Dr Shaariibuu Altantuya Datang Malaysia Untuk Jumpa Razak



SHAH ALAM - Dr. Shaariibuu Setev, bapa warga Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa anak perempuannya itu memberitahunya bahawa dia mahu berjumpa seorang lelaki dikenali sebagai 'Razak' di Malaysia pada 2006.Shaariibuu, 69, profesor sambilan di Mongolian National University, bagaimanapun berkata, beliau tidak tahu siapakah Razak yang dimaksudkan oleh anaknya itu, sama ada Najib Razak (bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) atau Razak Baginda (penganalisis politik Abdul Razak Baginda).

"Apa yang dia (Altantuya) beritahu saya ialah Razak. Saya tidak tahu Razak yang mana Najib Razak atau Razak Baginda," katanya ketika disoal peguam yang mewakilinya, Ramkarpal Singh, pada pendengaran kes saman RM100 juta yang difailkan oleh beliau dan keluarganya terhadap dua bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia.Shaariibuu memberitahu mahkamah beliau juga bertanyakan anaknya tentang identiti Razak yang dinyatakannya itu, dan Altantuya menjawab dia mahu mendapatkan bantuan daripada lelaki berkenaan untuk rawatan perubatan anaknya.Saksi itu berkata, identiti Razak timbul dalam perbualan dengan Altantuya di rumahnya, sehari sebelum mendiang berlepas ke Malaysia.Ramkarpal: Adakah kamu tahu bagaimana rupa Razak ini semasa anak kamu beritahu kamu mengenainya?Shaariibuu: Saya tidak tahu.Ramkarpal: Adakah kamu bertanya kepada anak kamu atau adakah kamu cuba mencari siapakah dia Razak ini?Shaariibuu: Kami ada berbual dan semasa sedang berbual, dia pergi ke tandas dan telefon bimbitnya berdering. Begnya ada di depan saya. Saya buka beg itu dan ternampak satu foto.Ditanya Ramkarpal apakah yang ada dalam foto yang dilihat plaintif itu, Shaariibuu berkata, "Saya tanyakan kepadanya secara khusus siapakah orang ini sebab anak perempuan saya pun ada dalam gambar itu. Dia menjawab 'inilah orang yang saya mahu jumpa di Malaysia".Shaariibuu berkata, beliau kemudian terjumpa tiket penerbangan yang dibeli Razak untuk  Altantuya bertarikh 23 Mac 2005 dan resit daripada Habib bertarikh 4 Mac 2005 bagi pembelian barangan kemas bernilai RM11,300 yang dijual kepada Abd. Razak Abdullah."Saya juga terjumpa sepucuk surat daripada Abdul Razak Baginda bertarikh 2 Mac 2006 kepada si mati sebagai pembayaran kepadanya berjumlah AS$18,0000. Surat itu tidak ditandangani oleh Abdul Razak tetapi ia ditandatangani oleh si mati sebagai akuan penerimaan wang yang dinyatakan itu," katanya.Terdahulu, Shaariibuu memberitahu mahkamah beliau tahu bahawa anaknya berkunjung Malaysia pada 2005 dan 2006 tetapi tidak ingat pada bulan berapa."Saya tahu tentang perkara ini sebab anak saya beritahu saya dia akan ke Malaysia pada sekitar waktu itu. Pada masa itu, saya tidak tanya sebab apa dia hendak ke Malaysia dan dia pun tidak beritahu saya. Saya tidak tahu sama ada itu kunjungan pertamanya ke Malaysia. Saya tahu dia pergi lagi ke Malaysia selepas kembali dari Malaysia pada Ogos 2006."Shaariibuu berkata, selepas Ogos 2006, beliau mendapat tahu Altantuya akan pergi lagi ke Malaysia apabila mendiang menelefonnya untuk memberitahu perkara itu."Saya minta dia datang berjumpa saya sebelum berlepas. Dia datang jumpa saya sekitar 7 atau  8 Oktober 2006. Saya tanya kenapa dia kerap pergi ke Malaysia. Saya tanya kepadanya adakah dia ada seseorang yang menjadi sebab dia selalu ke Malaysia dan dia menjawab ya."Dia katakan kepada saya dia menjalin hubungan dengan 'orang besar' di Malaysia dan namanya ialah Baginda. Katanya kunjungan ini penting baginya sebab dia mahu menguruskan rawatan bagi anak lelakinya," katanya.  #sumberhttp://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2019/01/drshaariibuu-altantuya-datang-malaysia.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Altantuya Beritahu Jumpa Razak Bapa

Altantuya Beritahu Jumpa Razak Bapa

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 359 hits
Foto oleh BernamaSHAH ALAM Dr Shaariibuu Setev bapa warga Mongolia yang mati dibunuh Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa anak perempuannya itu memberitahunya bahawa dia mahu berjumpa seorang lelaki diken...
Gambar Altantuya Abdul Razak Dan Najib Razak Adalah Palsu Sepupu

Gambar Altantuya Abdul Razak Dan Najib Razak Adalah Palsu Sepupu

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 612 hits
SHAH ALAM Sepupu Altantuya Shaariibuu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa gambar wanita Mongolia yang dibuunuh itu bersama penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang dikemukakan di mahkamah ad...
Altantuya And The Two Razaks Dad Tells Court Uncertain If Najib Razak Or Razak Baginda

Altantuya And The Two Razaks Dad Tells Court Uncertain If Najib Razak Or Razak Baginda

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 662 hits
The father to slain Mongolian model Altantuya Shaariibuu told the High Court today that his daughter had travelled to Malaysia in October 2006 to meet an individual identified as Razak Testifying as the second witness in his family s RM100 ...
Altantuya Mahu Berjumpa Razak Baginda Berhubung Rawatan Anak

Altantuya Mahu Berjumpa Razak Baginda Berhubung Rawatan Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 877 hits
Warga Mongolia yang ditemukan mati dibunuh Altantuya Shaariibuu mahu berjumpa dengan bekas kekasihnya Abdul Razak Baginda di Malaysia berhubung isu kesihatan anaknya kata bapanya Mengulas pertemuan terakhir mereka bersama Shaariibuu Setev b...
Peguam Razak Gambar Najib Rekaan Sepupu Altantuya

Peguam Razak Gambar Najib Rekaan Sepupu Altantuya

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 580 hits
Seorang peguam bela kes saman RM100 juta atas kematian Altantuya Shaariibu mengasak sepupu mendiang dengan mempersoalkan mengenai gambar yang dikatakan memaparkan bekas perdana menteri Najib Razak itu memang benar benar wujud Manjeet Singh ...
Menteri Remote Control Najib Razak Troll Lagi Menteri Malaysia Baru

Menteri Remote Control Najib Razak Troll Lagi Menteri Malaysia Baru

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 828 hits
Menteri PH tegas harga ikan kembung cuma RM11 90 satu kg Bukan setinggi RM22 satu kg yang saya perhatikan semalam Dia pantau guna cara remote control Tapi jelas tersesat pantau Ada netizen baik hati back up saya Terima kasih Abang Riz MORE ...
Ini Pemilik Sebenar Ayat Maluapabossku Yang Sekarang Menjadi Viral Dalam Malaysia Bukan Najib Razak

Ini Pemilik Sebenar Ayat Maluapabossku Yang Sekarang Menjadi Viral Dalam Malaysia Bukan Najib Razak

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 1173 hits
Boss Kiteeeee Malu Apa Bossku Ayat ini dimana mana anda pergi mesti ada yang sebut Tak kira dalam media sosial ke dekat luar ke mesti ada yang sebut Ayat Malu Apa Bossku dah macam jadi fenomena dalam Malaysia selepas Najib Razak ucapkan dal...
Cousin Says Altantuya Showed Her Picture With Dpm Named Razak

Cousin Says Altantuya Showed Her Picture With Dpm Named Razak

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 335 hits
The first cousin of Altantuya Shaariibuu claimed today that the murdered Mongolian model had shown her a photo of herself her lover Abdul Razak Baginda and a deputy prime minister named Razak Testifying as first witness in the family s RM10...
Pesanan Buat Sang Suami

Politikus Merosakkan Nama Raja Raja Melayu

Kisah Bekas Pekerja Kfc Dan Boikot

Parents More Involved In Autistic Children S Learning Post Pandemic

Thousands Rally On Labour Day Demand Better Rights

Set Up Gig Workers Commission Quickly Says Anwar

Continuous Learning

Pesanan Datin Thalia Kepada Wanita Jadilah Wanita Yang Mahal



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Tinta Bernoktah

Peluang Bisnis Digital Apa Yang Bagus Tahun 2024

The Hardest Singing Show

Dato Azizul Khamis Feat Alyah Joget Celoteh Raya Chord

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta