Peguam Razak Gambar Najib Rekaan Sepupu Altantuya


Zikri Kamarulzaman      
Seorang peguam bela kes saman RM100 juta atas kematian Altantuya Shaariibu mengasak sepupu mendiang dengan mempersoalkan mengenai gambar yang dikatakan memaparkan bekas perdana menteri Najib Razak itu memang benar-benar wujud

Manjeet Singh Dhilon, yang mewakili bekas kekasih Altantuya, Razak Baginda, mendakwa Burmaa Oyunchimeg berbohong mengenai gambar itu.

Burmaa mengesahkan di mahkamah semalam Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar yang memaparkan Altantuya, Razak dan Najib bersama-sama.

Manjeet memulakan soalannya dengan mengesahkan Burmaa telah bertemu Razak Baginda sebanyak tiga kali di Hong Kong, Shanghai, dan Singapura antara 2004 dan 2005, serta telah meluangkan masanya bersama Razak dan Altantuya.

Beliau kemudian bertanya mengapa Burmaa telah bertanyakan Altantuya siapa lelaki dalam foto itu, walaupun mendakwa telah mengetahui dan bertemu dengan Razak.

Manjeet: Adakah anda bertanya kepada rakan anda yang siapa ada di dalam gambar?
Burmaa: Tidak. Saya kenal Razak Baginda.
Manjeet: Dengarkan saya
Burmaa: Mungkin ada kesilapan, tetapi saya tahu Razak Baginda
Manjeet: Anda sudah tahu kesilapan itu?
Burmaa: Ya, bahasa Inggeris adalah bahasa kedua saya
Manjeet: Kerana kamu berbohong kepada mahkamah?
Burmaa: Saya beri keterangan dengan bersumpah (bercakap benar)
Manjeet: Adakah anda bertanya, siapa orang ini?
Burmaa: Ya
Manjeet: Anda tahu lelaki ini, anda mengelilingi dunia dengannya, tinggal di hotel yang sama, dan anda mengatakan bahawa anda mengenali dia.
Burmaa: (tidak didengar)
Manjeet: Jangan sampuk saya. Anda melihat gambar ini dan bertanya, siapakah mereka?
Burmaa: Ya
Manjeet: Kamu tidak mengenali Razak?
Burmaa: Ya, sudah tentu saya kenal.

Kenal Razak Baginda
Manjeet: Kalau begitu, mengapa anda mengatakan ini dalam kenyataan anda: 'Apabila kami kembali ke Mongolia, dia menunjukkan gambar perjalanannya ke Paris bersama Razak. Saya masih ingat saya melihat gambar tiga orang, dua lelaki dan Altantuya. Saya bertanya kepadanya siapa mereka. '
Ada dua lelaki, ada seorang yang kamu pernah luangkan waktu, maksudnya kamu tidak mengenali mereka berdua?
Burmaa: Saya mengenali Razak Baginda.
Manjeet: Lalu mengapa anda mengatakan ini dalam kenyataan anda dan menandatanganinya?
Burmaa: Saya silap
Manjeet: Anda telah silap?
Burmaa: Dengan kata itu. Saya tidak silap apabila saya melihat Razak baginda.
Manjeet (gambar): Bolehkah saya mencadangkan mungkin bahasa Inggeris anda tidak sebaik yang anda katakan?
Burmaa: Ya, boleh
Manjeet: Kenapa anda membuat kesilapan mudah ini?
Burmaa: Ia berlaku antara saya dan adik (sepupu) saya (Altantuya).
Saya bertanya Altantuya, siapa yang berada di dalam gambar bersama Razak Baginda dan Altantuya.
Manjeet: Saya katakan kepada anda, anda tidak pernah ditunjukkan sebarang gambar.
Burmaa: Saya pernah.
Manjeet: Saya katakan kepada anda tidak ada gambar sedemikian.
Burmaa: Saya melihatnya, saya memberitahu anda apa yang saya lihat
Manjeet: Saya katakan kepada anda, bahawa cerita ini adalah rekaan?
Burmaa: Saya tidak setuju

Burmaa menerangkan bahawa walaupun dia tidak ingat betul-betul masa Altantuya menunjukkan gambar itu, tetapi dia memberitahu waktunya selepas mereka kembali ke Mongolia dari Singapura.

Burmaa berkata Altantuya mempunyai banyak gambar perjalanannya ke Paris, terutama dirinya bersama Razak Baginda, tetapi terdapat juga foto yang memaparkan Najib itu.

'Hafal ucapan'
Burmaa: Saya bertanya siapa lelaki ini yang bersama-sama dirinya (Altantuya) dan Razak Baginda.

Dia memberitahu saya ia adalah pegawai tinggi di Malaysia dan dia memberitahu saya namanya Najib Razak.

Apabila saya mendengar nama itu yang saya tanya (ALtantuya) adakah mereka bersaudara kerana nama yang sama.

Beliau berkata tidak, mereka adalah kawan baik dan rakan niaga serta dia adalah pegawai tinggi di Malaysia. Itulah apa yang dia beritahu saya.

Manjeet: Bilakah anda menghafal ucapan itu?
Burmaa: Saya ingat begitulah.
Manjeet: Saya katakan kepada anda bahawa anda menghafal ucapan anda dan anda tahu apa keterangan yang akan anda berikan di mahkamah.
Burmaa: (tidak didengar)
Manjeet: Anda tahu apa keterangan yang anda berikan di mahkamah?
Burmaa: Ya.
Manjeet: Itulah sebabnya anda membuat kesilapan yang cukup jelas ini, anda tidak tahu siapa orang-orang ini dalam gambar kerana hari ini anda berbohong.
Burmaa: Apa yang kamu tuduh saya? Saya katakan saya kenal Razak Baginda, saya tidak mengenali Najib Razak sebab itulah saya bertanya siapa orang lain di dalam gambar itu.
Manjeet: Baiklah ok.

Soalan kemudiannya beralih kepada anak-anak Altantuya.
Kemudian, Manjeet bertanya Burmaa mengenai foto yang dikemukakan oleh plaintif, yang dikatakannya sama dengan foto Altantuya yang ditunjukkan kepadanya.

Burmaa berkata, wanita itu dalam foto itu bukanlah Altantuya, dan ia adalah "pekerjaan photoshop terburuk" yang pernah dilihatnya.

Dia berkata gambar itu kelihatan tidak benar kerana lelaki itu tidak melihat kamera.

"Dalam gambar asal mereka semua tersenyum," kata Burmaa.

Lelaki yang sama

Bagaimanapun, dia berkata kedua-dua lelaki dalam gambar palsu itu, Najib Razak dan Razak Baginda, adalah jelas merupakan lelaki yang sama yang dilihatnya dalam foto asal.

Dia juga mengatakan yang foto asal "sudah tidak wujud lagi".

Peguam kanan persekutuan Jasmee Hameeza Jaafar kemudian bertanya di mana gambar itu sekarang, Burmaa berkata dia tidak tahu.

"Saya diberitahu oleh Encik Ang bahawa foto itu bersama Altantuya (ketika dia datang ke Malaysia pada Oktober 2006).

"Encik Ang berkata dia melihat foto itu juga," kata Burmaa.

Ang merujuk kepada Ang Chong Beng, penyiasat persendirian yang diupah oleh Altantuya.

Percutian ke Paris
Burmaa berkata terdapat foto lain dari percutian Altantuya ke Paris, termasuk gambar-gambarnya di luar butik Louis Vuitton, dan Altantuya dan Razak Baginda di dalam kereta Ferrari.

Foto-foto ini katanya masih ada bersama keluarga Altantuya di Mongolia.

Najib semalam mengulangi penafiannya bahawa beliau difoto bersama Altantuya, dan mengatakan dakwaan Burmaa merupakan suatu pembohongan.

Saman sivil bernilai RM100 juta ini difailkan keluarga Altantuya pada tahun 2007, setahun selepas kematiannya.

Komando polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah membunuh Altantuya oleh Mahkamah Persekutuan pada Januari 2015 dan dijatuhi hukuman mati.

Razak Baginda, yang dituduh bersubahat dengan dua bekas pegawai polis dalam pembunuhan itu telah dibebaskan.

Perbicaraan berlangsung esok dengan keterangan dari bapa Altantuya, Shaariibuu Setev.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/peguam-razak-gambar-najib-rekaan-sepupu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gambar Altantuya Abdul Razak Dan Najib Razak Adalah Palsu Sepupu

Gambar Altantuya Abdul Razak Dan Najib Razak Adalah Palsu Sepupu

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 673 hits
SHAH ALAM Sepupu Altantuya Shaariibuu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa gambar wanita Mongolia yang dibuunuh itu bersama penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang dikemukakan di mahkamah ad...
Sebelum Ini Viral Gambar Najib Razak Naik Y15zr Bo55ku Kali Ini Video Penuh Disebalik Gambar

Sebelum Ini Viral Gambar Najib Razak Naik Y15zr Bo55ku Kali Ini Video Penuh Disebalik Gambar

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 766 hits
SHAH ALAM Kepemimpinan UMNO di setiap peringkat perlu bersikap besar hati dan berfikiran terbuka dengan menerima orang muda yang mempunyai kepandaian serta berkebolehan Video Najib Razak Bossku Ada Di Bawah Artikel Bekas Presidennya Datuk S...
Altantuya And The Two Razaks Dad Tells Court Uncertain If Najib Razak Or Razak Baginda

Altantuya And The Two Razaks Dad Tells Court Uncertain If Najib Razak Or Razak Baginda

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 768 hits
The father to slain Mongolian model Altantuya Shaariibuu told the High Court today that his daughter had travelled to Malaysia in October 2006 to meet an individual identified as Razak Testifying as the second witness in his family s RM100 ...
Najib Nafi Jumpa Altantuya Kata Sepupu Tipu

Najib Nafi Jumpa Altantuya Kata Sepupu Tipu

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 418 hits
Najib Razak Foto oleh Astro AwaniDatuk Seri Najib Razak sekali lagi menafikan pernah berjumpa Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh seperti didakwa sepupu wanita Mongolia itu Menyifatkan dakwaan itu yang dibuat di mahkamah hari ini sebagai...
Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu

Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 578 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Najib Razak hairan mengapa ramai belum tahu gambar yang dikatakan menunjukkan beliau bersama Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh 12 tahun lalu itu palsu Bekas perdana menteri itu terbaca berita bahawa gambar yang...
Sepupu Altantuya Tipu Kata Najib

Sepupu Altantuya Tipu Kata Najib

papar berkaitan - pada 24/1/2019 - jumlah : 610 hits
Itu fitnahlah Tipu Saya tak pernah jumpa dia kata Najib menjawab soalan pemberita di Cameron Highlands
Rupanya Tiada C4 Gambar Tersebar Najib Altantuya Selama Ini Dicipta Oleh Tian Chua

Rupanya Tiada C4 Gambar Tersebar Najib Altantuya Selama Ini Dicipta Oleh Tian Chua

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1613 hits
Tadi saya baca berita bahawa gambar kononnya saya bersama mendiang Alantuya yang diserah sebagai bukti kepada Mahkamah telah dipastikan ialah gambar palsu Saya hairan mengapa ramai masih tidak tahu bahawa gambar yang disebar di media sosial...
Najib Razak Ceburi Bidang Hiburan Cuba Nasib Sebagai Penyanyi

Najib Razak Ceburi Bidang Hiburan Cuba Nasib Sebagai Penyanyi

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 301 hits
DARI seorang Perdana Menteri kepada Mat Rempit kini Najib mahu menjadi seorang PENYANYI Kegagalan beliau sebagai Perdana Menteri sudah tentu tidak akan mematahkan semangat Najib menceburi bidang hiburan Semuga beliau mendapat jemputan menya...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Manusia Pengkhianat Bongkar Datuk Dalang Kartel Pakistan Di Klia

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Buffet Ramadan 2025 Holiday Inn Express Suites Johor Bahru

Jawatan Kogong Di Bahagian Marketing

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Difference Between Pickleball And Badminton