anwar Tidak Setuju Zakir Naik Dakwah Babitkan Kaum

Anwar Tidak Setuju Zakir Naik Dakwah Babitkan Kaum

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 309 hits
Tindakan penceramah bebas Dr Zakir Naik yang membuat kenyataan kontroversi mengenai penganut agama Hindu dan kaum Cina di Malaysia dalam ceramah beliau amat tidak wajar meskipun beliau bertujuan untuk berdakwah kata Presiden PKR Datuk Seri ...
Don T Raise The Temperature Anwar Wants Anti Zakir Protest Scrapped

Don T Raise The Temperature Anwar Wants Anti Zakir Protest Scrapped

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 297 hits
Anwar Ibrahim has urged the organiser to call off the anti Dr Zakir Naik protest which is scheduled to take place in Brickfields Kuala Lumpur tomorrow The PKR president said there is no need for the gathering since the situation has calmed ...
Anwar Ibrahim Promises To Solve The Zakir Naik Issue After Mahathir Refuses To Deport The Preacher

Anwar Ibrahim Promises To Solve The Zakir Naik Issue After Mahathir Refuses To Deport The Preacher

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 538 hits
The organiser of a planned rally to protest against controversial televangelist Dr Zakir Naik today announced that the event has been cancelled He said this was decided following a call from PKR president Datuk Seri Anwar Ibrahim who had re...
Zakir Naik Penganjur Batal Himpunan Kerana Janji Anwar Bantu Masyarakat India

Zakir Naik Penganjur Batal Himpunan Kerana Janji Anwar Bantu Masyarakat India

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 494 hits
Datuk Seri Anwar IbrahimPenganjur bantahan berkaitan isu pendakwah bebas Dr Zakir Naik yang dijadual hari ini membatalkan rancangannya untuk berbuat demikian selepas perhimpunan pertama bagi membantah pengenalan pelajaran tulisan Jawi di se...
Anwar Gesa Penganjur Hentikan Demo Anti Zakir Naik

Anwar Gesa Penganjur Hentikan Demo Anti Zakir Naik

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 355 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim PETALING JAYA Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa penganjur tunjuk perasaan Say No To Zakir Naik serta beberapa himpunan lain menghentikan penganjurannya kerana keadaan sudah reda susulan tindakan kerajaan Anwar b...
Anwar Ibrahim Condemns Zakir Naik For Not Being Grateful

Anwar Ibrahim Condemns Zakir Naik For Not Being Grateful

papar berkaitan - pada 21/8/2019 - jumlah : 386 hits
PKR president Anwar Ibrahim said Dr Zakir Naik should be grateful to Dr Mahathir Mohamad for maintaining his permanent resident status instead of making controversial statements and urged him to apologise to the prime minister Anwar said th...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Iftar Satu Ramadhan

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Finalis Piala Malaysia 2024 Sri Pahang Fc Tewas 0 2 Kepada Kuching City Fc Di Temerloh Malam Tadi

Shocking How Quickly Ismail Sabri Became A Suspect Says Pas