Dr Amalina Bongkar Produk Merapu Tuala Wanita Yang Kononnya Boleh Kuatkan Otot Pelvis




Kemunculan macam-macam jenis produk kat pasaran sekarang telah menimbulkan keraguan sama ada produk-produk ni betul berkualiti ataupun tidak.

Bila banyak produk ‘merapu’ macam ni jadi perhatian ramai, ia menjadi tugas seorang doktor seperti Dr Amalina dan lain-lain untuk menegur supaya orang ramai tak terjebak dalam penipuan.

“Tuala wanita ajaib pulak dah, macam-macam ada”

Menerusi Twitter Dr Amalina Bakri, dia berkongsi posting daripada rakan seperjuangan Dr Imelda Balchin yang mendedahkan beberapa seller menjual satu produk yang dinamakan ‘tuala wanita ajaib’.




“Begini punya temberang pun saluran TV boleh benarkan penjual beli slot siaran berbayar?”

Berkongsi pemikiran yang sama dengan rakan seperjuangan lain, Dr Rusyainie di Facebook jugak meluahkan pendapat yang tuala wanita ajaib ini sebenarnya tak boleh pun menyembuhkan penyakit seperti lemah kawalan kencing, meregulasi haid dan kuatkan otot pelvis.

Nah explanation panjang lebar beliau:



TUALA WANITA YANG BOLEH MERAWAT LEMAH KAWALAN KENCING???

Saya memang tergelak bila Prof. Dr. Imelda Balchin kongsikan screenshots di bawah. Biar benar? Begini punya temberang pun saluran TV terkemuka boleh benarkan penjual membeli slot siaran berbayar? Mana tanggungjawab sosial mereka?

Tak ada tuala wanita yang boleh merawat lemah kawalan kencing. Tak ada. Tuala wanita kan gunanya untuk luaran. Kalau tampon pun tak boleh. Bagaimanalah agaknya boleh merawat penyakit? Bukankah itu sesuatu yang langsung tak masuk dek akal? Ion negatif boleh menguatkan otot pelvis? Bagi saya mekanismanya sebab bunyinya sungguhlah bombastik tapi hujungnya? Penipuan terang benderang.

Tuala wanita ni boleh meregulasikan haid? Magik sangat tuala wanita ni bunyinya. Lapik di kemaluan tapi boleh bertindak sebegitu rupa.

Dalam Bahasa Inggeris, lemah kawalan kencing yang disebut dalam screenshot yang saya kongsikan tu, disebut URIN-ARY INCON-TINENCE. Ia bermaksud kegagalan untuk mengawal pundi kencing atau urin bocor.

Urin dihasilkan di buah pinggal dan disimpan di pundi kencing. Sistem anatomi dan fisilogi yang terlibat dipanggil GenitoUrinary Sistem.

Pundi kencing dikawal oleh otot di sekelilingnya yang mengetat dan ia menghantar signal kepada kita untuk membuang air kecil. Dan seterusnya menyebabkan urin keluar dari pundi kencing melalui saluran yang dipanggil uretra. Uretra pun ada otot di sekelilingnya yang menjadi longgar supaya urin boleh keluar.

UI terjadi apabila otot pada pundi kencing mengetat tapi otot pada uretra tak cukup kuat untuk menutup pintu salurannya. kan selalu kita rasa nak terkencing sangat tapi kita masih boleh menahannya sebab otot uretra ni boleh berfungsi dengan baik. Kadang kala ada masalah saraf pada salah satu otot pundi kencing atau uretra, maka UI juga boleh berlaku. Pernah juga kan kita terkencing bila kita terbersin kuat, batuk tak berhenti, ketawa terbahak-bahak atau bersenam, tu disebabkan tekanan yang berlaku pada otot pundi kencing.

Bila ada UI, pesa-kit boleh terkencing sikit atau terus banyak bergantung pada tahap seriusnya masalah UI dia.

UI berlaku 2x lebih kerap pada wanita berbanding lelaki dan lebih mudah terjadi pada wanita yang lebih berusia.

Wanita ni Allah jadikan ada otot pelvis yang menampung pundi kencing, uretra dan juga rahim dan usus. Bila wanita mengandung, melahirkan dan selepas putus haid, otot pelvis menjadi lemah atau rosak. Bila keadaan ni terjadi, maka otot pada pundi kencing dan uretra itu sendiri terpaksa bekerja kuat untuk menghalang UI terjadi. Kalau kita bandingkan anatomi uretra lelaki dan wanita, yang lelaki lebih panjang maka secara logiknya memang lebih mudah la wanita mendapat UI sebab kurang otot keliling uretra untuk menghalangnya terjadi.

UI ni bukan diagnosis. Ia adalah simptom yang diagnosis boleh ditentukan selepas pemeriksaan lengkap. Pada masa yang sama, pes-akit mungkin mengalami simptom lain seperti rasa senak pada bahagian bawah abdomen menyebabkan rasa nak terkencing yang tak boleh ditahan-tahan, perhi ke tandas untuk membuang air kecil >8x sehari pada waktu siang atau >2x pada sebelah malam. Ada juga pesa-kit terkencing ketika tengah tidur tanpa disedari.

Risiko untuk mendapat UI:
1. Mengandung
2. Melahirkan anak
3. Menopos
4. Berat badan berlebihan atau obes
5. Sembelit yang berpanjangan - bila dok meneran saja bila nak membuang, ia secara langsung menyebabkan tekanan pada pundi kencing juga sebab kedudukan anatomi kedua-duanya dekat-dekat.
6. Kero-sakan pada saraf yang mengawal otot pundi kencing dan uretra seperti Kencing manis yang tidak dikawal dengan baik dan multiple sclerosis.
7. Pembedahan yang melibatkan organ pelvis seperti hysterectomy berisiko untuk memberi kesan kepada otot pelvis.
8. Mero-kok

Ada UI yang bersifat sementara seperti
1. Pengambilan ubat seperti Furosemide yang digunakan sebagai diuretic atas saranan doktor untuk mereka yang mempunyai peny-akit kronik.
2. Minum minuman berk-afein dengan kadar berlebihan. Ka-fein mempunyai kesan diu-retic kalau kuantiti banyak.
3. Jangk-itan kuman pada ure-tra dan pundi kencing.

Bagaimana nak menangani UI
1. PERGI DAPATKAN NASIHAT DAN RAWATAN DENGAN DOKTOR.
2. Amalkan senaman Kegel - gunanya untuk menguatkan otot pelvis.
3. Kuruskan badan - berat badan berlebihan menyebabkan beban terlebih yang dibawa pada pundi kencing.
4. Mengawal pengambilan kaf-ein dalam kopi, teh dan minuman berkarbonat.
5. Merawat masalah sembelit dengan berjumpa doktor dan mengambil makanan yang tinggi serat dan minum air sekurang-kurangnya 1-2 liter sehari.
6. Berhenti merok-ok.

Sudah-sudahlah menipu. Tuala wanita yang dijual di pasaran yang berjenama terkemuka pun tak buat sebarang tuntutan perubatan. Mentang-mentanglah sistem bonus menanti sampai melebih-lebih pula bani tuala wanita ni jadinya.

dari fb Rusyainie Ramli




Ada betul jugak kata doktor ni. Penyakit dalam badan mustahil boleh disembuhkan hanya dengan pakai tuala wanita kan? Emmm…

“Ini baru tuala wanita ajaib. Doktor mesti tak pernah dengar pasal ‘Pantyliner Jimat Elektrik’ kan?”

Disebabkan Dr Amalina ni duduk kat oversea, produk tuala wanita ajaib ni mungkin antara produk yang paling peliklah yang dia pernah dengar kan agaknya?

Tapi sebenarnya ada yang lagiii pelik daripada produk ni iaitu Pantyliner Jimat Elektrik. Korang mesti pernah dengar kan? Haa mau pening jap Doc Amalina baca pasal produk ni.





Aduh tepuk kepala berkali-kali admin baca pasal produk-produk kat atas ni. Apa-apapun admin tak menghalang korang untuk terus gunakan produk kat atas ni kalau korang percaya akan keberkesanannya. Cuma lebih baik rujuk mereka yang lebih arif kalau ia berkaitan penyakit dalam badan untuk elak mudarat yang lebih buruk.

Sumber: lobakmerah © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/dr-amalina-bongkar-produk-merapu-tuala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
12 Produk Digital Yang Paling Popular Yang Boleh Anda Jual Dalam Talian

12 Produk Digital Yang Paling Popular Yang Boleh Anda Jual Dalam Talian

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 380 hits
12 produk digital yang paling popular yang boleh anda jual didalam talian Hubungi kami untuk bantuan kami Sebagai pasukan di sebalik plugin eCommerce kami sentiasa melihat pelbagai jenis produk orang yang menjual dalam talian Paling umum ke...
Yang Nak Bela Kelulut Boleh Ikut Cara Wanita Ini Yang Penting Bunga Kena Banyak

Yang Nak Bela Kelulut Boleh Ikut Cara Wanita Ini Yang Penting Bunga Kena Banyak

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 1101 hits
Taman kebun Puan Lisa Yusuff di kalangan netizen memang dah terkenal dengan keindahan dan kesuburan pokok pokok sayur dan bunga bungaannya Istimewa taman tepi rumah Puan Lisa ini sampai hari ini masih dalam pemantauan Jabatan Pertanian Terk...
Ini Tip Servis Kereta Untuk Wanita Yang Berkereta Boleh Berjimat Dah Lepas Ini

Ini Tip Servis Kereta Untuk Wanita Yang Berkereta Boleh Berjimat Dah Lepas Ini

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 480 hits
Masalah servis kereta adalah benda biasa bagi seorang lelaki berkereta tetapi perkara agak kurang biasa bagi kebanyakkan wanita Ini kerana ramai wanita diluar sana akan pergi ke kedai untuk servis kereta walaupun servis biasa dan juga ada s...
Wanita 30 An Lebih Sukar Hamil Berbanding 20 An 3 Rawatan Ini Boleh Bantu Kesuburan Suami Isteri

Wanita 30 An Lebih Sukar Hamil Berbanding 20 An 3 Rawatan Ini Boleh Bantu Kesuburan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 382 hits
Merawat ketidaksuburan boleh jadi suatu perkara yang menyukarkan Ia memerlukan pelbagai usaha terutama jika anda berada dalam lingkungan 30 an bermakna peluang anda untuk hamil adalah rendah berbanding wanita yang berusia awal 20 an Ini bel...
Peliknya Petua Viral Tampal Tuala Wanita Di Dada Anak Asma Tak Perlu Nebulizer Buat Doktor Tepuk Dahi

Peliknya Petua Viral Tampal Tuala Wanita Di Dada Anak Asma Tak Perlu Nebulizer Buat Doktor Tepuk Dahi

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 322 hits
Tidak dinafikan ibu bapa akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk anak merawat dan memastikan anak pulih daripada kesakitan Tapi biarlah berpada pada Rawatan perubatan mesti didahulukan Doktor menceritakan pengalamannya berhadapan ...
Jangan Marah Anak Conteng Dinding Tempoh Ini Anak Belajar Kuatkan Otot Bahu Dan Badan

Jangan Marah Anak Conteng Dinding Tempoh Ini Anak Belajar Kuatkan Otot Bahu Dan Badan

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 435 hits
Anak sememangnya sifat ingin tahunya amat tinggi Bila sudah pandai meneroka pensil atau apa sahaja yang berbentuk seperti pensil pasti anak akan cuba hendak lihat apa akan jadi kalau digerakkan Terapis Cara Kerja berkongsi manfaatnya bila a...
Sekumpulan Saintis Mendakwa Peranti Nirwayar Seperti Airpods Boleh Mengakibatkan Kanser

Sekumpulan Saintis Mendakwa Peranti Nirwayar Seperti Airpods Boleh Mengakibatkan Kanser

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 211 hits
Kita kini hidup di dalam dunia yang hampir nirwayar Panggilan telefon boleh dilakukan menerusi telefon pintar yang tidak bersambung kepada dinding dan Internet dinikmati menggunakan WiFi Tetapi kini sekumpulan 250 saintis mendakwa peranti n...
Kenapa Tak Isytihar Darurat Kat Pasir Gudang Ini 20 Perkara Serius Boleh Berlaku Kalau Darurat Diisytiharkan

Kenapa Tak Isytihar Darurat Kat Pasir Gudang Ini 20 Perkara Serius Boleh Berlaku Kalau Darurat Diisytiharkan

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 329 hits
Selepas hampir 3 000 orang terkesan akibat daripada pencemaran udara di Pasir Gudang Johor ramai yang tertanya tanya kenapa kerajaan masih tak isytihar darurat di kawasan tersebut Takkan nak tunggu sampai ada mangsa mati baru nak darurat ka...
Guna Bahan Dapur Je Jadikan Masker Muka Boleh Buat Kulit Anda Berseri Seri Dalam Sehari

Guna Bahan Dapur Je Jadikan Masker Muka Boleh Buat Kulit Anda Berseri Seri Dalam Sehari

papar berkaitan - pada 15/3/2019 - jumlah : 359 hits
Siapa tak menginginkan kulit yang cantik bersih dan berseri seri dalam masa yang sama kan Kata orang kalau mahukan tiga kategori ini ada pada kulit wajah kita kenalah pandai berpantang kan Namun dalam penat penat kita asyik ke spa dan membe...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut