10 Menu Makanan Cina Boleh Cuba Di Kuala Lumpur


Berada di Kuala Lumpur, pelbagai makanan ada di depan mata. Pilih saja nak makan yang mana. Dan dalam banyak-banyak pilihan makanan, kita tidak hanya terikat pada menu masakan melayu tetapi boleh juga mencuba menu makanan cina, india, barat dan lain-lain lagi

Untuk menu makanan cina ataupun chinese food ini, terdapat pelbagai jenis menu yang boleh di cuba. Antaranya adalah seperti yang disenaraikan di bawah ini. 
1. Dim SumDim sum merupakan sejenis masakan Cina yang merupakan hidangan ringan lingkungan luas yang dihidangkan bersama teh cina. Ia biasanya dihidangkan pada waktu pagi hingga tengah hari di kedai makan Cina dan di kedai makan dim sum khas di mana hidangan ini disediakan sepanjang hari. Dim sum disediakan dalam bahagian kecil dan termasuklah daging, makanan laut, dan sayur-sayuran, dan juga pencuci mulut dan buah-buahan

Hidangan ini biasanya dihidang dalam bakul pengukus kecil atau di atas pinggan kecil. Kebanyakan keluarga Cina suka berkumpul untuk menikmati hidangan dim sum ini pada perayaan khas seperti Hari Ibu atau Tahun Baru Cina. 

2. Mee WantanMee wantan merupakan hidangan kantonis yang sangat terkenal di seluruh Asia. Hidangan ini biasanya dihidangkan dalam sup panas, dihias dengan sayur berdaun dan juga wantan. Jenis-jenis bagi sayur berdaun yang digunakan biasanya adalah kailan. Satu lagi jenis ladu dikenali sebagai shui jiao yang kadang kalanya disajikan bagi menggantikan wantan. Ia mengandungi udang, ayam atau daging, daun bawang dan juga terdapat beberapa tukang masak yang menambah cendawan dan kulat hitam


3. Yee sang @ YushengYee sang juga dikenali sebagai Yusheng merupakan hidangan yang terdiri daripada pelbagai jenis salad dan ikan. Campuran kesemua bahan ini membuatkan hidangan ini berwarna-warni dan kelihatan menarik untuk dimakan. Hidangan ini biasanya dihidangkan menjelang sambutan Tahun Baru Cina. Ia merupakan lambang kemakmuran, kemewahan dan juga kekayaan. 
Masyarakat Cina mempercayai bahawa ikan merupakan pembawa rezeki dan juga hidangan yee sang telah wujud sejak Dinasti Song lagi. Ianya merupakan masakan yang semestinya akan dihidangkan sempena upacara keagamaan. Yee Sang diperbuat daripada potongan ikan terutamanya ikan salmon segar,kacang tanah,cili,lobak putih,lobak merah,halia, daun limau purut,daun parsli cina,biji bijan bakar dan udang kering goreng. Kuahnya atau penambah rasanya pula diperbuat daripada sos plum


4. Kuih Bulan
Kuih bulan biasanya boleh didapati menjelang musim perayaan pertengahan musim luruh ataupun Tahun Baru Cina. Kuih ini mempunyai rasa yang manis serta boleh dimakan begitu sahaja. Kuih ini berbentuk bulat dan juga segi empat yang terdiri daripada kuning telur itik (masin) serta bahan-bahan yang lain. 
Selain itu, kuih bulan mempunyai inti yang pelbagai di bahagian dalamnya. Intinya terdiri dari pes biji teratai, kacang merah, walnut, bijan, badam, benih labu dan biji tembikai. Terdapat juga inti lain seperti keladi, pandan dan juga durian selari dengan perubahan zaman. Dahulunya, banyak cerita mitos tentang kuih ini. Masyarakat Cina akan memakan kuih ini bagi memperingati sejarah seorang isteri raja yang telah berkorban demi rakyatnya


5. Kuih Bakul
Jika masyarakat Melayu popular dengan sajian dodol, kaum Cina pula tidak ketinggalan dengan hidangan kuih bakul. Kuih ini seakan-akan dodol, namun ianya lebih kenyal jika dibandingkan dengan dodol. Kuih bakul juga turut dikenali dengan nama lain iaitu nian gao. Proses untuk membuat kuih bakul ini mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan. Ianya perlu mengambil masa tiga hari untuk disiapkan. 
Berdasarkan sejarah, kuih ini dibuat khas oleh orang terdahulu untuk diberikan kepada ‘Tuhan Dapur’ agar ia tidak melaporkan perkara yang tidak baik kepada maharaja di syurga. Kuih ini juga membawa simbol tinggi iaitu ‘semakin tahun semakin tinggi’ di mana ia bermaksud bahawa semakin masa berlalu, semakin majulah mereka ke hadapan.Kuih ini juga sering dimakan dengan pelbagai cara iaitu dimakan bersama is kelapa, digoreng dengan ubi keladi atau ubi keledek dan boleh dimakan begitu sahaja


6. Char Kuey Teow
Kita sering melihat hidangan char kuey teow ini dijual di mana sahaja sama ada di gerai kecil mahupun restoran yang terkenal. Namun, tahukah anda bahawa hadangan ini sebenarnya merupakan antara makanan tradisoanal yang berasal daripada Cina selama ini? Char kuey teow merupakan mee beras yang biasanya dimasak bersama kerang, udang dan juga telur. Hidangan ini telah dijual oleh para petani dan juga nelayan bagi mendapatkan pendapatan. 
Disebabkan char kuey teow ini kaya dengan sumber protein, fiber dan juga zat lain, maka tidak hairanlah jika para pekerja buruh pada zaman dahulu amat menggemarinya kerana ia dapat memberikan tenaga untuk kembali bekerja. Kehadiran tauge dan juga sayur-sayuran lain dalam hidangan ini telah menambahkan lagi rasa char kuey teow agar ianya menjadi lebih enak untuk dinikmati

7. Yong Tau FooYong Tau Foo adalah kegemaran ramai rakyat Malaysia dan Yong Tau Foo ini jika di cuba dapat dirasakan keaslian Hakka dengan sos kuah yang dihidangkan bersamanya. Jika sedang mencari pilihan makanan yang anda belum pernah cuba, mungkin menu ini boleh difikirkan. Harganya juga tidaklah mahal mana


8. Tang Yuan Tang yuan merupakan hidangan pencuci mulut tradisional masyarakat Cina yang diperbuat daripada tepung beras. Secara tradisinya, hidangan ini biasa dinikmati semasa Yuanxiao ataupun Festival Tanglung. Namun ia juga sering dijadikan sebagai pencuci mulut semasa majlis perkahwinan. 
Pada sekali pandang, kuih ini dilihat seakan kuih puteri mandi, namun ianya mempunyai beberapa perbezaan. Tang yuan yang berbentuk bola kecil ini dihidangkan di dalam mangkuk dan dimakan bersama sirap manis. Hidangan ini pada kebiasaannya dinikmati pada musim sejuk di bulan Desember jika di negara China. 

9. Stir Turnip Fried CakePada sekali pandang, hidangan ini tidak ubah seperti fish cake goreng. Ianya enak dimakan semasa ia masih panas kerana anda mungkin akan muak apabila ianya telah sejuk. Turnip Cake ataupun dikenali sebagai kek lobak ini dibuat dengan menggunakan lobak putih dan tepung beras. Kek lobak ini boleh dimakan terus bersama kicap, namun ia biasanya dimasak dahulu untuk menambah rasa tambahan

Kek lobak dipotong menjadi kepingan segi empat tepat setelah disejukkan dan kemudiannya digoreng sehingga kedua-dua belah permukaannya menjadi perang keemasan. Ianya enak dimakan bersama sos cili atau juga sos hoisin sebagai perasa


10. Nasi Ayam Claypot
Nasi ayam claypot merupakan hidangan makan malam di China Selatan dan juga di Asia Tenggara. Nasi ini dimasak menggunakan periuk tanah liat bersama-sama bahan lain seperti cendawan, ayam, ikan masin dan juga sayuran bersama sos soya. 
Kehadiran ikan masin dalam hidangan ini sememangnya meningkatkan lagi rasa nasi ayam ini. Pada waktu dahulu kala, hidangan ini dimasak dengan menggunakan dapur arang. Namun kini selari dengan peredaran masa hidangan ini telah dimasak dengan menggunakan dapur gas yang lebih menjimatkan masa. 
Terasa Nak Makan Menu Chinese Food Di Kuala Lumpur? Boleh Order Melalui Foodpanda! 
Walau kena duduk rumah tapi tetap boleh makan sedap tanpa perlu susah payah masak. Kiranya kalau malas pun tak apa! Terasa nak makan menu makanan cina seperti yang dinyatakan di atas juga boleh. Antara pihak yang ada sediakan servis food delivery menu chinese food begini adalah Foodpanda.

Lagi-lagi dalam musim covid19 yang penuh mencabar ni. Tak perlulah risikokan diri sendiri kerana masih ada pihak seperti Foodpanda yang sudi berkorban dalam membantu urusan kita


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.siinurul.com/2020/11/10-menu-makanan-cina-boleh-cuba-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anuar Musa Boleh Buka Gerai Di Mana Mana Kawasan Yang Sesuai Di Kuala Lumpur

Anuar Musa Boleh Buka Gerai Di Mana Mana Kawasan Yang Sesuai Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 307 hits
KUALA LUMPUR Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kini memberi kebenaran kepada warga kota untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil kecilan di mana mana kawasan yang sesuai di sekitar bandar raya mulai Ahad ini Menteri Wilayah Persekutuan T...
Antara Makanan Cina Popular Di Malaysia Yang Perlu Cuba

Antara Makanan Cina Popular Di Malaysia Yang Perlu Cuba

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 532 hits
Bersama dengan makanan Melayu dan India makanan kaum Cina juga tidak kurang hebatnya Apa yang lebih menariknya lagi makanan cina di Malaysia turut boleh di cuba oleh kaum lain kerana ada banyak restoran cina muslim di sini Dari gerai tepi j...
10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 517 hits
10 Menu Chinese Food Yang Boleh Di Cuba Sepanjang Masa Menu chinese food sememangnya sudah lama ada di Malaysia dan menu makanan cina ini tidak hanya disukai oleh masyarakat cina tetapi oleh kaum yang lain juga seperti Melayu dan India Apa ...
Resepi Kuah Ladna Yang Boleh Anda Cuba Keow Teow Ladna Atau Mee Kung Fu

Resepi Kuah Ladna Yang Boleh Anda Cuba Keow Teow Ladna Atau Mee Kung Fu

papar berkaitan - pada 8/11/2020 - jumlah : 1430 hits
Keow Teow Ladna atau Mee kung fu sebenarnya kuah di lebih kurang sama namun ia bergantung pada air tangan masing masing Senang cakap masak ni tak semestinya kena hensem atau cantik macam dalam rancangan masakan dalam kaca tV yang sebenarnya...
Kuala Lumpur Terus Mengatasi Sabah Dengan 1 103 Kes Hari Ini

Kuala Lumpur Terus Mengatasi Sabah Dengan 1 103 Kes Hari Ini

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 314 hits
Sejumlah 1 103 kes baru Covid 19 dilaporkan setakat tengah hari ini dengan Kuala Lumpur terus mengatasi Sabah sebagai negeri dengan jangkitan tertinggi Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah Kuala Lumpur mencatatkan 392 ke...
Video Kuala Lumpur Tenggelam Dalam Banjir Kilat

Video Kuala Lumpur Tenggelam Dalam Banjir Kilat

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 501 hits
Kuala Lumpur sesak apabila hujan lebat melanda petang tadi Banyak jalanraya turut dilanda banjir kilat sejurus hujan berhenti Ramai netizen turut mengeluh dalam laman sosial mengenai kesesakan teruk yang melanda Kebanyakan mereka memilih un...
Kena Asah Skil Motor Halus Anak Dari Awal Lagi Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Cuba Baru Anak Tak Asyik Dengan Gajet

Kena Asah Skil Motor Halus Anak Dari Awal Lagi Ini Aktiviti Yang Boleh Mak Ayah Cuba Baru Anak Tak Asyik Dengan Gajet

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 464 hits
Perkembangan setiap anak kecil mungkin berbeza beza tapi jika ingin mengasah kemahiran motor halus anak beberapa aktiviti yang akan menyeronokkan si kecil akan mengalihkan perhatian anak dari gajet Malah tak perlu tunggu anak usia enam tahu...
Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais Jom Ketahui Lebih Lanjut

Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais Jom Ketahui Lebih Lanjut

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 379 hits
Bukan Semua Makanan Boleh Sumbat Dalam Peti Ais Jom ketahui Lebih Lanjut Memang tak dinafikan ada jenis orang yang suka sangat letak semua benda dalam peti ais Sudahnya jadi penuh peti ais tu Lebih lebih lagi kalau jenis suka yang menyimpan...
Makanan Malaysia Di Mana Apa Yang Harus Di Cuba Dan Berapa Harganya

Makanan Malaysia Di Mana Apa Yang Harus Di Cuba Dan Berapa Harganya

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 353 hits
Malaysia sebuah negara yang sering menjadi destinasi tarikan pelancong untuk pelbagai aspek Antaranya pemandangan yang menarik budaya yang pelbagai peramah dan tak lupa juga syurga makanan yang boleh menambat selera sesiapa saja termasuk pe...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi