Dr M Tak Selesa Kerjasama Dengan Kleptokrat Dalam Umno Mukhriz Ingatkan Radzi


Mukhriz Mahathir mendakwa agak ramai ahli MPT PPBM yang didalangi Muhyiddin Yassin mahu PPBM berpisah dengan PH dan bersama Umno-PAS.PETALING JAYA: Mukhriz Mahathir menafikan kenyataan Ketua Penerangan PPBM, Radzi Jidin yang Dr Mahathir Mohamad pada dasarnya bersetuju parti itu meninggalkan Pakatan Harapan (PH)
Timbalan presiden PPBM itu berkata, bapanya pernah menyatakan dengan jelas beliau tidak selesa bekerjasama dengan kleptokrat dalam Umno berbanding PH
Katanya, perkara ini dapat dibuktikan apabila Mahathir masih menjalin hubungan baik dengan pemimpin PH dan terus bersama blok pembangkang di Dewan Rakyat
“Sebenarnya apa yang dibangkitkan ketua penerangan PPBM itu berkisar apa yang berlaku dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti. Ada beberapa tulisan ahli MPT bercanggah dan bertentangan, dari segi butiran nampak tidak sama
“Paling utama, Mahathir sebagai pemimpin unggul dalam parti sepertimana dinyatakan perlembagaan parti, menyatakan tidak selesa dengan sebarang bentuk kerjasama dengan golongan kleptokrat di dalam Umno itu sendiri
“Dia (Mahathir) juga ingatkan, seseorang buat keputusan sewaktu beremosi sudah tentunya akan buat keputusan silap yang akan dikesali kemudian hari, biarlah bertenang dahulu dan ambil masa sedikit,” katanya dalam ceramah yang disiarkan di Facebook PH malam tadi
Mukhriz berkata, ketika itu agak ramai ahli MPT yang sependapat dengan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dan bersetuju parti berkenaan bekerjasama dengan Umno dan PAS serta berpisah daripada PH
“Ada satu desakan di dalam MPT untuk PPBM keluar dari PH dan perkara ini dibincangkan dengan panjang lebar, penuh emosi dan ada pandangan yang berbeza-beza
“Agak ramai dalam MPT rupanya didalangi Muhyiddin sendiri yang hendak sangat PPBM berpisah dengan PH dan bersama Umno-PAS. Malah, disebut pula nama kerajaan Perikatan Nasional yang pada hari ini menubuhkan kerajaan.”Mukhriz jangka PPBM ambil tindakan terhadapnyaMukhriz yang juga menteri besar Kedah turut menjangkakan PPBM akan mengambil tindakan terhadapnya dengan menggunakan alasan sama seperti dilakukan Umno pada 2016, iaitu tidak patuh kepada parti
“Tindakan ke atas kita diambil ketika itu, antara lain timbalan presiden Umno ketika itu dipecat dengan begitu ‘unceremonious’ dan alasan diberikan ialah tidak mengikuti atau tidak patuh dengan keputusan parti
“Kena ingat alasan itu kerana alasan itu mungkin akan digunakan tidak lama lagi.”Semalam, Radzi dalam satu kenyataan berkata, keputusan PPBM meninggalkan PH dibuat atas beberapa faktor, termasuk keadaan Mahathir sentiasa didesak pimpinan PH, terutamanya PKR dan DAP supaya melepaskan jawatan perdana menteri
Bagaimanapun, Setiausaha Organisasi DAP, Loke Siew Fook menafikannya dengan berkata perkara paling mudah dilakukan lawan ialah mencari alasan dengan menyalahkan DAP dalam setiap perkara
“Soal desakan kepada Mahathir tidak wujud. Hal ini kerana apa yang kita bincang adalah atas kerangka PH. Sebaliknya konsensus PH adalah menyerahkan kepada Mahathir untuk buat keputusan dalam isu menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim
“Mereka gunakan alasan itu seolah-olah DAP dan PKR desak Mahathir dan paksa Mahathir keluar dari PH, tetapi yang jelas keputusan Majlis Presiden PH bukan begitu. Kalau Mahathir didesak, sudah tentu dia tidak bersama PH lagi.”Pendirian PPBM berhubung keputusan keluar PH menjadi pertikaian apabila Marzuki Yahya semalam mendakwa MPT parti itu tidak membuat keputusan meninggalkan gabungan berkenaan
Dengan mendakwa dirinya masih setiausaha agung PPBM, Marzuki berkata, mesyuarat MPT pada 23 dan 24 Feb lalu membuat 2 keputusan, iaitu menolak peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi parti serta menetapkan beliau calon tunggal bagi jawatan perdana menteri
Muhyiddin perlu buktikan diri disokong rakyatSementara itu, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, Muhyiddin perlu mendapatkan sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat bagi membuktikan dirinya ialah perdana menteri disokong rakyat
“Kita sedang himpunkan seluruh kekuatan kita. Pada 18 Mei ini, kita hendak sebutkan ketika pelantikan dibuat pada Februari oleh Yang di-Pertuan Agong pada ketika dan saat itu, pada keyakinan baginda, Muhyiddin dapat sokongan majoriti ahli Parlimen dan proses angkat sumpah berlaku
“Tetapi, di mana ujian untuk dia benar-benar dapat sokongan majoriti, tempatnya seharusnya dalam Parlimen
“Sebab itulah Muhyiddin mesti melepasi ujian ini, jika tidak sebutlah apa-apa pun hujah, dia tetap akan dihambat dengan pandangan ini adalah kerajaan yang tubuh hasil daripada rampasan kuasa.” - FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2020/05/dr-m-tak-selesa-kerjasama-dengan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Kn

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mukhriz S Second Exit From Kedah Imminent As Pas Umno Wait On Sidelines

Mukhriz S Second Exit From Kedah Imminent As Pas Umno Wait On Sidelines

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 286 hits
Mukhriz Mahathir may be on his way out as the Kedah menteri besar the second time he would lose the top post since 2016 at the height of his father s fallout with then prime minister Najib Razak There has been speculation of him losing supp...
Mpt Bersatu Tidak Pernah Setuju Kerjasama Dengan Umno

Mpt Bersatu Tidak Pernah Setuju Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 262 hits
Ulya Aqamah Husamudin ULASAN Merujuk kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan BERSATU pusat YB Radzi Jiddin mengenai menghormati pendirian Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu terdapat beberapa perkara yang perlu diperjelaskan sup...
Tun M Armada Sepakat Kerjasama Ph Tolak Umno

Tun M Armada Sepakat Kerjasama Ph Tolak Umno

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 425 hits
SITI NUR ZAWANI MISCON Armada Bersatu Malaysia berpendirian untuk kekal bersama Pakatan Harapan dan tidak akan bekerjasama dengan Umno Dalam satu kenyataanya hari ini Armada memaklumkan keputusan dicapai berdasarkan undian yang dibuat semas...
Umno Kena Terus Jilat Din Dan Ppbm Kalu Tak

Umno Kena Terus Jilat Din Dan Ppbm Kalu Tak

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 486 hits
Saya ingin merujuk kenyataan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang mengandaikan Perikatan Nasional tidak akan dapat bertahan sehingga pilihan raya umum ke 15 2 atau 3 tahun lagi Baca di dan Seperti dilaporkan beberapa portal berita pemimpi...
Pendirian Umno Tidak Bersama Bersatu Umpama Sokongan Terhadap Mahathir

Pendirian Umno Tidak Bersama Bersatu Umpama Sokongan Terhadap Mahathir

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 266 hits
Kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan yang mengesahkan parti itu akan meninggalkan Perikatan Nasional sebaik Parlimen dibubarkan dan hanya akan bersama Pas dalam Muafakat Nasional untuk menghadapi PRU15 akan datang tidak ubah umpam...
Rohingya Jadi Alat Politik Umno Dan Pas Akhirnya

Rohingya Jadi Alat Politik Umno Dan Pas Akhirnya

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 733 hits
Rohingya Jadi Alat Politik UMNO dan PAS Akhirnya Satu masa dahulu heboh PAS dan UMNO berkumpul beramai ramai di Stadium Tasik Titiwangsa pada tahun 2016 untuk membela pendatang Rohingya Kononnya untuk membela nasib pendatang Rohingya yang d...
Kerajaan Pas Dan Umno Gagal Bantu Pelarian Rohingya

Kerajaan Pas Dan Umno Gagal Bantu Pelarian Rohingya

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 601 hits
KUALA LUMUR Tindakan kerajaan Perikatan Nasional menghalang bot membawa pelarian Rohingya ke negara ini sehingga menyebabkan kematian puluhan etnik itu dikritik sebagai tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap golongan yang ditindas dan d...
Ini Peringatan Pertama Umno Buat Muhyiddin

Ini Peringatan Pertama Umno Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 194 hits
Pengerusi UMNO Sabah Bung Moktar Radin berkata pihaknya masih menunggu maklum balas daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berhubung surat daripada Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang menuntut beberapa jawatan untuk pemimpin negeri itu...
Umno Ppbm Berpencak Silat Di Johor

Umno Ppbm Berpencak Silat Di Johor

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 322 hits
Kredit MSO PPBM dan UMNO nampak bergaduh dan saling curigai mencurigai antara satu sama lain Apa yang berlaku di Johor sangat jelas kedua parti satu keturunan itu tidak belaga angin PPBM Johor tidak senang dengan pembahagian kuasa oleh UMNO...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi