Dr M Akan Peningkan Warisan Kata Ahli Akademik


Tracy Patrick
-July 22, 2020 8:48 AM


KOTA KINABALU: Kenyataan Warisan mengenai kemungkinan membolehkan Dr Mahathir Mohamad menyertai parti itu mengundang amaran daripada seorang ahli akademik tentang kesukaran yang akan dihadapi parti itu dalam berdepan para penyokong.

Pemimpin Warisan akan perlu menjelaskan banyak perkara, kata Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak.

“Mereka perlu jelaskan fokus parti, hala tujunya, dan wawasannya kerana Mahathir tidak dikenali sebagai seorang yang menyokong autonomi untuk Sabah,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Warisan, Liew Vui Keong baru-baru ini yang menjawab laporan tentang spekulasi mengatakan bekas perdana menteri itu mungkin menyertai parti itu.

Liew berkata pemimpin Warisan akan perlu pertimbangkan pindaan pada perlembagaan parti bagi menjadikan ia parti nasional untuk membolehkan penyertaan Mahathir.

Puyok tidak yakin Warisan akan ada kuasa tarikan di luar Sabah.

Beliau tertanya adakah Warisan kini sedia mengendurkan fahaman hak Sabahnya dan slogan berkaitan, mengatakan ia memainkan peranan dalam kejayaan pada pilihan raya umum 2018.

Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan percaya Liew tidak memikirkan perkara itu semasak-masaknya sebelum membuat kenyataan itu.

Katanya, penyertaan Mahathir bermakna bekas perdana menteri itu perlu menurut perintah Presiden Shafie Apdal.

“Saya tak fikir Mahathir sedia merendahkan dirinya kecuali beliau lebih terdesak daripada Shafie,” tambahnya.

Beliau juga berkata kesediaan Warisan menerima Mahathir agak ironik memandangkan parti itu berulang kali berikrar akan menuntut semula hak ngeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963 dan bekas perdana menteri itu didakwa menafikan hak-hak itu.

“Sekiranya Mahathir sertai parti itu dan menjadi pengerusinya, ia memberi gambaran Shafie dan partinya bawah perintah Tanah Melayu,” tambahnya.

Bekas perdana menteri itu juga dituduh mendalangi Projek IC di Sabah, iaitu dakwaan pemberian kewarganegaraan kepada pendatang secara sistematik.

“Projek IC 2.0 masih boleh berlaku,” kata Kitingan. “Sekiranya ia berlaku, kita akan terpaksa melupakan saja Perjanjian Malaysia dan hak negeri.”

Seorang pemimpin kanan Warisan beritahu FMT tidak semua dalam parti itu ingin Mahathir menjadi ahli parti.

Bagaimanapun, keputusan terserah kepada Shafie dan setiausaha parti, katanya.

Beberapa pengulas politik berkata Warisan sepatutnya tumpu kepada kecekapan kerajaan negeri dan bukan terlalu fokus kepada politik.

Cadangan tentang keahlian Mahathir itu dilihat sebagai cubaan Warisan memastikan ia dapat bertahan di sebalik peletakan keahlian ahli akar umbi dan beberapa ahlinya dikehendaki Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Kerajaan negeri sering dikritik kreana tidak menunjukkan keazaman secukupnya untuk memulakan projek yang akan memanfaatkan ekonomi Sabah.

Ahli majlis tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan mengkritik Shafie susulan dakwaan tiada tindakan susulan kepada pengumuman sebelum ini.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/07/dr-m-akan-peningkan-warisan-kata-ahli.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Boleh Jalankan Tugas Ahli Parlimen Sehingga Rayuan Selesai Kata Speaker

Najib Boleh Jalankan Tugas Ahli Parlimen Sehingga Rayuan Selesai Kata Speaker

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 363 hits
KUALA LUMPUR Najib Razak yang dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas kesalahan guna kuasa masih boleh menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen Pekan sehingga selesai proses rayuan kata Speaker Dewan Rakyat Azhar Azi...
Serah Kerusi Kepada Bersatu Ahli Umno Akan Berontak Kata Ku Li

Serah Kerusi Kepada Bersatu Ahli Umno Akan Berontak Kata Ku Li

papar berkaitan - pada 25/7/2020 - jumlah : 389 hits
Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah memberi amaran ahli Umno akan menolak parti itu jika peminpin mereka dengan mudah tunduk memberikan laluan kerusi kepada parti serpihan mereka Bersatu Memetik Utusan Malaysia Pengerusi Jemaah Penasihat U...
Ramalan Pertumbuhan 2021 6 9 Terlalu Optimistik Kata Ahli Ekonomi

Ramalan Pertumbuhan 2021 6 9 Terlalu Optimistik Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 15/7/2020 - jumlah : 162 hits
Seorang ahli ekonomi meragui keluaran dalam negara kasar akan tumbuh 2021 sebanyak jangkaan kerajaan Mengulas ucapan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz minggu lepas Yeah Kim Leng di Universiti Sunway berkata ramalan pertumbuhan antar...
Pergi Jahanamlah Dap Kata Bekas Ahli

Pergi Jahanamlah Dap Kata Bekas Ahli

papar berkaitan - pada 10/7/2020 - jumlah : 306 hits
DAP mahu Malaysia jadi seperti Singapura dikuasai CinaBANGI 17 Zulkaedah 1441H Khamis Meskipun berlainan agenda parti Cina seperti MCA DAP serta GERAKAN mempunyai jiwa yang sama iaitu mahu melemahkan serta memecahbelahkan orang Melayu dan I...
Tawaran Duit Jawatan Kepada Wakil Rakyat Warisan Cerita Dongeng Kata Jeffrey

Tawaran Duit Jawatan Kepada Wakil Rakyat Warisan Cerita Dongeng Kata Jeffrey

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 265 hits
Presiden parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan menyindir pemimpin Warisan dan DAP Sabah kerana mendakwa sesetengah wakil rakyat mereka ditawarkan wang dan jawatan supaya menyertai pembangkang Beliau menggesa pemimpin terbabit supaya...
Sabah Perlu Gubal Dasar Jelas Untuk Jadi Kuasa Pertanian Kata Ahli Ekonomi

Sabah Perlu Gubal Dasar Jelas Untuk Jadi Kuasa Pertanian Kata Ahli Ekonomi

papar berkaitan - pada 18/7/2020 - jumlah : 262 hits
Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mahu negeri itu mengeksploitasi potensinya dalam bidang pertanian KINABALU Seorang ahli ekonomi mendesak kerajaan Sabah menggubal dasar yang jelas untuk memacu negeri itu ke arah merealisasikan hasrat untuk ...
Tun M Masuk Warisan Peningkan Kepala Shafie Apdal

Tun M Masuk Warisan Peningkan Kepala Shafie Apdal

papar berkaitan - pada 22/7/2020 - jumlah : 250 hits
Kemungkinan masuknya Tun Mahathir ke dalam parti Warisan tidak boleh ditolak memandangkan beliau telah dipecat oleh parti yang diasaskannya Bersatu sebelum ini Namun penyertaan Dr Mahathir bagi penganalisis politik akan mengundang kesukaran...
Ph Tetap Mahu Ariff Dan Nga Kata Anwar

Ph Tetap Mahu Ariff Dan Nga Kata Anwar

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 184 hits
MALAYSIAKINIKetua pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan bertegas akan mempertahankan kedudukan Mohamad Ariff Md Yusof dan Nga Kor Ming sebagai speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat pada sidang Parlimen bermula 13 Julai ini P...
Pkr Semakin Tak Relevan Kata Azmin

Pkr Semakin Tak Relevan Kata Azmin

papar berkaitan - pada 11/7/2020 - jumlah : 197 hits
Parti Keadilan Rakyat semakin tidak relevan ekoran tindakan zalim yang dilakukan oleh pemimpin sendiri Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ia dapat dilihat menerusi pemecatan keanggotaan Ahli Dewan Undangan Nege...
Towards More Comprehensive Pension Reform

3 Sebab Kenapa Kashmir Menjadi Pilihan Traveler Malaysia

Polis Jerman Sita Bugatti Rare Dalam Siasatan Berkait 1mdb

Laporan Bank Dunia Mengeluarkan Isyarat Bahaya Terhadap Sistem Pendidikan Malaysia

Should Stakeholders Sue Bloomberg To Prove 2nd Casino Licence Claim For Johor S Forest City Is Sheer Slander

Sungai Muda Sempadan Pulau Pinang Kedah

Jetama Taja Sabah Fc Rm5 Juta Musim Ini

Tak Sekolah



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia

10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3


Drama Racun Rihanna Lakonan Intan Najuwa Rita Rudaini

Bunga Paling Seram Di Dunia

Logo Autentik Untuk Produk Asli Madu

Ucapan Hari Jadi Ucapan Lawak Untuk Kawan Islamik

Hadiah Hari Guru 40 Idea Hadiah Yang Menarik

Gara Gara Al Bani Menuduh Iamam Bukhari Kafir Karena Takwil