Hujah Dr M Pertahan Lompat Parti Silap Kata Pemimpin Dap


FMT ReportersAhli Parlimen Tasik Gelugor Ramkarpal Singh. PETALING JAYA: Pandangan perdana menteri bahawa perbuatan lompat parti boleh diterima sekiranya ia dilakukan dengan tujuan baik adalah “dikesali”, kata seorang pemimpin DAP pusat.

Pengerusi Biro Undang-undang Kebangsaan DAP, Ramkarpal Singh berkata perbuatan melompat parti menggalakkan tingkah laku yang jelek dan tidak seharusnya dipertahankan.

“Jelas terdapat beberapa keputusan mahkamah yang mendapati melompat parti tidak salah dari segi undang-undang kerana ahli politik mempunyai kebebasan untuk menyertai mana-mana parti yang diingini.

“Perlu perlu diingat bahawa semua wakil rakyat dipilih oleh pengundi, terutamanya kerana parti yang diwakili mereka, bukan sebagai individu,” kata Ramkarpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor.

Pada sesi soal jawab di luar persidangan Lawasia di sini semalam, Dr Mahathir Mohamad berkata, lompat parti dalam kalangan anggota parti politik patut dibenarkan sekiranya ia dilakukan dengan tujuan baik.

Katanya, undang-undang yang tegas menghalang lompat parti tidak akan menyuburkan kerajaan yang baik kerana ahli sesebuah parti yang tidak berpuas hati tidak mempunyai pilihan selain kekal dalam parti tersebut.

Dalam kenyataan hari ini, Ramkarpal juga berkata, jika seseorang wakil rakyat kecewa dengan parti yang diwakilinya, “langkah bermoral yang harus diambilnya ialah meletakkan jawatan dan menjelaskan perkara itu dalam pilihan raya kecil.”

“Terserah kepada pengundi untuk membuat keputusan sama ada wakil rakyat itu layak dipilih semula.”

Katanya, tidak lama selepas pilihan raya umum tahun lepas telah berlaku beberapa kes lompat parti.

Tidak mungkin berlaku wakil rakyat terbabit tiba-tiba berasa tidak berpuas hati dengan parti yang diwakili, sedangkan sebelum itu mereka tidak berdepan masalah untuk menyokong dan mempromosikan parti yang sama.

“Hakikatnya perbuatan melompat parti di negara ini berlaku kerana pertimbangan politik dan tidak ada kena-mengena dengan kekecewaan pelompat parti ini dengan arah tuju bekas parti mereka.

“Kerajaan sepatutnya mempunyai keazaman politik untuk memperkenalkan pindaan yang perlu ke atas perlembagaan bagi menjadikan perbuatan melompat parti satu kesalahan, selain memperkenalkan undang-undang antilompat parti dalam undang-undang,” katanya.

Ramkarpal berkata, walaupun beberapa negeri memperkenalkan undang-undang anti lompaty parti, seperti Pulau Pinang pada 2012, undang-undang negeri adalah tertakluk kepada perlembagaan persekutuan dan tidak sah.

“Lompat parti jelas tidak berprinsip dan langkah perlu diambil bagi menghalang amalan sedemikian atas nama kerajaan baik,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/10/hujah-dr-m-pertahan-lompat-parti-silap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Pdrm Bongkar Dan Tangkap Pemimpin Dap Yang Terlibat Dengan Pengganas

Tahniah Pdrm Bongkar Dan Tangkap Pemimpin Dap Yang Terlibat Dengan Pengganas

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 694 hits
Tahniah kita ucapkan kepada PDRM kerana bertindak tegas menahan 2 orang pemimpin DAP peringkat negeri yang terlibat dengan pengganas LTTE G Saminathan ADUN Gadek dari parti DAP merangkap Exco Sumber Manusia Kerajaan Negeri Melaka ditahan di...
Dap Bergolak 8 Adun Keluar Parti Berlaku P Raya Di Perak

Dap Bergolak 8 Adun Keluar Parti Berlaku P Raya Di Perak

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 533 hits
Politik Perak Bergolak Beberapa Adun DAP Keluar PartiPOLITIK Perak kembali bergolak selepas tersebar berita beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri DAP mengambil keputusan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan merek...
Isu Ltte Dua Pemimpin Dap Di Tangkap

Isu Ltte Dua Pemimpin Dap Di Tangkap

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 640 hits
Dua Pemimpin DAP Di Tangkap berhubung isu LTTE di mana sorang dari melaka dan sorang dari seremban Polis menahan exco Melaka G Saminathan dan anggota Dewan Undangan Negeri Seremban Jaya P Gunasekaran atas dakwaan mempunyai hubungan dengan H...
Dap Jangan Terlalu Agresif Campur Isu Kewarganegaraan Kata Pas

Dap Jangan Terlalu Agresif Campur Isu Kewarganegaraan Kata Pas

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 277 hits
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan DAP sebagai semakin agresif dalam memberi tekanan untuk melonggarkan syarat kewarganegaraan Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai merujuk langkah kerajaan mengkaji untuk meminda Perkar...
Pemimpin Dap Gesa Polis Segera Bebas Wakil Rakyat

Pemimpin Dap Gesa Polis Segera Bebas Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 304 hits
Pemimpin DAP gesa polis segera bebas wakil rakyat Dikemas kini 31 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Oct 2019 11 30PM
Polis Jamin Tiada Lagi Pemimpin Dap Akan Ditahan Guan Eng

Polis Jamin Tiada Lagi Pemimpin Dap Akan Ditahan Guan Eng

papar berkaitan - pada 11/10/2019 - jumlah : 606 hits
News Diterbitkan Hari ini 9 00 malamSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pihak polis memaklumkan tiada lagi pemimpin DAP yang akan ditahan atas dakwaan penglibatan mereka dengan Hariamu Pembebasan Tamil Eelam Polis hari ini menahan tuj...
Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

Dr M Tidak Patut Serah Kuasa Kepada Anwar Ketika Pkr Berpecah Kata Pemimpin Ppbm

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 322 hits
Seorang pemimpin PPBM berkata Dr Mahathir Mohamad tidak patut menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar Ibrahim ketika PKR di bawah pimpinannya dalam perpecahan Timbalan Pengerusi PPBM Kelantan Sazmi Miah merujuk kenyataan veteran PK...
Ini Kata Kata Pedas Haneesya Hanee Selepas Dia Menang Anugerah Artis Wanita Baharu Popular Abpbh

Ini Kata Kata Pedas Haneesya Hanee Selepas Dia Menang Anugerah Artis Wanita Baharu Popular Abpbh

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 726 hits
Terima kasih haters kata model dan pelakon Haneesya Hanee sejurus ditemui diumumkan sebagai artis wanita baharu popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 Ini Kata Kata Pedas Haneesya Hanee Selepas Dia Menang Anugerah Artis Wanita...
Orang Malayu Berpecah Lagi Banyak Faedah Kata Ustaz Uda Kasim

Orang Malayu Berpecah Lagi Banyak Faedah Kata Ustaz Uda Kasim

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 326 hits
PENYATUAN ummah antara UMNO dan Pas tidak mendatangkan apa apa kebaikan demikian kata pendakwah bebas Ustaz Mohamad Uda Kasim Menurutnya ini kerana penyatuan dua parti terbesar orang Melayu Islam itu berasaskan kebencian dan perkauman yang ...
Ketua Polis Selangor Mengesahkan Tiada Unsur Khianat Dikesan Dalam Siasatan Letupan Gas Putra Heights

Rihanna Drops Fenty X Puma Smurfs Collab

Apa Sudah Jadi Madani

Udang Goreng Dengan Kacang Dan Karot

Sst E Invoicing Rental Hikes How Much More Can Man On The Street Malaysians Tahan

Honor Opens Klcc Store Marks 100th Milestone

Hundreds Of Fake Guns Seized In Raid On House In Segambut

7 Beaches With Something More For The Fourth Of July And Beyond


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Percetakan Silkscreen Pada Plastik Kaca Botol Kosmetik Solusi Tahan Lama Profesional

Back To Normal Setelah 5 Hari Bercuti

Nugget Homemade

Money Macam Manusia Usahawan Tudung Hadiahkan Kucing Bmw I7 Amp Rantai Emas Layan Macam Anak Sendiri

Saya Bukan Jenis Menggedik Lelaki Nak Mengorat Saya Tak Bagi Muka Sherry Ibrahim Tak Kisah Hidup Solo

Saya Tak Gentar Penjara Balas Rafizi Pada Puad Zarkashi