Dr Afifi Undur Diri Elok Untuk Kebaikan Semua Pihak Dan Menjaga Agama Bukan Jual Agama Sembang Macam Bagus


 



Dr Afifi al-Akiti undur diri sebagai penasihat agama Sultan Perak

May 15, 2022 Pejabat Dewan Negara Perak mengesahkan penerimaan surat pengunduran daripada menjawat gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan, Orang Besar Delapan negeri Perak sekali gus penasihat rasmi Sultan Perak dalam hal ehwal agama Islam daripada Datuk Dr Afifi al-Akiti yang diulit kontroversi baru-baru ini.
Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Seri Ayop Hashim berkata, warkah pengunduran diri daripada gelaran itu yang bertarikh hari ini diutuskan Dr Afifi bagi memohon perkenan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah untuk berundur daripada menyandang gelaran terbabit.
“Warkah beliau sudah diangkat sembah untuk pertimbangan Sultan Nazrin. Baginda menzahirkan penghargaan atas segala khidmat bakti yang diberikan Dr Afifi dalam tempoh menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.
“Baginda juga berkenan menerima permohonan itu (pengunduran) untuk dikuatkuasakan pada 15 Mei 2022 (hari ini),” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu turut dilampirkan bersama gambar salinan warkah yang diutus Dr Afifi kepada Dewan Negara Perak.
Menerusi warkah yang ditulis, Dr Afifi mengakui pengundurannya adalah berkait rapat dengan penularan rakaman di media sosial yang dilihat bertujuan mencemarkan namanya sejak dua minggu kebelakangan ini.
Menurut warkah itu, Dr Afifi memilih untuk tidak mahu mengulas atau memberi sebarang jawapan yang boleh mencetuskan berlakunya perdebatan berpanjangan yang tidak memberi sebarang manfaat.
Menurutnya, rakaman yang ditularkan itu kelihatan mempersoal kesesuaian peranannya dengan institusi istana serta mempertikaikan peranannya dengan urusan hal ehwal agama Islam.
“Menginsafi perkara ini yang jika berlarutan dan tidak dibendung akan menjejaskan kemuliaan Raja Pemerintah dan institusi istana, saya mengutus warkah ini untuk menyampaikan hasrat ikhlas mahu berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan.
“Keputusan ini saya lakukan atas rasa tanggungjawab dan sifat taat setia seorang rakyat kepada Sultannya, demi melindungi darjat kemuliaan Sultan Perak agar tidak dicacatkan dan begitu juga untuk mengelak institusi istana daripada dicemari,” katanya.
Dr Afifi kini adalah felo Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, United Kingdom dan anak Melayu pertama dan satu-satunya yang ditawarkan jawatan tetap di universiti terkemuka berusia lebih 900 tahun itu sebagai pensyarah pada usia 32 tahun.
Dr Afifi turut dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam Peringkat Persekutuan bermula 2018, selain namanya turut tersenarai dalam ‘The World’s 500 Most Influential Muslims’, sejak 2010 atas jasa dan sumbangannya.
Baru-baru ini, Dr Afifi diulit kontroversi selepas didakwa berada di sebuah kelab malam dalam keadaan didampingi beberapa wanita yang berpakaian menjolok mata dan video itu tular di media sosial.
Video berkenaan menampilkan rakaman sudut tepi kelibat lelaki yang wajahnya dikatakan mempunyai iras seperti Dr Afifi dalam keadaan sedang memakai topi, diapit dua wanita.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/05/dr-afifi-undur-diri-elok-untuk-kebaikan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Datuk Afifi Al Akiti Undur Diri Sebagai Penasihat Agama Sultan Perak

Datuk Afifi Al Akiti Undur Diri Sebagai Penasihat Agama Sultan Perak

papar berkaitan - pada 15/5/2022 - jumlah : 171 hits
Datuk Afifi Al Akiti Undur Diri Sebagai Penasihat Agama Sultan Perak IPOH Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah memperkenankan permohonan pensyarah Pusat Islam Universiti Oxford United Kingdom Datuk Afifi Al Akiti untuk mengundur...
Kita Usaha Perbaiki Diri Dah Merasa Semua Kan Elite Reunion Di Hari Raya Abby Abadi Titip Nasihat Buat Sahabat

Kita Usaha Perbaiki Diri Dah Merasa Semua Kan Elite Reunion Di Hari Raya Abby Abadi Titip Nasihat Buat Sahabat

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 321 hits
Pelakon Abby Abadi menzahirkan rasa syukur selepas berkesempatan untuk berkumpul semula bersama seluruh anggota kumpulan wanita popular yang pernah dianggotainya satu ketika dahulu Elite untuk sebuah program televisyen baru baru ini Menurut...
Semua Pihak Perlu Sokong Rundingan Dialog Rusia Ukraine Kata Wakil China

Semua Pihak Perlu Sokong Rundingan Dialog Rusia Ukraine Kata Wakil China

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 162 hits
Semua pihak perlu sokong rundingan dialog Rusia Ukraine kata wakil China Dikemas kini 5 jam yang lalu Diterbitkan pada 13 Ma
Saya Hanya Orang Biasa Nak Buat Kebaikan Untuk Semua Shaharul Ridzwan Minta Jangan Sanjung Dirinya

Saya Hanya Orang Biasa Nak Buat Kebaikan Untuk Semua Shaharul Ridzwan Minta Jangan Sanjung Dirinya

papar berkaitan - pada 21/5/2022 - jumlah : 193 hits
Aktor berbadan sasa Saharul Ridzwan yang kini aktif menyebarkan dakwah dan berhijrah ke arah lebih baik memberitahu dirinya hanyalah seorang insan yang kerdil sahaja apabila ramai pihak terinspirasi dengan perubahan dirinya Memetik laporan ...
Justin Lin Undur Diri Arah Fast X Sebab Perangai Vin Diesel

Justin Lin Undur Diri Arah Fast X Sebab Perangai Vin Diesel

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 198 hits
Terdahulu pengarah yang pernah mengarahkan filem The Fast and the Furious Tokyo Drift yang dijangka bakal mengarahkan filem Fast X mengundur diri Kini dilaporkan bahawa antara sebab Justin Lin mengundur diri ialah disebabkan sikap pelakon u...
Akibat Memandu Secara Mabuk Kim Saeron Undur Diri Dari Trolley

Akibat Memandu Secara Mabuk Kim Saeron Undur Diri Dari Trolley

papar berkaitan - pada 19/5/2022 - jumlah : 195 hits
Baru baru ini kecoh dengan khabar mengenai seorang pelakon Kim Sae ron yang menyalahi undang undang jalan raya di mana akibat hal itu dia telah memberi kesan terhadap kerjayanya serta banyak lagi pihak ARTIKEL BERKAITAN Kim Sae ron sebelum ...
Sembang Kencang

Sembang Kencang

papar berkaitan - pada 14/5/2022 - jumlah : 211 hits
Gebang Kencang Gajah Pun Boleh Terbang 1 Mula mula duit adalah raja Cara nak menang pilihan raya 2 Sekarang lepas kalah pilihan raya dan nampak bayangan penjara rakyat ditabalkan jadi raja 3 Yang banyak duit tu janganlah jadikan harta kekay...
Lama Dah Sembang Kuat Lekeh La Woiii

Lama Dah Sembang Kuat Lekeh La Woiii

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 243 hits
Isu air Kelantan bukan dapat selesai sekelip mata24 SEPTEMBER 2020KOTA BHARU Kerajaan Kelantan meminta rakyat negeri itu terus bersabar serta lebih memahami bahawa isu bekalan air yang disalurkan oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd tidak bol...
Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

The Hachi Skyscape A Floating Sanctuary In The Heart Of Bangkok

Kebakaran Saluran Gas Kebarangkalian Letupan Susulan Rendah

Menteri Besar Pahang Kalau Abang Belon Nak Berniaga Di Kuantan Dia Boleh Cuba Buat Permohonan

It Takes More Than Just A Badge To Instil Patriotism

Ibu Terjun Ke Laut Bersama 2 Anak Di Sabah Anak Lelaki 5 Tahun Tenggelam Anak Perempuan 6 Tahun Masih Hilang

Benteng Melayu Terakhir Dengan Menara Kl Sejak Bila Menara Kl Mahu Bertukar P

Gen Z Can Help To Future Proof Workplace By Bridging Fobo


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Joker123th 100

Dior188

Turning Your Startup Dream To Reality

Tarikh Masa Dan Lokasi Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 Peringkat Selangor Bersama Pm

Ayah Jangan Nangis

Pasaran Memerlukan Bukti