Umno Kena Terus Jilat Din Dan Ppbm Kalu Tak



Saya ingin merujuk kenyataan Ahli Parlimen Bangi, Ong Kian Ming yang mengandaikan Perikatan Nasional (PN) tidak akan dapat bertahan sehingga pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) 2 atau 3 tahun lagi. Baca di SINI dan SINI...

Seperti dilaporkan beberapa portal berita, pemimpin DAP itu antara lain berhujah, Umno tidak akan membiarkan PPBM mengepalai kerajaan PN dan hanya akan bertahan dalam “gabungan tidak selesa” itu sehingga PRU kan datang.

Tegasnya lagi, apa juga bentuk kerjasama antara 2 parti itu akan berakhir sebaik Parlimen dibubarkan. Beliau bersandarkan alasan, Umno tidak gembira memainkan peranan sebagai parti ke-2 kepada PPBM dalam kerajaan, sedangkan ia menyumbang jumlah kerusi paling banyak di Dewan Rakyat.

Alasan lain kerana beberapa pemimpin kanan Umno diketepikan daripada jawatan dalam Kabinet dibentuk Muhyiddin Yassin 2 bulan lalu.

Ini pula hujah saya sebagai bekas ahli Umno di Ipoh dan kini bersama PPBM.

Keputusan Umno menjalin kerjasama politik dengan PPBM langkah terbaik untuk parti diterajui Ahmad Zahid Hamidi itu. Saya berkata ia keputusan yang baik ketika ini kerana langkah itu membolehkan Umno mempunyai suara dalam kerajaan.

Ia juga keputusan yang baik kerana membolehkan pemimpin Umno berada dalam senarai hirarki kuasa dan dilantik memegang jawatan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Jika bukan kerjasama dengan PPBM yang mempunyai DNA sama, parti mana lagi yang paling sesuai untuk Umno menjalin pakatan. Adakah dengan DAP?

Umno tidak akan sesekali memilih DAP sebagai rakan kerjasama, juga bermakna tidak mungkin Umno akan menyertai Pakatan Harapan (PH) yang ada DAP sebagai sekutu teras. Saya percaya pendirian DAP pun begitu juga, tidak mungkin akan bekerjasama dengan Umno.

Lalu, apa pilihan terbaik untuk Umno memastikan survival politiknya? Tidak lain tidak bukan bekerjasama dengan PPBM. Dalam erti kata lain, PPBM talian hayat Umno ketika ini.

Saya juga percaya, jika diberi pilihan, Umno pasti mahu meneruskan kerjasama dengan PPBM bawah PN sehingga PRU akan datang dan mungkin melangkau sehingga selepas itu.

Persoalan seterusnya, adakah wujud kemungkinan PPBM kembali ke pangkuan Pakatan Harapan (PH) – mengambil kira bagaimana parti itu keluar daripada pakatan berkenaan – andai Umno menarik balik sokongan kepada Muhyiddin?

Jawapan saya, mungkin tidak selagi Muhyiddin kekal sebagai perdana menteri dan mengemudi bahtera Putrajaya.

Atas sebab itu, saya melihat langkah yang baik untuk Umno kekal menyokong perdana menteri, memastikan kubu kem presiden PPBM tidak runtuh dirempuh Dr Mahathir Mohamad yang masih memegang jawatan pengerusi parti serpihan Umno itu.

Umno juga pastinya mahu menghalang sebarang percubaan oleh mana-mana ahli Parlimen PPBM yang dikaitkan dengan Muhyiddin daripada menyertai kem Mahathir.

Ini bermakna, ada alasan yang banyak untuk Umno terus menyokong Muhyiddin berbanding membiarkan parti itu dan PN hilang kuasa pada PRU-15 nanti.

Andai Putrajaya berjaya dikuasai semula oleh PH, pemimpin Umno dan parti itu akan kembali menjadi “buruan” kerajaan ditunjangi DAP seperti yang sudah terbukti sepanjang 22 bulan PH memegang kuasa.

Yang pasti, tiada siapa tahu apa akan berlaku selepas PRU-15 nanti, tetapi buat masa ini, kerjasama PPBM-Umno mempunyai asas yang kukuh walaupun masing-masing mempunyai kepentingan sendiri. - Abdullah Yunos

YB Dr.Afif Bahardin ajak YB Batu tukaq kapai...
Anggota Parlimen Batu, P Prabakaran hari ini mengesahkan beliau diajak oleh seorang pemimpin KEADILAN yang sedang digantung, Afif Bahardin untuk meninggalkan parti itu. Bercakap kepada Malaysiakini, Prabakaran berkata beliau menolak tawaran untuk menyertai Gerakan.
Prabakaran juga mengeluarkan satu kenyataan berasingan dan menegaskan beliau akan kekal setia bersama KEADILAN.

"Sememangnya telah berlaku satu pertemuan di antara saya dan Dr Afif sepertimana yang didakwa oleh (Ketua KEADILAN Perak), Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

"Saya tidak mahu komen lebih berkaitan isu politik, cukuplah sekadar penjelasan bahawa pendirian dan prinsip saya adalah sama dengan prinsip Keadilan. Saya akan kekal bersama Keadilan demi kesinambungan perjuangan Saya bersama rakyat. Saya bukan pengkhianat," katanya.
Prakabaran mengulas pertanyaan media selepas Farhash mendakwa Afif 'berpura-pura' berhubung keputusan menggantungnya dari KEADILAN. Menurut Farhash, bukan lagi satu rahsia bahawa Afif mengajak Ahli Parlimen Batu itu untuk menyertai parti Gerakan sebelum ini.

Ketika dihubungi, Afif berkata dia enggan melayan tuduhan itu.

"Fokus saya adalah kepada pengundi saya dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sukar ini," kata Afif yang juga Adun Seberang Jaya.

Prabakaran berkata sebelum pertemuan dengan Afif, terdapat juga usaha untuk mengajak beliau keluar daripada parti itu. Beliau berkata ada beberapa pertemuan diatur oleh seorang pemimpin dalam cabang KEADILAN Batu untuk tujuan berkenaan.

"Semuanya bersifatkan percaturan politik. Semuanya mahu saya melompat," katanya.

Prabakaran berkata beliau mahu 'politik jijik' dihentikan dan akan terus berkhidmat kepada rakyat sehingga pilihan raya umum ke-15. - mk

‘Help Me Get Out Of Here!’ PM Whispers To Journalists...
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin shocked journalists last night by asking them to help him escape this job he never wanted after recording his first interview.

“Once the cameras stopped, Muhyiddin spent several moments urging RTM’s Zaleha Khairene Ismail and Astro Awani’s Essan Yahya to smuggle him out of Putrajaya as quickly a possible,” a studio hand reported.

Muhyiddin was overheard saying since being sworn in, his life has been a living hell as Azmin Ali, Bersatu party members, Perikatan ‘allies’ UMNO, PAS and GPS, all took turns squeezing his Prime Ministerial balls while lobbying for cabinet posts and GLC chairmanships knowing without them and their ‘wafer-thin’ parliamentary majority, this Perikatan government of convenience could collapse at any second.

“Muhyiddin cant be having an easy time. We have an unprecedented Covid-19 crisis, a comatose economy, children of elites and Deputy Ministers are flouting the MCO knowing they can’t be reprimanded, and disgruntled voters can’t wait for an opportunity to punish the government for the ‘Sheraton move.’ Even Tun isn’t talking to him!”

On his way out Muhyiddin grumbled what he really wanted was a nap and a chance to finish Season 4 of ‘Money Heist.' -  Editor,f/bk


 “Do we need a backdoor government?…Absolutely not!”...
Before the general elections, every political party will come out with a manifesto, which spells out their programme for the country and how the voters will benefit by electing them. The manifesto will contain a brief summary of what to expect in electing a particular political party.

During the campaign, the party leaders will elaborate, explain and clarify in detail and in simple terms what their promises and pledges are for the country and voters.

Based on this premise, voters cast their votes and elect a government to run the affairs of the country. When the voters cast their votes, they know exactly what they want and need. Thus, a legitimate government is elected.

This transparent process reveals for all to see and understand which party has secured the majority of votes and how many parliamentarians have been elected for each party.

This electoral participation forms the basis for a particular party with the majority of MPs to be called upon to form the government.

This is how a democratic government enjoying electoral legitimacy is duly elected to run the country.

But in the case of the backdoor government, it was not elected by the voters to run the country. It stole a government without a popular mandate – or the mandate of the people.

The so-called majority that they claimed to have had to form the government is still in question. It is so because the names of MPs supporting the backdoor government had not been publicly disclosed.

They had adamantly refused to convene a parliamentary session despite repeated calls following their backdoor take-over of a duly elected government to confirm their support which would have put to rest the lurking question of doubt about their so-called majority. Their refusal to convene Parliament only enhances this suspicion of their legitimacy.

The people of Malaysia did not vote for a coalition comprising the Umno-led Barisan Nasional (BN), Pas and Bersatu to form the government.

In fact, the Umno-led BN was soundly rejected by the electorate, and many standing under its banner were trounced and thrashed in the general election on 9 May 2018. The Umno-led BN lost the federal and many state governments.

What Malaysians voted for was the coalition under Pakatan Harapan.

The plotters in this treachery subverted and frustrated the voters’ choice and perverted the democratic process. They had shamelessly foisted themselves upon a reluctant electorate that does not need them or accept them.

The electorate doesn’t know what this backdoor government stands for. They had not gone to the voters to explain their programme or appeal to them why they need to be given a chance to form the government. Malaysians don’t know what this backdoor government stands for.

The traitors who stole the government have yet to explain why they needed to take over a duly elected democratic government. To this day, it remains a mystery.

These unscrupulous politicians have neither cared to paint a rosy picture for the voters, nor promised a bright future for the country with this takeover. Their subsequent conduct seems to suggest their greed for power and the endless opportunity available to enrich themselves – which will form material for another article on another occasion.

We can only ask them why the need to take over the government through unethical means. What is the necessity?

Let us be reminded of this saying [by the historian Thucydides], “Love of power, operating through greed and through personal ambition, was the cause of all these evils.” - Mariam Mohktar


cheers.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://alditta.blogspot.com/2020/04/umno-kena-terus-jilat-din-dan-ppbm-kalu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Sabah Terus Melukut Di Tepi Ghanimah Kudeta

Umno Sabah Terus Melukut Di Tepi Ghanimah Kudeta

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 326 hits
Demikian lontaran perasaan Ketua UMNO Sabah Bung Moktar Radin dalam wawancara khas anjuran Penerangan UMNO Malaysia baru baru ini Jelas UMNO Sabah cuba diperkecilkan oleh BERSATU walaupun mereka menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pe...
Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

Pilihan Raya Negeri Johor Jika Umno Bersatu Terus Berbalah

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 400 hits
BERITAPerbalahan antara Umno dan Bersatu yang tidak berkesudahan mungkin menyaksikan pilihan raya negeri Johor bakal diadakan tidak lama lagi kata sumber Umno negeri itu Bercakap kepada Malaysiakini petang ini beliau berkata ini akan menjad...
Din Kalah Dengan Penyagak Dan Kawaq Umno

Din Kalah Dengan Penyagak Dan Kawaq Umno

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 439 hits
1 Orang Johor ni selalunya amat sabar dan tidak buat heboh Mereka selalu kata Kit ad car kit sendiri 2 Di kalangan ahli politik kalau pun ada yang celupar hanya beberapa kerat sahaja Orang politik Johor anggap diri mereka gentlemen 3 Mereka...
Tulahan Ppbm Dalam Dilema Umno Dan Pas Ke Arah Mana

Tulahan Ppbm Dalam Dilema Umno Dan Pas Ke Arah Mana

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 428 hits
Assalam Timbalan Presiden Umno menyatakan dengan jelas bahawa Umno tidak menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar Maksudnya Perikatan Nasional adalah satu entiti poltik yang cukup rapuh...
Is An Umno Ppbm Merger On The Cards

Is An Umno Ppbm Merger On The Cards

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 263 hits
So expect resistance from the Umno grassroots Unless Umno is seen as the big brother to PPBM the Umno leadership may face a problem trying to get the grassroots to endorse the marriage between Umno and PPBM And this may result in the grassr...
Umno Terus Menekan Muhyiddin Hanya Mahu Hidupkan Mn Tapi Ingin Lupakan Pn

Umno Terus Menekan Muhyiddin Hanya Mahu Hidupkan Mn Tapi Ingin Lupakan Pn

papar berkaitan - pada 23/4/2020 - jumlah : 269 hits
Minggu lepas Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi menulis surat kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menuntut agar empat pemimpin parti itu di Sabah dilantik dalam jawatan kerajaan dan juga GLC Empat pemimpin yang dituntut diberikan jawatan ...
Umno Guna Din Utk Jadi Gomen Lepas Tu Terajang Jatuh Katil

Umno Guna Din Utk Jadi Gomen Lepas Tu Terajang Jatuh Katil

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 423 hits
Membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan tentang kedudukan parti itu dalam PN serta hubungannya dengan Bersatu dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kesimpulan paling mudah untuk difahami ialah ia hanya sehingga tarikh Parlimen...
Banyak Alasan Untuk Umno Terus Sokong Muhyiddin Pn

Banyak Alasan Untuk Umno Terus Sokong Muhyiddin Pn

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 437 hits
Saya ingin merujuk kenyataan Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang mengandaikan Perikatan Nasional tidak akan dapat bertahan sehingga pilihan raya umum ke 15 2 atau 3 tahun lagi Seperti dilaporkan beberapa portal berita pemimpin DAP itu an...
Johor Ppbm Chief Plays Down Tensions With Umno

Johor Ppbm Chief Plays Down Tensions With Umno

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 296 hits
Johor PPBM chief Mazlan Bujang says all is okay after some leaders were unhappy about appointments to certain positions PETALING JAYA Johor PPBM chief Mazlan Bujang has downplayed reported tensions between his party and Umno saying there we...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator