Altantuya Beritahu Jumpa Razak Bapa


   Foto oleh Bernama

SHAH ALAM – Dr Shaariibuu Setev, bapa warga Mongolia yang mati dibunuh, Altantuya Shaariibuu, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa anak perempuannya itu memberitahunya bahawa dia mahu berjumpa seorang lelaki dikenali sebagai ‘Razak’ di Malaysia pada 2006.

Dr Shaariibuu, 69, profesor sambilan di Mongolian National University, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu siapakah Razak yang dimaksudkan oleh anaknya itu, sama ada Najib Razak (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) atau Razak Baginda (penganalisis politik Abdul Razak Baginda).

Loading...
“Apa yang dia (Altantuya) beritahu saya ialah Razak. Saya tidak tahu Razak yang mana...Najib Razak atau Razak Baginda,” katanya ketika disoal peguam yang mewakilinya, Ramkarpal Singh, pada pendengaran kes saman RM100 juta yang difailkan oleh beliau dan keluarganya terhadap dua bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia.

Dr Shaariibuu memberitahu mahkamah beliau juga bertanyakan anaknya tentang identiti Razak yang dinyatakannya itu, dan Altantuya menjawab dia mahu mendapatkan bantuan daripada lelaki berkenaan untuk rawatan perubatan anaknya.

Saksi itu berkata identiti Razak timbul dalam perbualan dengan Altantuya di rumahnya, sehari sebelum mendiang berlepas ke Malaysia.

Ramkarpal: Adakah kamu tahu bagaimana rupa Razak ini semasa anak kamu beritahu kamu mengenainya?

Dr Shaariibuu: Saya tidak tahu.

Ramkarpal: Adakah kamu bertanya kepada anak kamu atau adakah kamu cuba mencari siapakah dia Razak ini?

Dr Shaariibuu: Kami ada berbual dan semasa sedang berbual, dia pergi ke tandas dan telefon bimbitnya berdering. Begnya ada di depan saya. Saya buka beg itu dan ternampak satu foto.

Ditanya Ramkarpal apakah yang ada dalam foto yang dilihat plaintif itu, Dr Shaariibuu berkata, “Saya tanyakan kepadanya secara khusus siapakah orang ini sebab anak perempuan saya pun ada dalam gambar itu. Dia menjawab ‘inilah orang yang saya mahu jumpa di Malaysia’”.

Dr Shaariibuu berkata beliau kemudian terjumpa tiket penerbangan yang dibeli Razak untuk Altantuya bertarikh 23 Mac 2005 dan resit daripada Habib bertarikh 4 Mac 2005 bagi pembelian barangan kemas bernilai RM11,300 yang dijual kepada Abd Razak Abdullah.

“Saya juga terjumpa sepucuk surat daripada Abdul Razak Baginda bertarikh 2 Mac 2006 kepada si mati sebagai pembayaran kepadanya berjumlah AS$18,0000. Surat itu tidak ditandangani oleh Abdul Razak tetapi ia ditandatangani oleh si mati sebagai akuan penerimaan wang yang dinyatakan itu,” katanya.

Terdahulu, Dr Shaariibuu memberitahu mahkamah beliau tahu bahawa anaknya berkunjung Malaysia pada 2005 dan 2006 tetapi tidak ingat pada bulan berapa.

“Saya tahu tentang perkara ini sebab anak saya beritahu saya dia akan ke Malaysia pada sekitar waktu itu. Pada masa itu, saya tidak tanya sebab apa dia hendak ke Malaysia dan dia pun tidak beritahu saya. Saya tidak tahu sama ada itu kunjungan pertamanya ke Malaysia. Saya tahu dia pergi lagi ke Malaysia selepas kembali dari Malaysia pada Ogos 2006.”

Dr Shaariibuu berkata selepas Ogos 2006, beliau mendapat tahu Altantuya akan pergi lagi ke Malaysia apabila mendiang menelefonnya untuk memberitahu perkara itu.

“Saya minta dia datang berjumpa saya sebelum berlepas. Dia datang jumpa saya sekitar 7 atau 8 Oktober 2006. Saya tanya kenapa dia kerap pergi ke Malaysia. Saya tanya kepadanya adakah dia ada seseorang yang menjadi sebab dia selalu ke Malaysia dan dia menjawab ya.


“Dia katakan kepada saya dia menjalin hubungan dengan ‘orang besar’ di Malaysia dan namanya ialah Baginda. Katanya kunjungan ini penting baginya sebab dia mahu menguruskan rawatan bagi anak lelakinya,” katanya.

Pada 4 Jun 2007, ibu bapa Altantuya, Dr Shaariibuu dan isterinya, Altantsetseg Sanjaa serta dua cucu lelaki mereka, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga, memfailkan saman RM100 juta terhadap dua bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, Abdul Razak serta kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun, nama Altanshagai Munkhtulga kemudian dikeluarkan daripada senarai plaintif apabila dia meninggal dunia dua tahun lepas.

Dalam pernyataan tuntutan, keluarga itu mendakwa kematian Altantuya mengakibatkan mereka mengalami kejutan mental dan trauma psikologi, melayakkan mereka dibayar pampasan serta mendapat ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Vazeer Alam Mydin Meera bersambung pada Isnin.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.malaysianupdate.com/2019/01/altantuya-beritahu-jumpa-razak-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Shaariibuu Altantuya Datang Malaysia Untuk Jumpa Razak

Dr Shaariibuu Altantuya Datang Malaysia Untuk Jumpa Razak

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 477 hits
SHAH ALAM Dr Shaariibuu Setev bapa warga Mongolia yang mati dibunuh Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa anak perempuannya itu memberitahunya bahawa dia mahu berjumpa seorang lelaki dikenali sebagai Razak...
Lepas 12 Tahun Bapa Altantuya Beri Keterangan Kes Saman Rm100j

Lepas 12 Tahun Bapa Altantuya Beri Keterangan Kes Saman Rm100j

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 299 hits
Diterbitkan Hari ini 6 43 petangShaariibuu Setev akan berada di Malaysia minggu depan untuk memberi keterangan dalam saman RM100 juta berkaitan pembunuhan anaknya model Mongolia Altantuya Shaariibuu Saman tersebut difailkan oleh Setev dan a...
Altantuya And The Two Razaks Dad Tells Court Uncertain If Najib Razak Or Razak Baginda

Altantuya And The Two Razaks Dad Tells Court Uncertain If Najib Razak Or Razak Baginda

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 748 hits
The father to slain Mongolian model Altantuya Shaariibuu told the High Court today that his daughter had travelled to Malaysia in October 2006 to meet an individual identified as Razak Testifying as the second witness in his family s RM100 ...
Altantuya Mahu Berjumpa Razak Baginda Berhubung Rawatan Anak

Altantuya Mahu Berjumpa Razak Baginda Berhubung Rawatan Anak

papar berkaitan - pada 26/1/2019 - jumlah : 943 hits
Warga Mongolia yang ditemukan mati dibunuh Altantuya Shaariibuu mahu berjumpa dengan bekas kekasihnya Abdul Razak Baginda di Malaysia berhubung isu kesihatan anaknya kata bapanya Mengulas pertemuan terakhir mereka bersama Shaariibuu Setev b...
Gambar Altantuya Abdul Razak Dan Najib Razak Adalah Palsu Sepupu

Gambar Altantuya Abdul Razak Dan Najib Razak Adalah Palsu Sepupu

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 659 hits
SHAH ALAM Sepupu Altantuya Shaariibuu hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa gambar wanita Mongolia yang dibuunuh itu bersama penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan timbalan perdana menteri yang dikemukakan di mahkamah ad...
Peguam Razak Gambar Najib Rekaan Sepupu Altantuya

Peguam Razak Gambar Najib Rekaan Sepupu Altantuya

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 628 hits
Seorang peguam bela kes saman RM100 juta atas kematian Altantuya Shaariibu mengasak sepupu mendiang dengan mempersoalkan mengenai gambar yang dikatakan memaparkan bekas perdana menteri Najib Razak itu memang benar benar wujud Manjeet Singh ...
Najib Nafi Jumpa Altantuya Kata Sepupu Tipu

Najib Nafi Jumpa Altantuya Kata Sepupu Tipu

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 410 hits
Najib Razak Foto oleh Astro AwaniDatuk Seri Najib Razak sekali lagi menafikan pernah berjumpa Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh seperti didakwa sepupu wanita Mongolia itu Menyifatkan dakwaan itu yang dibuat di mahkamah hari ini sebagai...
Cousin Says Altantuya Showed Her Picture With Dpm Named Razak

Cousin Says Altantuya Showed Her Picture With Dpm Named Razak

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 387 hits
The first cousin of Altantuya Shaariibuu claimed today that the murdered Mongolian model had shown her a photo of herself her lover Abdul Razak Baginda and a deputy prime minister named Razak Testifying as first witness in the family s RM10...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik