Akibat Memandu Secara Mabuk Kim Saeron Undur Diri Dari Trolley
Baru-baru ini kecoh dengan khabar mengenai seorang pelakon, Kim Sae-ron yang menyalahi undang-undang jalan raya di mana akibat hal itu, dia telah memberi kesan terhadap kerjayanya serta banyak lagi pihak.
ARTIKEL BERKAITAN
(VIDEO) CCTV Kim Saeron Cuba Lari Dek Pandu Dalam Keadaan Mabuk, Kim Saeron Mohon Maaf
Kim Sae-ron sebelum ini dikenakan tindakan undang-undang oleh Balai Polis Gangnam di Seoul atas tuduhan melanggar Akta Trafik Jalan Raya pada 18 Mei, semalam. Menurut polis, panggilan kecemasan diterima mengatakan kenderaan yang dipandu di Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul mengalami kemalangan.
Polis tiba di tempat kejadian dan menyiasat pemandu yang merupakan Kim Sae-ron. Hasil siasatan di lokasi, kenderaan yang dipandu oleh Kim Sae-ron terhuyung-hayang beberapa kali dan telah melanggar pagar penghadang dan pokok jalanan.
Setelah siasatan dilakukan, Kim Sae-ron disahkan memandu di bawah pengaruh alkohol dan turut memandu secara berbahaya. Akibat daripada kesalahan tersebut, Kim Sae-ron telah menimbulkan beberapa masalah terutamanya kepada pihak produksi untuk drama-drama yang akan datang.
Sehubungan dengan itu, satu pihak produksi tampil memberi respons mereka terhadap kesalahan Kim Sae-ron yang memberi kesan terhadap drama akan datang. Kim Sae-ron disahkan bakal meninggalkan drama baharu terbitan SBS “Trolley” yang diarahkan oleh pengarah, Kim Mun-kyo.
Studio S, sebuah syarikat produksi, memberi kenyataan bahawa
Kim Sae-ron menyatakan hasratnya untuk membuat permohonan maaf dan kami menerimanya. Walau bagaimanapun, nama bagi pelakon gantian masih belum diketahu. Sebaik sahaja produksi bermula, kami bercadang untuk mencari pelakon pengganti dan memasukkannya ke dalam penggambaran.
Sebelum ini juga, pihak agensi Kim Sae-ron juga telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf bagi pihaknya,
Kim Sae-ron dihantar pulang selepas ujian darah pada hari kejadian dia bakal memberi kerjasama penuh untuk siasatan polis selepas itu. Kami juga amat bertanggungjawab di atas kejadian seperti ini. Kami memohon maaf sekali lagi kepada semua orang yang terlibat dan terkesan akibat perkara ini.
Pada masa akan datang, kami akan melakukan yang terbaik untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah secara baik. Kami akan cuba lebih berhati-hati dalam menguruskan artis kami agar perkara ini tidak berlaku. Kami memohon maaf kerana menimbulkan kebimbangan sekali lagi.
Susahkan apabila melibatkan pelbagai pihak? Diharapkan selepas ini Kim Sae-ron akan lebih berhati-hati dan semoga kejadian seperti ini dijadikan pengajaran buat semua pihak.
Semoga Kim Sae-ron terus cekal dan teruskan bekerjaya!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/akibat-memandu-secara-mabuk-kim-saeron-undur-diri-dari-trolley/