Annuar Ramai Ahli Umno Termasuk Saya Sayang Hormati Tun Mahathir
Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, pelawaan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ahli Umno untuk menyertainya hanya untuk menyelamatkan parti tersebut.
“Satu pelawaan yang mungkin jujur saya kira, terutama dengan situasi cemas Bersatu sekarang. Ahli Umno adalah orang Melayu yang setia dengan partinya.
“Ini lah yang Tun asuh (ketika menjadi presiden Umno) kepada kita,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurutnya, masalah yang berlaku dalam Umno adalah pemimpinnya bertukar parti.
“Yang berebut kuasa adalah pemimpinnya, yang rasuah adalah pemimpinnya dan di seret ke mahkamah juga adalah pemimpinnya.
“Justeru ahli Umno reda hilangnya pemimpin, namun tidak menukar partinya,” katanya.
Annuar mendakwa, Bersatu negeri sangat lemah, terlalu kecil dan tidak menerima sambutan daripada rakyat malah berdepan masalah apabila Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.
“Amat sukar bagi ahli Umno menyertai Bersatu. Setelah banyak janji PRU tidak ditunaikan, sudah pasti pengaruh Bersatu semakin merosot. Sangatlah bahaya bagi ahli Umno untuk menyertai Bersatu kerana parti itu tanpa Tun menjadi perdana menteri, mereka semakin terhimpit,” katanya.
“Barangkali Umno harus membuat tawaran balas iaitu menjemput Tun dan ahli Bersatu untuk menyertai Umno.
“Sesungguhnya amat ramai ahli Umno termasuk saya amat sayang dan menghormati Tun. Tinggal lagi kita berpegang kuat pada ajaran Tun supaya tidak berpecah dan tinggalkan parti, jangan sokong DAP dan sebagainya,” katanya.
Nota Ana Ghoib: Annuar Musa ini tak ubah seperti askar Jepun duduk dalam gua menyangka perang belum tamat dan Nippon akan menang!
Untuk makluman Umno sudah lunyai hancur dan meminjam kata Tun Mahathir kini rakyat memandang JIJIK terhadap pemimpinnya akibat kecurangan mereka.
Pepatah menyebut ‘jika tiada Singa dihutan maka Beruk rabun pun boleh jadi Raja’ – oleh itu diharap Singa SPRM dan PDRM yang sebelum ini dicabut taringnya terus mengaum membaham pemimpin yang membawa kudis kepada bangsa Melayu.
Sergap beruk dan monyet skandal MARA, Felda, Yapeim, LTAT, TH yang mengambil untung atas nama komisyen tanpa segan silu atas dasar kasih sayang setia hormat bangsa Melayu dan agama kononnya. – Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib Hud’s
KLIK BACA: Orang UMNO betul tak betul penyangak pencuri mereka sokong, kata Dr Mahathir
KLIK BACA: Beri Melayu lesen jual arak, kasino- Zaid Ibrahim bengong!
KLIK BACA: Shafee: Kami dianiaya Najib Rosmah didakwa guna CD
KLIK BACA: Tunjuk bukti Zahid tak salah 45 tuduhan – Dr Mahathir
KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno
KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?
The post Annuar: Ramai ahli Umno termasuk saya sayang hormati Tun Mahathir appeared first on Malaysian Review.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.malaysianreview.com/189688/annuar-ramai-ahli-umno-termasuk-saya-sayang-hormati-tun-mahathir/