Dong Zong Ini Rasis Tidak Pernah Setuju Apapun Dr Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Gabungan Jawatankuasa Sekolah-Sekolah Cina (Dong Zong) sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan dasar pendidikan negara termasuk berkaitan isu tulisan khat dan Jawi di sekolah.
Perdana menteri berkata, selain dalam isu berkenaan, kumpulan itu juga sebelum ini membantah penubuhan Sekolah Wawasan.

Loading… “Dong Zong ini rasis, kita buat sekolah satu kampus Sekolah Wawasan nak letak Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, SJK Tamil dan sekolah kebangsaan di dalam satu kampus, mereka tidak mahu. 
“Sebabnya (mereka) takut anak-anak dia bercampur dengan Melayu, jadi dia tidak mahu. Semuanya (yang dilaksanakan kerajaan) dia bantah, tidak pernah bersetuju dengan apa pun,” kata perdana menteri kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk di Padang Matsirat sempena majlis korban di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai langkah Dong Zong yang akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan untuk menegaskan bantahan terhadap pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata keputusan memperkenalkan tulisan Jawi itu dibuat pada 2012 oleh kerajaan terdahulu, namun kumpulan pendesak Cina itu tidak membangkitkan pada waktu tersebut.
Beliau berkata, ini kerana kerajaan hari ini mengamalkan dasar yang lebih terbuka untuk mana-mana pihak menyuarakan pandangan berbanding kerajaan sebelum ini.
Dr Mahathir turut mengingatkan bahawa pada ketika negara hendak mencapai kemerdekaan, kerajaan memperkenalkan tulisan rumi bagi memudahkan orang bukan Melayu kerana mereka sukar untuk mempelajari tulisan Jawi.
“Jadi orang Melayu pula dia kena belajar Jawi pasal dia kena baca al-Quran. Jadi, apa yang kita nak berkelahi Kita sudah bagi pertimbangan khusus untuk kepentingan orang yang bukan Melayu,” katanya.
Ditanya sama ada keputusan berkaitan sesuatu dasar seperti itu perlu dibincangkan dalam mesyuarat kabinet sebelum diputuskan, Dr Mahathir menjelaskan hampir semua perkara dibincangkan dalam kabinet, namun kandungan perbincangan tidak didedahkan kepada umum.
Sementara itu, mengulas mengenai desakan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mahu kuasa Perdana Menteri dihadkan dalam membuat keputusan, Dr Mahathir secara sinis berkata beliau akan merujuk Charles sebelum membuat sebarang keputusan.
“(Pada) masa depan apabila hendak buat keputusan, saya saya akan tanya Charles Santiago boleh atau tidak, kalau dia tidak bersetuju saya tidak akan buatlah. Ya lah, mesti kena dapat pandangan dia, dia setaraf dengan saya,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.my/2019/08/dong-zong-ini-rasis-tidak-pernah-setuju-apapun-dr-mahathir/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

Dong Zong Rasis Kata Tun Mahathir Terhadap Gabungan Sekolah Cina Berkenaan

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 448 hits
Sumber dari Google dan MalaysiaKiniBerhubung isu pengenalan tulisan jawi dan seni khat di sekolah vernakular pengenalan tersebut mendapat tentangan dari Gabungan jawatankuasa Sekolah Cina kerana menganggap pengenalan berkenaan adalah satu b...
Dong Zong Rasis Tak Pernah Suka Melayu Tun M

Dong Zong Rasis Tak Pernah Suka Melayu Tun M

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 571 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina sebagai rasis kerana tidak pernah bersetuju dengan apa jua keputusan kerajaan Perdana Menteri berkata Dong Zong sejak dahulu lagi sering membantah termasuk ket...
Dong Zong Rasis Tak Pernah Bersetuju Dengan Dasar Pendidikan Negara Pm

Dong Zong Rasis Tak Pernah Bersetuju Dengan Dasar Pendidikan Negara Pm

papar berkaitan - pada 13/8/2019 - jumlah : 366 hits
The ReporterJulai lalu Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina dan Gabungan Persatuan Guru Guru Sekolah Cina Malaysia membantah keputusan kerajaan melaksanakan penggunaan tulisan jawi dan seni khat ke dalam buku teks di semua sekolah D...
Dong Zong Pm Sifatkan Gabungan Berkenaan Sebagai Rasis

Dong Zong Pm Sifatkan Gabungan Berkenaan Sebagai Rasis

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 317 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Mahathir Wrong To Label Dong Zong Racist Kit Siang

Mahathir Wrong To Label Dong Zong Racist Kit Siang

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 299 hits
DAP adviser Lim Kit Siang today said Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad was wrong to label the United Chinese School Committees Association Dong Zong as racist However he also rebuked Dong Zong for claiming that the introduction of khat...
Dong Jiao Zong Memang Rasis

Dong Jiao Zong Memang Rasis

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 329 hits
oleh nbsp DATUK SERI HJ MOHAMED KHALED NORDIN13 Ogos 20191 Jarang saya sehaluan pandangan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad Tetapi kali ini saya bersetuju Kenyataan beliau bahawa Dong Jiao Zong adalah pertubuhan rasis sangat tepat dan berasas ...
Dong Zong Tak Pernah Berjuang Untuk Malaysia Tapi Hanya Satu Bangsa Sahaja

Dong Zong Tak Pernah Berjuang Untuk Malaysia Tapi Hanya Satu Bangsa Sahaja

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 363 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataannya melabel Persekutuan Persatuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia sebagai rasis JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com chan...
Mahathir Bertanggungjawab Menguatkan Dong Zong Selama 22 Tahun

Mahathir Bertanggungjawab Menguatkan Dong Zong Selama 22 Tahun

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 384 hits
Oleh ISHAM JALIL Semalam Perdana Menteri Dr Mahathir berkata Persatuan Pengurus Lembaga Sekolah sekolah Cina Dong Zong adalah racist kerana membantah cadangan pengenalan tulisan jawi ke silibus Bahasa Melayu sekolah vernakular Cina Saya mem...
Kit Siang Kata Tanggapan Dong Zong Rasis Salah

Kit Siang Kata Tanggapan Dong Zong Rasis Salah

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 272 hits
Lim Kit Siang berkata kenyataan Kementerian Pendidikan sebelum ini yang masih menyambut baik pandangan berhubung pengenalan kaligrafi Jawi di sekolah sekolah vernakular masih dibuka untuk perundingan lanjut mengenai perkara itu Dalam kenyat...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn