Pengalaman Kali Pertama Si Kembar Tiga Naik Kapal Terbang


Salam dears… “Mama dah banyak kali naik kapal terbang, kita tak pernah rasa lagi” kata si kembar. “Alahh, sama macam naik bas je, seat kecik sempit sempit…naik kereta lagi selesa” jawab Mama konon konon naik-kapal-terbang-is-nothing-lah gitu.
Sedangkan sebenarnya dalam hati memang dah lama tanam hajat nak bagi si kembar merasa naik kapal terbang. Bila diorang sebut teringin tu laaagi lah membuak buak rasa dalam hati ni. Mak bapak memang gini kan, bila anak suarakan sesuatu keinginan, mesti kita nak cuba tunaikan juga, kan?
Sejak Mama pergi Korea dulu lah si kembar dah beberapa kali sebut pasal naik kapal terbang.
Hmm walaupun Air Asia kata ‘Now Everyone Can Fly’, tapi naik kapal terbang ni tak lah murah sangat bagi Mama. Tak semua orang mampu nak beli tiket tu anytime. Ada yang kena menabung juga macam Mama ni haaa.
Ye lah, nak beli untuk satu keluarga 5 beranak, beratus ringgit juga harganya walau pun untuk penerbangan domestik je.
Tapi…akhirnya tercapai juga hajat Mama nak bagi si kembar ni merasa naik kapal terbang, walaupun dekat sekadar dari KL ke Penang je pun jadi lah hehehe.
Terlepas Tiket Murah Giler Huwaaaa Alkisahnya kebetulan tarikh cuti sekolah kali ni jatuh pada masa yang sesuai untuk Mama pun ambil cuti. Apa lagi, terus plan nak balik kampung lah. Pastu saja saja lah try survey harga tiket tren ETS, bas dan tiket flight gak.
Tengok tengok ehhh apsal flight lagi murah dari harga tiket bas ni? Rupa rupanya masa tu Air Asia tengah buat promo lah! Masa tu tiket KL ke Penang one-way dalam RM18 saja..giler murah!
Gigih ‘berebut’ nak dapatkan tiket murah tu tapi tak berjaya, bila sampai kat page untuk buat payment je sistem ‘hang’. Banyak kali cuba tetap tak lepas! Nangesss!

Tapi Mama dapat laa juga beli tiket ‘low fare’ walaupun tak semurah yang berbelas ringgit tu. Dah niat nak bawa anak anak kan, Mama book jugalah tiket one-way untuk 4 orang RM187++ (termasuk pilih seat, kalau tak pilih seat lagi murah). Mama ngan si kembar tiga ja, Ayah tak ikut sebab tak leh nak cuti.
Rahsia! Lepas beli tiket tu Mama tak bagitau kat si kembar, Mama rahsiakan sampai lah malam sebelum bertolak tu baru Mama cakap nak balik kampung sebab nak suruh diorang tidur dan bangun awal. Tapi..masa tu Mama kata nak naik tren ja, masih rahsiaaaa hehehe
Pagi tu, seawal jam 4 pagi Mama dah kejutkan semua bangun bersiap. Walaupun flight pukul 8.20 pagi tapi kan kata untuk penerbangam domestik kena sampai di airport 2 jam lebih awal. Disebabkan tak biasa, baik pergi awal daripada terlepas flight kan.
Mama siap belikan earplugs ni takut si kembar tak tahan pressure masa take off nanti, over nau maknya kan hahahaha
Sepanjang perjalanan dari rumah ke KLIA2, diorang lena. Dah sampai parking baru bangun pastu menonong ja ikut Mama Ayah jalan. Bila dah masuk dalam KLIA2 dan nampak kedai kedai si Fahmi kata “dah lain lah tempat naik tren ni”.
Pastu Fauzi plak ternampak signage airport dan dia tanya “ni airport ke?”. Faris sambung “kenapa kita datang airport?”. “Sebab kita nak naik kapal terbang, kenalah datang airport” jawab Mama.  Bila dengar tu ja apa lagi…terbeliak lah mata si kembar ni, excited! Hehehehe
Muka ngantuk sebab kena bangun kul 4 pagi hehe
Mama ni excited gak dan nervous. Sebab risau diorang ok ke tak nanti sepanjang flight. Berbakul pesanan “nanti duduk diam diam, jangan bising, jangan gaduh, jangan tendang tolak tolak kerusi orang depan bla bla bla”.
Si kembar duduk sama sama sebaris, Mama duduk row sebelah.
Tapi…ada juga yang kena marah masa dalam flight! Si Fauzi tu haa..dok main meja kat belakang seat depan, sampai kan orang depan tu marah lah “Can you please do not play with that”. Ni Faris lah cerita, sebab dia duduk sebelah Fauzi.
Adehhh dah banyak kali pesan pun buat jugak, kan orang dah marah huhuhu.. Nasib lah Mama kat row lain, kalau Mama duduk sebelah Fauzi memang dah kena cubit cubit ketam ngan Mama lah jawabnya!
Bosan ler tu. Bawa tab tapi dah pakat main sampai habis bateri dah.
Bila tak dak benda nak buat, ko hafal menu je lah hahaha
Selain daripada tu, diorang ok lah sepanjang flight. Kejap ja pun kan, tak sampai sejam pun. Cuma masa nak take off ngan masa nak mendarat nampak cuak sikit, pakat pegang handle seat kuat kuat hahaha.
Pastu ada laa sekali tu masa tengah terbang, kapal bergegar kuat. Terus terbeliak mata Fahmi kata “kenapa ni Mama??”. “Kapal langgar awan laa kot ni, biasa lah tu” jawab Mama control macho padahal dalam hati aii pun sama naik cuak gak hahahaha.
Shot by Fauzi, dia duduk tepi tingkap.
Best Tak Naik Kapal Terbang? Overall ok laa pengalaman kali pertama si kembar tiga ni naik kapal terbang. Bila ditanya best ke tak? Diorang jawab “Best! Tapi bosan sikit laa kena duduk saja” hahahaha. Ye lah, kalau naik kereta sendiri korang boleh buat bising, buat kecoh kan…ni semua kena behave maka bosan lah hahaha.
Tapi bila ditanya lain kali nak naik kapal terbang lagi tak, semua pakat jawab “Nak! Tapi harap dapat naik kapal terbang besar pergi jauh pulak”. Errkk ok lah bagi Mama menabung banyak banyak dulu ye sayangs.
Berjaya gak bawa si kembar ni rasa naik kapal terbang, Alhamdulillah
Tak pun..nanti besar korang jadi pilot je lah, boleh bawa Mama naik kapal terbang pergi holiday merata kan, kan? Hehehehe
126 total views, 21 views today
The post Pengalaman Kali Pertama Si Kembar Tiga Naik Kapal Terbang… appeared first on Mama Kembar Tiga.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mamakembartiga.com/2019/03/pengalaman-kali-pertama-si-kembar-tiga-naik-kapal-terbang.html/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nutrition Pro Kedai Protein Supplement Bodybuilding Paling Murah Di Malaysia Pengalaman Aku Kali Pertama Ke Sana

Nutrition Pro Kedai Protein Supplement Bodybuilding Paling Murah Di Malaysia Pengalaman Aku Kali Pertama Ke Sana

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 1138 hits
Sejak setahun dua ini populariti untuk golongan lelaki men sado kan diri semakin meningkat naik Kalau dulu kelibat abang abang sado sukar untuk dijumpai dan kewujudan gym pun boleh dikira dengan jari biarpun di kawasan kawasan bandar tapi s...
75 Unit Kereta Terbang Pertama Di Dunia Sudah Dijual

75 Unit Kereta Terbang Pertama Di Dunia Sudah Dijual

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 597 hits
MALAYSIAKINI Sebanyak 75 unit kereta terbang pertama di dunia PAL V Liberty telah berjaya dijual dan penyerahan pertama akan dilaksanakan pada Disember tahun ini Jurucakap PAL V Liberty berkata tempahannya dibuka sejak 2018 dan pelanggan pe...
Selepas Hampir Dua Hari Mendapatkan Rawatan Juruteknik Mahb Direm Puh Kapal Terbang Pergi

Selepas Hampir Dua Hari Mendapatkan Rawatan Juruteknik Mahb Direm Puh Kapal Terbang Pergi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 844 hits
Juruteknik MAHB direm puh kapal terbang mening gal dunia Pacuan empat roda dinaiki mangsa dilan ggar sebuah pesawat peribadi ketika mendarat di landasan Juruteknik Malaysia Airports Holdings Bhd yang parah dalam insiden di landasan Lapangan...
Kasih Sayang Kepada Suami Naik 1000 Kali Ganda Mawar Rashid Teruja Lalui Fasa Baru Jadi Ibu

Kasih Sayang Kepada Suami Naik 1000 Kali Ganda Mawar Rashid Teruja Lalui Fasa Baru Jadi Ibu

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 332 hits
Mawar Rashid baru melahirkan bayinya Raden Muhammad Rafael Setelah melalui sendiri proses kehamilan kelahiran fasa baru menjadi ibu menjadikan dia begitu bahagia Mawar dalam Instagram memuatnaik gambar dia dan suaminya bersama bayi mereka R...
Terkini Juruteknik Mahb Dirempvh Kapal Terbang Men1nggal Dunia Ini Kenyataan Pihak Mahb Al Fatihah

Terkini Juruteknik Mahb Dirempvh Kapal Terbang Men1nggal Dunia Ini Kenyataan Pihak Mahb Al Fatihah

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 478 hits
JURUTEKNIK Malaysia Airports Holdings Bhd yang parah dalam insiden di landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah awal pagi semalam men1nggal dunia petang tadi Mngsa Mohd Ruzaimi Iskandar Ahmad Razali 39 menghembuskan nafas terakhir ja...
Malaysia Kali Pertama Lihat Tulang Rusuk Patah Menegak Lurus Pakar Forensik Inkues Adib

Malaysia Kali Pertama Lihat Tulang Rusuk Patah Menegak Lurus Pakar Forensik Inkues Adib

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 367 hits
KUALA LUMPUR 29 MAC 2019 Saksi dari Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur Datuk Dr Mohd Shah Mahmud hadir di Mahkamah Sesyen Shah Alam bagi membantu kes prosiding inkues melibatkan kematian Anggota Bomba dan Penyelamat Alla...
Ini Bukan Pertama Kali Saya Kata Mahathir Bekas Diktator Nurul Izzah

Ini Bukan Pertama Kali Saya Kata Mahathir Bekas Diktator Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 361 hits
Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya yang melabel Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas diktator Loading Ia adalah fakta saya pernah katakan sebelum pilihan raya dan mengulanginya kalau tak salah semasa demonstrasi Bersih 3 0 atau ...
Motosikal Terbang Lazareth Dengan Empat Enjin Jet Melakukan Penerbangan Pertama

Motosikal Terbang Lazareth Dengan Empat Enjin Jet Melakukan Penerbangan Pertama

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 264 hits
Video acah motosikal terbang Lazareth La Moto Volante diperlihatkan tiga yang lalu Ia unik berbanding motosikal terbang yang lain kerana ia boleh berfungsi sebagai motosikal biasa Di dalam mod terbang tayar akan terbuka keluar dan menjadi e...
The Era Fm Dj S Thaipusam Fiasco Might Originally Be An Accident But It Has The Potential Of Turning Into A Disaster

Akhirnya Pembangkang Puji Cara Kerajaan Kemudi Ekonomi Negara

Act Swiftly To Send Strong Message Against Hatred Gobind Tells Cops Ag

More Flood Victims Evacuated In Sabah

Midea Mencatat Pertumbuhan Dua Angka Untuk Bertahun Tahun Di Malaysia Dengan Inovasi Rumah Pintar Mampu Milik

Bbc History A Comprehensive History Knowledge Hub

Lirik Lagu Balaklava Fetya

Video Gelagat Ernie Zakri Syamel Pecah Rahsia Mengenai Fattah Amira Raih Perhatian Ramai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadar Bayaran Zakat Fitrah Tahun 2025 Dan Waktu Yang Digalakkan Membayar Zakat Fitrah

Dilema Stem Di Malaysia Apa Yang Silap Dan Bagaimana Memperbaikinya

Bacaan Selawat Dan Tasbih Solat Sunat Tarawih

Settel Baju Melayu Raya

Lirik Lagu Hidayah Damian Mikhail

Menu Ramadan Kari Telur Dan Kambing Cili Padi