Annuar Pelawa Tun Mahathir Pulang Kepada Umno Janggal Dan Kelakar


Annuar Musa mempelawa Pengerusi BERSATU yang juga Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kembali kepangkuan Umno.
oleh Shahbudin Husin
Berikutan gesaan Tun Mahathir Mohamad dua hari lalu agar ahli UMNO beramai-ramai menyertai Bersatu, Annuar Musa tampil mempelawa Perdana Menteri dua kali itu supaya kembali semula ke pangkuan UMNO.
Sesungguhnya, kata Setiausaha Agung UMNO itu, ramai ahli UMNO, termasuk dirinya amat sayang dan menghormati Tun Mahathir dengan hati yang tulus ikhlas.
“Insya Allah UMNO ini tidak akan mati. Apa yang buruk, kita sama-sama perbaiki. Umat Melayu dan Islam akan lebih bersyukur kiranya ini terjadi. Sirih pulang ke gagang, belut pulang ke lumpur,” tambah Annuar lagi.
Ehhh…bukankah sejak dulu UMNO dan Annuar sendiri tak suka dan keji Tun Mahathir dengan macam-macam gelaran?
Sejak bila ada perasaan sayang dan hormat kepada beliau dengan rasa yang tulus ikhlas kononnya?
Dalam pada itu, dari segi logik dan hukum akalnya, gesaan yang dibuat oleh Tun Mahathir adalah dikira munasabah kerana UMNO ketika ini sudah hilang kuasa serta berdepan pelbagai masalah lainnya, di samping imej buruknya yang berterusan di mata rakyat.
Oleh kerana perjuangan mana-mana parti di dunia ini ialah untuk mendapat kuasa dan mahu menjadi kerajaan, maka gesaan agar ahli UMNO menyertai Bersatu itu tentunya dianggap suatu bentuk pelawaan yang boleh diterima oleh sesiapa saja.
Lebih-lebih lagi jika apa yang ditawarkan misalnya, sama ada jawatan, kedudukan atau sebagainya, kena dengan kehendak serta selera mereka yang diberi tawaran itu, tentu saja menyertai Bersatu atau mana-mana parti yang berada dalam kerajaan adalah pilihan yang sukar ditolak.
Lagi pula, UMNO sudah terlalu biasa menjadi kerajaan dan mungkin suatu kejanggalan apabila tiba-tiba bergelar pembangkang seperti sekarang.
Oleh itu, jika ingin kembali semula sebagai kerajaan, pilihan yang terbaik ialah dengan masuk secara beramai-ramai ke dalam Bersatu dan kemudian sama-sama memperjuangkan nasib rakyat serta membina semula negara ini.
Tetapi, apabila Annuar membalas gesaan Tun Mahathir itu dengan mempelawa Perdana Menteri supaya kembali semula ke pangkuan UMNO, ia adalah suatu bentuk tawaran yang janggal dan nampak kelakar.
Di mana logiknya Tun Mahathir yang sudah menjadi Perdana Menteri mahu kembali ke pangkuan UMNO yang kini telah bertukar nasibnya menjadi parti pembangkang dan meninggalkan Bersatu yang ditubuhkannya?
Soal UMNO parti yang besar, cawangan yang banyak dan sebagainya tidak harus dijadikan perbandingan kerana ketika ini, meskipun Bersatu merupakan parti yang lebih kecil, tetapi ia adalah kerajaan.
Apa jadi kepada Tun Mahathir jika beliau masuk semula UMNO seperti yang ditawarkan oleh Annuar?
Apakah daripada Perdana Menteri, Tun Mahathir mahu dijadikan Ketua Pembangkang pula?
Kalau daripada Ketua Pembangkang, mungkin ramai yang tidak menolak apabila ditawarkan menjadi Perdana Menteri, tetapi adakah mana-mana pemimpin di dunia ini yang tengah sedap-sedap duduk sebagai Perdana Menteri, tiba-tiba mahu dipelawa menyertai parti yang hanya memungkinkannya menjadi Ketua Pembangkang saja?
Nota Ana Ghoib: Annuar Musa ini tak ubah seperti askar Jepun duduk dalam gua menyangka perang belum tamat dan Nippon akan menang!
Untuk makluman Umno sudah lunyai hancur dan meminjam kata Tun Mahathir kini rakyat memandang JIJIK terhadap pemimpinnya akibat kecurangan mereka.
Pepatah menyebut ‘jika tiada Singa dihutan maka Beruk rabun pun boleh jadi Raja’ –  oleh itu diharap Singa SPRM dan PDRM yang sebelum ini dicabut taringnya terus mengaum membaham pemimpin yang membawa kudis kepada bangsa Melayu.
Sergap beruk dan monyet skandal MARA, Felda, Yapeim, LTAT, TH yang mengambil untung atas nama komisyen tanpa segan silu atas dasar kasih sayang setia hormat bangsa Melayu dan agama kononnya. – Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib Hud’s
KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak, kasino- Zaid Ibrahim bengong!
KLIK BACA: Shafee: Kami dianiaya Najib Rosmah didakwa guna CD
KLIK BACA: Tunjuk bukti Zahid tak salah 45 tuduhan – Dr Mahathir
KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno
The post Annuar pelawa Tun Mahathir pulang kepada Umno ‘janggal dan kelakar’ appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/189692/annuar-pelawa-tun-mahathir-pulang-kepada-umno-janggal-dan-kelakar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Kembalilah Ke Pangkuan Umno Annuar Musa

Tun Mahathir Kembalilah Ke Pangkuan Umno Annuar Musa

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 309 hits
The ReporterSetiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa mempelawa Tun Dr Mahathir Mohamad kembali menyertai UMNO selepas Mahathir terdahulu mempelawa anggota UMNO menyertai BERSATU dalam majlis Bicara Minda anjuran Sinar Harian pada 22 Oktobe...
Annuar Ramai Ahli Umno Termasuk Saya Sayang Hormati Tun Mahathir

Annuar Ramai Ahli Umno Termasuk Saya Sayang Hormati Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 375 hits
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata pelawaan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ahli Umno untuk menyertainya hanya untuk menyelamatkan parti tersebut Satu pelawaan yang mungkin jujur saya kira terutama dengan sit...
Kecoh Satu Dewan Bila Shahidan Kassim Kata Tun Mahathir Anwar Dna Umno Dap Rampas Mereka

Kecoh Satu Dewan Bila Shahidan Kassim Kata Tun Mahathir Anwar Dna Umno Dap Rampas Mereka

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 366 hits
Kecoh Satu Dewan Bila Shahidan Kassim Kata Tun Mahathir Anwar Dna Umno Dap Rampas Mereka
Mahathir Jijik Lihat Orang Umno Tapi Pelawa Pemimpin Dan Ahli Umno Sertai Ppbm Ibrahim Ali

Mahathir Jijik Lihat Orang Umno Tapi Pelawa Pemimpin Dan Ahli Umno Sertai Ppbm Ibrahim Ali

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali terkejut dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempelawa pemimpin dan ahli UMNO menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ini kerana menurut bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu ...
Mengejutkan Orang Kanan Tun Dr Mahathir Dedah Pemandu Teksi Buat Kecoh Orang Upahan Umno

Mengejutkan Orang Kanan Tun Dr Mahathir Dedah Pemandu Teksi Buat Kecoh Orang Upahan Umno

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 379 hits
Mengejutkan Orang Kanan Tun Dr Mahathir Dedah Pemandu Teksi Buat Kecoh Orang Upahan Umno
Agenda Utama Tun Mahathir Untuk Menghancurkan Umno

Agenda Utama Tun Mahathir Untuk Menghancurkan Umno

papar berkaitan - pada 21/10/2018 - jumlah : 618 hits
Matlamatnya tidak lain dan tidak bukan iaitu semata mata untuk memalukan Umno menekan Umno memecahbelahkan Umno menakutkan pemimpin Umno lain mengelirukan ahli Umno dan meyakinkan rakyat bahawa pemimpin Umno memang korup Puas hati Tun M ker...
Umat Melayu Dan Islam Akan Bersyukur Jika Tun M Sertai Umno Annuar Musa

Umat Melayu Dan Islam Akan Bersyukur Jika Tun M Sertai Umno Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 347 hits
By 2018 10 26Tan Sri Annuar Musa berkata seruannya agar Tun Dr Mahathir Mohamad kembali kepada Umno bukanlah pelawaan nakal tetapi demi kepentingan orang Melayu dan agama Islam Ada yang kata jemputan saya kepada Mahathir dan anggota BERSATU...
Bersatu Sedia Jadi Umno Baharu Kata Dr Mahathir

Bersatu Sedia Jadi Umno Baharu Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 26/10/2018 - jumlah : 303 hits
BANGKOK 26 Okt Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia mengalu salukan seberapa ramai pun anggota Umno yang telah menyampah dengan parti itu untuk menyertai Bersatu tetapi mereka dilarang daripada bertanding sebarang ...
Tunku Already Warned The Malays The Day Mahathir Takes Over Will Be The Beginning Of The End For Umno Pro Najib Blog

Tunku Already Warned The Malays The Day Mahathir Takes Over Will Be The Beginning Of The End For Umno Pro Najib Blog

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 314 hits
And Tunku Abdul Rahman had seen this In 1970 the Tunku had warned the Malays that the day Mahathir takes over will be the beginning of the end for Umno And in 1988 the Tunku joined the opposition to oppose Umno The Tunku wanted nothing to d...
Penduduk Gempar Jumpa Bangkai Makhluk Aneh

Technology For Startup Growth

Kurus Tapi Kuat Makan Kenapa Ye

Cara Cuci Kerang

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

Kembali Bermain Robotika Dengan Arduino

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Jom Makan Ikan Bakar Di Adrianna Ikan Bakar Sungai Dua Pulau Pinang


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly