Dr M Pulanglah Pada Umno Annuar Musa


Diterbitkan 24 Okt 2018, 10:25 malam

Umno mempelawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kembali menyertai parti itu sebagai tindak balas dakwaan ahli Umno digesa menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Hasrat itu disampaikan Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa dalam suatu kenyataan malam ini.

"Sebaliknya, Umno yang barangkali harus membuat tawaran balas iaitu menjemput Tun (Dr Mahathir Mohamad) dan ahli BERSATU untuk menyertai Umno.

"Sesungguhnya amat ramai ahli Umno, termasuk saya sendiri, amat sayang dan menghormati Tun (Dr Mahathir) dengan hati yang tulus ikhlas.

"Insya Allah, Umno itu tidak akan mati. Apa yang buruk, kita perbaiki bersama.

"Umat Melayu dan Islam akan lebih bersyukur kiranya ini terjadi. Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur," katanya.

'Lepas Dr Mahathir jadi PM, BERSATU terhimpit'

Annuar juga mendakwa BERSATU akan berhadapan masalah sekiranya Dr Mahathir sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri kelak.

"Sangatlah merbahaya bagi ahli Umno menyertai BERSATU kerana BERSATU tanpa Tun (Dr Mahathir) menjadi PM nanti, bakal lebih terhimpit lagi.

"Presiden BERSATU (Tan Sri Muhyiddin Yassin) juga tersangat uzur walau kita mendoakan kesihatannya pulih.

"Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) mengambil alih pentadbiran negara, dan Dr Mahathir sudah tiada lagi, BERSATU bakal bermasalah lebih parah lagi," katanya

Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan masalah yang bakal dihadapi BERSATU itu.

Menurut Annuar yang juga MP Ketereh walaupun tawaran untuk menyertai BERSATU amat menggiurkan wakil rakyat yang "kemaruk kedudukan" dalam kerajaan namun, "ia tidak menarik bagi majoriti ahli Umno."

Dr M: Ramai ahli Umno minat sertai BERSATU

September lalu, perdana menteri menafikan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan terhadap pemimpin-pemimpin Umno sebagai tekanan untuk mereka menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Dr Mahathir menegaskan polis serta SPRM berhak menyiasat mana-mana individu yang disyaki terlibat dalam jenayah.

Sejak pilihan raya umum 9 Mei lalu yang menyaksikan BN kehilangan kuasa selepas memerintah lebih 60 tahun, seramai enam wakil rakyat parti Umno telah mengumumkan keluar parti.

Paling baru, MP Labuan Datuk Rozlan Isli yang keluar Umno dengan hasrat menyertai WARISAN, parti dari Sabah yang bergabung dengan kerajaan persekutan Pakatan Harapan.

Pada penghujung Mei lalu, dilaporkan BERSATU menerima 1,000 permohonan keahlian sehari selepas PRU14.

“Kita dapati orang ramai sekarang ini berminat menyertai BERSATU, kebanyakan mereka ahli-ahli Umno.

“Selepas kita menang, orang mula minat menyertai parti BERSATU, sekarang ini kita terima 1,000 permohonan minta jadi ahli dan kita alu-alukan hasrat mereka,” kata Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2018/10/dr-m-pulanglah-pada-umno-annuar-musa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Kembalilah Ke Pangkuan Umno Annuar Musa

Tun Mahathir Kembalilah Ke Pangkuan Umno Annuar Musa

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 338 hits
The ReporterSetiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyertai UMNO selepas Mahathir terdahulu mempelawa anggota UMNO menyertai BERSATU dalam majlis Bicara Minda anjuran Sinar Harian pada 22 Oktobe...
Umat Melayu Dan Islam Akan Bersyukur Jika Tun M Sertai Umno Annuar Musa

Umat Melayu Dan Islam Akan Bersyukur Jika Tun M Sertai Umno Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 382 hits
By 2018 10 26Tan Sri Annuar Musa berkata seruannya agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada Umno bukanlah pelawaan nakal tetapi demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam Ada yang kata jemputan saya kepada Mahathir dan anggota BERSATU...
Annuar Musa Claims Umno Mps Have Been Asked To Join Bersatu

Annuar Musa Claims Umno Mps Have Been Asked To Join Bersatu

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 339 hits
Umno secretary general Tan Sri Annuar Musa claims that Parti Pribumi Bersatu Malaysia has approached MPs from his party to jump ship There were those who were wooed directly and others through a middleman The idea is to strengthen Bersatu h...
Annuar Ramai Ahli Umno Termasuk Saya Sayang Hormati Tun Mahathir

Annuar Ramai Ahli Umno Termasuk Saya Sayang Hormati Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 405 hits
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata pelawaan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ahli Umno untuk menyertainya hanya untuk menyelamatkan parti tersebut Satu pelawaan yang mungkin jujur saya kira terutama dengan sit...
Hannah Yeoh Bidas Annuar Musa Kaum Agama

Hannah Yeoh Bidas Annuar Musa Kaum Agama

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 333 hits
Untuk membezakan kaum mana lebih berjaya Agama mana lebih menuju kejayaan Mungkin itulah keperluan kolum Agama Kaum Apakah dengan result tersebut dapat dibuat agihan untuk memastikan mereka yang cerdik dapat diasingkan mengikut agama dan ka...
Umno Tolak Ratifikasi Icerd Annuar

Umno Tolak Ratifikasi Icerd Annuar

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 511 hits
UMNO menolak sekeras kerasnya hasrat kerajaan Pakatan Harapan untuk melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tahun depan Setiausaha Agungnya Tan Sri Annuar Musa berkata UMNO menyok...
Annuar Pelawa Tun Mahathir Pulang Kepada Umno Janggal Dan Kelakar

Annuar Pelawa Tun Mahathir Pulang Kepada Umno Janggal Dan Kelakar

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 403 hits
Annuar Musa mempelawa Pengerusi BERSATU yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kembali kepangkuan Umno oleh Shahbudin Husin Berikutan gesaan Tun Mahathir Mohamad dua hari lalu agar ahli UMNO beramai ramai menyertai Bersatu Annuar Musa ta...
Wujud Usaha Lamar Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu Dakwa Annuar

Wujud Usaha Lamar Ahli Parlimen Umno Sertai Bersatu Dakwa Annuar

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 364 hits
KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa hari ini mendakwa memang terdapat usaha melamar ahli Parlimen UMNO untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Beliau berkata lamaran tersebut datang dengan pelbagai cara termasuk aj...
Majlis Tertinggi Umno Mahu Muhyiddin Mukhriz Dipecat Segera

Majlis Tertinggi Umno Mahu Muhyiddin Mukhriz Dipecat Segera

papar berkaitan - pada 20/10/2018 - jumlah : 465 hits
Usaha untuk memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir daripada Umno mula dilakukan selepas kedua dua mereka menandatangani deklarasi rakyat menyeru penyingkiran perdana menteri Dua ahli Majlis Tertinggi Umno telah mem...
Lynas Leads Non China Heavy Rare Earths Production At M Sian Facility

New Ai And Accessibility Updates Across Android Chrome And More

Pizza Time

Perlis Nelayan Maut Dipanah Petir Ketika Pukat Udang

Aktiviti Serahan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik Dasar Digital Negara Kepada Suhakam Ppim 16 05 2025

Don T Be Surprised If Nurul Izzah Becomes Malaysia S First Female Pm Her Mother Had Come Close

Media Sosial Makin Toksik Apa Jadi Macam Mana Nak Handle

Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Kekuatan Sebenar Emas Kenapa Perlu Pegang Fizikal

Makan Tengah Hari Nasi Minyak Ayam Masak Merah Dan Acar Timun

Connie Francis Pretty Little Baby Chord

Bunga Memahami Chord