Dr M Atau Anwar Ph Dan Sekutu Dijangka Umum Calon Pm



Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya yang digelar sebagai 'PH plus' dijangka mengumumkan calon untuk jawatan perdana menteri setelah pertemuan diadakan petang ini, menurut sumber.

Sumber mengatakan pertemuan yang berlangsung di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya itu adalah untuk membuat keputusan secara rasmi.

"Kamu boleh jangkakan pengumuman calon PH Plus bagi jawatan PM lewat hari ini," kata satu sumber kepada Malaysiakini.

Berdasarkan maklumat dari sumber berkenaan, Malaysiakini difahamkan pemimpin tertinggi telah membuat keputusan berikutan beberapa siri perbincangan.

Menurut salah seorang anggota parti komponen PH, minggu lalu menyaksikan banyak pertemuan antara para pemimpin berkenaan dan persetujuan telah dicapai.

Seperti yang dijangkakan, calon tersebut adalah antara dua pemimpin yang telah menguasai landskap politik Malaysia selama lebih dua dekad - Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan jawatannya, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Malaysiakini juga difahamkan beberapa pemimpin PH mahukan Mahathir dinamakan sebagai perdana menteri sekali lagi walaupun Anwar kini mengetuai gabungan itu.

Sumber mendakwa perkara itu membuatkan Anwar marah, yang kemudian memilih untuk tidak menghadiri mesyuarat dengan Mahathir.

Ini termasuk mesyuarat di bangunan Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur minggu lalu, yang dihadiri oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal dan lain-lain.
Sumber yang rapat dengan kem Mahathir dalam Bersatu memberitahu Malaysiakini bahawa Anwar dijangka hadir pada pertemuan 4 Jun itu.

Sementara itu, sumber dari kem Anwar mengesahkan perkara itu.

"Dia sama sekali tidak mahu melihat Tun (Mahathir)," kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa nama "PH Plus" mungkin terus digunakan disebabkan terdapat anggota parlimen yang bukan anggota PH.

Ini juga akan memastikan Mahathir dan empat ahli Parlimen Bersatu yang lain, yang sedang mencabar pengguguran keahlian mereka dalam Bersatu, tidak perlu bergabung dengan parti politik lain.

Mahathir terlibat dalam perebutan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menguasai Bersatu.

Sekiranya Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri dan jika "PH Plus" berjaya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional, yang berkuasa dengan majoriti tipis dua kerusi parlimen, ini bermakna Mahathir akan memimpin negara untuk kali ketiga sejak 1981.

Tempoh pertamanya sebagai perdana menteri berlangsung selama 22 tahun, manakala kali kedua beliau menjadi perdana menteri berakhir dalam tempoh 22 bulan selepas tumbangnya kerajaan PH.

Krisis politik selama seminggu pada penghujung Februari lalu berakhir apabila Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/06/dr-m-atau-anwar-ph-dan-sekutu-dijangka.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Amanah Dan Warisan Cadang Dr M Sebagai Calon Pm Anwar Masih Kekal Bakal Pm Lagi

Dap Amanah Dan Warisan Cadang Dr M Sebagai Calon Pm Anwar Masih Kekal Bakal Pm Lagi

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 503 hits
Sekiranya pembangkang dapat mengambil alih semula kerajaan DAP Amanah dan Warisan mahukan Dr Mahathir Mohamad kembali menyandang jawatan perdana menteri menurut beberapa sumber Sumber yang dipetik portal The Malaysian Insight itu berkata ga...
Ulasan Akhbar Cina Fokus Pemilihan Calon Perdana Menteri Ph Plus Ph Calonkan Anwar Tun M Calonkan Diri Sendiri

Ulasan Akhbar Cina Fokus Pemilihan Calon Perdana Menteri Ph Plus Ph Calonkan Anwar Tun M Calonkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 483 hits
Rina Ariana Sumber Sin Chew Daily Tarikh 11 6 2020Diterjemahkan oleh Megat Hisemudin Megat Kasim Menurut berita yang diperolehi oleh Sin Chew Daily PH Plus dalam fokus pemilihan calon Perdana Menteri memperlihatkan yang PH telah mencalonkan...
Jika Ph Kembali Berkuasa Anwar Atau Mahathir Sepatutnya Menjadi Pm

Jika Ph Kembali Berkuasa Anwar Atau Mahathir Sepatutnya Menjadi Pm

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 393 hits
Perlunya PH kembali menjadi kerajaan dalam waktu yang terdekat ini asas paling pentingnya ialah untuk mengembalikan semula mandat yang telah diberikan rakyat Oleh kerana yang menang pada PRU14 lalu adalah PH melalui penggunaan simbol PKR te...
Hilang Kepercayaan Kepada Anwar Ibrahim Dr Daroyah Umum Keluar Pkr

Hilang Kepercayaan Kepada Anwar Ibrahim Dr Daroyah Umum Keluar Pkr

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 428 hits
Timbalan Ketua Wanita PKR Pusat Dr Daroyah Alwi mengumumkan keluar daripada parti itu berkuat kuasa hari ini Dr Daroyah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sementa itu turut meletakkan ja...
Kenapa Ph Takut Namakan Anwar Sebagai Calon Pm

Kenapa Ph Takut Namakan Anwar Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 572 hits
Mengapa tidak umum sahaja Anwar sebagai PM SELASA lalu sekitar jam 3 petang satu mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Harapan Tambahan telah berlangsung di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat Mesyuarat yang berdurasi tiga jam itu telah dipenger...
Anwar Sebagai Bakal Pm Membosankan Rakyat Azizah Calon Terbaik

Anwar Sebagai Bakal Pm Membosankan Rakyat Azizah Calon Terbaik

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 528 hits
PARTI Keadilan Nasional sebagai parti utama dalam Pakatan Harapan perlu lebih berani untuk mula menampilkan tokoh tokoh baharu sebagai alternatif calon Perdana Menteri Menurut Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah Haris Alimudin agenda PKR ...
Pkr Serah Pada Anwar Bincang Dengan Ph Isu Calon Pm

Pkr Serah Pada Anwar Bincang Dengan Ph Isu Calon Pm

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 538 hits
Diterbitkan Hari ini 11 02 pmMesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR hari ini dijangka memberi penjelasan berhubung spekulasi peralihan kuasa Bagaimanapun dalam kenyataan media petang tadi PKR sekadar berkata parti itu akan menyokong Pakata...
Anwar Calon Paling Layak Sebagai Pm

Anwar Calon Paling Layak Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 910 hits
June 2 2020 Dalam sejarah Malaysia kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan rakyat selepas 61 tahun berkuasa kerana tidak berpuas hati dengan penyelewengan menyalahgunakan kuasa boros dan rasuah yang menjadi amalan biasa Justeru rakyat member...
Anwar Mahathir Dijangka Adakan Pertemuan Petang Ini

Anwar Mahathir Dijangka Adakan Pertemuan Petang Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 526 hits
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengadakan pertemuan secara tertutup petang ini more Dua pemimpin ini difahamkan akan memuktamadkan usaha Pakatan Harapan mengambil alih keraja...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Rafizi Anwar Abai Sentimen Rakyat Hantar Isyarat Salah

Pulut Kuning Dan Bab Rezeki Tidak Disangka Sangka

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Makmal Proses Dadah Didalangi Sindiket Antarabangsa Diserbu Nilai Rampasan Rm1 53 Bilion

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Ikan Patin Masak Tempoyak

Thank You John Cena Bersara Selepas 24 Tahun

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Turis China Bisa Kunjungi 6 Negara Ini Selain Jepang

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam