Kenapa Sprm Tidak Siasat Pemimpin Umno Yang Terima Dana Dari Uksb



PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertanggungjawab kerana gagal melakukan siasatan menyeluruh ekoran pendedahan nama lima pemimpin dalam buku lejar Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) berkaitan kes rasuah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri berkata, lebih mengejutkan nama-nama tersebut hanya didedahkan ketika soal balas peguam Ahmad Zahid sedangkan buku lejar itu merupakan barang kes berkenaan dan jelas menunjukkan kelemahan SPRM untuk melakukan siasatan dengan sempurna.
“Maka isunya adalah mengapakah SPRM pada masa itu tidak siasat semua nama yang terdapat dalam dokumen itu lebih awal sebelum kes dibawa ke mahkamah? Benda ini bukan boleh dibuat main-main kerana ini membabitkan soal undang-undang, apatah lagi kes rasuah.
“Jadi adakah SPRM akan siasat SPRM sendiri bahawa nama-nama dalam buku lejar itu tidak dipanggil lebih awal yang sepatutnya memberi keterangan. Jadi SPRM perlu jawab dan dipersoalkan atas kelemahan ini,” katanya di sini, semalam.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disebut sebagai salah seorang penerima dana berjumlah kira-kira RM1.3 juta daripada UKSB selaku syarikat pembekal perkhidmatan visa luar negara (VLN) oleh saksi pendakwaan ke-17 bicara kes Ahmad Zahid, bekas pengurus pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pagoh terbabit dalam reaksi balasnya menafikan kenyataan David Tan.
Malah, prosiding tersebut turut menamakan tiga anggota Kabinet seperti Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan dua bekas menteri iaitu Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Anifah Aman.
Susulan pendedahan itu, SPRM dalam reaksi segera memaklumkan akan membuka kertas siasatan terhadap penama yang didakwa menerima wang dalam perbicaraan kes rasuah itu.
Dalam pada itu, Mohamed Haniff berkata, masih terlalu awal untuk mengatakan keterangan saksi tersebut bercanggah meskipun Muhyiddin menafikan menerima duit tersebut kerana perbicaraan masih berlangsung di peringkat pemeriksaan balas oleh peguam tertuduh.
Jelasnya, segalanya bergantung kepada mahkamah untuk menentukan keterangan saksi itu bercanggah atau sebaliknya dan pihak pendakwaan boleh memanggil salah seorang untuk memberikan keterangan kepada mahkamah.
“Malah Muhyiddin berhak menjawab dakwaan itu dan ia tidak melanggar perjalanan perbicaraan kerana dituduh bukanlah beliau sebaliknya Ahmad Zahid,” jelasnya.
Sementara itu, peguam Rafique Rashid Ali meminta mana-mana pihak untuk berhenti daripada mempolitikkan sistem kehakiman negara selaku benteng terakhir sistem demokrasi daripada sikap tamak pemimpin yang gagal melakukan tanggungjawab.
Katanya, ada pihak cuba menjadi hero dalam isu tersebut dengan membuat laporan polis ekoran keterangan saksi tersebut.
“Seperkara lagi mengenai isu ini adalah berkaitan dengan mereka-mereka yang didakwa atau dikatakan menjadi penerima UKSB. Berilah dalam apa nama sekalipun dana politik, sumbangan, hadiah dan kalau benar dakwaan itu, ia salah dan tetap rasuah.
“Ini kerana, untuk apa UKSB mesti serahkan wang tunai kepada mereka? Kalau betul, seperti kata orang itu dana politik, mengapa tidak ke rakyat tapi secara tunai,” soalnya.
Sementara itu, Anifah ketika dihubungi semalam berkata, beliau tidak boleh mengulas lebih lanjut kerana kes tersebut masih dalam perbicaraan. – UTUSAN

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/kenapa-sprm-tidak-siasat-pemimpin-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terima Dana Uksb Sprm Buka Kertas Siasatan Terhadap Penama Terlibat

Terima Dana Uksb Sprm Buka Kertas Siasatan Terhadap Penama Terlibat

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 136 hits
Bagus SPRM siasat saja ahli2 politik SPRM perlu ingat yg kuasa berada di tangan SPRM bukan di tangan ahli2 politik jika SPRM sedar kuasa sebenar mereka ni maka satu perubahan landskap politik berskala besar akan berlaku SPRM akan jadi satu ...
Periksa Sprm Kerana Tak Siasat Nama Besar Berhubung Dana Uksb Kata C4

Periksa Sprm Kerana Tak Siasat Nama Besar Berhubung Dana Uksb Kata C4

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 138 hits
June 21 2022 SPRM digesa mengeluarkan kenyataan umum mengenai kegagalannya melancarkan siasatan terhadap ahli politik yang dikaitkan dengan UKSBPETALING JAYA Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme menggesa Jawatankuasa Kira kira Wang Negara me...
Kj Terima Dana Politik Rm3 7 Juta Daripada Uksb Saksi

Kj Terima Dana Politik Rm3 7 Juta Daripada Uksb Saksi

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 229 hits
MAHKAMAH Tinggi hari ini diberitahu Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin turut menerima dana politik RM3 7 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun juga memberitahu Menteri Dalam Negeri Tan Sr...
Siasat Segera Khairy Terima Dana Politik

Siasat Segera Khairy Terima Dana Politik

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 335 hits
Siasat segera Khairy terima dana politikPosted By on June 20 2022Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu segera menyiasat Menteri Kesihatan Datuk Seri Khairy Jamaluddin berikutan keterangan di mahkamah dalam kes perbicaraan Datuk Seri ...
Anifah Nafi Terima Dana Uksb Sedia Beri Keterangan Kepada Pihak Berkuasa

Anifah Nafi Terima Dana Uksb Sedia Beri Keterangan Kepada Pihak Berkuasa

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 183 hits
CYBERJAYA 8211 Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan menerima wang daripada syarikat Ultra Kinrara Sdn Bhd seperti yang disebut dalam keterangan saksi David Tan pada perbicaraan kes rasuah melibatkan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ...
Mp Umno Didakwa Terima Wang Uksb Dicabar Buat Penafian Seperti Muhyiddin

Mp Umno Didakwa Terima Wang Uksb Dicabar Buat Penafian Seperti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 196 hits
satuberita myBy June 18 2022AHLI Parlimen UMNO yang nama mereka turut disebut menerima wang daripada Ultra Kirana Sdn Bhd dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digesa tampil membuat penafian sebagaimana dilakukan Presid...
Muhyiddin Shafie Terima Dana Uksb Perbicaraan Zahid Diberitahu

Muhyiddin Shafie Terima Dana Uksb Perbicaraan Zahid Diberitahu

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 181 hits
Seorang bekas pengurus pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi dalam perbicaraan rasuah Ahmad Zahid Hamidi bahawa Muhyiddin Yassin bersama Shafie Apdal menerima dana daripada syarikat itu
Takkan Sprm Tak Tahu Ada Ahli Politik Terima Wang Dari Uksb

Takkan Sprm Tak Tahu Ada Ahli Politik Terima Wang Dari Uksb

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 160 hits
Premiered 3 hours ago Pengerusi DAP Lim Guan Eng menyifatkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia gagal dalam menjalankan tugas mereka berhubung pendedahan saksi dalam kes rasuah Ahmad Zahid Hamidi Ini selepas saksi pendakwaan memberitahu...
Siasat Sprm Perlu Juga Panggil Lantikan Ph Kata Najib

Siasat Sprm Perlu Juga Panggil Lantikan Ph Kata Najib

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 183 hits
Najib Razak merujuk kepada pelantikan Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 4 Jun 2019 dengan Ahmad Zahid Hamidi didakwa menerima sogokan daripada Ultra Kirana Sdn Bhd pada 26 Jun tahun sama PET...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator