Dr Mahathir Dr Maszlee Patut Letak Jawatan Sebab Tunduk Pada Dong Zong
Manzaidi Mohd Amin                                                                                                                                                                                              

Dr. Mohd Aluwi Sari KUALA LUMPUR – Di era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH),  pertubuhan rasis, Dong Zong dilihat lebih menyerlah dan hebat dari  menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 Ini terbukti apabila Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik tunduk  akur kehendak Dong Zong berkaitan isu khat dan tulisan Jawi di sekolah  sehingga membuat keputusan menyerahkannya kepada Persatuan Ibu Bapa dan  Guru (PIBG).
 Pengerusi Biro Pendidikan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra),  Dr. Mohd Aluwi Sari berkata, pihaknya sedih, dukacita dan marah dengan  keputusan itu, yang memperlihatkan kedayusan menteri.
 “Dong Zong desak sikit saja, Menteri Pendidikan terus tersungkur  menyembah bumi, tidak upaya melaksanakan dasar nasional berpaksikan  kepada asas Perlembagaan Negara dan dasar kepentingan nasional.
 “Daripada serahkan kepada PIBG, lebih baik kementerian batalkan saja  cadangan khat Jawi di sekolah,” katanya dalam kenyataan kepada media di  sini, hari ini.
 Beliau yang juga Ketua Penyelaras penaja Putra Melaka berkata,  keputusan dibuat oleh Kabinet pada Rabu lalu adalah hasil daripada  tekanan beberapa menteri sehingga Dr. Mahathir tunduk serta hilang  taring dan kewibawaannya.
 Katanya, jika perdana menteri dan Dr. Maszlee gagal menyelesaikan  masalah mengharamkan Dong Zong, membatal dan memansuhkan pengiktirafan  sijil UEC, tulisan Jawi dan menukar sistem Pendidikan Negara ke sekolah  satu aliran, kedua mereka wajar meletakkan jawatan.
Ini kerana, katanya, mereka gagal memartabatkan Dasar Pendidikan  Negara dan apa yang dilaungkan saban hari hanyalah retorik semata-mata.
 Ujar beliau, selama ini apa sahaja intipati dan makluman yang  diviralkan dalam media sosial oleh Dr. Mahathir dan Dr. Maszlee adalah  untuk meraih kepercayaan rakyat.
 “Dr. Mahathir hanya mahu memperlihatkan kepada rakyat bahawa beliau  adalah pemimpin jujur, seorang yang tegas dengan pendirian walaupun  ‘ditentang’ oleh DAP dan Lim Kit Siang,” katanya. – MalaysiaGazette
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/dr-mahathir-dr-maszlee-patut-letak.html