Dr Mahathir Kongsi Pengalaman Dikuarantin Dan Kesan Covid 19 Dalam Blog Chedet


KUALA LUMPUR, 23 Mac (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi mengenai pengalaman beliau dikuarantin susulan penularan wabak COVID-19 dan bagaimana beliau menjadi kontak individu yang dijangkiti serta masa depan ekonomi yang suram akibat pandemik itu dalam blognya, Chedet.
Bertajuk Kuarantin, Dr Mahathir yang menjalani kuarantin sendiri berkata ia bermula pada 12 Mac ketika beliau bertemu sekumpulan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang masih muda dan meminta untuk bergambar dengannya sebelum pulang.
“Mereka mengerumuni saya serta berdiri rapat-rapat untuk bergambar,” katanya sambil menambah bahawa lima hari kemudian, pembantunya Sufi Yusoff menunjukkan gambar itu dan berkata seorang daripada MP dari Sarawak itu telah diuji positif bagi COVI-19.
“Saya tidak terlalu memikirkan perkara itu. Saya berasa sihat. Malah ramai yang mengunjungi saya berkata saya nampak sihat. Bagaimanapun pihak berkuasa berfikir sebaliknya. Sepasukan doktor dan jururawat telah datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana di mana saya sedang bekerja dan menghentikan saya semasa saya ingin pulang ke rumah untuk makan tengah hari.
“Mereka mengambil sampel dan memaklumkan bahawa saya perlu menjalani kuarantin selama 14 hari daripada tarikh kontak,” kata beliau dalam blog itu.
Dr Mahathir berkata COVID-19 adalah penyakit berjangkit serta boleh membawa maut dalam beberapa kes dan untuk membendung penularan jangkitan virus itu, orang ramai perlu diasingkan dan mengelak melakukan perjalanan.
Bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam langkah menghentikan perjalanan ke Malaysia kerana industri pelancongan merupakan penjana pertukaran asing kedua terbesar selepas petroleum, oleh itu kerajaan akan kehilangan pendapatan yang banyak.
“Syarikat penerbangan dan industri pelancongan akan mengalami kerugian. Hotel, pengangkutan darat, restoran juga akan kerugian. Para pekerja akan menderita kerana mereka mungkin dibuang kerja. Majikan mereka tidak mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar gaji mereka,” katanya.
Beliau turut mengetengahkan kesan COVID-19 ke atas industri petroleum susulan harga bagi satu tong merosot lebih 50 peratus yang akan mengurangkan pendapatan kerajaan kepada RM30 bilion.
Pakej rangsangan ekonomi susulan penularan wabak COVID-19 membabitkan peningkatan perbelanjaan kerajaan selain menyaksikan penurunan dalam kutipan cukai dan pada masa sama, meskipun sekatan perjalanan separa dikenakan, langkah itu akan mengurangkan perniagaan dan hasil, yang sekali lagi menjejaskan pendapatan kerajaan.
Keadaan lebih teruk dihadapi oleh perusahaan kecil dan kerajaan mungkin terpaksa menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka, katanya.
Apa yang berlaku di Malaysia turut berlaku di seluruh dunia dan akan berlaku kemelesetan ekonomi di seluruh dunia, malah negara-negara kaya akan turut terjejas.
Beliau menamatkan hantaran di blognya dengan menyatakan bahawa “Sememangnya kita semua sedang berdepan dengan satu bencana yang amat dahsyat.”
— BERNAMA
The post Dr Mahathir Kongsi Pengalaman Dikuarantin Dan Kesan Covid-19 Dalam Blog Chedet appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/03/24/dr-mahathir-kongsi-pengalaman-dikuarantin-dan-kesan-covid-19-dalam-blog-chedet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikuarantin Kerana Positif Covid 19 Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Hospital

Dikuarantin Kerana Positif Covid 19 Ibu Hamil Ini Kongsi Pengalaman Tinggal Di Hospital

papar berkaitan - pada 26/3/2020 - jumlah : 480 hits
Kes jangkitan COVID 19 semakin meningkat dan sehingga semalam sudah mencatat angka kematian sebanyak 20 kes Rakyat Malaysia kini sedang menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dilanjutkan sehingga 14 April 2020 nanti Sekiranya te...
Pengalaman Terburuk Mangsa Covid 19 Kongsi Pengalaman Dikuarantin Paling Cemas Sukar Tarik Nafas Panjang

Pengalaman Terburuk Mangsa Covid 19 Kongsi Pengalaman Dikuarantin Paling Cemas Sukar Tarik Nafas Panjang

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 471 hits
Pengalaman terburuk mangsa Covid 19 kongsi pengalaman dikuarantin paling cemas sukar tarik nafas panjang Hamdan menyifatkan pengalaman menjadi mangsa Covid 19 sebagai sangat teruk tetapi berterima kasih kepada pasukan perubatan yang menjaga...
Seakan Ada Batu Timpa Dada Gadis Positif Covid 19 Kongsi Kesan 19 Hari Dijangkiti

Seakan Ada Batu Timpa Dada Gadis Positif Covid 19 Kongsi Kesan 19 Hari Dijangkiti

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 157 hits
Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang dilanda dengan wabak virus Covid 19 Sehingga kini virus yang mula tercetus di China itu telah menjangkiti lebih 200 ribu manusia serta membunuh hampir sembilan ribu nyawa Sungguhpun pengisytiha...
Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

Pekerja Offshore Ini Kongsi Pengalaman Disahkan Positif Covid 19 Selepas Dua Kali Ujian

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 350 hits
Perkongsian oleh seorang pekerja offshore Dentonel Misa ini di laman Facebook miliknya pasti akan membuatkan kita lebih berhati hati menghadapi penularan wabak COVID 19 ketika ini Melalui kirimannya itu dia yang kini dirawat di Hospital Tum...
Macam Maraton Troli Datuk Chong Wei Kongsi Pengalaman Tengok Orang Panic Buying

Macam Maraton Troli Datuk Chong Wei Kongsi Pengalaman Tengok Orang Panic Buying

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 256 hits
Bersedia dengan sebarang kemungkinan semua orang membuat pembelian barangan dapur di kebanyakan pasar raya Ada yang sehingga keterlaluan sampaikan tak ada stok untuk orang lain Jangan terlalu pentingkan diri kita masih keluar untuk membeli ...
Berdoalah Banyak Banyak Agar Tak Kena Duduk Sini Wanita Hamil Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid 19

Berdoalah Banyak Banyak Agar Tak Kena Duduk Sini Wanita Hamil Kongsi Pengalaman Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 572 hits
Wabak COVID 19 semestinya membuatkan orang ramai khuatir disebabkan cara penularannya yang mudah melalui kontak rapat Tambahan pula ia tidak mempunyai penawar dan vaksin virus ini masih dalam proses untuk mengetahui keberkesanannya Di Malay...
Doktor Tak Bagitahu Pun Boleh Mati Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak

Doktor Tak Bagitahu Pun Boleh Mati Wanita Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 310 hits
Setiap daripada insan yang bergelar ibu pastinya sudah berpengalaman dalam melalui detik detik sukar dalam melahirkan seorang cahaya mata Umum telah mengetahui bahawa melahirkan anak sememangnya sesuatu yang sukar dan pelbagai risiko kesiha...
Polis Kongsi Cara Kesan Scammers Lebih 300 Kes Direkodkan Tipu Jual Topeng Muka

Polis Kongsi Cara Kesan Scammers Lebih 300 Kes Direkodkan Tipu Jual Topeng Muka

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 842 hits
Memang tak dapat nak dinafikan yang sekarang semakin banyak berlakunya penipuan dalam penjualan secara online Ini dapat dilihat apabila sebanyak 336 kertas siasatan telah dibuka oleh pihak polis yang mengaitkan dengan penipuan penjualan top...
Tak Perlu Gelabah Rakyat Malaysia Di China Kongsi Pengalaman Berkurung Di Rumah

Tak Perlu Gelabah Rakyat Malaysia Di China Kongsi Pengalaman Berkurung Di Rumah

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 398 hits
Seperti yang kita semua tahu kes Covid 19 di Malaysia nampaknya sentiasa meningkat dan setakat ini lebih 500 kes disahkan positif dan menjadikan Malaysia negara tertinggi di Asia Tenggara Malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin juga ...
8 Karakter Di Drama Korea Ini Bisa Jadi Contoh Bahwa Emansipasi Bukan Cuma Cita Cita Wanita Indonesia

Penyalahgunaan Kuasa Penyakauan Harta Rakyat Oleh Mahathir Wajib Didedahkan

Bersih Slams Hulu Selangor Funds Ahead Of Kuala Kubu Baharu Polls

Wee Barking Up The Wrong Tree

Zus Coffee Ice Green Tea Latte

Let S Be Reasonable Tun M Don T Call The Kettle Black

Isu Buang Beras Sardin Semuanya Sudah Rosak Busuk Bekas Ahli Parlimen Kuala Krau

Fam What Happened To The World Cup Tickets



Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi

Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia


Lelaki Bunuh Bakar Saudara Sendiri

Filem Reversi

Pucuk Manis Khasiat Dan Kesan Sampingan

Arief Apa Salahku Chord

8 Tanda Tanda Buasir Berdarah Mungkin Sebenarnya Kanser Usus

Afidivit Sokong Tahanan Rumah Najib Razak Ada Kesilapan